dua puluh satu
Kim Taehyung's
" Mulai hari ni, kita putus "
Aku diam tidak bergerak seinci pun selepas mendengar ayat yang baru sahaja meluncur keluar daripada bibir Neulmin.
Apa dia cakap tadi? Aku rasa aku ada tersalah dengar.
Aku cuba buat buat gelak.
" Apa kau cakap tadi? Putus? Dah dah lah tu, Neulmin. Aku tau kau bergurau sebab aku terlupakan kau, kan? " Aku masih ketawa walaupun keadaan sekarang ini tegang.
Sampailah Neulmin memaparkan wajah yang dingin. Serta-merta tawa aku berhenti.
Saat ini lah aku sedar yang dia tidak bergurau dengan kata-katanya.
" Aku tak bergurau, Kim Taehyung " Suara dia dingin. Tak seperti tadi lagi.
" Wait. Kenapa tiba tiba? Aku faham yang kau marahkan aku tapi perlu ke sampai putus? " Soal aku penuh tanda tanya diselangi tawa.
" Aku mintak putus bukan sebab kau lupakan aku "
" Then sebab apa? " Aku bertanya tegas. Aku tak boleh hadam ayat dia yang tiba tiba nak minta putus dengan aku.
Aku geram dan rasa sakit hati yang amat. Dia ingat hubungan ni hubungan yang main main ke?
Neulmin berkeluh seraya memalingkan wajahnya ke arah lain. Aku cuba meraih tangannya. Pergelangan tangannya aku genggam erat.
Dia tak main main dengan aku kali ni.
" Neul, cakap dengan aku. Aku ada buat apa apa salah ke? " Soal aku lagi. Dia tidak menjawab malah asyik memandang pada tempat yang sama.
Aku tahu ada sesuatu yang tak kena. Bukan kerana Joohyun, tapi kerana perkara lain yang aku sendiri tak tahu.
" Kau tak buat apa apa salah " Jawabnya.
" Then kenapa kau nak putus dengan aku? "
" Kenapa aku tak boleh putus dengan kau? Suka hati aku lah. Ni hidup aku " Balasnya kasar semasa matanya menikam mata aku tajam.
Dan apa lagi yang lebih menyakitkan selain daripada hati aku yang terasa seperti ditikam berkali-kali dengan pedang yang bermata tajam?
Hidung aku mula terasa pedih seperti dicucuk-cucuk. Aku sedar yang mata aku sudah memerah dan air mata mula berkumpul di tubir mata.
Seorang lelaki menangis kerana seorang perempuan.
Semuanya kerana perkara yang berlaku secara tiba tiba ini. Aku tak expect semua ini.
Aku tak bersedia untuk hadapi semua ini.
Tapi aku cuba tersenyum walaupun perit untuk aku terima. Air liur yang terasa pekat itu aku teguk.
" Neul, bagitau aku. Apa yang tak kena? Kalau aku ada buat salah, bagitahu. Jujur dengan aku supaya aku boleh perbaiki silap aku asalkan kau tak tinggalkan aku " Suara aku mula kedengaran bergetar. Bersungguh-sungguh aku cuba merayu kepadanya supaya dia tidak meninggalkan aku.
Aku cintakan dia sepenuh hati dan aku tak sanggup kehilangan dia. Sumpah.
Neulmin melarikan anak matanya tanpa menjawab soalan aku. Bibirnya terbuka tutup seperti ingin mengatakan sesuatu.
" Tolong, Neul. Aku sayangkan kau sangat-sangat. Jangan tinggalkan aku " Aku mendekatkan tangannya yang sedang digenggam ini dengan bibir aku. Lalu aku kucup tangannya lembut.
Detik itu lah di mana air mata aku mula mengalir laju.
" Aku cintakan kau lebih dari nyawa aku, Neul "
Neulmin masih diam di depan aku. Manakala aku sudah tersedu-sedan ketika air mata mengalir di pipi.
Ini pertama kali aku menangis kerana seorang perempuan.
Ketika aku sedang menangis sambil merayu kepadanya, Neulmin menepis kuat tangan aku.
" Aku nak putus dengan kau sebab aku suka jadi diri aku yang dulu. Aku dah bosan dengan kau lagipun. Jadi mulai hari ni, kita dah tak ada apa apa. Jangan cari aku lagi dan jangan cuba rosakkan hubungan aku dengan Jungkook "
Selepas dia berkata sebegitu, dia terus masuk ke dalam rumahnya tanpa menoleh ke belakang meninggalkan aku yang masih menangis.
Hati aku sakit dan aku tak dapat terima semua ini.
Jadi semuanya kerana Jeon Jungkook. Cinta pertama dia.
Dan dia suka jadi dirinya yang dulu.
Aku masuk ke dalam kereta dengan keadaan yang masih tidak stabil. Aku tidak terus pulang ke rumah malah aku duduk sahaja di dalam kereta selepas enjin dihidupkan.
Air mata aku yang sudah berhenti mengalir tadi kini mengalir semula.
Tangan aku memegang erat stereng kereta. Aku sandarkan dahi aku pada stereng kereta.
Lalu aku menangis sekali lagi.
Perempuan yang aku cintai selama dua tahun, perempuan yang aku cuba ubah selama ini, perempuan yang aku sangat sayangi selama dua tahun,
Sudah meninggalkan aku.
Aku tak kuat. Jujur aku katakan. Aku tak harapkan semua ini berlaku.
Tapi kenapa? Kenapa semua ini harus berlaku?
Apa kurangnya aku di mata dia?
Aku keluarkan telefon bimbit dan mendail number telefon Neulmin. Kami harus berbincang.
" The number that you have dailed is not available. Please try again later "
***
Aku menjejakkan kaki ke dalam kafeteria dengan langkah yang lemah longlai. Kalau diikutkan hati, aku memang tak nak datang ke kampus hari ini.
Aku masih tak dapat terima kenyataan yang Neulmin sudah meninggalkan aku.
Jimin datang duduk di sebelah aku. Dia menepuk perlahan bahu aku sebelum melabuhkan punggung.
" Kau okay? " Soal dia prihatin. Mungkin dia sudah tahu yang aku dah putus dengan Neulmin. Senang cakap, satu kampus dah tahu tentang hubungan kami yang sudah tamat.
" Aku okay " Aku senyum pendek. Cuba sorokkan kesedihan aku. Jimin mengeluh pendek. Walaupun dia sudah membuat perkara yang bodoh, dia masih tetap kawan aku.
" Aku tak tahu nak cakap apa pasal kes kau dengan Neulmin tapi kau kena tahu yang aku ada untuk support kau "
" Terima kasih, Jimin "
" Aku tau tak senang. Kau ingat aku sanggup ke nak tinggalkan Ahra? Bila dia dah benci aku ni, aku tau yang aku tak ada peluang nak kembali dengan dia. Macam tu jugak dengan kau. Aku harap kau dapat lupakan Neulmin sebab kau lelaki yang baik dan kau layak dapat seseorang yang lagi baik dari dia " Panjang lebar Jimin memberi hujah. Tapi satu pun tidak terlekat pada hati.
Macam mana aku nak lupakan Neulmin?
" Aku sayang dia sangat, Jimin. Macam mana aku nak lupakan dia? " Itu dia, suara aku sudah mula bergetar. Nasib lah tak ramai yang datang lagi, tak ada lah orang nak pandang aku yang cengeng ni.
" Kau kena faham satu benda. Sometimes, letting go is better than holding on. Aku pun terpaksa lepaskan Ahra jadi aku harap kau boleh buat benda yang sama "
" Cinta perlukan pengorbanan untuk melihat seseorang itu bahagia, Taehyung "
Aku mengangguk faham seraya mengelap air mata aku yang titis sedikit. Tidak sampai 24 jam kami berputus, aku sudah pun rindukan dia.
Aku rindu nak bergaduh dengan dia.
Tapi secebis dari hati aku mengatakan yang sebenarnya aku masih berpeluang untuk bersama dengan dia semula.
" Weh weh tu Jungkook dengan Neulmin getback "
" Dia buang Taehyung ke weh? Aku dah agak "
Suara-suara pelajar yang sedang membawang di sekeliling aku membuatkan aku angkat wajah. Aku dapat melihat kelibat Neulmin dan Jungkook yang sedang berjalan masuk sambil berpegangan tangan.
Tangan yang aku pernah pegang satu ketika dahulu.
Tanpa aku sedar, aku bangkit menuju ke arahnya. Panggilan Jimin di belakang aku endahkan.
" Neulmin, kita kena bercakap "
---
chapter seterusnya adalah POV Neulmin. Maksudnya scene yang sama cuma POV yang berlainan.
Faham tak? Tak faham takpe, teruskan membaca.
Thank you for the comments ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro