Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

DHM - 26 -

"Hawa!"

Hawa mendengus mendengar namanya dipnggil oleh insan yang paling dia tidak ingin lihat.

"Eh, Hawa ... tunggulah sekejap," Raimi terburu-buru mengejar jejak Hawa yang seakan menjauhinya. Pantas sahaja dia mengejar Hawa yang berjalan terkedik-kedik dengan baju kurungnya. Lengan gadis itu pantas ditarik.

"Ish, lepaslah! Apa ni?" Hawa merengut lengannya daripada gengaman Raimi. Dahinya berkerut cerun.

"Kau ni makin lama makin sombong! Apa yang kau sombongkan dengan aku ni? Aku boleh bagi segalanya yang kau nak." ucap Raimi dengan nada angkuh.

"Apapun yang  kau miliki, tak semestinya aku pun nak benda-benda tu semua. Lagipun, harta yang kau ada tu semua atas usaha bapak kau, bukan hasil titik peluh kau pun, Raimi." jelas Hawa. Matanya membulat ke arah lelaki yang sering kali tidak faham bahasa itu.

Raimi menjuih bibir. Matanya menjeling ke atas.

"Habis tu? Kau nak dengan siapa? Tukang toreh getah dekat hujung kampung terpencil tu? Dengan mak dia yang sakit ... sebab tanggung hutang arwah laki dia, dengan adik dia yang bongok, mencuri dekat kedai Cik Milah ... itu?" jerit Raimi. Jarinya menunjuk ke arah jalan simpang rumah Hariz.

Hawa melirik mata ke arah jalan itu sebelum menjawab,

"Ya, sekurang-kurangnya dia berusaha untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Tak macam kau, Raimi." balas Hawa berani.

"Hawa!" Raimi mengangkat pantas tangannya. Sebelum sempat tapak tangannya hinggap ke pipi mulus gadis itu, tangannya direntap. Raimi terhenti dari berlaku kasar kepada Hawa.

Hawa yang sempat mengerlipkan mata reflelks perbuatan Raimi, membuka kelopak matanya perlahan. Sejurus itu bibirnya tersenyum melihat gerangan yang menghentikan perbuatan Raimi.

"Aku pernah cakap, kalau kau kacau lagi Hawa ... aku tak akan biarkan kau terlepas."

"Kau?" Raimi mendengus kasar. Tangan kanannya yang digengam kuat ditarik. Namun tenaganya seperti tidak dapat menandingi tenaga lelaki berbadan sasa itu.

"Lepas!" jerit Raimi.

"Macam inilah sakitnya bila kau genggam tangan gadis yang lemah daripada kau. Sekarang ni, kau rasa tak?" lelaki itu menguatkan gengaman tangannya seraya melihat wajah Raimi yang mengaduh menahan sakit.

"Le-lepaslah!" Raimi menampar tangan sasa lelaki itu yang semakin mengengam tangannya. Sakitnya bukan kepalang. Terasa lengannya seakan sudah hilang fungsi dan jari jemarinya terasa lemah tak berdaya untuk bergerak sedikitpun.

Hafiz sedikitpun tidak berganjak. Gengamanya makin kuat.

"Lepaskan tangan anak aku tu!" teguran seseorang membuatkan Hafiz dan Hawa lantas menoleh.

"Kau pekak, ke?" suara Ishak makin meninggi. Dia dan beberapa orang kampung yang sedang menuju ke Balairaya terlihat akan kekerasan yang dilakukan Hafiz terhadap anaknya.

Hafiz melepas keluhan berat. Gengaman dilepaskan. Dia kecewa melihat wajah-wajah lelaki tua yang seakan menyalahkan dirinya seratus peratus. Itu sudah pasti.

"Kalau boleh, aku tak hendak kau balik semula ke kampung ni. Dah banyak cerita aku dengar pasal kau. Tapi aku masih pertimbangkan sebab mak dan adik kau masih penduduk kampung aku. Tapi kau berani nak mengapa-apakan anak aku, depan mata aku sendiri. Dasar anak kurangpndidikan orang tua!" herdik Ishak.

Hafiz mendegus kasar. Jika dirinya sahaja diperlekehkan, dia tidak kisah. Tetapi apabila orang tuanya juga menjadi sebuatan, dia mula rasa naik darah.

"Anak tok ketua yang kacau saya dulu! Cuba tok tengok ni ... Raimi tarik tangan saya sampai berbekas." tunjuk Hawa.

Hafiz menarik nafas lega mendengar kata-kata gadis itu yang seakan membela dirinya.

"Anak aku cuba selamatkan kau daripada banduan ni. Kau patut berterima kasih pada anak aku." potong  Ishak.

"Heh," Hawa seakan tidak percaya mendengar ayat Ishak itu.

"Hawa, kau sepatutnya balik rumah. Bukannya kau ke hulu ke hilir dekat sini. Lagipun, ini bukan jalan ke rumah kamu." ujar seorang lelaki tua yang bersama-sama  Ishak.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro