Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 1

PERCERAIAN yang berlaku di antara suami dan isteri, kebanyakannya suamilah yang akan disalahkan. Jarang sekali masyarakat nak menyalahkan isteri. Tapi dalam kisah hidup aku dan bekas isteri, memang patutlah aku yang disalahkan oleh kedua-dua keluarga. Baik daripada keluarga mentua, termasuklah mama dan abah aku sendiri.

Semua orang salahkan aku. Maklum, aku ni bukanlah lelaki yang baik walaupun dah usaha jadi baik tapi tak baik-baik juga di mata orang, apa boleh aku buat? Untuk ubatkan hati, aku ingat Allah saja. Hanya Allah yang boleh menilai siapa aku.

Dah tiga tahun aku bercerai dengan Zila. Lama sungguh Zila bersabar dengan aku sebelum kami betul-betul berpisah. Tiap kali bergaduh, dia ungkitlah segala perbuatan aku di masa lalu. Kaki perempuanlah selalunya yang dia sebut.

Memang aku sendiri mengaku, aku seorang playboy sebelum berkahwin dengan Zila. Tapi sejak kahwin, aku dah buang perangai suka mengayat perempuan. Aku nak belajar setia dengan Zila seorang sebab aku memang betul-betul sayang dia pun. Perempuan lain tu stok untuk aku curahkan kasih sayang palsu aje. He he...

Perkahwinan kami mula retak sejak abah lantik aku jadi ketua dalam syarikat keluarga. Bukan sebab aku lupa diri ke apa. Tapi sebab banyak sangat godaan yang datang dalam hidup aku. Perempuan di luar sana dah tahu aku suami orang, tapi masih nak menggedik dengan aku dah kenapa.

Dahlah aku ni dalam proses nak berubah untuk belajar setia dengan seorang perempuan saja, lepas tu datang pula anasir-anasir jahat untuk memesongkan kesetiaan aku terhadap Zila. Memang buruklah akibatnya.

Tapi, aku tak salahkan orang lain. Memang salah aku sendiri sebab iman aku lemah. Aku juga tak salahkan Zila bila dia cemburu aku jalinkan hubungan dengan wanita lain dalam status aku masih suami dia.

Maafkan I, Zila... I insaf dan kini sedar diri. Tapi apa gunanya lagi keinsafan ini kalau you tidak di samping I. Hatiku merintih pula tiba-tiba.

"Adi!"

Aku tersentak dengan jeritan seseorang. Itu suara Zila! Lekas-lekas aku kancing butang lengan kemeja dan pantas melangkah ke pintu.

"Sayang!"

Zila jeling aku. "Apa sayang, sayang? Tolong jaga Nia hari ni. I ada kerja penting nak buat. Mungkin I balik lambat. I tak harapkan orang lain untuk jaga dia. Nanti anak kita kena dera pula. I cuma percayakan you aje."

Aku kembang hidung mendengar harapan setinggi gunung yang ditaruhkan Zila terhadap aku. "Okey, sayang. I akan jaga dia. You jangan susah hati. Macamlah I tak biasa jaga Nia." Aku sengih dan tak lupa kenyit mata.

"You jangan nak merenyam, ya. Ingat sikit yang kita dah tak ada apa-apa," marah Zila sambil hulurkan beg kecil kepunyaan Nia.

"Ye. I ingat." Aku sambut beg Nia dari tangan Zila. Tangan kami bersentuhan secara tak sengaja. Lama pula tu. Aku macam tak nak lepas dan Zila pun biarkan saja. Adakah Zila masih sayangkan aku dan sanggup berikan aku peluang?

Oh, Tuhan. Berilah aku bahagia kali kedua dengan Zila. Aku cuma mahukan dia. Aku dah tak nak perempuan lain. Aku hanya inginkan ibu kepada anak tunggalku, Nia. Hanya dia yang aku perlukan sekarang.

"Lepaskan tangan you." Zila bagi amaran.

"I tak pegang tangan you pun."

"Tapi you sentuh I."

"I sentuh saja. Mana ada I pegang. You boleh tarik tangan sendiri bila-bila masa you nak. Tapi kenapa you tak buat? You rindukan I? Nak kita kahwin semula?" Aku sengaja usik Zila. Nak juga tahu dia jawab apa.

"Jangan harap. I takkan balik semula dengan lelaki macam you. Pantang tengok perempuan dahi licin, mulalah menggatal." Zila terus lepaskan beg pakaian Nia.

"Sayang... I dah berubah. I dah insaf pun. Tak boleh ke you bagi I peluang kedua? Fikirlah tentang Nia. Dia makin membesar. You tak kasihan ke dia dibesarkan dalam keluarga yang tak sempurna? You kat sana, I kat sini." Aku tak putus asa cuba memujuknya.

Biarlah dikatakan nanti aku gunakan anak untuk dia maafkan kesalahan aku. Biarlah... Memang aku sedang gunakan Nia pun. Aku guna anak untuk kebaikan, apa salahnya?

"Alah... you tu tak mati pun kalau tak kahwin semula dengan I. Ramai lagi perempuan kat luar sana yang you boleh pilih. Lebih-lebih lagi dengan kedudukan you sekarang, petik jari aje. Dahlah, I pergi dulu."

Tak sempat Zila melangkah, tiba-tiba aku bertindak di luar kawalan. Sebelah tangannya aku tarik dan memaksa kami berdiri terlalu hampir. "I miss you." Satu luahan aku bisikkan di telinga Zila. Aku fikir Zila akan 'cair' tapi sebaliknya ada 'hadiah' yang aku dapat.

Berdesing telinga dan pijar muka dibuatnya dengan tamparan wanita Zila. "Aduh!"

"Kenapa mama pukul papa?" Nia tiba-tiba bersuara.

Wah, ini peluang yang baik. "Tengoklah apa you dah buat. You tampar I depan anak kita."

"Memang patut pun you kena tampar. Kita bukan suami isteri lagi. You kenalah jaga batas dengan I." Zila peluk tubuh. Tapi aku tengok muka dia merah-merah. Macam blushing gitu. Dia suka agaknya dengan apa yang aku buat tadi. Tapi pura-pura tak suka pula.

Ah, perempuan. Sangat complicated aku nak faham. Suka atau tak sukanya dia, aku tak boleh agak.

"Okeylah. I minta maaf."

Aku tersenyum dan happy semula. Seingat aku, inilah kali pertama Zila meminta maaf selepas kami bercerai secara baik di dalam mahkamah tiga tahun yang lalu. Sebelum ni, mana pernah dia minta maaf kalau dia buat salah sekalipun. Adakah hati Zila akan lembut dan sudi menerimaku kali kedua? Aku harap-harap begitulah.

AKU masuk ke pejabat dengan membawa Nia. Apa yang buat aku pelik, semua staff tengok aku macam tak pernah jumpa sepuluh tahun. "Korang tengok apa?"

Masing-masing menikus dan terus buat kerja. Aku baru tanya macam tu dah gelabah.

"Adi, lambat betul kau sampai hari ni." Abu Zhar tepuk bahu aku dari belakang. Dia adalah kawan baik merangkap setiausaha aku di pejabat.

Dulu setiausaha aku perempuan yang sering bertukar ganti. Disebabkan aku nekad mahu berubah, aku minta Abu Zhar yang jadi pembantu aku di pejabat ini. Selamatlah sikit aku digoda oleh perempuan-perempuan yang mengejar kemewahan.

Itu pun ada yang fitnah aku dan Abu Zhar pasangan gay. Mentang-mentang aku duda dan si Abu pula teruna pingitan, memanjang kena gosip murahan. Tahyul semua tu. Aku masih berada di jalan yang lurus dan akan mengejar jandaku, Zila.

"Ini hah... Anak aku tak ada siapa nak jaga."

"Aik? Ex-wife kau pergi mana?"

"Dia ada kerja."

"Ada kerja ke pergi jumpa kekasih baru? Takkanlah ada kerja sikit tak boleh bawa anak, kut. Ini mesti nak jumpa buah hati. Hai, melepaslah kau nak balik semula dengan Zila tu." Abu Zhar tayang sengih depan aku. Bersinar-sinar giginya. Boleh jadi model ubat gigi Darlie.

Aku agak bengang dengan kata-kata Abu. Aku tak percaya Zila dah ada pengganti begitu mudah. Aku yakin, Zila masih sayangkan aku. Takkan ada lelaki lain dalam hidup dia kecuali aku.

"Kau cakap baik-baik sikit. Jangan fitnah isteri aku."

"Bekas isteri, bro." Abu ingatkan aku.

"Ah, sudahlah kau." Aku pimpin Nia menuju ke bilik pejabat.

Abu Zhar ikut aku dari belakang. Dia tutup pintu. Nia pula aku arahkan duduk di sofa diam-diam. Sehelai kertas kosong aku berikan pada Nia untuk dia main conteng-conteng. No gadget untuk anak aku.

Aku terfikir dengan kata-kata Abu di luar bilik pejabat tadi. Walaupun aku menepis dakwaan Abu, tapi besar kemungkinan juga Zila dah ada pengganti.

Dia cantik, muka berseri-seri dan selalu tersenyum. Tak mustahil ramai lelaki yang sukakan dia. Dulu Zila kerja sebagai pramugari. Lepas kami berkahwin, aku suruh dia berhenti. Zila akur dengan arahan aku. Tapi, aku pula yang tak tahu nak hargai dia.

Zila korbankan kerjayanya untuk aku. Tapi, aku sia-siakan pengorbanannya. Dia kerja untuk membantu keluarganya di kampung. Tapi disebabkan dia seorang isteri, jadi dia terpaksa patuh dengan keputusan aku.

Waktu itu, aku memang suami yang pentingkan diri. Sekarang ini kalau dia setuju balik dengan aku, dia nak kerja semula pun aku bagi. Tapi, bukan sebagai pramugari. Kerja sajalah di pejabat ini. Jadi pembantu aku dan gantikan tempat Abu Zhar. Bila-bila masa saja aku boleh berikan tugas yang lain pada model ubat gigi Darlie tu.

"Apa hal ye semua staff tengok aku?" Aku pandang Abu Zhar yang sedia duduk di kerusi. Mungkin dia tahu sesuatu dan boleh sampaikan pada aku.

"Dia orang tengok video bekas suami gila talak kena tampar."

Aku bagai tercekik seterika. Jawapan Abu benar-benar buat perutku memulas. "Kau cakap apa?" Aku tanya Abu untuk kepastian. Mungkin kali pertama aku tersalah dengar.

Abu ketawa. Terhinjut-hinjut bahunya sambil pandang aku tak sudah-sudah.

"Kita orang tengok video kau kena tampar dengan Zila pagi tadi. Ha ha ha!"

Aku terbangun dari kerusi. "Apa kau cakap?"

Abu Zhar berhenti ketawa. Dia kesat hujung mata. Mungkin dia menangis kelucuan. "Rilekslah, bro. Zaman viral ni kau tak payah nak hairan sangat. Paparazzi tak bertauliah ada merata-rata. Mungkin ada orang ternampak kau dan Zila bergaduh. So, apa lagi? Orang tu rakamlah video dan sebarkan dalam Youtube."

Aku tumbuk meja sampai interkom bergegar. "Setan gondol mana yang punya kerja?"

Abu Zhar jongket bahu. Kalau aku yang duduk dekat dengan si pelaku pun tak tahu siapa punya angkara, Abu Zhar yang jauh lagilah tak tahu.

"Rilekslah. Tak lama lagi orang akan berhentilah bercakap," kata Abu Zhar. Suaranya seakan mahu menyedapkan hati aku saja.

"Kau cakap senanglah. Sekarang ni maruah aku dah tercalar."

"Buat masa ni kau jangan kisah sangat pasal maruah. Yang penting misi kau nak mengurat Zila. Fokus jelah pada rancangan tu. Kalau nak sibuk pasal video, aku yakin kau takkan dapat Zila balik. Nanti kau buang masa amukkan perakam video, ada lelaki lain pula yang manfaatkan masa untuk tackle Zila."

"Video tu ada tajuk tak?"

"Mahunya tak ada."

"Apa tajuknya? Aku nak tahu."

"Seorang lelaki ditampar oleh perempuan cantik."

Sekali lagi aku tumbuk meja. Kali ini Nia tertoleh kepalanya. Aku berdeham dan cuba menceriakan situasi. "Nia lukis baik-baik. Tolong lukis sekali muka Uncle Abu."

"Okey, papa. Nanti Nia lukis muka uncle hensem-hensem."

"Good girl." Aku angkat ibu jari.

"Kontrol la sikit baran kau tu. Jangan lepaskan marah depan anak. Macam manalah Zila nak sejuk hati terima kau balik kalau macam nilah sikap kau? Ish..."

"Kau keluarlah. Aku serabut betul tengok muka kau. Dah, keluar." Aku halau Abu Zhar.

"Yelah. Aku keluar dulu. Jangan lupa pesanan aku tu."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro