Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Pengenalan

16 Mei 2018

Hye diari.

Hari ini, sehari sebelum Ramadhan bermula. Meluatnya aku...

Mama papa semua sedang bersiap untuk terawih pertama malam ini. Aku? Aku malas ikut. Serabut saja mahu menyesakkan diri di dalam masjid yang penuh dengan orang-orang tua. Lebih baik aku di sini, berborak dan berkenalan dengan kau.

Mesti kau terkejut, bukan? Kali ini, mata pen menyentakmu dengan kasar. Bukan lagi selembut usapan mama. Kali ini, tiada lagi madah puisi, pantun seloka, atau assalam tanda menyapa. Maafkan aku kalau kau tak selesa. Kali ini, aku. Aku Ayn Idryana. Ayn Idryana binti Dato Idris.

Anak kepada tuanmu. Generasi baru tuanmu. Pengganti segala penulisan di sini agar kisah hidup keluarga kami tidak ternoktah. Tapi malangnya, penulisan ini diturunkan pada penulis yang salah.

Aku jadikan diari ini hanya pelepas geram. Semoga kau terus bertahan dengan karenah aku. Aku benci Ramadhan kali ini. Bulan dimana mama dan papa membuatnya seperti penjara buatku.

Ramadhan ini, aku sendiri tanpa kekasih dan tawa lalai. Telefon pintarku dirampas, laptop dan tabku juga begitu. Kunci kereta ditarik. Elaun pula tidak diberi. Lagipun buat apa juga? Kad kredit aku pun sudah dipegang!

Terseksa. Mahukah aku lari? Raya ini, aku pulanglah semula. Huhu. Angan-angan sahaja. Mama sudah beri amaran, selangkah aku keluar dari astana ini tanpa pengawasan sesiapa, seluruh akaun bank aku kosong. Telefon pintar dan kunci kereta ditarik selamanya walaupun aku pulang kembali. Penyeksaan yang tiada noktahnya. Fuh! Tak mahu lah aku!

Lebih baik aku terseksa selama satu bulan ini sahaja. Ah apa-apa sajalah. Sudah bosan memikirkan cara keluar dari penjara ini. Hasilnya kosong juga. Lebih baik tonton drama sahaja. Boleh juga usha Hero, buat ubat rindu pada lelaki-lelaki yang sentiasa menjadi pendampingku.

Satu-satunya wanita tercantik,
Ayn


TunIndah DiamondG2C

Cover by ZuweenAflee thanks ❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro