Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

sembilan belas

Aku mencelikkan mata tatkala bunyi burung berkicauan mengganggu tidur aku yang lena.

Gelap. Itu lah keadaan bilik aku sekarang ini. Eh, tapi ini bukan bilik aku. Bilik aku warna merah jambu, bukan kelabu.

Aku tolehkan kepala ke kanan. Wajah seorang insan yang sangat sedang tidur di sebelah menghiasi mata aku.

Aku masih dekat rumah Taehyung rupanya. Aku menilik jam tangan aku. Tahi. Dah pukul 6 pagi.

Macam mana aku boleh terlena sampai tak sedar yang hari dah subuh ni?

Aku lekas turun daripada katil lalu mencapai tas tangan aku. Sempat lagi aku menyelimutkan Taehyung semula. Dahinya aku kucup perlahan.

Jumpa siang nanti, boyfie .

Aku segera turun ke bawah dan pulang ke rumah aku sendiri.

Aku berjengket-jengket masuk ke dalam rumah kerana tidak ingin ditangkap oleh mama atau pun Yoongi. Mereka memang tak kisah kalau aku balik lewat tapi bukan waktu subuh.

" Kau pergi mana malam semalam? "

Aku memejam mata rapat dan bibir diketap. Terkantoi sudah.

" Jang Neulmin " Aku teguk liur sebelum pusing ke belakang. Di mana Yoongi sedang berdiri sekarang. Aku memberinya satu sengihan.

" Eh Yoongi? Awal bangun? " Aku cuba menukar topik tapi ketahui lah yang Yoongi bukan seorang abang yang bodoh.

" Tak payah nak ubah topik. Kau pergi mana semalam? " Dia menyoal lagi. Tajam betul tatapannya sekarang ini.

" Rumah Taehyung " Aku menggosok perlahan belakang tengkuk. Kang Yoongi fikir aku pergi sana buat benda bukan bukan pula.

" Buat apa pergi rumah dia? Memangnya kat Seoul ni dah tak tempat lain ke? "

" Laa. Biarlah aku nak pergi rumah teman lelaki aku pun. Bukan buat apa apa pun " Jawab aku tidak puas hati. Selalunya Yoongi jarang nak komplain ke mana aku pergi pun.

" Aku bagitau mama yang kau baru balik. Mama!! " Tergopoh-gapah aku menuruni anak tangga untuk mendapatkan Yoongi. Aku menekup mulutnya dengan telapak tangan aku.

" Shuhh diam lah bodoh. Kau nak bagi aku kena marah ke? " Aku membisik keras. Mata aku dijegilkan. Kepala aku pula tidak henti-henti memandang tingkat atas. Kot kot lah mama dengar.

Yoongi mengalihkan tapak tangan aku dari mulutnya.

" Memang aku nak bagi kau kena marah pun. Mama! Mama! Oh mama!! " Sekali lagi Yoongi menjerit memanggil mama.

Aku memulas perutnya sekuat hati. Memang nak mati awal tau dia ni.

Tapi apa lah nasib aku. Mama terdengar jeritan Yoongi dan sekarang mama sedang turun ke bawah. Mampus lah aku.

" Ada apa ni Yoongi, Neulmin? Subuh subuh dok memekik? "

" Hai Neulmin. Awal kamu bangun hari ni? " Soal mama kepada aku. Yoongi di tepi tersengih sinis.

" Bangun? Logik lah sikit mama. Pernah ke dia nak bangun awal? Ni ha, Neulmin baru balik "

Pernyataan daripada Yoongi membuatkan mama memandang aku tajam. Aku tundukkan kepala. Gerun melihat mama menjadi tegas.

" Neulmin baru balik? " Ha itu dia. Tegas semacam nada suara mama.

Lambat-lambat aku mengangguk. Aku dah bersedia untuk dimarahi.

" Pergi mana sampai baru nak balik? "

" Neul pergi rumah kawan. Then tertidur " Jujur aku walaupun ada terselit penipuan dalam ayat aku. Taehyung bukan kawan aku.

Mama menghela nafas berat.

" Lain kali jangan buat macam tu dah. Neul pergi masuk bilik sekarang. Yoongi, tolong potongkan epal dan buat kopi untuk papa. Mama nak siram pokok kejap " Suruh mama. Aku angukkan kepala.

Yoongi mengerutkan dahi. Padan muka kena buat kerja.

" Aik? Neul yang merayau, Yoongs yang kena buat kerja? Mana aci! "

" Jangan nak bising. Pergi buat cepat "

Aku di tepi sudah tersengih kepuasan. Ada ubi ada batas, hari ni juga aku balas. Padan muka elo Min Yoongi.

***

Selepas mendapatkan tidur selama 3 jam, aku bergegas ke Universiti.

" Neul, mana kau pergi semalam? Aku pergi rumah kau nak ajak lepak tapi Yoongi kata kau mati kena langgar kereta itu sebab kau tak ada kat rumah " Tanya Ahra panjang lebar.

Aku melabuhkan punggung di tepinya. Tak guna punya Yoongi. Dia memang nak aku mati betul betul ke apa?

" Kau jangan nak dengar Yoongi merepek. Aku pergi rumah Taehyung semalam " Jelas aku kepada Ahra. Ahra kerutkan dahi seketika sebelum dia menjerit kecil.

Dah kenapa kawan aku ni?

" Kau pergi rumah Taehyung? Buat apa weh? Oh mai godddd ! Dia kenalkan kau kat parents dia ke? Mak dia cantik tak? Mak dia suka kau tak? Diorang restu korang tak?! Kyaaaaaa !! " Bertubi-tubi soalan yang aku dapat daripada Ahra. Apa benda siot minah ni? Tak boleh rilek.

Aku menunjal dahinya.

" Rilek sikit boleh tak? Aku pergi rumah dia sebab nak layan Netflix. Mak ayah dia tak ada lagipun " Aku menjeling wajah halus Ahra.

" Laa yeke? Tengok Netflix je? " Aku mengangguk.

" Tapi memang layan Netflix je ke? Tak ada buat apa apa? " Tanya Ahra dengan nada rendah. Aku pandang dia dengan kerutan di dahi.

" Kau nak kami buat apa? Kau jangan nak merepek. Aku lempang kau japgi " Aku memberinya jelingan tajam kali ini. Ahra tersengih di tepi.

" Mana la tahu ehek ehek "

Aku gelengkan kepala dan gulingkan biji mata. Ahra ingat aku ni macam Jiyeon ke? Gatal tak bertempat?

" Eh nanti ada pameran buku dekat dewan. Kau nak pergi usya tak? " Ahra menyenggol siku aku.

Pada mulanya aku ingin menolak ajakan Ahra tapi tiba tiba otak aku terfikirkan sesuatu.

Pameran buku. Taehyung dan Joohyun.

" Nak! " Jawab aku dengan semangat sampaikan Ahra rasa nak hempuk kepala aku dekat meja.

Aku segera keluarkan telefon bimbit lalu mencari nama Taehyung.

Me :
Taehyung, nanti jumpa dekat pameran buku tau tau ❤️

✔️✔️ seen 10:38am

***

Aku dan Ahra masuk ke dalam dewan yang sudah menjadi pameran buku untuk tiga hari ini. Ah, terkenang pula zaman sekolah dulu. Kalau ada pameran buku, pasti aku akan pergi tanpa membeli apa apa buku. Alasan untuk nak ponteng kelas lah katakan.

Mata aku diliar ke sekeliling untuk mencari kelibat Taehyung. Aku ada bagitau dia untuk jumpa aku dekat sini tapi aku langsung tak nampak kelibat dia.

Chat aku pun dia seen. Hm.

" Namjoon, kau ada nampak Taehyung tak? " Aku menarik lengan Namjoon yang sedang melintasi aku. Di tepinya ada seorang perempuan yang agak cantik.

Pengganti baru aku letewwww.

Namjoon mengangguk kepalanya sekali. Bibirnya dijuihkan pada satu arah.

" Dia ada dekat sana tadi. Dengan Joohyun " Bagitahu Namjoon. Nama yang disebutnya tadi telah menyalakan sedikit api di dalam diri aku ini.

Selepas mengucapkan terima kasih kepada Namjoon, aku pergi ke satu sudut novel Inggeris yang dikatakan Namjoon tadi. Ahra pun aku tak tahu dah lesap ke mana.

Sekarang ni orang yang rapat dengan aku semuanya minat membaca. Kecuali aku.

Patut lah Taehyung suka menghabiskan sebahagian masa dia dengan Joohyun. Mereka berdua kan minat membaca.

Ish, pertama kali aku rasa diri aku ni tak berguna.

Ha, tu dia mereka. Sedang membelek novel Inggeris yang tajuk entah apa.

" Hai Taehyung " Aku mendekatinya seraya memeluk lengannya. Dia kelihatan terkejut dengan kehadiran aku. Begitu juga dengan Joohyun di sebelahnya.

" Neul, kau buat apa kat sini? " Soalan bodoh yang pertama daripada Kim Taehyung.

" Datang tengok buku lah "

" Bukan ke kau tak suka membaca? " Soalan bodoh yang kedua.

Aku mengeluh perlahan.

" Memang kalau tak minat membaca, tak boleh datang sini ke? " Bidas aku

" Tak tak. Maksud aku yeah pelik " Taehyung mengangkat bahu.

Aku mencebik. Aku datang sini nak cari kau lah, bodoh.

Aku merenung Joohyun di tepi Taehyung ini atas bawah dengan pandangan yang em cemburu. Mungkin dia perasan yang aku sedang merenungnya, dia mula berasa segan.

Dia menegur aku.

" Hai Neulmin. Kita berjumpa lagi " Tegurnya penuh ramah. Senyuman lebar turut dihadiahkan untuk aku.

" Hai jugak Joohyun. Tak sangka kita berjumpa lagi. Dengan boyfriend aku pulak tu " Sengaja aku tekankan perkataan ' boyfriend ' . Aku cuba memalsukan tawa aku. Biar dia sedar diri sikit.

Wajah Joohyun sudah pun berubah. Taehyung pandang aku hairan.

" Kenapa cakap macam tu? " Bisik Taehyung.

" Salah ke? " Bisik aku semula.

" Maaf lah Neulmin kalau aku nampak macam tengah ambik Taehyung dari kau. Kalau macam tu aku pergi dulu "

Joohyun menundukkan kepalanya untuk meminta diri. Tapi Taehyung terlebih dahulu menahannya.

" Joohyun, tunggu " Taehyung melepaskan tangan aku daripada terus melingkari lengannya. Aku mendengus kecil.

" Neul, aku dengan dia datang sini nak cari buku kesukaan kami. Boleh kau bagi kami ruang? Kalau kerja kau nak cari gaduh dengan orang, kau boleh keluar dari sini " Taehyung menatap aku tajam. Aku menjelingnya halus. Pandangan Taehyung bertukar biasa semula.

Kata-kata Taehyung betul-betul nembuatkan hati aku terasa seperti dipanah. Pedas betul panahan dia. Sakit hati aku.

Dia lebih pentingkan perempuan yang menghancurkan dinner kami berbanding aku? Wah, bagus!

" Pergi lah dengan Joohyun kau tu. Aku boleh pergi cari Jungkook lah! " Bentak aku. Aku menolak kedua bahu mereka sebelum melintasi di antara mereka.

Pergi mampus kau dengan Joohyun kesayangan kau! Dasar ulat buku!!

" Tae, tak baik lah kata macam tu dekat Neulmin. Kesian dia terasa tu " Joohyun berkata lembut. Suara lembutnya mampu membuat para lelaki menjadi gila. Termasuklah Kim Taehyung. Jauh berbeza dengan Neulmin yang sering bercakap kasar.

Taehyung menggelengkan kepalanya. Matanya tidak henti memandang Neulmin yang berjalan keluar daripada dewan ini dengan kemarahan dalam jiwa Neulmin.

" Biarkan dia. Dia gila " Kutuk Taehyung. Ada sengihan kecil di bibirnya.

" Taehyung, dia girlfriend awak tau "

" Nanti dia okay lah tu " Kata Taehyung sebelum dia menarik tangan Joohyun ke sudut yang lain. Joohyun pun gatal, terus tersipu apabila kulitnya bersentuhan dengan kulit Taehyung.

Dua dua pergi mati!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro