dua puluh enam
Aku tertawa kecil. Jungkook curang? Jenaka paling lawak aku pernah dengar untuk tahun 2019.
" Berhenti buat lawak bodoh, Ahra " Kata aku dengan tawa. Ahra diam. Dia langsung tidak ikut aku ketawa seperti selalunya jika dia bergurau atau membuat lawak bodoh.
Habis terkeluar air mata aku sebab gelak pasal statement Ahra ni.
" Neulmin, aku tak buat lawak. Aku serius kali ni "
Aku pandang Ahra. Tawa aku sudah berhenti kerana melihat wajahnya yang ikut serius.
" Mana kau dengar berita tu? Agak agak lah sikit. Takkan lah Jungkook nak curang? Dia bukan Jimin "
Ahra melepaskan nafas. Dia pejamkan matanya seketika sebelum membuka kembali.
" Neul, aku sendiri yang dengar sorang perempuan ni bercakap dengan Jungkook melalui telefon. Mula mula aku ingatkan Jungkook lain tapi bila dia dah sebut nama kau sekali, Jungkook mana lagi selain Jeon Jungkook? " Ujar Ahra panjang lebar.
Aku mula rasa tidak sedap hati. Takkan lah Jungkook nak curang kan? Kan?
Ah, ketepikan perasaan ni. Tak mungkin Jungkook akan buat macam tu.
" Come on, Ahra. Jungkook bukan orang macam tu " Aku menyilangkan tangan. Ahra memicit dahinya. Tabah dengan aku yang masih tidak mahu mempercayakannya.
" Aku pun tau yang Jungkook bukan orang macam tu tapi boleh jadi dia curang, Neul "
" Kalau tak, kenapa dia nak kena teman perempuan tu? Kemain mesra lagi diorang cakap dekat telefon " Tambah Ahra. Bersungguh-sungguh dia cuba meyakinkan aku tapi aku tak bodoh lagi. Aku kenal Jungkook.
" Sudah lah, Ahra. Aku yakin yang Jungkook tak akan duakan aku. Kau tolong jangan nak burukkan nama Jungkook boleh tak? " Aku sudah semakin hilang sabar. Ahra ni memang sengaja kan nak burukkan nama Jungkook? Apa salah Jungkook?
" Aku bukan nak burukkan nama Jungkook tapi tu fakta, Neulmin "
" Bukan fakta selagi kau tak ada bukti yang sahih. Aku tak boleh nak percayakan kau kali ni. Dengar baik baik, Jungkook tak akan pernah curang dekat aku. Aku kenal dia " Tegas aku. Aku benci betul bila aku dah bahagia, mesti ada orang nak rosakkan kebahagiaan aku.
" Neul, kau lupa ke yang sebab apa Jungkook mintak clash dulu? Sebab dia ragu ragu dengan perasaan dia kan? Boleh jadi kali ni pun atas sebab yang sama "
Aku ketawa sinis.
" Memang dia dulu ragu-ragu dengan perasaan dia terhadap aku tapi kalau dia masih ragu-ragu, dia tak akan kejar aku balik "
Ahra melepaskan keluhan berat. Dia meraup wajahnya dengan kasar.
" Macam mana kalau dia betul-betul curang? "
Aku menggulingkan anak mata ke atas. Aku dah penat melayan semua tahi ni.
" Ahra, apa kata kau balik je? Aku malas nak bergaduh pasal ni dengan kau "
" Aku bukan nak bergaduh dengan kau, Neul. Aku nak kau bukak mata kau dan nampak kebenaran. Aku tak nak kau disakiti lagi macam dulu " Ahra bertutur lembut. Tebal betul kesabaran dia menghadapi perangai keras kepala aku sedangkan aku sudah hilang kesabaran.
Aku bangkit dari duduk aku dan pandang Ahra dengan tajam.
" Aku kenal Jungkook jauh lebih lama dari kau kenal dia. Aku tau dia tu macam mana dan dia tak akan pernah curang dekat belakang aku. Daripada kau bersungguh nak masuk campur urusan aku, apa kata kau kisah pasal hal kau je? Masalah kau dengan Jimin pun aku jugak yang nak kena selesaikan " Selepas memberi hujah yang panjang, aku terus naik ke atas dengan api kemarahan di dalam jiwa.
Aku tak sangka Ahra seorang yang begini. Aku fikirkan dia akan selalu menyokong aku. Tapi sekarang, lain yang jadi. Dia bahkan cuba memburukkan nama Jungkook di depan muka aku sendiri.
Kawan apa macam ni?
Ahra di bawah mengeluh kesal. Dia tidak menyangka yang Neulmin akan memarahinya dan tidak mempercayakannya.
Dia cuma memberitahu perkara yang dia dengar di bilik persalinan tadi tapi sekarang semuanya rosak. Persahabatannya dengan Neulmin berada di ambang kemusnahan.
Kerana seorang lelaki.
***
Aku dan Jungkook meluangkan masa di kafe. Aku yang mengajak Jungkook datang ke sini untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah minggu lalu.
Sementara aku menyelesaikan tugas, Jungkook kelihatan ralit dengan telefon bimbitnya. Sesekali dia akan tersenyum sendirian, ketawa sendirian. Dah macam orang gila.
" Kook, chat dengan siapa tu? " Tanya aku. Risau pula aku kalau dia jadi gila nanti.
" Hm? Kawan sekelas " Jawabnya tanpa memandang aku. Kemudian dia ketawa lagi. Apa yang lawak sangat? Nak kata Seungkwan sekelas dengan dia, jauh sekali. Seungkwan budak engineering. Bukan International Business macam Jungkook.
Aku mengabaikan Jungkook lalu sambung menconteng buku nota aku dengan segala informasi yang telah dikumpul tadi.
Tiba tiba kata-kata Ahra tentang Jungkook curang melayari benak fikiran aku. Patut tak aku tanya dekat dia pasal semalam? Mana tahu dia nak jujur dengan aku ke, kan?
" Kook, nak tanya sikit "
" Tanya lah " Dia masih dengan telefonnya. Aku mengetap bibir. Jungkook dulu sentiasa memandang aku ketika aku bercakap dengannya.
" Kook, aku tengah bercakap dengan kau ni. Pandang la aku " Suruh aku. Jungkook mengeluh perlahan lalu memandang aku tanpa minat.
" Apa? " Soal dia malas.
Mata dia, sudah berbeza. Matanya yang dulu memandang aku dengan sinaran, kini hanya tinggal pandangan yang kosong.
Dia pelik. Dia jadi seperti sewaktu hubungan kami hampir musnah dahulu. Tidak berminat tentang aku, tidak kisah tentang aku.
" Semalam keluar dengan siapa? " Tanya aku lembut. Aku tak nak dia fikir yang aku syakkan apa apa walaupun hakikatnya aku sudah mula mengesyaki sesuatu.
" Kawan lah " Jawabnya.
" Yelah. Siapa? "
" Kenapa kau nak tau? Selalunya kau tak kisah pun aku keluar dengan siapa " Dia mengerutkan dahi. Jujur, aku terasa dengan ayatnya yang agak kasar itu.
" Aku tanya je pun. Salah ke? Aku girlfriend kau kan? "
" Aku keluar dengan Jaehyun. Kawan lama aku dekat sekolah dulu " Balasnya. Aku cuma sekadar mengangguk sahaja.
Dia tak tipu aku, kan?
" Sambung lah kerja kau. Nanti tak siap, pensyarah marah pulak. Aku nak pergi tandas kejap " Kata Jungkook. Dia bangkit dari kerusi lalu merenggangkan otot-ototnya dan pergi ke tandas.
Ting!
Mata aku tertancap pada telefon Jungkook yang berbunyi. Ada mesej masuk.
Aku mengerling skrin telefonnya dan terperasan sesuatu.
' Kalau macam tu nanti you cari i . Jangan lupa call i tau hehe ❤️ '
Kening aku bertaut. Siapa ni? Siap ada emoji hati bagai.
***
Majlis akhir tahun yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar di kampus akhirnya tiba jua setelah sekian lama menunggu.
Ini merupakan majlis terakhir untuk pelajar yang bakal graduate termasuklah si Jiyeon. Akhirnya dia akan berambus juga dari sini. Aman hidup aku lepas ni.
Aku mengenakan dress paras peha yang berwarna merah gelap. Jungkook cuma mengenakan sut hitam dan rambutnya disikat kemas. Dia nampak kacak seperti selalu.
Sepatutnya malam ini aku datang dengan Ahra sekali tapi disebabkan kami bergaduh, aku tidak bercakap dengannya selama entah berapa hari.
Aku pun tak teringin nak tegur dia langsung. Nampaknya dia pun macam tu juga.
Jungkook pula, dia masih pelik. Sikapnya ada berubah sedikit tapi dia masih melayan aku dengan baik.
Kan aku dah cakap. Tak mungkin lah dia nak curang. Aku kenal dia tu macam mana.
" Tak sangka Neulmin dengan Jungkook boleh getback. Termakbul doa aku haha " Ujar Seokjin. Kami dan kawan kawannya yang lain ketawa dengan ayatnya. Benda ni dah lama tapi dia masih seronok melihat kami berdua bersama.
" Tapi hyung, aku baru nak try Neulmin. Tapi si Jungkook ni dah kebas " Kata Hoseok pula. Dia membuat riak wajah cemberut tapi tersenyum semula kemudian.
Ada ada saja mereka ini.
" Jaga Neulmin elok elok, Kook. Dia ni lawa habis " Pesan Seokjin. Jungkook cuma membalas dengan anggukan. Dia sudah biasa mendengar nasihat seperti ini daripada kawan kawannya.
Sedang kami berbual, aku tiba tiba rasa nak ke tandas. Nak kencing kejap huhu.
" Kook, aku nak pergi tandas " Aku berkata di tepi telinganya kerana muzik yang dimainkan terlalu bising dan kuat.
" Jom, aku teman "
Aku dan Jungkook meminta diri dulu sebelum ke tandas. Aku terlebih dahulu masuk ke dalam tandas manakala Jungkook tunggu di luar.
Selepas membuang hajat, aku flush tandas dan bergerak ke singki untuk membasuh tangan. Aku mencalitkan sedikit lipstick pada bibir aku supaya lebih merah.
Semasa merapikan diri aku, aku terdengar suara Jungkook sedang berbual dengan seseorang yang aku tak pasti siapa. Pada mulanya aku ingin mengabaikan saja tapi mendengarkan suara itu milik suara perempuan, aku mengambil keputusan untuk memasang telinga.
" Kook, nanti lah. Neulmin kat dalam kan? "
" Tak apa. Dia bukan dengar pun "
" Kalau dia dengar macam mana? "
" Biarkan. Aku rindukan kau. Aku nak jumpa kau tau tak? "
Wajah aku berkerut-kerut cuba menghadam ayat ayat yang dilontarkan oleh Jungkook kepada perempuan itu.
Aku rindukan kau?
Apa benda yang aku dengar tadi?
Aku tidak lagi mendengar suara Jungkook mahupun perempuan itu lagi di luar. Cepat cepat aku keluar tandas untuk mendapatkan Jungkook tapi dia sudah tidak ada di sana.
Aku tolehkan kepala ke kiri kanan untuk mencari kelibatnya. Dan aha! Aku dah jumpa.
Jungkook sedang berada di tempat yang agak tertutup yang terletak tidak jauh dari tandas. Dia sedang membelakangi aku.
Aku segera mendekatinya. Mungkin aku tersalah dengar perbualan tadi.
Tapi langkah aku terberhenti di saat aku berada dekat dengannya. Aku terkelu lidah melihatnya.
" Jadi ini yang kau buat dekat belakang aku selama ni? "
Jungkook sedang bermesra-mesraan bersama seorang perempuan di tempat tertutup ini.
---
follow lah member kesayangan gue yunjimin .
joohyun dekat dalam cerita ni baik je. Korang yang anggap dia ambik kesempatan HAHA.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro