sepuluh
" Kook, sudah lah tu. Balik rumah, jom? " Tangan Jiyeon memegang lembut bahu Jungkook.
Jungkook menggeleng kepalanya.
" Jiyeon, kalau kau nak balik, pergi lah. Aku masih perlukan masa untuk bersendirian " Kata Jungkook lalu meneguk beer yang dipesannya tadi di bar yang tidak ramai dengan orang. Hanya bunyi muzik klasik sahaja yang bermain dari tadi.
" Kook, you ni kenapa? Tadi elok je mood you ajak I keluar " Soal Jiyeon kehairanan. Setahunya, semasa Jungkook mengajaknya untuk meluangkan masa, elok sahaja angin dia. Entah kenapa tiba tiba jadi sendu semacam perangai lelaki kacak ini.
Sesuatu muncul di benak fikiran Jiyeon.
" Wait, jangan cakap yang ni semua sebab post Taehyung tadi. Jangan cakap yang you sedih sebab Neulmin dengan Taehyung dah bersama " Teka Jiyeon. Jungkook di sebelahnya masih tidak mengedahkan semua yang disebut oleh Jiyeon.
Dia perlukan masa untuk bersendirian. Bukannya hendak mendengar suara minah ini.
" Jeon Jungkook "
Pap!
Jungkook menghentak gelas kacanya dengan kuat pada permukaan meja.
" Kang Jiyeon "
Jungkook pusing menghadap Jiyeon. Matanya yang sudah memerah mencerlung tajam wajah Kang Jiyeon.
" Kau balik sekarang. Aku tak ada mood nak dengar suara kau " Arah Jungkook keras. Jiyeon ketawa sinis.
" Kenapa, Jungkook? I ingat you dah move on sepenuhnya dari Neulmin. Jadi kenapa you nak kena bersedih bagai? Come on Jungkook, bukan ke you sendiri yang ragu-ragu dengan perasaan you? "
" Ha ah. Aku memang ragu-ragu dengan perasaan aku. Dengan perasaan aku terhadap kau "
" What?! Apa you merepek ni? " Berkerut seribu dahi Kang Jiyeon selepas mendengar penyataan yang tidak masuk akal baginya daripada Jeon Jungkook.
" You heard me, Kang Jiyeon. Aku tak pernah berhenti cintakan Jang Neulmin. Kau cuma pilihan kedua "
Jungkook bangkit dari kerusi lalu mengorak langkah pergi dari situ.
" Jeon Jungkook! " Jiyeon memanggil nama Jungkook. Jungkook langsung tidak berpatah balik.
Jungkook runsing. Dia serabut.
Dia tidak tahu kenapa dia terganggu dengan hubungan Taehyung dan Neulmin. Sedangkan dia sendiri sudah mengaku pada Neulmin bahawa dia sudah melupakannya.
Tapi ketahian apakah ini?
Tidak mungkin dia ingin merosakkan hubungan mereka.
No. Jeon Jungkook bukan seorang yang gemar merosakkan hubungan orang lain.
***
Ketika aku berjalan di hallway blok A, semua orang memberi aku pandangan yang pelik. Lumrah untuk mereka membisik sesama mereka.
Pasti mereka sedang mengutuk tentang hubungan aku dan Taehyung. Psh, rileks la. Aku bukan serius pun dengan Taehyung.
" Neulmin !! " Terhinjut bahu aku dibuatnya apabila dua orang insan yang aku sangat kenali membuat aku terkejut dari belakang.
" Ahra, Jimin! Kalau aku mati akibat serangan jantung tadi macam mana? " Aku menjeling mereka halus. Mereka cuma tersengih sahaja.
Kadang-kala bila aku melihat mereka berdua, aku tak dapat nafikan yang mereka ini comel bersama. Cumanya, aku tidak berapa percayakan Jimin.
Boleh jadi dia akan lukakan hati Ahra suatu hari nanti.
Aku cakap macam ni bukan kerana aku cemburu atau apa apa, tapi aku pernah lalui perkara yang sama. Bahkan lebih perit.
" Ni ada apa cari aku? " Aku angkat kening semasa menyoal mereka.
" Saja. Aku ingatkan Taehyung ada sekali dengan kau " Balas Jimin. Oh ya, mana Taehyung? Kata dah jadi teman lelaki aku tapi batang hidung langsung tak kelihatan.
" Mana boyfriend kau, Neul? " Ahra pula yang bertanya. Ha sudah, aku nak jawab apa?
" Enta- "
" Hai Neul "
Suara garau itu menyebabkan aku tidak sempat menghabiskan ayat aku. Kami bertiga serentam memandang insan tersebut.
Oh. Ini dia teman lelaki aku.
" Hai, Taehyung. Kita orang baru je bercakap pasal kau. Ni, girlfriend kau cari kau " Jimin tersengih nakal memandang aku selepas dia berkata sedemikian kepada Taehyung. Aku jegilkan mata aku pada Jimin. Bila masa aku cari Taehyung siot?
" Yeke? Maaf lambat, sayang " Senyuman lebar terukir pada bibir Taehyung.
Aku terkedu apabila mendengar perkataan 'sayang' keluar daripada mulutnya. Wah, sudah lama aku tidak mendengar perkataan itu.
" Chim, diaorang dok bersayang-sayang tu. Jom la kita pergi. Jangan ganggu diaorang " Ahra berbisik di telinga Jimin tapi masih dapat didengari oleh Taehyung dan aku.
Sekali lagi aku jegilkan mata.
" Ahra! "
" Hehe. Bye Neulmin, Taehyung. Jumpa nanti " Ahra terus menarik lengan Jimin dan meninggalkan aku dan Taehyung berdua-duaan.
Okay persoalannya sekarang ni, kenapa keadaan jadi kekok?
Aku berdehem untuk menghilangkan suasana yang kekok ini.
" Kenapa datang lambat, Taehyung? Orang semua pandang aku macam aku ni tak ada hubungan dengan kau "
Taehyung ketawa kecil.
" Maaf. Aku singgah ke satu tempat untuk belikan kau ini " Taehyung menghulurkan tangan kanannya kepada aku dan oh! Tangannya memegang sejambak bunga ros merah pekat.
" Untuk aku? " Aku meminta kepastian.
" Ya. Takkan untuk perempuan lain pulak "
Aku senyum pendek tatkala menerima bunga tersebut. Bukannya aku tidak pernah menerima semua ini daripada bekas-bekas teman lelaki aku sebelum ini cuma entahlah. Taehyung ini seorang lelaki yang naif. Dan aku jujur yang dia comel apabila dia menjadi seorang yang naif.
Lagipun pemberian bunga ini merupakan starter pack untuk lelaki yang baru memulakan hubungan dengan seorang perempuan.
Em, klise.
" Terima kasih "
" Anything for you, Neul. Dan terima kasih juga sebab harini kau tak pakai pakaian yang terdedah macam selalu. Terima kasih sebab dengar kata-kata aku semalam "
Aku tunduk untuk melihat pakaian aku. Sweatshirt and skinny jeans. Sopan, bukan?
Memang Taehyung ada berpesan supaya aku memakai pakaian yang tertutup hari ini. Aku pun tak tahu kenapa dan disebabkan aku terlalu malas untuk menyoal alasannya, aku ikut sahaja.
Lagipun aku memang nak pakai jeans hari ini. Kena dengan mood musim luruh yang bakal datang.
" Tapi jangan terlalu berharap yang aku akan pakai macam ni hari hari. Ingat, aku ni Jang Neulmin. Bukan perempuan sopan lain di Universiti "
Taehyung tersenyum pendek.
" Neul, lepas kelas kita keluar nak? "
" Pergi mana? "
" Somewhere fun "
***
Kim Taehyung betul betul merupakan seorang lelaki yang sangat membosankan.
Apa dia cakap tadi? Somewhere fun?
Memang taman yang dipenuhi dengan kanak-kanak merupakan sesuatu tempat yang fun untuk dia ke?
Aku tak tahu nak bagi reaksi apa ketika Taehyung membawa aku kesini.
" Kita duduk sana, jom " Ajak Taehyung. Jari telunjuknya menunjuk kepada satu bangku di tepi tasik di taman ini.
Aku mengikuti sahaja dia. Tangan kanan aku memegang cawan aiskrim manakala tangan kiri aku melindung wajah aku daripada terkena cahaya matahari yang terik.
Hitam lah aku nanti kalau asyik duduk sini.
" Kau memang suka datang sini ek? " Tanya aku kepada Taehyung. Taehyung mengecilkan matanya kerana melawan dengan sinaran matahari yang memancar tepat ke arah dia. Dia mengangguk kepala dua kali.
" Aku suka datang sini sebab nak tengok budak-budak yang main dekat taman ni "
Okay ini pelik. Taehyung anak tunggal ke? Dia teringin adik tapi tak dapat jadi dia datang sini untuk tengok budak budak. Macam tu ke?
" Kenapa? Kau tak suka budak-budak ke? " Aku menggeleng.
" Suka. Tapi yang dengar cakap je " Jujur aku. Aku memang sukakan budak budak yang dengar kata sahaja. Kalau yang degil tu, memang aku piat telinga dia.
" Mungkin kau tak tahu tapi aku pernah ada adik " Kata Taehyung. Aku kerutkan dahi. Pernah ada adik?
" Maksud kau? "
" Aku ada adik perempuan dulu. Nama dia Kim Suyeon. Tapi dia meninggal masa dia umur 6 sebab sakit. Leukimia " Taehyung tundukkan kepalanya selepas itu. Aku perasan yang nadanya suaranya berubah. Seakan-akan seperti dia ingin menangis.
Aku rasa serba salah tentang adiknya. Aku meletakkan cawan aiskrim tadi di tepi lalu aku menarik Taehyung masuk ke dalam dakapan aku.
Aku tahu dia sedih. Taehyung seorang yang penyayang. Mustahil dia tak sayangkan adiknya.
" Aku okay, Neul. Tak perlu tenangkan aku " Ujar Taehyung. Ish, diam lah. Dah kira baik aku nak peluk dia.
" Biar lah aku peluk kau "
Taehyung tergelak kecil. Tangan aku mengusap belakang badan dia lembut.
" Aku rindukan dia "
" Tak apa, Tae. Suyeon sekarang dah ada di syurga. Dia tengah tunggu kau " Aku cuba menenangkan Taehyung. Dia tak menangis tapi suaranya kedengaran seperti dia hampir menangis.
Jadi sekarang aku faham kenapa dia suka datang kesini. Dia rindukan adiknya.
Taehyung menolak badan aku perlahan. Dia menatap wajah kosong aku ini. Matanya sudah memerah dan berair. Dia mengelap air matanya dengan telapak tangan dia.
" Maaf. Aku tak patut menangis "
Aku ukirkan senyuman tipis.
" Tak apa. Kalau kau tak cerita, aku pun tak tahu kenapa kau nak datang sini " Aku senyum sekali lagi.
" Terima kasih sebab faham, Neulmin "
Aku pusingkan badan lalu menghadap kanak-kanak yang sedang bermain di hadapan kami dengan penuh keriangan.
Taehyung turut begitu. Wajahnya yang tadi muram kini bertukar ceria semula melihat kanak-kanak.
" Abang, akak " Seorang budak lelaki linkungan 6 tahun menghampiri aku dan Taehyung.
" Kenapa, adik? " Taehyung tunduk sedikit untuk samakan ketinggian dia dengan budak lelaki itu. Aku di tepi cuma memerhati mereka.
" Jom main sekali " Ajak budak lelaki itu.
" Main apa? "
" Papa baru belikan Jungmin pistol buih. Tapi Jungmin tak ada kawan nak main " Budak lelaki yang bernama Jungmin itu mencebik.
Taehyung menatap aku.
" Nak main sekali? " Tanya dia.
Aku tersenyum lebar.
***
Aku menyimpan kasut boots aku ke dalam rak kasut di tepi pintu rumah. Daun pintu aku tolak perlahan sebelum menapak masuk ke dalam syurga dunia aku.
" Neulmin dah balik "
" Ha dah malam baru reti balik? "
Bahu aku terhinjut sedikit apabila suara Yoongi mengejutkan aku dari belakang.
" Yoongi, jangan buat macam kita baru sehari tinggal sebumbung please " Aku gulingkan anak mata aku ke atas. Aku mengambil cawan yang Yoongi sedang pegang itu lalu meneguk sedikit ice lemon tea yang dituang oleh Yoongi tadi.
" Pergi la buat air sendiri, pemalas! Berjalan sampai tengah malam pandai, buat air taknak! Eiyy " Marah Yoongi.
" Tak payah lah nak jerit-jerit bagai. Kau fikir kau Hamadi ke?! " Marah aku semula. Aku pulangkan semula cawannya dengan kasar. Dengan adik sendiri pun nak berkira.
" Masalahnya ni bukan air untuk aku. Tapi untuk Jungkook! " Nama yang baru disebut oleh Yoongi tadi menyentakkan aku. Mata aku membulat sedikit.
" Untuk siapa kau cakap tadi? " Aku meneguk liur
" Jungkook pekak, Jungkook! Jeon Jungkook! " Yoongi menjerit nama Jungkook betul betul di telinga aku. Tak guna punya abang. Ada juga aku pekak betul betul nanti.
Aku abaikan Yoongi dan terus naik ke atas. Aku kena mengelak dari Jungkook tak kira apa pun. Aku tak boleh biarkan diri aku dari terus melihat Jungkook.
Aku takut. Takut perasaan tu datang semula.
" Apa dia buat dekat sini? " Tanya aku sebelum aku sempat membuka pintu bilik aku. Jungkook ni selepas sekian lama dia tak datang rumah aku, kenapa hari ni juga dia nak kena datang?!
" Biarlah dia nak datang sini pun. Aku yang ajak dia sleepover sini. Kita orang nak main game sama sama. Lagipun besok sabtu, kan? " Jelas Yoongi. Aku memicit tulang hidung aku perlahan lalu menghela nafas.
" Perlu ke sampai sleepover? "
" Apahal tak boleh pulak? Kau tak payah la gelabah lah sangat. Bukan dia nak kau lagi pun "
" Ke kau takut jatuh cinta balik? Ayokk, tapi aku tak terkejut pun walaupun kau tengah bercinta dengan Taehyung. Kau kan international playgirl " Terkekek-kekek Yoongi ketawakan aku.
Jatuh cinta balik? Heol!
" Hebatnya kamu. Yakinnya kamu. Eh aku tak ada masa la nak jatuh cinta balik dekat dia tu "
Tiba tiba pintu bilik Yoongi dibuka dari dalam.
" Hyung, game dah nak start " Yoongi tak tipu bila dia cakap yang Jungkook ada dekat sini.
Jungkook memandang Yoongi sebelum matanya jatuh pada aku.
" Eo? Neulmin? Hai, Neulmin "
Sudah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro