enam belas
Kim Taehyung's
Aku pandang Joohyun yang berada di hadapan aku sekarang ini. Matanya leka pada buku yang baru sahaja dibelinya.
Sepatutnya aku sekarang ini sedang bermakan malam bersama teman wanita aku. Tapi aku melakukan perkara yang salah. Iaitu menghabiskan malam aku bersama seorang perempuan yang bukan milik aku.
Tapi aku lakukan semua ini bersebab.
Aku jujur yang aku kecewa dengan sikap Neulmin yang lebih mementingkan bekas kekasih dia berbanding aku. Walaupun dia tidak sengaja, dari situ aku sudah dapat tahu yang aku bukan keutamaan dia.
Memang dahulunya aku tidak kisah jika Neulmin menyakiti hati aku. Tapi aku tetap seorang manusia. Seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan.
" Taehyung, saya dah habis baca buku ni. Kalau awak tak kisah, boleh pinjamkan saya buku kedua untuk tajuk ni tak? " Joohyun bercakap dengan aku.
Aku mengambil buku tersebut dari pegangannya. Tajuk buku itu aku baca sekilas.
' Anti Social '
" Buku ni tak ada yang kedua. Kalau awak nak, saya boleh pinjamkan awak buku yang lain. 100 Kisses dari author yang sama " Balas aku. Joohyun mengangguk pantas.
" Boleh "
Walaupun hati aku masih pada Neulmin, aku tak nafikan yang Joohyun sebenarnya jauh lebih baik dari Neulmin.
Dia baik. Dia faham aku. Dan dia berikan apa yang aku inginkan.
Iaitu kasih sayang yang ikhlas.
Aku tak dapat benda itu daripada Neulmin. Dia cuma main main dengan hubungan kami. Dengan kehidupan dia.
Dan dia faham apa yang aku suka. Dia kisah tentang aku. Dia sentiasa mengambil berat tentang aku.
Dia jauh berbeza dengan Neulmin.
Salah kah jika suatu hari nanti aku berpaling kepada Joohyun?
***
Setapak demi setapak aku berjalan masuk ke dalam tempat yang sunyi ini. Hanya bunyi tapak kasut aku dan air tasik yang bermain di telinga.
Aku melihat meja yang terletak di bawah sebuah pokok besar yang digantung dengan lampu-lampu kekuningan yang cantik berserta foto-foto yang digantung pada ranting pokok.
Meja tersebut disediakan untuk dua orang. Dengan makanan yang sudah terhidang dan juga lilin yang sudah terpadam.
Aku mengeluh berat. Aku berhenti berjalan setelah tiba di bawah pokok tersebut. Mata aku diliarkan ke sekeliling untuk mencari seseorang.
Dan dia berada di sana. Sedang duduk berseorangan di tepi tasik.
Aku fikirkan dia sudah pulang ke rumah. Aku menilik jam tangan digital yang dililitkan pada pergelangan tangan aku.
Sudah jam 11:30 malam dan dia masih berada di sini. Aku yakin yang Jungkook sudah memberitahunya bahawa aku tidak dapat datang.
Tidak lama selepas itu aku mula mendengar bunyi esakan. Sudah terang ia datang daripadanya.
Terbit rasa bersalah dalam diri aku. Melihatkan usahanya untuk berbaik dengan aku, aku tidak patut membuatnya sebegini.
Ini kali pertama aku melihatnya menangis kerana aku. Kerana seorang lelaki.
Ini kali pertama aku melihat keikhlasannya dalam hubungan kami.
Aku menghela berat lalu meraupkan wajah.
" Maafkan aku, Neulmin "
Aku pusingkan tubuh lalu beredar dari sana sebelum dia menyedari kehadiran aku.
***
Jang Neulmin's
Aku menilik wajah aku di cermin tandas kampus. Mata aku yang sedikit sembap dicalit concealor.
Aku tak percaya yang aku menangis kerana seorang lelaki semalam. Psh, bodoh.
Aku tak sepatutnya menangis. Bazir saja air mata aku sedangkan Taehyung sedang berseronok bersama perempuan lain semalam.
Nafas aku dihela perlahan. Selepas memastikan yang aku kelihatan seperti sediakala, aku melangkah keluar dari tandas.
Mungkin aku patut mencari Ahra. Mana tahu dia ada benda hendak bergossip dengan aku. Lagi lagi tentang Jiyeon Bitch itu. Dengar kata, dia baru sahaja ditinggalkan kekasih. Haha padan muka!
" Oh look! Perempuan yang kena dumped dengan Taehyung malam semalam. Sedih " Aku mengetap bibir selepas mendengar suara itu. Umurnya sangat panjang. Tapi aku harap kematian dia dipercepatkan.
Jiyeon bodoh.
Berani dia mengejek aku. Tapi macam mana dia boleh tahu pasal tu? Setahu aku, yang tahu pasal hal ini cuma lah aku, Jungkook dan Taehyung sahaja.
Takkan Jungkook? Eh, tak mungkin. Dia bukan orang macam tu.
" Kau jangan sembang macam kau tak pernah kena tinggal. Bukan ke Baekhyun baru je tinggal kau semalam? " Bidas aku balik. Aku dapat lihat wajahnya berubah tapi dia cuba mengawal.
" Heol. Nak bidas aku pasal isu tu pulak kau ni eh? Setakat boyfriend ni, aku boleh cari lain lah " Jiyeon menapak selangkah mendekati aku. Aku tersenyum sinis. Bangga betul dia.
" Cari lain? Kalau Jungkook pun sampai sekarang kau tak mampu nak tambat, mampu ke kau nak cari yang lain? "
Kata-kata aku telah menyebabkan wajah Jiyeon semakin memerah. Pelajar-pelajar yang lalu disini turut berhenti untuk menonton pergaduhan kami.
" Kau tak payah nak belagak sangat. Kau pun sama je. Lepas Jungkook tinggal kau, kau ingat kau tu laku sangat? " Suara Jiyeon mula meninggi. Dia menolak bahu aku dengan kuat sehingga aku kebelakang sedikit. Atoto, triggered lah tu.
Aku meraup rambut aku ke belakang. Aku menolak balik bahu JiBitchYeon.
" Sekurangnya aku yang tinggalkan semua lelaki tu. Kau? Kena tinggal. Sedih betul. Jungkook pun tak nak la pandang kau! "
Jiyeon mengetap bibirnya dengan geram. Seronok betul aku tengok dia marah. Itulah, jangan cari pasal dengan Jang Neulmin. Dulu memang aku selalu kalah dengan dia, tapi bukan sekarang.
Mungkin kerana dia tersentap ditambah dengan geram, Jiyeon maju ke hadapan lalu menarik kuat rambut aku.
Woah, main kasar perempuan ni. Aku baru je cuci rambut aku tadi siang.
" Jaga mulut kau, perempuan sial " Dia menjerit kuat. Uish, marah betul.
Aku tidak mahu kalah. Aku turut menarik rambutnya sekuat yang mungkin. Ini perlawanan perempuan.
" Kau sentap ke? Hati tisu "
Maka kami meneruskan adegan tarik rambut. Pelajar-pelajar di tepi tiada satu pun yang menghalang atau cuba menenangkan keadaan malah mereka sibuk mengambil video untuk hebohkan kepada satu kampus.
" Jang Neulmin! "
" Jiyeon! "
Dua suara garau milik dua jejaka kacau telah membuatkan kami berhenti menarik rambut. Aku melepaskan tangan aku dari rambut Jiyeon. Begitu juga dengannya tapi disebabkan kehanatan dia, dia menolak aku jatuh dengan kuat.
Hanat beruk sial tak guna.
" Apa kau buat ni?! Jiyeon?! " Jungkook yang baru datang menghampiri Jiyeon terus menyergahnya.
Jungkook pandang aku yang sedang menggosok siku aku sekilas sebelum dia memandang Jiyeon dengan tajam semula.
" Apa yang kau dah buat dekat Neulmin?! " Soal Jungkook sedikit keras. Jari telunjuknya dituju kepada aku tanpa memandang aku.
" Tak. I tak buat apa pun. Dia yang cakap macam macam dekat I " Jiyeon cuba bercakap tipu. Jungkook tersengih sinis.
" Kau fikir aku percaya? Aku kenal lah Neulmin tu macam mana. Dia takkan mulakan pergaduhan. Memang dari dulu kau asyik kacau dia kan?! "
" Neul, kau okay? " Seorang lagi jejaka datang menghampiri aku. Dia melutut di sebelah aku dan memegang bahu aku. Aku disoal dengan penuh kerisauan.
" Ada luka dekat mana mana tak? " Dia memeriksa siku aku yang terkena lantai.
Aku pandang dia. Aku mengangguk lambat.
Taehyung. Kim Taehyung. Dia datang.
Dia masih mengambil berat tentang aku rupanya.
" Aku okay " Jawab aku pendek. Taehyung menghela nafas lega. Sebelahnya tangannya memegang bahu aku manakala sebelah lagi memegang tangan aku untuk bantu aku bangun.
Satu hari aku akan simbah clorox dekat baju Jiyeon. Berani dia tolak aku sampai jatuh. Nasib aku pakai seluar hari ni.
Taehyung menarik tangan aku supaya kami mendekati Jungkook yang sedang berurusan dengan Jiyeon di tengah kalangan ramai. Aku lekas menyikat rambut aku yang sudah serabut dengan menggunakan jari.
" Jangan berani sentuh dia lagi, Jiyeon " Kata Taehyung dengan tegas. Rahangnya mengeras dan wajah dia ketat. Aku bersumpah aku tak pernah nampak Taehyung semarah ini.
" You nak backup this bitch? You dah lupa ke yang you tinggal dia semalam? Jangan nak buat baik sangat lah, Taehyung "
Jiyeon betul betul sedang mencabar kesabaran Taehyung.
" Itu urusan aku dengan dia. Kau, dari dulu tak pernah puas hati dengan dia kan? Kau patut sedar yang kau tu murah dekat mata semua lelaki jadi jangan salahkan Neulmin kalau dia lebih dari kau. Berhenti dengki dengan perempuan aku "
Sejurus selepas itu, Taehyung terus menarik tangan aku lalu meninggalkan Jiyeon dan Jungkook di sana.
" Aku ingatkan aku boleh pertimbangkan untuk terima kau. Tapi aku salah " Jungkook pula menjeling Jiyeon kali ini.
Jiyeon menghentak kakinya kegeraman.
***
Aku dan Taehyung kini sedang duduk di bangku di taman kampus. Masing masing tidak mengeluarkan suara.
Aku ingin bercakap dengannya tapi aku rasa segan dan kekok.
Taehyung pula .. dia tak ada tanda tanda nak bercakap dengan aku. Mungkin dia masih marahkan aku pasal hal tempoh hari.
Aku pun marahkan dia kerana hal semalam. Hm, elok lah tu. Masing masing ego.
Tapi aku patut berterima kasih dekat dia kan? Kalau dia dengan Jungkook tak datang tadi, rasanya dah bergegar satu kampus dengan pergaduhan aku dan perempuan jalang tu.
" Um Taehyung. Terima kasih tau " Aku mengemam bibir.
" Jangan berterima kasih dekat aku. Itu tanggungjawab aku sebagai teman lelaki kau. Takkan aku nak biarkan perempuan tu buli kau? Dari dulu lagi dia asyik ganggu kau " Katanya dingin. Aku dapat rasakan aura dingin tersebut daripadanya.
Seram.
" Lain kali jangan layan sangat dia. Dia dengki dengan kau sebenarnya " Aku mengangguk faham.
" Taehyung, pasal semalam tu .. kau kenapa tak datang? " Aku tak sedar yang soalan ini akan terpacul dari bibir aku. Ah, aku sudah mula sedih mengenangkan hal semalam.
" Aku keluar makan dengan Joohyun. Maaf kalau aku ditched our dinner last night . Aku terlupa " Selamba sahaja dia memberi alasan.
Betul lah tekaan aku. Dia nak aku rasa apa yang dia rasa tempoh hari.
Okay. Hati aku sakit.
Aku tak tahu reaksi apa lagi aku patut beri. Aku dah penat dengan semua ini kerana dari awal sampai sekarang, hubungan kami tak pernah terjalin dengan baik. Pasti ada sahaja masalah dan konflik yang datang.
Mungkin sudah tiba masanya untuk aku hentikan semua ini. Aku rasa hubungan ini langsung tak berikan apa apa makna.
Dan aku dapat rasakan yang Taehyung pun sudah mula tawar hati dengan aku.
Ini apa kau nak dari mula kan, Neulmin?
" Taehyung "
" Kalau kau rasa hubungan kita ni dah tak bermakna, lepaskan aku. Kita putus "
--
untuk bulan puasa, aku hanya akan update pada waktu malam.
dalam jam 9-10-11 macam tu.
happy Ramadhan everyone !
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro