Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Yang Lebih Dalam

Assalamualaikum pembaca..,

Beberapa hari ni den sangat tertarik dgn puisi-puisi cinta orang dulu-dulu.. wah sangat menyentuh hati... Kenapa?

Bukan puisi cinta biasa.. tapi cinta kepada Allah .. Subhanallah , indah sungguh.. contoh nya puisi Rabi'ah al-adawiyah .. ada beberapa kata yg membuat den tersentuh..

"Ya Allah, tenggelamkan aku dalam cinta-Mu sehingga tiada apa yang akan mengganggu aku untuk berjumpa dgn - Mu"

Ada lagi satu, ni kalau korang pernah dgr lagu jika syurga dan neraka tak pernah ada, mesti korang tau.. sebab lagu tu.. maksud den, lirik lagu tu terinspirasi dari puisi Rabi'ah al-adawiyah ni... Mcm ni puisi nya.. berbeza dari lagu tp maksud dekat2 sama lah..

"Ya Allah, jika ibadah ku ini kerana takutkan neraka, kau bakarlah aku di dalam nya.. dan jika ibadahku ini kerana ingin kan syurga, jangan kau jejakkan kaki ku di dalam nya. Tetapi jika ibadahku ini semata-mata kerana cinta ku untuk-Mu, janganlah Engkau enggah memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku"..

Wahh, sungguh dalam malah lebih dalam.. sungguh indah ucapan orang-orang yang mengabadikan dirinya kepada Tuhan.. ini mengingatkan den dgn kisah sahabat nabi (den lupa namanya) .. yg langsung tak mahukan dunia.. rumah nya kecil.. di dalam nya tak ada apa2 perabot pun. Cukup nya tempat sembahyang dan tempat tidur nya.. boleh jadi tempat sembahyang dia itu adalah tempat tidurnya..

Berbalik dari cerita Rabi'ah al-adawiyah ni, dia asal nya hamba . Tapi di merdekakan kerana dia nya makbul.. dia mengatakan sekiranya dia bebas, dia akan mengabadikan dirinya untuk Allah.. semenjak dari bebas nya itu.. dia sentiasa beribadah... Setakat tu je lah den tahu.. den tak ingat byk..

Puisi-puisi mcm ni bukan dia seorang je lah buat .. banyak lagi..  tapi puisi dia lah yg kena tepat di hati den.. kerana memang benar.  Ramai org yg beribadat kerana takut neraka dan ingin kan syurga.. seharusnya kita hendaklah mencari keredhaan Allah dahulu.

Kalau nk ceritakan pasal den.. tak nak den nak bukak aib sendiri.. setiap orang pasti pernah melakukan dosa.. tapi pintu taubat sentiasa terbuka kepada semua orang termasuk orang bukan islam sekalipun.. ianya akan tutup jika nyawa di tarik.

Dalam perubahan

Den sedar tak sedar, akhirnya Alhamdulillah, Dia memanggil den untuk bersujud kepada nya.. dalam pada itu.. byk jugak hutang qadha solat dan puasa den.. hahaha.. tak apa pelan2... Mudah-mudahan kita diampuni dgn rahmat Allah.. kerana Allah SWT pernah berfirman "Rahmat-Ku mendahului kemarahan-Ku" ... Ya benar!

Sebelum berubah tu, den selalu dapat mimpi pelik.. sebenarnya mimpi buruk tak patut di ceritakan.. tapi den ceritakan ni anggaplah sebagai iktibar.. den dua kali mimpi tentang kematian..

Mimpi Pertama

Dalam mimpi itu, den sedang koma.. jadi den di hantar di suatu tempat yang pelik.. tempat tu satu tempat yang besar di mana semua manusia ada dalam tempat itu.. mcm2 org dari belahan negara ada.. den tanya2 org yg ada di sana.. yg pelik nya, mereka memahami bahasa den walaupun mereka bukan dari bangsa melayu.. diorg cakap tempat ini adalah tempat menunggu sama ada kita mati atau masih hidup.. dia cakap, kena tunggu lah sampai keputusan keluar . Masa tu den hanya ohhhh je lah... Sebab masa tu den yakin den mesti hidup punyalah.. hahaha.. orang-orang disana adalah yang menunggu berhari-hari, berbulan-bulan malah bertahun-tahun pun ada.. mak ai lama lah den kat sini.. den pikir masa tu.. tapi tak.. nama den kena panggil...
Ada orang macam penjaga kaunter pertanyaan bagi den buku.. dia pun tak cakap apa.. den pun bukak lah buku tu.. eh ada nama den.. ni mesti tanda den hidup balik.. tiba-tiba dtg org lain.. dia kata "tak, ini tanda yang kau akan mati" ... Perghh jatuh hancur harapan den... Mcm tak sangka.. den tak sempat bertaubat dan beribadat.. nangis den masa tu pikir nasib den.. den terus tersentak bangun dari tidur.. den menangis masa tidur.. itu lah kali pertama den mengucap Alhamdulillah dengan panjang dalam keadaan masih memikirkan mimpi tu....

Mimpi kedua

Mimpi pertama tak cukup untuk buat den mengingat akan kematian... Mimpi ni dtg selepas den berubah.. kejap lagi den cter apa yg membuat den berubah.. skrg ni den cter pasal mimpi kedua.. mimpi ni agak seram.. bukan den yg mati dalam mimpi tu.. tapi orang mati itu tak den kenali siapa org itu.. yg peliknya.. org ni di bawa ke dalam rumah den.. dia di kafankan di dalam salah satu bilik dalam rumah den.. masa ni kafan tu.. mata orang itu tiba mencair..terbuka dulu baru cair.. salah plk.. dah siap kafan apa semua..den tengok orang-orang angkat dia masuk dlm beg besar.. beg yg beroda tu.. baru je nak masukkan.. tiba2 mayat tu bergerak macam menggelupur.. larilah semua orang kt situ .. tinggal den je.. mayat tu berbaring kemudian dia bangun dalam keadaan masih duduk.. dia memandang den... Terus terjaga den.. bangun2 tu terus istighfar panjang den....

Selesai

Ada dua jenis mimpi.. mimpi dari syaitan dan Mimpi dari Allah.. den tak nak cerita panjang lah pasal mimpi tu datangnya dari siapa.. tapi cukup lah untuk di jadikan pengajaran untuk den... Tentang kematian..

Mati itu pasti,
Dunia hanya persinggahan,
Jaga diri dan jaga hati,
Hidup itu satu anugerah..

Sebab itu semua org nak mati dengan cara yang baik.. yg di redhai Allah..
Den berubah kerana sayang Rasulullah kepada umatnya.. den sungguh tak sangka, sudah wafat pun beliau masih mengajar kita..

Ya Rasulullah, hanya dengan selawat sahaja sudah cukup membuat diriku berada dekat dengan Allah. Kerana engkau kekasih Allah..

Bye2.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro