Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

26

guanlin begitu leka merawat luka-luka di pipi aku. aku hanya kekal duduk di atas katil di bilik rawatan sekolah ini.

hati aku masih lagi sakit.

kesan tamparan taehyung di pipi masih terasa pedihnya.

aku sudah penat menangis sehinggakan air mata pun dah tak nak keluar.

kosong.

perasaan aku kosong.

kenapa taehyung begitu tergamak menampar aku? sedangkan aku bergaduh untuk mempertahankan diri aku?

" nah, tukar tisu "

aku memandang tisu baru di tangan guanlin ini dengan tanpa minat.

" seul, hidung kau masih berdarah tu. tukar la tisu "

akhirnya aku menyambut jua tisu tersebut lalu membuang tisu yg sudah penuh disaluti darah daripada hidung aku ini.

" aku dah siap cuci luka-luka kau. kau nak balik kelas atau rehat dekat sini? "

aku senyap menatap wajah kacak guanlin.

lelaki ini ..

benar benar terlalu baik.

walaupun aku tidak menerima cintanya,

walaupun aku tidak memandangnya,

walaupun aku memilih orang lain,

dia sentiasa berada di sisi aku.

dia masih bersikap baik dengan aku.

tapi kenapa hati aku tidak dapat menerima lelaki sebaik ini?

mengapa hati aku terus-menerus inginkan lelaki yg sentiasa menyakitkan hati aku?

love is too complicated

tanpa aku sedari, aku memeluknya.

dan aku menangis sekali lagi.

" seul, janganlah menangis lagi. aku tak kuat tengok kau sedih macam ni "

guanlin membalas pelukan aku dan mengusap belakang aku perlahan.

aku tidak mahu berkata apa apa. aku hanya ingin menangis.

aku mengambil keputusan untuk berehat sahaja di rumah harini. dengan keadaan aku yg teruk macam ni, bermimpi la kalau aku cakap aku nak keluar rumah macam selalu.

eomma pun faham dengan keadaan aku. aku dah ceritakan segalanya dekat dia tapi yg peliknya, eomma tak marahkan aku sebab bergaduh dan eomma pun tak marahkan taehyung.

mungkin eomma seseorang yg redha dengan apa yg berlaku.

aku hanya menghabiskan masa aku di dalam bilik. aku langsung tidak bergerak daripada katil sehinggalah seseorang datang mengetuk pintu rumah.

siapa yg datang malam malam begini?

eomma tak ada dekat seoul sekarang ni. dia balik busan untuk beberapa hari. nak melawat sedara katanya.

takkan pencuri?

eh tapi mana ada pencuri nak rompak ketuk pintu?

aku mengangkat bahu lalu turun ke bawah. ugh, malasnya aku.

" siapa? " tanya aku sebaik sahaja aku membuka pintu.

" ha seul "

sebaik sahaja aku melihat mukanya, aku terus ingin menutup pintu. tetapi lengan sasanya menghalang pintu tersebut.

" kau nak apa lagi? "

" aku datang sini nak mintak maaf "

aku tersenyum sinis.

" mintak maaf? setelah apa yg kau dah buat, baru kau nak mintak maaf? dah terlambat, kim taehyung "

dengan seluruh tenaga aku, aku menutup pintu sekuat yg mungkin.

aku bersandar di belakang pintu. hati aku berdegup kencang. sudah seminggu aku tidak melihat taehyung. aku fikirkan dia sudah tidak kisah pasal aku.

atau dia sekadar datang untuk mintak maaf dan akan menyakitkan aku lagi kelak?

" ha seul, bukaklah pintu ni! dengar dulu apa yg aku nak jelaskan ! "

taehyung tidak berhenti mengetuk pintu rumah aku.

kuatkan hati kau ha seul! jangan jatuh ke dalam penipuan dia buat kali ke sejuta!

" ha seul, aku tahu kau marahkah aku tapi tolonglah! "

" aku akan tunggu kau dekat luar sampai kau bukak pintu. itu janji aku "

mendengar kata-katanya, aku menggulingkan anak mata aku ke atas. lantas aku membuka langkah memasuki bilik aku semula.

bunyi ketukan pintu sudah tidak didengari lagi. mungkin taehyung dah pulang. mana ada manusia yg akan tunggu, kan?

tepat jam sepuluh malam, bumi mula menangis. hujan lebat bersamaan dengan guruh dan kilat di luar tidak henti-henti menggangu kefokusan aku terhadap drama yg aku sedang tonton ini.

tambah lagi apabila aku terlupa untuk membawa masuk kasut sukan aku. ugh, aku nak kena turun bawah buat kali kedua.

selepas aku mencapai payung di tepi pintu, aku terus membuka pintu rumah untuk keluar mengambil kasut sukan aku.

alangkah terkejutnya aku apabila sekujur tubuh manusia sedang terbaring di hadapan pintu rumah aku.

dan dia dalam keadaan yg basah.

" taehyung? " gumam aku perlahan

dia tak pergi lagi ke dari sini?

dia betul betul tunggu aku?

aku mencangkung di sebelah taehyung yg sedang terbaring itu.

" wey bangunlah " aku menepuk pipinya perlahan.

rambutnya basah, bajunya jugak basah. takkan dia pengsan?

heh siapa suruh tunggu aku?

" taehyung, bangun dan balik rumah kau sekarang "

" h-ha seul "

taehyung memanggil nama aku dengan suaranya yg lemah. matanya langsung tidak terbuka dan ini membuatkan aku risau.

jangan salah faham. aku cuma risaukan dia, itu je.

tapi selepas itu, taehyung terus tidak menyedarkan diri.

aku melekapkan tangan aku di atas dahi taehyung. oh shit, panas.

macam mana ni? takkan aku nak biarkan dia terkulai lemah dekat sini je?

kalau ye pun aku nak bawak dia masuk, macam mana aku nak angkat dia? dia ni lelaki, mesti berat.

nak tak nak aku terpaksa menggunakan cara ini.

tarik taehyung masuk ke dalam.

selepas usaha aku menarik taehyung masuk ke dalam bilik tetamu, aku menggunakan seluruh tenaga aku untuk membaringkannya di atas katil.

lelaki ini benar benar menyusahkan aku. dahla dah buat taik dengan aku, lepastu nak aku tolong dia pulak.

ek eleh

aku naik ke bilik eomma dan kembali ke bilik tetamu dengan sehelai t-shirt putih nipis.

aku membuka jacket kulit taehyung dan juga t-shirt hitamnya. jangan risau, aku tak ambil kesempatan pun. aku tak ada nafsu pun dekat lelaki ni.

aku memakaikannya t-shirt putih appa aku. t-shirt tu agak besar sebab taehyung ni keding huhu.

aku turut menggosok rambut taehyung dengan sehelai tuala bersih. lelaki ni dah demam lol takkan aku nak biar dia mati macam tu? aku pun manusia, masih ada hati dan perasaan.

walaupun dan berulang kali dia menyakiti hati aku

kemudian aku mengambil tuala kecil dan meletakkannya di atas dahi taehyung. kejap lagi surut la kot demam dia. aku menarik selimut sehingga paras dada taehyung.

biarlah dia rehat dulu. esok baru aku hambur dia habis-habisan.

kalau diikutkan hati nak je aku tikam dia sekarang eish.

sewaktu aku ingin berlangkah pergi, tiba tiba sebuah tangan menarik pergelangan tangan aku dan hal itu membuatkan aku terjatuh ke atas dada taehyung.

" ha seul .. "

aku meneguk liur. mata aku bergetar dan jantung aku berdegup kencang.

tengah demam pun boleh turn on ke syal

hati aku semakin tidak keruan apabila aku dapat merasakan hembusan nafasnya yg hangat di leher aku.

tangannya masih belum melepaskan tangan aku.

" seul .. ma-maafkan aku "

suara taehyung yg lemah dan serak itu membuatkan ego aku menurun.

jantung aku masih tidak berhenti berdegup kencang. mengapa taehyung harus buat aku begini?

kenapa ego aku terlalu senang untuk turun?

tak tak, aku tak boleh biar ego aku turun macam selalu.

" taehyung, tolong lepaskan aku— "

aku tidak sempat menghabiskan kata-kata aku kerana taehyung terlebih dahulu sudah menarik aku untuk semakin dekat dengannya ;;

lalu dia mencium bibir aku.

buat kali kedua

mata aku terbuntang luas. terkejut apabila bibir panasnya menyentuh bibir aku.

perasaan itu ...

aku bencikan diri aku kerana langsung tidak menolak ciumannya.

ternyata aku masih sayangkannya.

-

pagi pagi buta aku sudah bangun untuk memasak bubur buat taehyung.

aku masih terkejut dengan apa yg berlaku semalam.

kim taehyung freaking kissed me yesterday.

" ha seul ? "

terloncat bahu aku apabila taehyung menepuk bahu aku perlahan.

" oh kau dah sedar ke? ha, pergi sana makan. aku dah buatkan bubur untuk kau "

taehyung mengerut dahi dia tetapi dia mengganguk faham dan berjalan ke arah meja makan untuk menjamu selera.

kami langsung tidak bercakap selepas itu. aku masih dengan perasaan malu kerana dicium oleh taehyung semalam.

dan taehyung pulak .. ugh, mungkin dia tak ingat apa apa kot.

usai menjamu selera, taehyung beredar semula ke dalam bilik tetamu. mungkin dia mandi kot sebab aku dengar bunyi air dari dalam tandas.

as i expected, dia betul betul mandi tadi. dia pun dah menukar pakaian ke baju yg aku sediakan untuk dia.

" ha seul, pasal tempoh hari tu— "

" — aku tak suka bercakap hal lama. dah, kau balik sekarang. ada banyak benda aku nak kena buat "

aku cuba untuk menghalaunya balik. taehyung mengeluh perlahan lalu mengganguk.

" aku mintak maaf dengan apa yg aku dah buat. dan terima kasih sebab dah jaga aku semalam. aku pergi dulu "

aku cuma mengangkat kening sahaja. malas hendak bercakap dengannya.

langkah taehyung terhenti apabila dia berada di pintu rumah. dia pusing menghadap aku semula dan melemparkan sebuah senyuman yg manis.

" and thanks for last night. i missed your lips so much "

dan dia terus beredar selepas itu.

the hell lelaki tu?

tapi kenapa perlahan-lahan ego aku terhadapnya sudah hilang?

==

ni merupakan konflik terakhir diorang untuk fanfic ni ok aku taknak panjangkan cerita ni dah 😂

chapters yg seterusnya hanyalah taeseul moments dan jangan expect apa apa sebab aku tak pandai buat sweet scenes ni heheheheheheeh

dan aku ada satu berita lol (( acah nya )) . kawan aku nak tolong aku terbitkan salah satu fanfic aku menjadi sebuah novel.

aku memang teringin cuma aku tak confident sebab fanfic(s) aku semuanya hambar belaka 😂

what do you think?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro