dua puluh sembilan
" Peluang kedua? " Taehyung menjungkitkan kening. Aku mengangguk kecil.
Aku menyesal bertanyakan soalan seperti itu. Kerana lihat lah wajah dia sekarang ini. Sudah bertukar menjadi ketat dan serius.
Aku tahu dia akan memarahi aku.
" Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Jang Neulmin? " Nada suaranya mula menjadi keras. Anak matanya menikam anak mata aku sedalam yang boleh sehingga aku berasa takut.
Aku sudah agak perkara ini akan terjadi. Taehyung sudah marah.
" Kau lupa apa yang kau dah buat dekat aku sebelum ni? " Rahang Taehyung mengeras ketika dia mengutarakan soalan tersebut dan urat-urat lehernya juga sudah jelas kelihatan. Dia benar-benar marah.
Melihatkan aku yang tidak menjawab soalannya, dia meninggikan suara untuk menyuruh aku bercakap.
" Jawab soalan aku, Jang Neulmin! "
Terhinjut bahu aku kerana terkejut dengan ketinggian suara dia. Hati aku tiba tiba terasa seperti ditikam dengan kuat.
Taehyung tak pernah meninggikan suaranya terhadap aku dan ini kali pertama dia berbuat sedemikian.
Aku meneguk liur dan cuba menahan air mata dari mengalir . Aku tak nak menangis.
" Aku ingat. Aku tak pernah lupa apa yang aku dah buat dekat kau sebelum ni, Taehyung "
" Jadi? "
" Jadi aku nak mintak peluang kedua. Peluang kedua untuk aku baiki hubungan kita dan untuk aku tebus semula kesalahan aku dekat kau, Taehyung "
Taehyung ketawa sinis sejurus selepas aku berkata begitu. Kemudian dia menatap aku dengan tajam semula.
" Kalau kau boleh sakitkan hati aku sebelum ni, mustahil kau tak akan ulangi perangai kau " Katanya. Kepala aku digeleng lambat.
" Tak, Taehyung. Aku tak akan buat benda yang sama balik. Tolong bagi aku peluang " Pinta aku. Taehyung tersenyum penuh kesinisan.
" Kau buang aku, Neulmin " Nada Taehyung meleret jatuh. Matanya juga sudah mula berkaca. Seperti kali pertama dia menangis kerana aku.
" Kau buang dan tinggalkan aku macam orang yang tak ada perasaan demi lelaki tu " Sayu saja suara Taehyung berkata. Ada getaran sedikit pada nadanya.
Aku mengetap bibir. Kata-kata dia membuatkan air mata aku mengalir. Aku kesal kerana meninggalkan dia.
" Dan sekarang kau mintak peluang kedua dari aku? Kau sedar tak yang kau dah jilat balik ludah kau sendiri? " Soal Taehyung. Aku terkelu dengan ayatnya. Ayatnya benar benar menusuk ke kalbu.
Ya. Aku mengaku yang aku menjilat semula ludah aku. Tapi aku lakukan semua ini kerana sayang. Aku sayangkan Taehyung.
" Kau tak rasa malu ke, Neulmin? "
" Aku sayangkan kau, Taehyung. Tolong lah. Tolong bagi aku satu lagi peluang untuk aku buktikan semuanya dekat kau " Aku menapak satu langkah ke depan tapi Taehyung pantas menapak satu langkah ke belakang. Tapak tangannya dinaikkan separa dada tanda menyuruh aku supaya tidak mendekatinya.
" Sayang? Kalau sayang kau tak akan tinggalkan aku. Kalau sayang kau akan menghargai aku. Kalau sayang kau tak akan buang aku. Tapi apa yang kau buat? Pergi mati dengan sayang yang penuh dengan kepalsuan kau tu, Neulmin " Sekali lagi dia memberi aku ayat yang menusuk.
Muka aku yang sudah kemerahan kerana menangis dan air mata yang tidak berhenti itu aku biarkan. Aku tidak mahu mengelap. Bukan untuk meraih simpat Taehyung tapi aku betul-betul sedang menangis kerana Taehyung.
" Taehyung, tolong lah. Aku cuma mintak satu peluang terakhir dari kau. Aku akan hargai kau lepas ni, Taehyung. Aku sayangkan kau sangat sangat " Sendu suara aku berbicara. Bersungguh aku ingin meyakinkannya bahawa aku ikhlas kali ini. Tapi dia menggelengkan kepalanya.
" Taehyung .. " Rayu aku lagi. Aku meraih tangannya dan dia tidak menghalang. Kepala dia ditundukkan dan sekali lagi aku menyaksikan air mata Taehyung menitis.
Aku tak kuat melihatnya menangis.
" Patutnya dari dulu lagi kau hargai aku. Aku bagi kau banyak peluang untuk buktikan sayang kau terhadap aku. Tapi kau sia-siakan semuanya, Neulmin "
Dia mendongak untuk menatap muka aku kembali. Dia tersenyum dalam keperitan. Dia tidak lagi menangis tapi hidungnya bertukar kemerahan.
" Dan sekarang selepas aku bahagia dengan perempuan lain, kau datang dan mintak peluang kedua? Kau anggap aku ni apa, Neulmin? Kau anggap hati aku ni apa? Mainan kau? "
" Bukan macam tu, Taehyung. Tolong jangan salah faham "
Aku tidak lagi dapat menahan perasaan aku. Aku terus maju ke hadapan dan mendakap Taehyung seerat yang boleh. Dia cuba menolak tapi aku masih di posisi yang sama. Memeluknya seakan-akan tidak mahu dia meninggalkan aku.
" Maafkan aku, Taehyung. Aku tahu aku silap. Aku tahu aku bodoh sebab dah sia-siakan kau. Aku mintak maaf sangat sangat " Tersedu-sedan aku meminta maaf. Bahu aku juga terhinjut-hinjut kerana tangisan aku yang masih belum berhenti.
" Aku menyesal dengan semua perbuatan aku dekat kau. Kau dah usaha banyak untuk ubah aku, untuk dapatkan hati aku. Tapi aku yang terlalu buta dan bodoh untuk sedar semua tu, Taehyung "
" Aku tak mintak banyak pun dari kau. Tolong maafkan aku dan bagi aku peluang kedua. Aku janji tak akan ulangi kesilapan yang sama. Aku janji akan hargai kau sepertimana yang aku patut lakukan dari dulu lagi "
Kemudian aku sambung menangis. Aku tak tahu berapa lama aku dan Taehyung berada dalam posisi yang sama. Dia tidak membalas satu pun ayat aku.
Sampai lah aku rasakan ada tangan yang melepaskan pelukan ini.
" Jang Neulmin, dengar "
" Aku dah lama berputus asa dengan kau "
Taehyung terus berjalan melintasi aku tanpa memandang ke belakang semula.
Aku jatuh terduduk ke atas tanah dan menangis sekuat yang mungkin.
Aku sudah kehilangan Kim Taehyung.
" Neulmin! "
" Kau kenapa ni ya Tuhan "
Melihat aku yang seperti seorang ibu yang kehilangan anak yang menangis di hadapan rumah, Yoongi terus menarik aku masuk ke dalam pelukannya.
" Shuhh, Neulmin. Jangan menangis " Pujuk Yoongi perlahan. Yoongi mengelus rambut aku dengan jari-jemari manakala aku terus menangis.
Esakan aku dan tangisan aku tidak berhenti sama sekali.
***
Joohyun memandang wajah Taehyung di sebelahnya. Wajah Taehyung yang dapat dilihat samar-samar kerana kegelapan di ruang tamu itu menunjukkan yang dia langsung tidak memberikan fokus terhadap movie yang sedang ditonton ini.
Joohyun mengeluh perlahan. Dia tahu ada sesuatu yang telah berlaku tadi.
Taehyung tidak akan menjadi begini jikalau tiada apa yang berlaku. Pasti ada yang mengganggu fikirannya. Lihat lah dia. Tubuhnya disini tapi fikirannya melayang.
" Taehyung, awak okay? " Joohyun mula menyoal. Tapi Taehyung masih diam. Matanya tertumpu pada kaca televisyan manakala fikirannya di angkasa.
" Taehyung? " Joohyun menepuk lengan Taehyung dan menyebabkan Taehyung tersentak dari lamunannya.
" Oh ya, Joohyun. Kenapa? " Taehyung yang agak tersentak itu mengedipkan matanya beberapa kali sebelum memandang Joohyun.
" Awak ni kenapa? Termenung je "
Taehyung menggeleng perlahan.
" Tak ada apa "
" Tipu. Mesti ada apa apa ni, kan? Neulmin ke? " Joohyun meneka.
" Neulmin? Tak lah " Taehyung menggeleng lagi. Joohyun melepaskan keluhan. Pasti kerana Neulmin. Tapi kerana Taehyung tidak mahu jujur, Joohyun juga malas hendak mendesak. Takut pula kalau kalau Taehyung naik angin dan marahkan dia.
Tapi dia harus memberitahu Taehyung sesuatu.
" Taehyung "
" Ya? "
" Ada benda saya nak cakap sikit "
Taehyung pusingkan tubuhnya dan memberikan sepenuh perhatian terhadap Joohyun. Dia ingin mendengar apa yang hendak dicakap oleh Joohyun.
" S-saya rasa lebih baik kalau kita putus " Teragak-agak Joohyun meluahkan isi hatinya kepada Taehyung. Kening Taehyung segera berpaut.
" Apa awak cakap ni, Joo? Kenapa tiba tiba nak putus? "
Taehyung benar-benar tidak dapat menghadam ayat Joohyun. Dia tak faham dengan semua ini.
" Saya rasa lebih baik awak kembali dekat Neulmin. Dia masih nakkan awak "
Ayat Joohyun membuatkan Taehyung naik marah. Dia pandang Joohyun dengan tatapan yang tajam.
" Jadi semuanya sebab Neulmin? Awak nak putus dengan saya sebab awak nak saya kembali dekat Neulmin? Macam tu? " Soal Taehyung keras. Joohyun mengeluh berat seraya menganggukkan kepala.
Taehyung ketawa sinis.
" Memangnya hubungan kita ni tak bermakna ke dekat mata awak, Joohyun? " Suara Taehyung sudah mula meninggi. Masalah Neulmin pun masih belum selesai tapi sekarang satu lagi masalah datang menimpa.
" Tak, Tae. Bukan macam tu. Saya cuma nak tengok awak bahagia dengan dia. Saya tau awak masih cintakan dia, Taehyung. Awak tak cintakan saya macam awak cintakan Neulmin " Joohyun juga tidak mahu kalah dalam pergaduhan ini. Tapi sedikit sebanyak dia berasa serba salah kerana telah memulakan pergaduhan.
Taehyung meraup wajahnya kasar.
" Saya sayangkan awak, Joohyun. Lima bulan kita berhubungan, awak ingat saya tak ada rasa sayang ke dekat awak?! "
" Itu masalahnya! Awak sayangkan saya tapi awak tak cintakan saya. Awak cintakan Neulmin, awak sedar tak?! "
Taehyung diam mendengarkan ayat Joohyun. Saat itu, bagaikan ada sesuatu menyentak hatinya. Joohyun tidak salah.
" Bae Joohyun, apa motif awak sebenarnya? Awak nak putus dengan saya semata-mata nak tengok saya dan Neulmin kembali bersama? Awak gila ke, Joohyun?! "
" Saya tak gila. Kebahagiaan awak ialah dia dan kebahagiaan dia ialah awak. Saya tak nak jadi penghalang kebahagiaan awak dengan dia " Ujar Joohyun kesayuan.
Taehyung menghela nafas.
" Habis tu kebahagiaan awak macam mana? "
" Kebahagiaan saya adalah bila saya tengok awak bahagia. Saya tak jahat lagi nak paksa awak kekal bersama saya. Jadi tolong, kembali dekat Neulmin " Rayu Joohyun.
" Joohyun, jangan buat saya macam ni. Saya tak sanggup nak kehilangan seorang lagi perempuan dalam hidup saya "
" Awak yang jangan buat saya macam ni. Saya tak suka kalau awak paksa diri awak untuk cintakan saya, Taehyung "
Joohyun bangkit dari sofa. Wajah Taehyung dipandang buat kali terakhir.
" Kita putus. Tolong kembali dekat Neulmin " Joohyun terus mencapai jaketnya dan keluar daripada apartment persendirian Taehyung.
Taehyung mengusutkan rambutnya dengan penuh kekesalan. Kepalanya disandarkan pada sofa.
Kali ini dia kehilangan seorang lagi perempuan.
Dia penat. Dia sudah letih dengan semua ini.
***
" Masuklah. Dia ada dekat dalam. Dah dua minggu lebih dia tak keluar bilik " Kata Yoongi kepada Taehyung. Tombol pintu dipulas oleh Yoongi tapi Taehyung pantas menahan tangan Yoongi.
" Hyung, keadaan dia macam mana sebenarnya? Teruk sangat ke? " Soal Taehyung. Yoongi melepaskan keluhan ketika memandang Taehyung.
" Kemurungan tahap sederhana. Aku rasa mungkin sebab hal Jungkook yang curang dekat dia tambah dengan hal kau yang tak terima dia balik jadi sebab tu lah dia jadi macam ni " Jelas Yoongi. Taehyung tidak menjawab. Matanya memandang lantai.
" Bila kau masuk nanti kau boleh nampak perubahan dia. Dia jadi serabai dan tak jaga didi macam selalu. Dia bukan Neulmin yang kita kenal lagi " Sambung Yoongi.
" Aku tak tahu nak buat apa dekat dia dah. Jadi aku harapkan kau je nak nasihatkan dia. Cakap elok elok dengan dia, okay? Aku turun dulu. Apa apa panggil aku " Yoongi meletakkan tangan di atas bahu Taehyung lalu tersenyum.
" Aku cuba, hyung "
Selepas Yoongi meninggalkan Taehyung, Taehyung membuka pintu bilik Neulmin.
***
Aku terdengar bunyi pintu bilik aku dibuka. Aku yang sedang duduk di birai katil sambil menikmati pemandangan pagi mengeluh perlahan.
" Yoongi, kan aku dah cakap jangan ganggu aku? "
Yoongi tidak menjawab. Malah dia menutup pintu bilik aku dan perlahan-lahan cuba menghampiri aku. Aku dapat mendengar derapan tapak kakinya.
" Yoongi, kau memang tak faham bahasa ke? Aku cakap jangan masuk bilik aku, kan? Aku nak Taehyung, bukan kau " Kata aku dengan tubuh yang masih membelakangi Yoongi.
" Aku bukan Yoongi "
Lelaki yang mengeluarkan suara garau itu membuat wajah aku berkerut. Suara tu.. sangat aku kenal.
Tapi tak mungkin lah. Dia mana akan datang sini. Tapi takkan lah suara Yoongi dah berubah kan?
" Yoongi, kalau ya pun nak suruh aku bercakap dengan kau, tak payah kot sampai nak buat suara Taehyung. Kau fikir aku bodoh? " Aku ketawa kecil.
" Aku memang bukan Yoongi "
Sekali lagi aku terkedu mendengar suara tersebut. Aku rasa aku tak silap dengar lagi.
Aku pantas memusingkan tubuh dan memandang dia. Ya, aku tak silap lagi. Memang dia.
Kim Taehyung. Lelaki yang aku tunggu selama ini. Dia sedang bersandar pada daun pintu.
" T-Taehyung " Mata aku dikedipkan beberapa kali untuk memastikan yang aku bukan sedang berada di alam mimpi.
Dia mengukirkan senyuman lebar kepada aku seraya berjalan ke katil aku. Lalu dia melabuhkan punggung bersebelahan dengan aku.
Mata aku masih tidak lepas dari terus memerhati wajahnya. Hanya Tuhan tahu apa yang sedang dirasakan aku sekarang ini.
" Aku datang ni, Neulmin "
Hidung aku sudah mula terasa pedih. Mata aku pula sudah berkaca. Aku tahu aku bakal menangis tidak lama lagi.
Aku rindukan suara dia yang seringkali menggetarkan jiwa perempuan aku.
" Kau sihat? Lama aku tak nampak kau dekat kampus " Soalnya. Aku masih tidak mengeluarkan sebarang suara.
" Kenapa kau selekeh sangat ni? Tak macam Neulmin yang aku kenal. Neulmin yang aku kenal ialah Neulmin yang rajin bersiap " Tangan Taehyung naik ke rambut aku. Dia menyelitkan rambut depan aku yang terjuntai sedikit ke belakang telinga.
Hati aku, berasa pedih. Pedih kerana sudah lama aku menahan rasa rindu ini sehingga perasaan ini meninggi seperti gunung.
Aku mengetap bibir aku lalu aku terus memeluk Taehyung dengan erat. Tangan aku dilingkarkan di sekeliling pinggangnya.
" I missed you, Kim Taehyung " Luah aku. Teresak-esak aku menangis sehingga dapat merasakan yang air mata aku sudah membasahi bahagian baju di bahunya.
Begitu rindunya aku terhadap dia.
Tangan Taehyung menepuk-nepuk belakang badan aku. Dia tidak berkata apa apa. Dia tidak membalas ucapan rindu aku. Adakah dia tidak merindui aku?
Lama dia membiarkan aku memeluknya sehingga aku sendiri yang melepaskan pelukan. Taehyung cuma tersenyum melihat wajah aku yang kebasahan kerana air mata yang mengalir tadi.
Ibu jarinya naik ke wajah aku lalu dia menyeka air mata aku.
" Sejak bila jadi kuat menangis ni, Neulmin? " Dia ketawa kecil sedangkan tak ada apa apa yang lawak pun. Memang dia ingat air mata aku ni bahan untuk dia ketawa ke?
Lagipun aku jadi kuat menangis semuanya sebab dia.
" Aku datang sini sebab nak mintak maaf dekat kau. Aku dah sakitkan hati kau hari tu " Tuturnya lembut. Aku masih setia menatap wajahnya. Biarkan aku terus macam ni. Aku rindu nak pandang wajah dia.
Dulu aku langsung tidak berkesempatan nak pandang dia macam ni. Semuanya kerana aku terlalu buta dan bodoh.
" Ada benda jugak aku nak bagitau kau "
" Apa? " Soal aku dengan suara yang serak. Taehyung menggigit bibir dan memandang cadar katil aku. Dia menarik nafas dan melepaskan nafasnya.
" Aku dah putus dengan Joohyun " Dia kembali memandang aku dengan senyuman tawar pada bibirnya yang terbentuk cantik itu.
Aku tergamam. Mereka sudah putus? Jadi maknanya...
Jadi dia datang sini sebab dia inginkan aku semula? Macam tu ke?
Mata aku terus berubah bersinar dan muka aku menunjukkan yang aku mengharapkan sesuatu yang gembira daripadanya.
Taehyung kemudian mengambil tangan aku dan menggenggam dengan lembut. Dia menatap wajah halus aku dengan senyuman.
Tapi aku dapat membaca kesedihan di dalam matanya. Matanya kelihatan sedih dan sayu.
" Tapi tu tak bermakna aku akan kembali dekat kau "
Prang!
Ayat yang baru sahaja meluncur keluar dari mulut Taehyung sendiri membuatkan hati aku berkecai seribu seperti dihempas ke atas lantai.
Mulut aku terbuka tertutup ingin mengatakan sesuatu tapi aku tidak mampu. Aku terkedu. Lidah aku jadinya tidak dapat mengatakan apa apa. Otak aku tersekat tiba tiba.
" Tapi kenapa? Kenapa? " Itu sahaja yang aku mampu soalkan. Aku tak tahu hendak menyoal apa lagi. Terlalu banyak yang ingin aku katakan dan soalkan kepadanya.
Dan aku tak sedar yang air mata mula bertakung sekali lagi di kolam mata.
Taehyung mengukirkan senyuman sekali lagi. Senyuman pahit.
Berani dia tersenyum dalam keadaan aku yang teruk sebegini?
" Aku terlalu terluka, Neulmin. Hati aku, sakit sangat. Penuh dengan luka luka yang masih belum sembuh "
" Aku tak boleh bersama dengan kau lagi disebabkan hati aku yang masih terluka ni, Neulmin. Aku takut aku akan terluka lagi. Aku takut kalau aku terluka lagi, aku akan jadi seorang yang tak ada hati dan perasaan " Ujar Taehyung penuh sayu. Satu wajahnya turut berubah menjadi sayu.
Sekali lagi air mata aku meluncur laju.
" Aku perlukan masa untuk pulihkan hati aku. Kau ingat tak yang kau pernah cakap satu ayat ni? Luka kecil di tangan pun mengambil masa yang lama untuk sembuh, apatah lagi luka dalaman yang melibatkan hati "
" Luka dalaman aku besar dan aku betul-betul perlukan masa. Masa yang panjang untuk aku rawat hati aku ni. Tak ada sesiapa boleh merawat hati aku sepenuhnya melainkan diri aku sendiri, Neulmin " Sambungnya lagi. Aku mengetap bibir dan masih menangis.
" Bila aku dah bersedia, bila hati aku dah pulih, aku akan kembali "
" Jadi kenapa kau datang sini untuk berjumpa dengan aku? Untuk cakap benda macam ni dekat aku? " Tanya aku.
Kekecewaan di dalam hati aku sekarang ini memang banyak. Aku kecewa dengan Taehyung. Aku kecewa dengan pilihannya dan yang paling penting aku kecewa dengan diri sendiri. Aku yang menyebabkan dia terluka.
" Aku datang sini sebab nak pesan sesuatu yang penting dekat kau. Aku harap kau dengar pesanan aku ni " Balas Taehyung. Dia merapikan rambut aku yang kusur dengan jari-jemarinya sebelum dia menyampaikan pesanannya.
Dia senyum lagi.
" Aku nak kau belajar hidup tanpa aku buat jangka masa yang panjang. Aku nak kau bangkit dan berdiri balik. Aku nak kau jadi kuat macam dulu. Aku nak kau lupakan aku andai kata aku tak kembali. Aku nak kau teruskan hidup macam selalu dan aku nak kau usaha untuk ubah diri kau sepertimana aku mengubah kau dulu "
Siapa sangka air mata aku mengalir dengan lebih deras berbanding tadi. Kenapa Taehyung berkata sebegini? Apa dia tidak akan kembali mencari aku lagi selepas ini? Memang dia akan tinggalkan aku buat selamanya?
Bodoh, Neulmin. Dia sudah pun meninggalkan kau sejak kau tinggalkan dia dulu.
Ini semua salah aku. Kalau lah aku menghargainya dari dulu. Semua ini pasti tidak akan terjadi. Pasti aku akan hidup bahagia bersama Taehyung.
Kini segalanya sudah terlambat.
" Boleh kau ingat dan ikut pesanan aku tu, Neulmin? "
Aku perasan bahawa nada suara dia bergetar. Taehyung cuba menahan diri dia daripada menangis.
Kenapa dia ingin meninggalkan aku kalau dia sendiri tidak sanggup berbuat sedemikian?
Aku tidak mampu berkata apa apa kerana mulut aku seakan-akan sudah terkunci. Aku tak mampu nak mengutarakan apa apa ayat kerana aku terlalu sakit.
Aku tak bersedia dengan semua ini.
Taehyung melepaskan tangan aku. Anak matanya bertembung dengan anak mata aku.
" Aku akan ingat Jang Neulmin yang cantik ni sampai bila bila pun " Kata dia.
" Tolong jaga diri kau untuk aku. Teruskan hidup kau demi aku dan tanpa aku "
" Aku sayangkan kau dan aku cintakan kau sangat sangat, Jang Neulmin "
Lalu dia menarik kepala dan mencium dahi aku lama. Aku memegang pergelangan tangannya dan membiarkan air mata mengalir dengan lebih deras.
Detik itu adalah detik terakhir aku bertemu dengan Kim Taehyung.
Seorang lelaki yang telah mengajar aku erti kehidupan.
I love you, Kim Taehyung.
---
sabar, ada satu lagi chapter dan ini bukan endingnya lagi. jangan hilang harapan untuk happy ending.
thank you for the comments ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro