Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

#5 - Akhir


10 Syawal


Hai diari lama aku tak menulis diari. Maaflah aku tinggalkan kau. Diari aku ada sesuatu nak kongsi. Sebenarnya aku bakal bernikah pada hujung syawal nanti. Agak mengejutkan tapi itulah takdir Allah untuk aku. Semua ni sebab mak. Aku dah berbaik dengan mak tau. Kalau aku tak baik dengan mak semua ni tak kan jadi. Aku rasa macam rezeki aku tersekat-sekat kalau aku gaduh dengan mak.

Ingatkan azam syawal aku yang aku nak minta pertemu jodoh. Alhamdulillah Allah makbulkan.

Ceritanya macam ni, kan aku sakit masa puasa tu. Jadi masa nak pergi terawih aku masih lagi sakit dan aku pengsan depan rumah mak cik yang aku cerita sebelum ni yang kata anak dia jadi imam solat terawih tu. Masa tu anak dia ada sekali dan siapa sangka rupanya anak dia tu rakan kolej aku dulu si Sabri. Dulu dia pernah sukakan aku tapi aku tak suka dia sebab aku dah ada pakwe masa tu. 

Ok, balik pasal pengsan tadi. Jadi sebab aku, dorang satu keluarga tak jadi pergi terawih dan imam malam tu digantikan dengan imam lain. Mereka bawa aku pergi hospital, mereka call mak aku dan bagitahu pasal aku. Oh, sebenarnya paru-paru aku dijangkiti kuman sebab tu aku batuk berdarah tapi nasib baik kuman tu baru nak merebak. Doktor kata nasib baik cepat, kalau lambat mesti lebih teruk. Mak pun ada masa doktor cakap camtu.

Pastu aku tengok mak dengan jiran aku tu bersembang sambil pandang aku dan Sabri. Well, aku pun ada gak main mata dengan Sabri. Hensem dia sekarang, sejuk mata dan hati aku tengok dia imam la katakan. Tapi dia bukan sebenarnya kerja Manager pasaraya je sebenarnya. Malam dia jadi imam.

Pendekkan cerita aku nak cepat-cepat nak baikkan hubungan aku dengan mak. Jadi aku minta maaf dengan mak dan alhamdulillah mak kata dah lama maafkan aku cuma mak merajuk sikit je katanya. Hihihi... Pastu mak kata dia berkenan dengan Sabri dan mak Sabri pun berkenan dengan aku. Ohmeng! biar betul. Aku diam je cuma jawab ikut kata mak la. Mana yang baik aku ikut je. Aku cakap gitu kat mak tapi sebenarnya dalam hati aku dah macam kena nak pecah dah berdebar. Dalam hati memang aku suka Sabri, so aku setujulah maksudnya tapi tak kan nak cakap kang kata aku gatal.

Sejak dari tu ramadhan aku mula bermakna. Sebelum tu aku tak sentuh Al-Quran malas betul rasanya sedangkan aku dah berazam nak khatam tapi lepas kenal balik dengan Sabri aku mula baca quran semula sebab lepas terawih dia dengan keluarga mengaji. Walaupun tak dapat nak khatam tapi sekurangnya takda la quran aku berhabuk kan?. 

Kiranya azam aku hampir terlaksana semuanya walaupun bukan 100%. Raya ke-3 hari tu keluarga Sabri datang merisik. Jadi mereka putuskan untuk cepatkan pernikahan memandangkan Sabri kami pun bukan muda lagi. Masing-masing pun dah sedia dari wang ringgit. Kami buat simple-simple saja. Kenduri buat kemudian. Aku cuma duduk dan angguk je la.

Sumpah diari aku bahagia. Aku kongsi bahagia aku dengan kau walaupun lambat. Hihi..

Ok diari aku chow dulu sebab aku nak kena pergi pejabat agama untuk pulangakan borang nikah. Nanti masa hari bahagia aku, aku tulis lagi ya. Terima kasih sebab selalu mendengar luahan aku.  



X X X


Baiklah untuk prompt kali ini adalah prompt yang terakhir untuk diari ramadhanG2C. 

Buat satu penutup untuk diari anda. Boleh jadi cerita sedih ataupun gembira. Terpulang kepada anda untuk mencorakkannya.

Saya seronok nak baca.

Akhir sekali, selamat hari raya semua dan terima kasih kerana menyertai Diari Ramdhan G2C.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro