dua puluh tiga
Hari aku berlalu tanpa kehadiran Taehyung di sisi aku. Dia betul-betul pegang akan kata-katanya.
Dia sudah tidak muncul di depan mata aku lagi. Pernah sekali kami melintasi satu sama lain tapi dia langsung tidak memandang aku.
Bukan itu saja, dia malah unfollow aku di sosial media.
Baguslah. Sekurangnya aku tahu yang dia dapat melupakan aku. Aku memang nak dia lupakan aku.
Jungkook pun sudah banyak berubah. Dia tak macam dulu lagi, layan aku nak tak nak. Sekarang dia 24 jam berada di sisi aku. Betapa sayangnya dia pada aku.
Aku bahagia bersama Jungkook.
" Nanti petang kau nak teman aku pergi amusment park tak? " Aku kerutkan dahi memandang Ahra yang bertanyakan soalan. Kami sedang berjalan ke makmal Fizik.
" Nak buat apa? Kau nak date dengan Mingyu kan? "
Ahra ni gila betul. Dia yang nak pergi dating, tapi ajak aku pula. Tak ke aku ni nampak macam orang ketiga namanya?
" Yela tapi aku segan la keluar berdua dengan dia. Selalunya mesti ada kau dengan Jungkook yang teman " Jelasnya. Aku membulatkan bibir seraya mengangguk faham. Dia segan rupanya.
" Tak apa lah. Dia bukan nak buat apa pun dekat kau. Dia baik, okay? Lagipun dia tengah nak try tackle kau tu " Kata aku kemudian tersengih. Ahra mengemam bibir malu. Pipinya sudah memerah tatkala aku menyatakan fakta bahawa Mingyu ingin mencuba dia.
Mingyu dah bergerak solo selama setahun setengah. Tiba tiba terbit rasa nak ada teman wanita baru. Itu sebab lah dia nak cuba Ahra. Katanya Ahra menepati cita rasa dia.
Boleh percaya ke? Jangan jadi macam Jimin sudah. Jerks.
" Yah Jang Neulmin ! " Entah dari mana Jiyeon muncul, dia terus meluru ke arah aku lalu menolak kuat bahu aku sampai aku terjatuh ke atas lantai.
Kepala hotak dia dah lah aku tengah pakai heels ni. Ni lah jenis setan terlepas masa bulan Ramadhan.
Aku mengaduh kesakitan kerana kaki aku terseliuh sedikit. Ahra membulatkan matanya lalu menolak semula bahu Jiyeon.
" Kau apahal nak kena tolak Neulmin?! "
Jiyeon tidak menghiraukan Ahra malah dia menolak Ahra ke tepi. Hotak dia berani tolak kawan aku.
" Kau tepi, perempuan buruk. Aku ada hal nak kena selesaikan dengan perampas tak ada life ni " Jiyeon terus mara ke arah aku. Dengan tenaga yang ada, aku cuba bangkit walaupun pergelangan kaki aku sakit nak mampus.
" Kau nak apa lagi, Jiyeon? " Aku menyoalnya malas. Aku dah malas lah nak bergaduh dengan perempuan ni. Dari sejak aku masuk kampus ni sampai dah nak graduate pun, ada je benda dia tak puas hati dengan aku.
" Eh perempuan, apa masalah kau sebenarnya? Kalau dah putus dengan Taehyung tu, duduk lah senyap senyap! Yang nak kena kebas Jungkook aku jugak kenapa?! " Pekiknya kuat. Perempuan ni memang tak tahu malu ke memang nakkan perhatian orang? Suka ke dia bila semua orang pandang kami?
" Jungkook kau? Excuse me? Sejak bila kau dengan Jungkook ada hubungan? Bukan dah kena tolak mentah-mentah ke? " Aku jungkitkan kening. Sengaja aku ingin mengapi-apikannya.
Pak!
Pipi aku terterleng ke sebelah kanan. Aku baru kena tampar dengan Jiyeon? Wah, berani gila perempuan ni.
Akibat kegeraman, aku menolaknya dengan kasar.
" Bodoh ke main tampar aku? " Aku mencengkam kolar bajunya. Tadi kau tolak aku, sekarang kau tampar aku pula? Wah wah.
Ahra di sebelah sudah panik melihat pergaduhan kami. Dia cuba menghentikan pergaduhan kami dengan menahan tangan aku tapi malang betul nasib dia, dia yang tertolak sehingga kepalanya terkena bucu loker.
" Auch " Ahra memegang kepalanya. Ah, dah berdarah sikit.
" Kau dari dulu tak pernah puas hati kan dengan aku?! Pergi mampus la ! "
Aku segera mendapatkan Ahra yang sedang mengalami luka kecil di bahagian kepalanya.
" Ahra, kau okay? " Risau aku melihat keadaannya. Walaupun cuma beberapa titik darah yang keluar, kepala Ahra mesti sakit.
" Neulmin, kau dengar sini. Aku tak akan biarkan Jungkook jadi milik kau. Kau hati hati dengan aku! " Selepas berkata begitu, Jiyeon terus pergi dari sini. Masalah betul lah perempuan ni.
" Jom, kita pergi bilik rawatan " Aku memapah Ahra sebab aku takut dia rasa pening. Kang pengsan dekat sini mampus aku nak kena dukung pergi bilik rawatan.
" Neul, aku okay la. Sikit je pun. Kau tu yang teruk dari aku. Kaki aku terseliuh kan? "
Aku pandang kaki aku. Memang sakit sebab terseliuh tapi aku masih boleh berjalan walaupun terhincut-hincut.
" Aku okay " Aku memberikannya senyuman pendek.
Ketika kami hendak ke bilik rawatan, mata aku berlaga dengan mata seseorang. Dia pandang kaki aku sekilas sebelum dia bergerak pergi.
Wajah dia dingin.
***
" Aku pun tak tahu la nak buat apa dengan perempuan tu, Neul. Asyik kacau kau je. Dia mana makan ugutan " Kata Jungkook. Aku mengeluh memandangnya.
Dia sedang mengurut kaki aku yang direndam dengan air sejuk dan ais ketul di dalam sebuah basin.
Selepas mendengar gossip bahawa aku bergaduh dengan Jiyeon sehingga tercedera, dia terus datang ke sini untuk mencari aku.
" Biar lah dia, Kook. Nanti lama lama dia penat, dia berhenti lah tu " Jawab aku. Jungkook pandang mata aku. Dia kelihatan kecewa.
" Dari dulu sampai sekarang dia tak berhenti kacau kau. Lama mana lagi kau nak tunggu? Aku tak suka tengok kau asyik kena kacau macam ni " Ujarnya sebelum menatap kaki aku semula.
" Lepastu kita nak buat apa? Dia kacau aku sebab dia dengki dengan aku. Yelah, aku dapat lelaki kacak tambah baik macam ni kot. Siapa tak cemburu kan? " Kata aku diselangi tawa. Tangan aku dinaikkan ke rambut Jungkook yang tersikat kemas lalu aku bermain dengan rambutnya.
Jungkook ketawa kecil.
" Untung aku dapat kau. Mesti ramai lelaki cemburukan aku, kan? Cuma bezanya diorang tak datang tumbuk muka aku je " Jungkook tersengih sehingga menampakkan dua batang gigi arnabnya. Comel!
Jungkook sambung mengurut kaki aku dengan lembut manakala aku liarkan mata ke arah tingkap bilik rawatan ini. Kot kot lah Ahra datang.
Sebab tadi dia pergi ke bilik rawatan yang satu lagi untuk mencari plaster.
Tapi lain yang aku cari, lain yang aku nampak.
Aku nampak Taehyung di sebalik tingkap. Dia sedang memandang ke arah aku dan Jungkook.
Sekali lagi mata kami berlaga. Lalu dia pergi dari sini.
Kenapa dia ada dekat sini?
***
Park Jimin's POV
Aku menemani Dahee di kelasnya sebelum pensyarah subjek Seni masuk ke dalam ruangan kelas ini. Dia yang minta aku datang untuk temankan dia kerana kebelakangan ini, dia tidak berapa sihat.
Dia keguguran. Semuanya kerana kecuaian dia. Dia terjatuh semasa ingin ke tandas.
Aku rasa sumpahan Neulmin betul betul terjadi.
Aku langsung tak rasa kecewa cuma aku sedih kerana dia telah kehilangan seorang anak yang tidak sempat melihat dunia.
Walaupun anak yang dikandungnya bukan anak aku.
Pelik kan kenapa aku boleh mengaku anak yang dikandungnya adalah anak aku? Kerana keluarga tidak mahu menanggung rasa malu.
Abang tiri aku yang mengandungkan Dahee tapi aku yang harus menjadi pak sanggup. Abang tiri aku Taemin, sudah melarikan diri ke luar negara.
Aku sudah lah bencikan Taemin. Selepas apa yang dia lakukan, aku semakin membencikannya.
Sebab dia juga, aku kehilangan Ahra. Mungkin kami boleh berbaik, tapi itu pun kalau Ahra sudi mendengar cerita sebenar.
" Kau tengok tak pergaduhan Jiyeon dengan Neulmin tadi? Rancak bhaiii "
" Rancak memang rancak tapi bukan ke Ahra pun kena tempias sekali? Sampai luka kepala dia " Sambung Seongwu pula. Aku segera bangkit setelah mendengar nama Ahra disebut oleh dia.
" Seongwu, apa kau cakap tadi? Ahra luka? " Soal aku cemas. Seongwu tidak berkata apa malah cuma mengangguk dengan lambat.
Aku tidak bertanyakan apa apa lagi selain mengambil keputusan untuk pergi mencari Ahra sendiri.
" Jimin! Awak nak pergi mana?! " Jeritan Dahee dari kelas aku hiraukan. Ahra lagi penting daripadanya sekarang ini. Aku paling pantang kalau orang yang aku sayang boleh cedera.
Aku mencari Ahra di bilik rawatan di kampus ini. Tapi aku langsung tak nampak kelibat dia.
" Hansol, nampak Ahra tak? " Tanya aku kepada Hansol yang lalu di depan aku.
" Dekat bilik rawatan tingkat 3 "
Aku mengangguk faham lalu berlari ke tingkat 3 dengan nafas yang termegah-megah. Akhirnya, sampai pun.
Aku nampak daun pintu bilik rawatan ini terbuka sedikit. Pasti Ahra ada di dalam.
Aku segera mendekati bilik rawatab tersebut. Tapi aku terdengar suara lain selain suara Ahra.
Suara seorang lelaki.
Aku berdiri di pintu. Aku sorokkan sedikit diri aku supaya tidak ditangkap oleh Ahra.
" Mingyu, terima kasih sebab risaukan saya. Siap bawakkan plaster banyak banyak dengan makanan lagi "
" Sama sama. Risau saya bila dengar daripada Neulmin yang awak cedera "
Aku perhatikan mereka berdua. Tindakan Mingyu selepas itu betul betul menghancurkan hati aku.
Mingyu dan Ahra saling berpelukan.
Ketika ini baru aku sedar yang aku sudah kehilangan Ahra buat selamanya.
---
kalau aku rajin, nanti akan ada satu lagi update. sebab Taehyung tak berapa nak menyerlah dalam chapter ni.
thank you for the comments ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro