15
" kikikiki "
" hihihihi "
" hekhekhekhek "
" eh kau boleh diam sikit tak? dari tadi dok bergelak " marah taehyung
aku mengerutkan dahi aku sambil memandang dia.
" biarlah. aku tak kacau kau pun kan? "
" masalahnya kau tu bising. main la phone tu dediam. aku nak tengok tv pun tak aman "
aku mencebik. aku menyambung bermain dengan telefon aku. senanya aku main mobile legend tadi. sebab dapat mvp punya pasal, tu yg happy semacam.
" by the way, kau tengah mesej dengan sape? " soal taehyung secara tiba tiba
hek eleh sibuk
" ada la " balas aku acuh tak acuh
" oo dah pandai berahsia la ni dengan aku hah? bak sini phone kau "
" wey shytun! "
tak sempat aku nak buat apa apa, taehyung ni dah rampas phone aku. lepastu sengaja angkat tangan dia tinggi tinggi supaya aku tak dapat nak capai phone aku. tahu la aku ni pendek ergh
" bak la sini taehyung "
" nope. unless kau bagitau aku yg kau tengah chat dengan siapa "
" bukan hal kau pun! "
aku tak putus asa nak ambik balik phone aku. sehinggakan badan taehyung dah terbaring atas sofa dan badan aku ada atas badan dia. ha kau paham tak?
tak sekarang ni jantung aku apahal berdegup kencang sangat? harini je dah dua kali dia degup kencang gila.
mata aku bertembung dengan matanya. pandangan yg diberikan oleh taehyung terhadap aku amatlah lembut dan sayu.
" susah sangat ke nak bagitau aku? " tanya dia dengan nada yg rendah asdfghjkl aku nak fangirling kyaaaaa
" t-tak tapi- "
taehyung mengalihkan matanya ke arah telefon aku yg sedang menyala itu.
dia mendengus kasar.
" tak sangka kau dah ada lelaki lain "
dia menolak badan aku perlahan lalu menyerahkan semula telefon bimbit aku.
dan dia pergi begitu sahaja.
pandangan aku tertancap pada kim taehyung yg sedang berjalan masuk ke biliknya.
lalu aku memandang semula telefon bimbit aku. aku mengeluh, dan tersenyum tawar.
kenapa taehyung nak marah bila aku mesej dengan guanlin?
sedangkan dia tak pernah sekali pun terfikirkan perasaan aku bila dia lebih pentingkan perempuan lain berbanding aku.
lagi parah apabila dia telah menunjukkan tanda tanda dia sukakan aku.
entahla, aku dah mula ragu ragu dengan perasaan kim taehyung.
beberapa minit kemudian, dia keluar semula dan pergi ke bahagian dapur.
aku tak tegur dia dan taknak pun tegur dia.
aku sambung bermesej dengan guanlin. oh lupa nak cakap guanlin yg mintak number aku siang tadi hihihi
kenapa aku dengar bunyi bising dari dapur ni? jantan tu tengah masak ke? eh tapi aku dah masak untuk dia tadi.
aku mencuri pandang ke belakang. aik? kenapa dia masukkan makanan makanan ke dalam tupperware?
dia nak buang ke sebab masakan aku tak sedap? grr
sebaik sahaja dia selesai memasukkan kesemuanya ke dalam tupperware, aku terus memandang ke hadapan semula.
acah nya kau ni park ha seul
" aku nak pergi lawat hani. kau kalau nak pergi memana, mesej aku. kalau aku balik lewat, pastikan kau kunci pintu. call aku bila emergency "
dan dia terus keluar daripada rumah ini.
nak jumpa cinta pertama rupanya heh. tapi kenapa dia nak kena care pasal aku? hmm
-
" kenapa kau ajak aku keluar ni? tadi cakap malas " tanya guanlin yg berada di hadapan aku.
aku menjelingnya halus lalu menyedut air yg aku pesan tadi.
" taehyung takde kat rumah ke? tu yg kau bosan, kan? " tambahnya lagi
menyampah pulak aku asyik dengar nama lelaki tak guna tu.
" taehyung? haha dia busy la. busy layan first love dia tu " aku menggulingkan anak mata aku ke atas.
benci pulak aku bila teringat yg taehyung asyik terhegeh-hegeh dekat lee hani tu. bukannya lee hani tu nak maafkan dia pun.
lee hani pun satu bodoh. dah taehyung dah explain semua dia still taknak maafkan.
senang cakap dua dua bodoh. aku je pandai HEHEHEHE
" kau cemburu ke? "
" aku taktahu la wey. taehyung tu, kejap macam suka aku. kejap macam tak suka aku. serabut tahu tak? " luah aku
aku tak kisah pun nak bagitau guanlin pasal masalah aku sebab dia jenis yg boleh dipercayai eventho aku baru kenal dia tak sampai sebulan.
" kau tak cuba tanya dia? "
" dah. tapi dia macam ragu ragu nak jawab. ah sudah, aku terus suruh dia keluar dari bilik aku "
guanlin hanya mengganguk faham.
" ha seul "
" ya? "
" aku cuma nak cakap, waktu kau tengah sayangi dan lindungi orang lain, kau takkan sedar yg ada orang lain tengah sayangi dan lindungi kau dari belakang "
" apa maksud kau, guanlin? "
dia tidak menjawab. malah hanya tersenyum nipis.
-
nak dekat malam jugak baru aku balik. taehyung? aku taktau. lepas aku bagitau dia yg aku nak keluar, dia cuma balas 'okay' je.
apahal gelap sangat rumah ni ish. aku terus menekan suis lampu.
" ingatkan dah taktahu jalan balik "
terloncat aku dibuatnya uish siapa tu?
oh taehyung rupanya. atas sofa dengan tin minuman coke di tangan kirinya.
" mana kau pergi? " tanya taehyung dengan suara dingin dia
tak sekarang ni apa masalah dia nak sibuk? dia bukan suami aku pun ek eleh.
" aku rasa soalan aku ni tak susah mana pun untuk kau jawab, kan? " tambahnya lagi apabila aku hanya mendiamkan diri
bukan taknak jawab saklahnya lidah aku kebas tetiba fufufufufufu
" a-aku cuma lepak dengan guanlin je dekat coffee bean. aku dah boikot starbucks " balas aku takut takut
" guanlin? lelaki cina tu? "
aku mengganguk
" boleh tak kau berhenti keluar dengan dia? aku muak tau tak asyik dengar nama dia? guanlin guanlin gualin! kau taktahu dia tu jahat ke baik! " tengking taehyung tiba tiba
what?
kenapa dia tiba tiba nak tengking aku ni? memangnya dalam undang undang negara ada ke tertulis yg aku diharamkan keluar dengan lai guanlin?
fuh sabar ha seul sabar.
" taehyung, aku percayakan dia! dia orang baik! "
" bagi kau, semuanya baik! tapi yg susah nanti siapa? kau jugak! dan kau hanya menyusahkan aku untuk tolong kau "
oh haha. dia cakap aku menyusahkan dia.
" jadi mulai hari ni, berhenti jumpa guanlin. aku tak suka "
suara taehyung kembali normal. aku .. nak nangis. air mata tengah bertakung elok je ni dekat kelopak mata.
kenapa taehyung jadi macam ni?
aku dah tak boleh sabar.
" kim taehyung, siapa kau untuk halang aku nak berkawan dengan sesiapa pun? kau bukan eomma atau appa atau abang aku. kau cuma orang luar yg tiba tiba masuk dalam kehidupan aku, yg tiba tiba bagi aku harapan palsu. kau langsung tak ada hak nak halang aku berkawan dengan sesiapa pun "
" dan aku tak pernah suruh kau untuk tolong aku. hidup aku, aku sendiri reti nak jaga. aku tak pernah perlukan kau dalam hidup aku dan sekarang ni kau nak salahkan aku sebab asyik menyusahkan kau? hey, sedarlah diri kau kim taehyung " tambah aku lagi
jap aku tak habis bebel lagi
" dan ada kau fikir perasaan aku bila kau lebih pentingkan perempuan lain berbanding aku? aku tak bising bila kau bagi aku harapan palsu. ada aku bising bila kau lupakan aku? ada aku halang kau untuk keluar dengan lee hani? ada aku halang kau berkawan dengan dia? tak! sebab apa? sebab aku taknak kau fikir yg aku ni menyibuk! sebab aku pun sedar yg aku bukan isteri kau ataupun kekasih kau! "
great, aku dah habis bebel.
" kenapa kau nak kena ungkit nama hani dalam hal kita, park ha seul? "
aku perasan yg telinga taehyung dah jadi merah sebab tahan geram. nafas dia pun tak teratur dan suara dia naik balik.
kenapa dia marah gila dekat aku?
" betul kan apa yg aku cakap? sebab perempuan tu, kau lupakan aku! kau terus lupakan janji dan harapan yg kau bagi dekat aku! kau langsung tak fikirkan perasaan aku, kim taehyung! perempuan tu punca segalanya berlaku! " aku pulak yg menjerit.
aku dah mula menangis.
" berhenti naikkan nama hani dan jangan salahkan dia! dia langsung tak ada kena mengena dalam hal ni "
see? dia pertahankan perempuan tu. salah ke apa yg aku cakap tadi?
" keluar " kata taehyung dengan dingin.
aku mendongak semula, memandang kim taehyung. aku rasa aku silap dengar tadi.
" aku taknak gaduh dengan kau so keluar dari sini. tengok muka kau buat darah aku makin mendidih "
sekarang dia nak halau aku pulak? nice, just too nice.
aku mengesat air mata aku kasar.
" apa yg kau cakap harini, buat aku makin ragu ragu dengan perasaan aku terhadap kau selama ini "
aku segera melangkah keluar daripada apartmentnya.
==
aku tau chapter ni hambar.
kalau chapter tu happy, means aku tengah happy gila.
kalau chapter tu bosan, aku tengah mengantuk.
kalau chapter tu moody, sedih bagai, aku tengah moody
HAHAHAHAH
tapi kawan kawan ini bukan ending ya . ending dia pun aku tak nampak lagi HAHA okay aku tak plan pape pun untuk cerita ni. just follow the flow.
double update? say baekcon comel
<3
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro