28
jeju island.
tempat yg sudah lama aku ingin pergi dan akhirnya taehyung membawa aku ke sini.
bunyi ombak yg tenang, udara yg segar dan langit yg cerah benar benar menenangkan hati.
aku menarik nafas dan menghembus semula dengan perlahan.
lega.
itulah apa yg aku rasakan waktu ini.
aku lega dengan apa yg sedang berlaku sekarang.
aku dan taehyung berjaya melepasi tahap kritikal dalam hubungan kami berdua sepanjang 5 bulan ini.
dan finally, aku dan dia dapat merasakan kebahagiaan yg sudah lama menanti kami.
kami berdua berjaya menggenggam kebahagiaan yg sudah lama aku ingini ini.
" ha seul, kau suka vacation kita kali ni? "
taehyung berdiri di sebelah aku lalu menempatkan tangan kanannya di bahu aku. bahu aku diusap olehnya perlahan.
aku menoleh ke tepi untuk melihat wajah kim taehyung.
" mestilah aku suka. tempat idaman aku kot " aku senyum dengan lebar
taehyung cuma mengganguk dan melemparkan senyuman yg sungguh lebar dan dia kembali memandang laut dan ombak yg tenang itu.
aku masih tidak berhenti melihat wajah kim taehyung. sekali lagi, aku merasakan bahawa dia sungguh indah.
rambut taehyung yg ditiup angin kencang bersamaan dengan sunglasses dan beach outfit nya benar benar mencairkan aku.
" kenapa kau kacak sangat, taehyung "
aku sendiri tidak sedar apabila aku mengutarakan ayat tersebut. taehyung memandang aku dengan aneh.
kening aku dinaikkan .
" for the first time kau puji aku handsome " kata taehyung
" kau memang kacak, taehyung. cuma aku je taknak bagitau kau. nanti kau kembang "
taehyung tersengih kecil. aku menyikat rambutnya yg lembut itu dengan jari jemari aku. haih, how can i stop loving this guy?
" kau cantik, ha seul. lagi lagi dengan white dress kau ni "
aku berhenti bermain dengan rambut taehyung. aku segera melekapkan kedua belah tapak tangan aku di pipi.
pipi aku dah merah macam tomato apabila taehyung memuji aku hahaahha. ek eleh kau ni ha seul, macam tak biasa pulak lol
" aigoo, comelnya girlfriend aku ni "
hah! makin cair aku bila dia sebut girlfriend.
kejap..! dia sebut 'girlfriend aku' ke ?
oh my havana oh nana ayyy since when duh dia ajak aku jadi girlfriend dia?
tapi— ughh kyaaaaaaaaa
taehyung menyelitkan rambut aku ke belakang telinga dengan lembut sekali.
" kita jalan-jalan, jom? "
aku mengganguk setuju lalu menyambut huluran tangan kim taehyung.
kami berdua berjalan perlahan di tepi pantai. sekali pandang dah macam orang baru kahwin je kami berdua ni ehek.
" meow "
suara yg dihasil daripada seekor kucing menyebabkan aku tercari-cari dimana kucing itu berada.
setelah aku terjumpa kucing itu, aku terus menarik tangan taehyung lalu menghampiri kucing tersebut.
" taehyung, comelnya kucing ni "
aku melepaskan tangan taehyung dan mengangkat kucing tersebut untuk dipeluk. aku mencium kucing itu berulang kali.
" yah, aku tau la kucing tu comel tapi takkan kau dah lupakan aku? " taehyung berkata dengan nada yg merajuk
" alo tae, jangan la merajuk. sesayang-sayang aku dengan kucing ni, sayang lagi aku dekat kau okay? so no worries ehe "
kenapa aku cheesy sangat harini aha
" banyaklah kau punya sayang ish "
dalam sekelip mata, taehyung mencium pipi aku lembut.
aku hanya membalas dengan sengihan comel.
" tae, apa kata kita namakan kucing ni? "
" namakan kucing ni? " taehyung mengerutkan dahi nya
aku mengganguk dua kali
" ha seul, kucing tu bukan anak kau "
" alah, dahtu takkan nak tunggu dapat anak dulu? kita nak kahwin lama lagi "
aku mencebik
" kau nak sangat ke cepat dapat anak? kalau desperate sangat, malam ni aku boleh tolong kau "
lantas dia menyilangkan tangannya dah tersenyum sinis di hadapan aku.
terus sahaja aku memukul lengan sasa taehyung itu. siang siang pun nak menggatal ish
" haih, yela. kita namakan dia 'tata' okay? "
akhirnya taehyung memberi aku cadangan. aku bersorak gembira apabila taehyung setuju nak bagi kucing ni nama.
" annyeong, tata . hihihihihi "
sekali lagi aku mencium kepala kucing itu. ee comel betul
taehyung jugak turut mengusap badan tata. i swear to god taehyung will be a very good father soon
aku melepaskan tata pergi apabila dia asyik mengiau minta dilepaskan.
aku dengan taehyung sambung berjalan di persisiran pantai itu.
tiba tiba taehyung mengeluarkan telefon bimbitnya dan memeluk aku supaya rapat dengannya.
" kau buat apa ni— "
Clak!
sekeping photo kami berdua telah ditangkap oleh taehyung sendiri.
" weh aku tak ready kot "
aku merungut selepas melihat photo tadi. sumpah do muka aku macam beruk tercekik pisang.
" okay lagi sekali "
photo kali ini lebih cantik berbanding yg tadi. aku dan taehyung sama sama tersenyum gembira.
seakan-akan kami telah terikat dalam dunia yg penuh kebahagiaan.
" ha seul-ah "
taehyung memanggil aku
" ya? "
" berdiri depan aku "
tanpa banyak tanya, aku hanya mengikut kata-kata taehyung.
apabila aku sudah berdiri di hadapan taehyung, dengan pantasnya dia menarik pinggang aku dan memeluknya dengan erat.
tubuh badan aku kini sungguh rapat dengan tubuh badannya sehinggakan aku dapat mendengar deruan nafas hangatnya.
" park ha seul "
damn his deep and husky voice
" aku tahu yg selama ni aku seperti sedang memainkan kau. aku sentiasa bagi kau harapan palsu, aku selalu memungkiri janji aku terhadap kau "
" dan lebih parah lagi, aku pernah menyakiti kau secara fizikal dan mental "
" aku berani sumpah yg sebenarnya aku benar benar mencintai kau, park ha seul. cuma aku ego dan aku bodoh kerana langsung tidak tahu cara untuk menyampaikan cinta aku terhadap kau. aku rasa menyesal kerana sepanjang kita berkenalan, aku selalu menyakiti hati kau. tidak pernah langsung aku buat kau bahagia. mana aku sewaktu kau dalam kesusahan dan kesedihan? sedangkan pada awal perkenalan kita, aku berjanji yg aku akan sentiasa berada di sisi kau untuk menjaga dan melindungi kau buat selamanya "
aku terpaku apabila kim taehyung mula berbicara. sedikit sebanyak aku berasa tersentuh dengan kata-katanya.
" aku rasa nak bunuh diri apabila kau cakap yg kau mula berasa ragu-ragu dengan perasaan kau terhadap aku. aku cintakan kau, tapi aku sendiri yg buat kau pergi. kau tahu apa perasaan aku apabila kau masih kekal berada di sisi aku? ya, aku bersyukur sangat. aku bersyukur yg kau langsung tak tinggalkan aku walaupun aku dah banyak kali menyakiti hati kau. dan aku bersyukur yg kita berdua sudah melepasi tahap sukar tu "
" kim tae— "
" kau tahu kenapa aku benci dan marah bila kau rapat dengan lelaki lain selain aku? itu sebab aku cintakan kau ha seul. aku rasa tercabar sebab aku takut kau akan pergi. sebab apa? sebab aku ni serba kekurangan. hanya pandai membuat orang ramai berasa sedih , kecewa dan marah "
" taehyung, kau— " aku perasan yg mata taehyung dah berair jadi aku nak suruh dia stop bercakap.
" — jadi park ha seul, aku taknak buat kau tertunggu lagi dan pada hari ini, aku akan menyatakan isi hati aku terhadap kau "
dan sekali lagi aku terdiam dengan ayatnya.
" would you like to be my life, my moon, my sun, my star, my galaxy, my pain, my frown, my happiness, my angel, my babe, my soul for my entire my life? "
mata aku naik memandang mata kim taehyung.
dan kali ini, akhirnya aku dapat melihat keikhlasan di dalam matanya.
senyum lebar perlahan-lahan terukir di wajah aku.
lalu aku mengganguk setuju.
" yes kim taehyung. i would like to be your moon, your sun, your star, your galaxy, your pain, your frown, your happiness, your babe, your soul for your entire life "
senyuman bahagia mula terukir di wajah taehyung.
dengan itu, dia menarik aku supaya lebih dekat dengannya ;;
and his lips touched mine .
==
DENGAN INI SAYA INGIN MAKLUMKAN BAHAWA SAYA KINI SEDANG SUJUD SYUKUR KERANA FANFIC NI DAH TAMAT YAHOOOOO
next chapter epilogue okay EHE LETS CHILL
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro