Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

lima belas

Aku berdiri di hadapan pintu rumah Taehyung. Aku mengambil nafas beberapa kali. Aku perlukan kekuatan.

Aku dah buat salah dan aku patut datang meminta maaf. Sekurangnya aku harus turunkan ego aku kali ini.

Aku teragak-agak untuk mengetuk pintu rumahnya.

" Kau boleh, Neulmin " Aku menghembus nafas sekali lagi.

Sejenak selepas itu, aku terus mengetuk pintu rumah Taehyung. Pada ketukan pertama, tiada siapa yang membukanya.

Aku ketuk sekali lagi.

Klek

Bunyi pintu rumahnya terbuka. Aku terus mengangkat wajah dengan harapan bahawa Taehyung yang membukanya tapi sangkaan aku meleset.

Orang gaji dia yang membuka pintu ini.

Aku rasa kecewa sedikit.

" Cik cari siapa ya? " Soal orang gaji dia penuh ramah.

" Taehyung ada? " Orang gajinya menggeleng.

" Encik Taehyung keluar pukul 7 tadi. Sampai sekarang belum balik " Jawabnya. Aku mengeluh berat.

Aku cuba untuk memberinya senyuman walaupun aku tak rasa nak senyum sekarang ni.

" Tak apa kalau macam tu. Terima kasih " Lalu aku menunduk sedikit untuk meminta diri.

Aku berjalan keluar dari perkarangan rumahnya. Telefon aku keluarkan untuk menelefon Yoongi supaya dia datang untuk mengambil aku disini.

Semasa aku ingin mendail number Yoongi, aku terlihat susuh tubuh seseorang yang sangat aku kenali. Aku segera menyimpan telefon ke dalam beg tangan aku semula lalu aku berlari ke arahnya.

" Taehyung " Aku memegang lengan dia. Dia berhenti berjalan dan pandang aku seketika sebelum matanya jatuh pada tangan aku yang sedang memegang lengannya.

Dia pandang ke depan semula tanpa membalas panggilan aku.

" Taehyung, aku nak mintak maaf " Kata aku perlahan.

" Tak perlu. Restoran tu dah refund balik duit aku. Kau boleh balik sekarang " Balasnya dingin. Jujur, aku terasa dengan sikapnya sekarang ini. Taehyung tak pernah sedingin ini dengan aku.

" Taehyung, tolong terima maaf aku. Aku sembang dengan Jungkook sampai aku terlupa masa. Aku tau aku salah kalini " Aku masih tidak berputus asa untuk meminta maaf. Aku tahu dia tak akan maafkan aku.

Taehyung menghela nafas. Wajahnya yang diterangi cahaya bulan jelas menunjukkan yang dia kecewa dengan aku.

" Tak apa. Memang Jungkook lagi penting kan dari dinner kita? Dia penting sampai dinner kita tak bermakna kan? Aku faham "

" Taehyung .. jangan macam ni. Tolong " Aku merayu. Mata aku sudah berair sekarang ini. Sudah lama aku tidak berasa begini.

Jang Neulmin bukan seorang gadis yang cengeng dan senang menangis tapi aku kalah pada Taehyung hari ini.

" Neulmin, aku dah kata tak apa kan? Aku sedar yang aku je beria dengan kau. Kau dah pesan dengan aku yang aku akan kecewa dan disakiti and yeah , aku rasa benda tu sekarang ni. Tapi apa aku nak expect kan? Aku sendiri yang pilih jalan ni "

Aku tundukkan wajah aku memandang tanah. Aku tak tahu apa patut aku katakan lagi.

" Pergi lah kat Jungkook kau " Dia melepaskan pegangan aku dari lengannya. Kemudian dia mula membuka langkah untuk pergi tapi aku cepat memegang hujung bajunya.

" Kita tak putus kan? "

Aku tak tahu kenapa aku perlu tanyakan soalan macam tu sedangkan perkara itu lah yang aku tunggu selama ini.

Putus dengan Taehyung. Itu apa yang aku nak. Tapi kenapa sekarang jadi lain?

" Cari aku bila kau rasa aku ni penting untuk kau " Tanpa memandang aku, dia terus pergi.

Aku kecewa dengan segalanya.

Tapi aku yakin bahawa Taehyung lebih kecewa.

***
Wajah aku muram sahaja seharian. Semuanya yang sedang diajar oleh pensyarah di hadapan langsung tidak masuk ke dalam telinga aku.

Kata-kata Taehyung asyik bermain di minda.

Dia penting untuk aku. Aku mengaku itu.

Tapi macam mana hendak aku buktikan yang dia turut penting untuk aku walaupun hati aku masih pada orang lain?

Aku benci bila hubungan aku dengan Taehyung jadi dingin. Sudah tiga hari dia tidak bercakap dengan aku. Pandang muka aku pun dia tak nak.

Telefon, mesej, semuanya tidak dijawab. Hanya sekadar bluetick .

Dan aku rasa kosong tanpa dia dalam hidup aku.

Jungkook pun tidak pernah mesej aku selepas kami berjumpa tempoh hari.

" Cik Neulmin, kalau awak rasa awak tu pandai sangat, teruskan berangan " Suara Sir Han menyentakkan aku dari lamunan. Aku terus memandang dia.

" Awak dengar apa yang saya cuba jelaskan tadi? " Aku mengetap bibir lalu menggeleng.

" Saya mintak maaf. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran saya "

" Keluar dari kelas saya "

Aku mengeluh kesal. Aku terus keluar dari kelas ini seperti yang diminta oleh Sir Han. Aku menjeling mata-mata yang sedang memandang aku sinis.

Sir Han seorang pensyarah yang tegas. Siapa je tak kenal dia? Tapi ini merupakan pertama kali aku didenda.

Semuanya gara-gara Taehyung.

Aku mengeluh lemah. Aku tak tahu apa patut aku buat untuk pulihkan hubungan aku dengan Taehyung.

Aku mengeluarkan telefon bimbit aku untuk melayari internet. Mana tahu aku boleh jumpa sesuatu yang menarik untuk pulihkan hubungan kami.

Tak lama selepas itu, aku terjumpa sesuatu.

Simple tapi menarik.

" Okay nice! Hujung minggu ni aku akan buat ni semua sendiri hihi " Getus diri aku. Aku segera menyimpan telefon ke dalam poket seluar dan pergi mencari Taehyung. Aku harus memberitahunya sesuatu.

Puas aku mencarinya di kampus. Rupanya dia berada di luar perpustakaan bersama seorang perempuan yang aku kenali.

Joohyun. Perempuan yang muncul dekat chapter 3 rasanya.

Aku mendekati Taehyung. Aku langsung tak kisah kalau dia belajar dengan perempuan lain sebab aku pun berseronok dengan lelaki lain tapi yeah, Taehyung masih penting untuk aku.

" Taehyung " Aku memanggilnya. Dia yang sedang bercakap dengan Joohyun itu terus memandang aku dengan wajah yang kosong.

" Aku nak cakap sikit " Kata aku. Taehyung toleh ke arah Joohyun yang masih disebelahnya. Eiy, perempuan ni pun tak reti nak berambus ke?

" Joohyun, awak pergi dulu. Nanti saya cari awak " Taehyung tersenyum lebar. Wow so lebar.

Memahami kami yang inginkan privasi, Joohyun meminta diri. Taehyung kemudian memandang aku semula. Wajahnya dingin.

" Cakap apa kau nak cakap. Aku ada hal lepas ni "

Tengok tu? Dingin kan dia dengan aku?

" Hujung minggu ni boleh keluar? Aku ada sediakan sesuatu untuk kau "

Taehyung diam sejenak sebelum dia mengangguk.

" Jumpa dekat sana nanti "

***
Hujung minggu yang ditunggu akhirnya tiba jua. Aku telah tiba di sebuah tasik yang tidak ramai orang.

Semua idea yang aku kumpulkan selama dua hari ini berjalan lancar. Aku mampu siapkan semuanya dengan hasil tangan aku sendiri.

Aku bangga. Dan aku harap Taehyung akan menyukainya. Ini sahaja peluang untuk aku pulihkan hubungan aku dengan dia.

Aku melihat sekali lagi hasil aku. Aku tersenyum puas.

Aku turut menggantungkan gambar gambar kami berdua pada hujung ranting pokok dengan seutas tali halus.

Taehyung pasti tersentuh.

Aku menunggu Taehyung di hadapan tasik. Sesekali aku mengerling jam tangan aku. Aku menyuruh Taehyung untuk datang pada jam 7:30 malam. Dan sekarang sudah 7:25 malam.

Taehyung seorang yang menepati masa jadi jangan risau. Dia bukan melayu.

Lama aku menunggu Taehyung untuk tiba. Aku kerling jam tangan aku.

8:30 malam

Mungkin jalan sesak. Hari ni kan malam minggu.

Aku tunggu , tunggu dan tunggu.

Aku yang tadinya berdiri, kini sudah terduduk di atas tanah. Kaki aku berasa lenguh menunggu Taehyung.

" Neulmin "

Laju sahaja aku bangun dari duduk untuk mendapati Taehyung. Tapi aku silap. Yang muncul di depan aku sekarang ini bukan lah Taehyung.

Tapi Jungkook.

" Jungkook? "

" Neul, Taehyung cakap dia tak dapat datang. Aku mesej kau, tapi kau tak balas "

Dan saat itu, aku dapat merasakan yang hati aku retak seribu.

Aku tak menyangka semua ini. Penat penat aku sediakan semua ini, tapi Taehyung tidak datang.

Sekarang akhirnya aku faham apa yang Taehyung rasakan tempoh hari. Dia ingin membuat aku merasai perasaan yang sama.

Aku diam. Air mata aku perlahan-lahan bertakung di tubir mata.

Lemah, Neulmin. Kau lemah. Kau bukan macam ni.

Ting!

Telefon aku berbunyi dan menunjukkan yang Taehyung baru sahaja memuat naik sekeping foto baru di Instagram. Jari aku pantas menekan.

kim.taehyunggg

❤️ hnbn_1 , ahrakim , prkjmn95 , jiyeonkangjiyeon and 900 others

kim.taehyunggg | thank you teman makan 💜

comments are disabled

Sekali lagi hati aku retak seribu.

-

aku janji nak update besok but aku rajin harini. esok ada update lagi.

dan konflik masih banyak. berhenti baca kalau tak tahan kekelingan aku haha.

dan perempuan tu adalah Irene Red Velvet , awek aku. Itu cuma editan semata mata untuk chapter ni dan chapter yang akan datang jadi tolong jangan kecam awek aku woi.

Takkan nak letak muka aku sebelah Taehyung pulak kan em okay raklu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro