Puisi Lailatul Qadr.
Hai semua. Hari ni takda update diari ya. Diam tak diam kita sudah sampai ke 10 malam terakhir Ramadhan, sekejap saja kan? Jadi bagaimana puasa anda, ok?
Mengambil kesempatan di sini, saya mahu melihat kreativi anda untuk mengarang puisi bertajuk Lailatul Qadr.
Anda boleh ceritakan apa sahaja berkenaan dengan malam Lailatul Qadr. Mungkin tentang turunnya Al-quran pada malam itu. Atau mungkin anda boleh buat tentang perkara yang menghidupkan malam lailatur qadr anda. Atau mungkin cerita tentang taufik dan hidayah pada malam lailatul qadr yang anda baca di mana-mana manhupun pengalaman anda sendiri.
Apa sahaja tentang lailatur Qadr jadikan ianya sebuah puisi yang indah.
Selamat mencuba dan semoga kita semua di kurniakan malam lailatur qadr pada tahun ini.
Amin.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro