04
Khamis - 28 / 3 / 2018
Dear diary
Semalam aku kata nak cerita moment apa kan?
Okay aku cerita.
Semalam , ada seorang manusia minta pinjam correction tape.
Tetapi tiada siapa layan.
Aku memandang manusia itu.
Dia pandang aku juga.
Dia bertanya kepadaku.
"Ada correction tape tak? Nak pinjam."
Aku mencari barang tersebut di dalam bekas pensel aku.
Aku mengambilnya. Aku ambil correction tape yang bukan kesayangan aku.
Aku ada 2 correction tape. Satu yang aku sayang berwarna hijau. Satu lagi berwarna hitam. Aku ambil yang hitam. Aku sayang yang hijau tu. Kenapa? Walaupun bukan hitam , tak swag , isi dia banyak. Yang hitam tu pula , isi dia sikit.
Aku memandang tempat manusia itu.
Ada manusia menghulurkan tangannya.
Manusia yang menghulurkan tangan itu bukan manusia yang hendak meminjam correction tape aku.
Aku belum pandang lagi manusia itu. Tetapi aku kenal itu tangan siapa.
Itu tangan crush aku.
Macam mana aku tahu? Well crush kan. Mesti tahu. Lagipun tangan yang dihulur tu warnanya gelap sedikit dari manusia yang nak meminjam barang aku tu.
Okay itu semua tak penting. Kita sedang menghampiri kemuncaknya.
Aku pun menghulurkan tangan aku yang berisikan correction tape seperti mana crush aku buat.
Tangan kami tak cukup panjang. Barang itu tidak sampai ke destinasinya.
Aku meminta tolong kawan aku tetapi dia tak layan aku.
Dengan swagnya aku bangun lalu memberikan correction tape itu kepada crush aku.
Akhirnya sampai juga barang itu ke destinasinya.
The moment when aku bagi barang tu dekat dia , terasa seperti crush aku meminta hatiku untuk dijaga olehnya.
Okay angan-angan je lebih.
Sampai sekarang , aku frame kan correction tape itu.
Sesiapa yang sentuh correction tape itu , akan terima akibatnya.
KTY SH'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro