Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

21

" bagitau atau kau tak boleh balik rumah "

" ha seul, aku- "

aku memberi pandangan tajam kepada guanlin. dia mengeluh, dan akhirnya menyerah kalah.

aku paksa dia untuk bagitahu segalanya tentang hubungan dia, taehyung dan hani. aku taknak ah jadi orang gua taktahu pape macam dalam drama. heh

" okay fine. aku cerita "

" silakan "

" macam ni. aku ni sebenarnya ex boyfriend hani. tapi taehyung yg sukakan hani dulu. aku tahu pasal tu, and aku pun tahu yg hani cuma anggap taehyung as her bestfriend je. so perlu ke aku mengalah dekat taehyung? plus taehyung tu bermasalah dulu. dia yg taknak usaha lebih so aku yg dapat hani. tapi hubungan kami tak lama. setengah tahun je then kitaorang break up sebab hani suka orang lain "

" han .. jumin sunbae? " soal aku ragu ragu

guanlin mengganguk dua kali

" tapi hani tak dapat han jumin sebab jumin sukakan orang lain. taehyung yg satukan jumin dengan jaehee. lepastu, aku balik taipei atas some problems. tapi bila aku kembali ke korea, aku terus dapat tau yg hani koma. aku dah lama move on cuma yela simpati tu mesti ada. sampailah aku jumpa kau, dan tak sangka taehyung pun kenal kau "

guanlin menggulingkan anak matanya ke atas apabila nama taehyung disebut. uh wow benci betul dia dekat taehyung.

" kau ingat waktu kau pergi bayar bil hospital? masa tu taehyung datang jumpa aku. dia bagi aku amaran supaya jangan dekat dengan kau. heh, dia ingat aku nak dengar ke cakap dia? " dia berdecit

aku mendiamkan diri. apa masalah taehyung ni? dia tak bagi guanlin dekat dengan aku tapi dia yg tinggal aku.

lelaki dengan fakehope berpisah tiada ceh.

" hani tu perempuan jenis apa? " tanya aku

" dia? hm, full package "

patutlah ramai sambut dia bila dia bersekolah balik. adu, kalau nak banding dengan aku hmmm bagaikan batu dan diamond.

patutla guanlin pernah suka dia

patutla taehyung suka dia

ek eleh

" ha seul "

" ya? "

" kau suka taehyung ke? "

aku mengetap bibir. aku taktahu nak jawab apa. dah sebulan aku tak bercakap dengan taehyung. apa perasaan suka ni masih wujud?

" a-aku..aku taktahu " aku mengeluh berat

tiba tiba sahaja guanlin memegang bahu aku. dia memandang anak mata aku

" kau masih sukakan dia, kan? tak apa lah, aku akan selalu support kau okay? "

" guanlin, tapi kau- "

" - memang aku sukakan kau. tapi aku tak boleh nak paksa kau sukakan aku balik sedangkan hati kau dekat orang lain " dia tersenyum

senyuman dia memang nampak gembira tapi mata dia menyimpan seribu perasaan sedih.

-

esoknya, aku ke sekolah sendirian. guanlin tak dapat hadir harini sebab kakak dia datang melawat dia so yeah dia kena teman kakak dia.

sebaik sahaja aku tiba di kelas, aku terus membaringkan kepala di atas meja lalu melelapkan mata aku.

aku tak sempat nak tidur apabila seseorang dapat mengetuk meja aku. dengan malasnya, aku mendongak ke atas.

" awak park ha seul, kan? "

aku menggosok kedua belah mata aku supaya pandangan aku tidak kabur untuk memandang manusia tersebut.

lee hani?

" kau siapa? "

" hani. lee hani. girlfriend taehyung " dia cuba untuk senyum

ewah tengok la wey cara dia perkenalkan diri dia dekat aku. nampak sangat nak menunjuk yg taehyung pilih dia. dasar murah

tapi dia comel la hm NO STOP AKU LAGI COMEL

" ye kau nak apa? nak suruh aku tinggalkan taehyung? takpe jangan risau, aku pun tengah move on ni okay? sekarang kau boleh berambus "

" eh tak tak. sebenarnya saya datang sini nak bincang sesuatu dengan awak "

" nak bincang apa? pasal perkahwinan korang? nak suruh aku jadi pengapit kau? euw no way "

" awak! dengar la dulu apa saya nak cakap ni "

aku mencebik. perempuan ni memang tak faham bahasa ke? aku suruh berambus tu berambus jela

dengan tak tahu malunya dia menarik kerusi di hadapan dan menghadap aku.

aku membuat muka menyampah. kau fikir aku kisah? so what kalau dia girlfriend taehyung pun? memangnya kalau dia girlfriend taehyung, aku kena beradab ke dengan dia? haha hell no. aku bukan munafik cem diorang.

dahla ambik taehyung dari aku hahahahahaah k

" saya nak cakap pasal taehyung "

" apa lagi yg nak dicakapkan? korang dah bersama kan? tak cukup lagi ke? ke nak patahkan hati aku lagi? "

" tak bukan macam tu "

" dahtu macam mana lagi? "

" walaupun taehyung sukakan saya dan saya ni girlfriend taehyung, tapi saya yakin yg hati dia sebenarnya dekat awak "

" heh? kau tengah buat drama apa ni? kau nak tampar aku ke kau nak curah aku dengan air? "

" ish awak ni berhenti la sindir saya. saya nak cakap yg saya akan lepaskan taehyung untuk awak. tu je "

makin lama makin merepek perempuan ni. dia nak lepaskan taehyung? weh dia fikir taehyung ni apa? mainan ke?

" what? kau nak lepaskan taehyung? weh perempuan, kau sedar tak kau tengah buat apa ni? kau sedar tak yg taehyung dah buat segalanya supaya kau maafkan dia dan dia dapat kau tapi kau nak lepaskan dia macam tu je? memangnya kau tak pandai hargai orang ke apa? patutlah guanlin tinggalkan kau "

perempuan itu terdiam seketika. maybe dia terasa kot dengan ayat aku yg last tu hahahahaah

siapa tergigit cili dia lah yg rasa pedasnya kahkahkah.

" habistu awak ingat saya akan bahagia ke kalau hati dia sebenarnya dekat orang lain? "

" jadi park ha seul, saya harap awak boleh maafkan dia. dia cuma keliru dengan perasaan dia. "

" wey tapi kau- "

" saya lepaskan dia untuk awak "

dia mengukirkan senyuman tawar lalu melangkah pergi.

what the tutttt is happening?

hampir sepanjang hari aku memikirkan apa yg hani bagitahu aku. serabut makk serabut huhu taknak hidup ah cenni.

sedar tak sedar, tiba tiba hujan turun dengan lebat. aku yg tengah berjalan terus melarikan diri ke perhentian bas berdekatan untuk berlindung.

alamak. kasut aku dah basah sikit. macam mana nak balik ni? payung pulak lupa bawak grrrr.

aku menoleh ke kiri kanan untuk mencari teksi. hujan lebat macam ni, memang takla dia nak berhenti dalam masa terdekat.

sedang aku sibuk mencari teksi, pandangan aku tertancap pada dua orang yg berada di perhentian bas seberang jalan.

munafik(s).

geram punya pasal, aku terus berlari meredah hujan untuk pulang ke rumah.

-

" achoom "

" ha seul, kamu tengah tak sihat tu takkan nak keluar jugak? "

" kejap je eomma. ha seul nak tengok langit "

eomma hanya menggeleng kepala dengan perangai degil aku ini.

" balik sebelum pukul 12 tau ? "

aku mengambil keputusan untuk ke hangang river. bosan derr asyik asyik han river je.

aku melabuhkan punggung fab aku di atas padang besar di sana.

macam biasa, aku akan memandang langit yg gelap dan dipenuhi bintang bintang yg bercahaya.

bila aku sedih, aku akan pandang langit. bila aku gembira, aku akan pandang langit.

bila aku marah, aku nanti sepak sekor sekor kk joke.

aku mengeluh berat. perkara yg berlaku di perhentian bas tadi bermain di fikiran aku.

takla, aku cuma ternampak taehyung usap kepala hani then diorang peluk ha acahcah sweet gituew

boleh tahan munafik jugak si hani ni. baguslah, taehyung munafik, hani pun munafik. aku harap anak diorang tak dilahirkan sebagai syaitan nanti.

" kau suka tengok langit rupanya "

amboi hampir tercarut aku apabila tiba tiba ada orang duduk sebelah aku.

aku menoleh

" kau sedih? atau kau gembira? "

aku meneguk liur. seram wey dengar suara dia. walhal la dah sebulan tak dengar suara dia.

tetapi sedikit sebanyak aku rasa gembira dan tenang sebab akhirnya aku dapat dengar dia bercakap dengan aku.

" aku tak kenal siapa kau jadi mintak diri dulu "

aku ingin bangun tetapi taehyung menarik tangan aku semula jadi aku kembali terduduk.

" kau tak demam ke? kau kan redah hujan tadi "

aku mengerutkan dahi aku. aik? canne dia boleh tau yg aku redah hujan tadi? takkan dalam tengah sibuk buat maksiat pun dapat nampak aku?

ffuh makin sakit kepala aku. dahla tengah demam, dia ni pulak muncul.

" aku rindukan kau "

" sudahlah taehyung. kembali kepada siapa kau patut kembali "

" macam mana kalau aku cakap yg aku- YAH PARK HA SEUL "

aku terus tidak menyedarkan diri selepas itu.

==

salam spm 2018 HAHAHA

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro