Part 10
Semasa aku sedang berbalas mesej ngan Syah,pada masa yang sama,aku chat ngan kawan baik aku berkaitan Syah jugak sebernanya...dan jujur aku cakap,malam tersebut aku tidur tak nyenyak...serius....pukul 1,2,3 pagi aku terjaga...padahal kul 4 pagi sepatutnya bangun tau...
Sepanjang perjalanan pulang ke tanah air,aku hanya dapat tidur selama 1 jam je dalam kapal terbang....waktu lain,aku makan,dengar lagu sambil baca chat aku ngan Syah dan jugak kawan baik aku....kerana kawan baik aku memberikan pandangan yang berbeza....kalau tidak,aku akan blur hinggalah sekarang....
Aku selamat tiba di KLIA pada jam 5 petang dan selamat sampai di rumah pada jam 6.30 petang....sewaktu di rumah,aku melihat buku modul sains yang berada di atas meja dan terfikir sekejap.."Syah pegang buku nota sains aku ke sebernanya??"
Waktu maghrib,sedang aku menunggu untuk solat berjemaah,tiba2 aku mendapat satu mesej dari Syah yang memberitahu bahawa dia pegang buku nota sains bukannya buku modul sains......
Aku menyatakan bahawa aku mengetahui perkara tersebut lebih awal kerana buku modul sains tersebut dijadikan rujukan untuk menyalin eksperimen PEKA...
Aku menghidu sesuatu yang pelik berlaku kerana semalam Syah memberitahu kepada aku bahawa dia tidak pegang phone selama 2 hari tapi bagaimana pulak dia blh ws aku sedangkan phone itu di tangan mak dia...aku cuma fikir positif sahaja pada masa itu,di mana mungkin Syah menggunakan laptop mak dia atau whatsapp web....
Sebernanya guys,yang ws aku pada hari Sabtu tu,bukannya Syah tau...tapi mak dia...Ya Allah malunya bila dapat tahu perkara yang sebenar...aku pernah bertanya kepada Syah,tak mungkin mak dia mengetahui tentang aku.....Syah memberitahu yang mak dia tahu semua perkara tentang aku kerana dia telah menceritakan segala-galanya tentang aku kepada mak dia...
Ya Allah malunya,aku ws ngan mak lelaki wei...Syah memberitahu bahawa mak dia ok je ngan aku tapi kan guys,betul ke mak dia ok je.....padahal aku kat Korea duk sembang hal personal ngan family matters je ngan Syah tu...hal pelajaran atau hal kelas dlm 5-10% je
Ok guys,last upload before sekolah bukak....nanti kita sambung lagi ye....bye2..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro