Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

lima

" Merenung ke luar jendelaaaaa "

" Woi adik, kau ni kenapa? Dari tadi termenung je? " Yoongi yang sedang memandu di sebelah menegur aku yang sedari tadi asyik mengelamun.

Aku pusingkan kepala ke tepi lalu mengeluh berat.

" Kau kenapa? Ada masalah? Tapi jarang lah kau nak ada masalah kan? " Yoongi mengerling aku sekilas.

" Tak ada apa lah. Aku okay " Balas aku perlahan.

" Yeke okay? Cerita lah kalau ada apa apa "

Aku membiarkan sahaja kata-kata Yoongi itu berterbangan bersama angin. Betul, aku memang tak ada masalah.

Cuma fikiran aku terganggu oleh Kim Taehyung. Aku tahu aku tak sepatutnya rasa macam ni dan aku tahu tak ada apa apa yang istimewa sampaikan aku harus rasa macam ni tapi ...

Kata-kata dia yang asyik menganggu aku.

Kenapa dia nak tolong aku berubah? Sedangkan selalunya pertemuan kami pasti diakhiri dengan tidak baik. Dua kali aku bercakap dengan dia, dua kali juga dia bercakap kasar dengan aku.

Tapi kenapa tadi dia cakap macam tu? Siapa dia nak tolong aku berubah? Aku sendiri pun tak ingin nak berubah. Hmm

" Yoongi " Aku memanggil Yoongi. Aku membetulkan posisi duduk aku supaya badan aku menghadap Yoongi yang leka memandu.

" Ya? "

" Kau kenal Kim Taehyung? Pelajar Business " Tanya aku secara direct

" Kim Taehyung? Emm kejap bagi aku fikir " Jari jemari Yoongi bermain pada stereng kereta. Bibirnya dikemam dua tiga kali sambil otaknya ligat mengingati nama Kim Taehyung.

" Ahh Kim Taehyung. Yang suara garau tu ek? Tak silap aku ayah dia businessman "

" Ohhh really? Tak tahu pulak yang ayah dia tu ada syarikat sendiri "

" Biasalah tu sebab Taehyung jenis berahsia. Tak ramai yang tau pasal keluarga dia. Kenapa? Kau berminat ke dengan dia? " Soalan Yoongi membuatkan aku terdiam. Aku berminat dengan Taehyung? No way

" Aku tanya je. Tak berminat pun " Aku mencebik

" Kau suka dia ek? " Yoongi menjungkitkan keningnya beberapa kali dengan senyuman yang nakal. Aku menampar perlahan lengan dia.

" Mati hidup balik pun aku tak akan suka dia la, Yoongi. Mulut laser macam dia siapa je nak? "

" Mulut dia memang laser sikit. Tapi dia baik tau "

" Bukan sikit tapi banyak " Aku menjeling Yoongi tajam. Kalau lah dia tahu apa yang Taehyung pernah kata dekat aku.

Tapi kalau Yoongi tahu pun, mesti dia akan back up Taehyung. Psh.

" Kalau kau suka dia, confess tau. Nanti ada perempuan lain kebas dia baru kau menyesal. Lagipun tak sabar aku nak tengok kau ada permanent boyfriend. Selalunya pakai buang je " Kata Yoongi berbaur sindiran. Kurang asam! Berani dia sindir aku macam ni.

" Diam Yoongi sebelum kau jadi punca kita accident "

Aku mengeluh berat lalu melemparkan pandangan ke luar tingkap.

***

" So kau nak kata dekat aku yang Taehyung nak tolong kau berubah? Macam tu? " Soal Ahra. Aku mengganguk perlahan sambil mengangkat gelas kecil ke bibir.

" Wait. Bukan ke dia tu jenis yang cakap tak tapis? Ketahian apa ni semua? Ni bukan drama Nur tau "

" Tapi Neul, serius la Taehyung cakap macam tu dekat kau? " Kini Jimin pula yang menyoal aku. Jimin dan Ahra yang ajak aku lepak dekat bar malam ni. Aku ingatkan malam ni nak duduk rumah je sebab tak ada mood nak berseronok.

" See? Korang pun tak boleh percaya kan? Aku lagi la tak boleh percaya. Dia sendiri suka cakap aku ni kaki parti yang tak serik dan perempuan murahan. Walaupun dia dah mintak maaf tapi— entah lah macam mana aku patut cakap "

Tak. Benda sekarang ni kecil je tau. Tapi aku tak tahu kenapa boleh jadi besar.

Tangan Jimin tiba tiba naik memegang bahu aku. Senyuman tipis terukir pada bibirnya.

" Neul, kalau Taehyung cakap macamtu, aku rasa kau patut terima je. Taehyung bukan jenis suka masuk campur urusan hidup orang lain selain orang yang dia rasa selesa "

Aku mengerutkan dahi.

" Kau nak cakap yang Taehyung selesa dengan aku? Weh come on lah. Aku kenal dia pun tak "

" Neulmin, aku kenal Taehyung lama. Jadi aku tau kenapa dia cakap macam tu dekat kau. Nanti kau akan tahu, Neulmin "

" Tapi Jimin, aku tak terdetik langsung nak berubah. Aku bahagia dengan cara aku sekarang ni " Aku masih menegaskan yang aku tidak ingin berubah hanya kerana Taehyung berasa selesa dengan aku. Kami rapat pun tidak.

" Kalau macam tu, apa kata kau berkawan je dengan dia? " Jimin memberi cadangan.

" Kawan?! "

" Ha ah Neul. Kalau kau tak nak berubah, berkawan je lah dengan dia " Ahra pula menyokong cadangan si Jimin.

Memangnya mereka dua ni ada berpakat apa apa ke dengan Taehyung?

Berkawan dengan Kim Taehyung? Lelaki mulut durjana tu? Kerja gila apa yang mereka sedang suruh aku buat ni?

Gila.

***

Kaki aku perlahan-lahan berjalan di tepi gelanggang bola keranjang di Universiti kami.

Kelas aku masih belum bermula jadi aku mengambil keputusan untuk menghirup udara segar sebelum masuk semula ke dalam.

Lagipun aku bosan. Kelas Ahra dah bermula. Jimin pula cuma ada kelas pada tengahari nanti. Jadi aku keseorang. Aku tak kisah pun sebenarnya.

' Jeon Jungkook !! '

' Go Jungkook Go ! '

' Jungkook fighting !!  '

Suara-suara pelajar perempuan di gelanggang menyentak aku dari lamunan. Aku berhenti berjalan dan berdiri di tepi gelanggang. Di mana tempat untuk penonton berdiri. Cuma yang bezanya aku berdiri di barisan yang paling depan.

Mata aku tertumpu pada atlet bola keranjang yang sedang bermain bola keranjang. Pagi pagi macam ni pun dah bersemangat. Ditambah dengan lengan mereka yang sasa, fuhhh such a good morning view .

Tak sampai seminit aku memuji kesasaan lengan mereka, aku tak sedar yang ada bola sedang menerpa laju ke arah aku dari hujung sana.

" Neulmin! Bola !! " Suara seorang perempuan di sebelah aku telah mengejutkan aku. Aku terus mendongak sedikit dan memang betul bola itu sedang terbang ke arah aku.

Masa ini juga aku jadi bodoh. Otak aku tak dapat fikirkan apa apa dan badan aku jadi kaku. Sekarang ini aku cuma mampu memejamkan mata dan tunggu kesakitan datang mencari aku.

Pap!

Tak. Aku tak rasa sakit. Aku tak rasa bola itu terkena aku.

Aku membuka mata aku dengan laju dan kelihatan seorang lelaki sudah berdiri di hadapan aku. Dengan bola tadi di tangannya.

Aku memandang insan yang telah menyelamatkan aku daripada terkena bola.

Dia, Jeon Jungkook.

" Kau masih sama " Katanya dengan nafas yang tidak teratur. Dia menjeling aku sekilas sebelum sambung bermain bola keranjang.

Aku terkaku sekali lagi sebelum senyuman tipis terukir di bibir.

" Woahhh Neulmin ! Cinta berputik kembali ke? Kyaaaaaaaa !!!!  " Terpekik-pekik perempuan di sebelah aku. Aku yang hampir terkena bola, dia yang teruja lebih. Cinta berputik kembali? The hell?

Aku memandang perempuan itu dengan pandangan yang jijik. Kau apahal do perempuan? Rilek sikit dah la.

" Tak ada maknanya " Aku menggeleng kepala aku sebelum beredar dari gelanggang tersebut. Cukup lah sampai sini saja.

Aku memasuki kafeteria sekolah. Tiba tiba perut berbunyi tanda lapar sedangkan sebelum datang tadi, aku sudah pun bersarapan.

Mungkin sarapan yang disediakan oleh Yoongi tadi tidak cukup kot.

Aku mengambil sebungkus roti dan air milo kotak lalu membayarnya di kaunter. Tidak sempat aku ingin menghulurkan wang, seseorang menahan tangan aku.

" Kira sekali dengan saya punya " Kata dia kepada juruwang. Setelah itu, dia memberikan not wang kepada juruwang itu.

Aku pandang dia hairan.

" Taehyung? "

" Jom, duduk sana " Dia menjuihkan bibir ke arah meja yang kosong di penjuru kafeteria ini.

Aku yang masih terpinga-pinga itu menuruti saja kata-kata dia. Aku mengambil makanan dan minuman aku lalu berjalan ke meja yang ditunjuknya tadi.

" Kenapa bayarkan untuk aku? " Tanya aku.

" Saja nak belanja kau " Taehyung membalas sambil mulutnya mengunyah roti yang berinti krim vanila.

Melihat aku yang tidak menyentuh roti yang Taehyung belanja tadi, dia bersuara,

" Makan lah. Aku dah belanja kan tu? "

" Tak suruh kau belanja pun tch " Aku gulingkan anak mata aku ke atas.

" Kau ni memang tak reti bersyukur kan? " Bidas Taehyung. Eh? Aku pula yang kena?

Aku menjelingnya tajam lalu mula memakan roti berkrim coklat. Buat apa belanja kalau tak ikhlas? Aku pun tak suruh kau belanja aku la woi!

" Apa plan kau petang ni? " Soal Taehyung. Aku mengangkat bahu tidak tahu.

" Parti? " Teka dia.

" Mungkin. Rasanya hari ni June ajak aku lepak dekat kelab malam sempena meraikan peperiksaan dia yang baru tamat " Jelas aku.
 
" Aku ingat nak pergi shopping petang ni. Nak ikut? Beli baju baru ke? " Ajak Taehyung. Cara di ajak aku ni macam dia ada unlimited credit card. Jadi betul lah kata Yoongi yang Taehyung ni merupakan anak orang kaya.

" Kalau kau nak ikut, jom lah. Tapi bawak duit sendiri. Jangan berangan nak aku belanja kau. Baju pun nak aku belanja ke? Kau fikir aku suami kau? " Kata-kata Taehyung membuatkan aku ternganga. Ada aku cakap apa apa ke sampai dia nak tembak aku macam ni?

" Eh, aku tak suruh kau belanja aku pun. Apa kau ingat aku ni miskin sangat ke? " Jawab aku semula. Kembang kempis hidung aku menahan geram dengan sikap dia.

Taehyung tersengih nakal.

" Ha ah kau tu kan kaya. Duit habis dekat kelab malam pun kau tak kisah "

Kau tengok lah lelaki ni. Ada saja benda dia nak tembak aku. Aku harap tarikh kematian dia dipercepatkan.

Aku mengabaikan saja kata-kata dia itu. Makin melayan makin menaikkan tekanan darah aku. Baik aku buat bodoh saja.

" Kau tau, Namjoon si ex kau tu dah jumpa yang baru? Yang lagi baik dari kau— "

Aku sedar yang Taehyung sedang bercakap dengan aku tapi fokus aku kini beralih pada seseorang yang sedang berdiri di hadapan peti sejuk di kafeteria ini.

Jeon Jungkook.

Mata aku tidak boleh lari dari memandangnya.

Aura dia, masih kuat.

No, Neulmin. Jangan jadi bodoh lagi.

PAP!

" Woi perempuan, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?! " Suara garau Taehyung yang keras menerpa masuk ke gegendang telinga aku.

Mata aku beralih memandang dia semula.

" Kau tengah cakap pasal Namjoon, kan? "

Taehyung mengeluh lalu menepuk dahinya perlahan.

" Itu tadi. Sekarang aku tengah cakap pasal plan kita petang nanti. Mengelamun je kerja kau. Kau tengok siapa tadi? "

" Takde siapa. Ha kenapa dengan plan petang nanti? "

" Kau pergi sendiri eh? Aku takkan ambik kau sebab nanti minyak kereta aku habis "

Kepala hotak awak, Kim Taehyung.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro