Kepada : Diariku
Kehadapan diari,
Ramadhan tiba dan aku teruja. Aku teruja sehingga aku terfikir hendak menulis sebuah diari sepanjang Ramadhan ini supaya aku dapat mengimbas kenanganku.
Aku juga terfikir, alangkah baiknya jika rakan-rakan yang lain dapat menulis diari sepertiku. Mesti bertambah seronok bukan?
Oleh itu aku fikir, ada baiknya aku buat aktiviti menulis 'Diari Ramadhanku'. Semua orang boleh berkongsi diari ramadhan mereka. Wah! Seronoknya! Aku teruja sangat.
Persoalannya adakah yang nak sertai aku nanti? Hmm... Pasti ada. Apa kata kalau aku minta mereka yang berminat untuk sertai supaya tag sekurang-kurangnya 10 orang rakan mereka yang mungkin berminat.
Lagi ramai lagi meriah nanti. Dan aku tak sabar untuk baca diari mereka walaupun diari tu sebenarnya adalah rahsia. Hihihi...
X X X
Hai semua. Kepada anda yang baca jom sertai kami. Tag 10 rakan anda lebih pun takpe. Jom ramai-ramai menulis diari ramadhan bersama kami.
Penyertaan Ahli G2C amatlah di alukan dan diwajibkan kalau boleh.
Anda sudah tag? Jika belum tag sekarang.
Anda sudah tag? Kalau sudah tunggu update malam nanti ya.
Kesudian anda semua mengertai aktiviti Ramadhan ini, kami dahului dengan ribuan terima kasih.
Jumpa lagi pada update akan datang. Jangan lupa letak dalam library anda semua ya book ini.
Yang Terindah,
Tun Indah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro