Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

#4 - Terawih


Ramadhan ke-13

Isnin


Dah dua hari aku tak pergi terawih masuklah hari ini. Bukan tak nak pergi terawih tapi sebab batuk aku tak baik-baik dari lagi malah makin teruk. Hampir pitam aku dibuatnya. Tak  nak la nanti batuk aku ni menyusahkan orang di kiri kanan aku nanti. Mengganggu dorang nak solat.

Ada sorang mak cik ni datang rumah tanya kenapa tak terawih. Eh...tetiba rasa macam disayangi pulak. Hihihi...ingatkan takda orang perasan kita. Mak cik tu selalu ada duduk dekat sebelah pintu sebab dia tak larat jalan jauh. Dan aku pulak selalu datang lewat duduklah aku sebelah mak cik tu tapi barisan paling depan la.

Masa terawih ni la aku nak kenal dengan orang-orang dekat sini. Kalau tidak langgar bahu pun tak kenal. Itulah antara fadhilat solat terawih boleh rapatkan silatur rahim sesama kita. Anak mak cik tu pun kadang-kadang mengimamkan solat terawih tu. Tapi aku tak pernah nampak pulak rupa anak mak cik ni. Aku suka anak dia jadi imam sebab merdu dan ringkas je dia buat. Rasa jatuh cinta pulak dengan anak mak cik ni. 

'Aku jadi menantu kau boleh mak cik?' Hihihihi...

Selalu kalau aku pergi terawih, aku perhatikan budak-budak ni selalu letak kat barisan belakang. Alasan sebab budak-budak tu main-main bukan nak solat pun. Aku rasa macam ada diskriminasi dekat situ. Yelah, aku pernah gak jadi budak. Kitorang main sebab ada ruang untuk buat macam tu.

Apa kata kalau pihak masjid atau surau letakkan budak-budak tu sebaris atau selang seli dengan orang dewasa. Mesti dorang akan kurangkan bermain sebab di apit orang dewasa. Macam pengalaman aku masa kecil dulu.

Aku dulu tak pandai sangat solat tapi tahulah bacaan dalam solat semua sebab aku sekolah agama masa kecil. So, aku gi terawih memang nak main la, ingat kawan-kawan dan ingat moreh tentunya. Mak cik kat sana dah tahu dah, so dorang letakkan aku kat tengah-tengah antara mereka jadi peluang nak main tu dah tertutup la.

Pasal yang aku tak tahu solat tu, aku jadi tau masa aku solat terawih tu juga. Aku rasa mak cik tu tahu aku tak pandai solat kot. Ops! jap bukan tak pandai tapi lupa nak baca apa dan dekat mana. So, mak cik tu sengaja baca kuat sikit supaya aku boleh dengar dan ikut apa dia baca. Sampai sekarang aku ingat apa dia baca tu. Semoga mak cik tu dapat pahala solat aku selama aku masih hidup dan bersolat.

Ok lah, mengantuk rasanya. Jumpa lagi nanti.


X X X


396 words


Baik kali ini saya nak anda semua tuliskan berkenaan isu-isu yang berlaku semasa solat terawih dan cadangan anda bagaimana nak atasi masalah tersebut.

Contoh, masalah imam yang veteren gantikan yang muda ke dan sila berikan alasan anda. Contoh lain, nak meramaikan jemaah masjid ke.

Atau anda boleh wujudkan konflik anda dalam terawih tu. Mungkin anda ada bergaduh dengan imam. Seandainya anda ni seorang penjenayah, apa halangan anda untuk pergi terawih? Adakah anda di halau, diherdik atau di terima dengan hati terbuka oleh ahli syurga di sana.

Atau anda boleh berkongsi dengan kami surah-surah lazim yang biasa di baca ketika terawih. Atau apa sahaja isu berkenaan terawih akan saya terima.

Baiklah, selamat mencuba semua.





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro