DHM - 15 -
Hariz mengerang kesakitan. Tubuhnya terasa semakin pedih apabila kayu rotan sepanjang satu meter itu menghempas belakangnya. Nafasnya terasa semakin lemah. Puas sudah dia merayu namun tidak diendahkan.
"Kurang ajar! Aku bagi kau kerja, kau jahanamkan tempat aku ni. Dah pandai nak menjadi pencuri, perompak? Nak jejak penjara macam abang kau juga?" Cik Milah melepas amuknya. Awal pagi lagi dia telah siap menunggu Hariz dengan kayu rotannya. Sampai sahaja Hariz bersama basikal tuanya terus dia kerjakan anak muda itu. Lagaknya benar-benar seperti ibu tiri yang tiada belas kasihan.
"Ya Allah, Hariz ... abah, Hariz abah!" Hawa yang terlihat kejadian itu lantas menyuruh ayahnya memberhentikan motor.
Haji Rauf memperlahankan motornya. Dia yang sedang dalam perjalanan menghantar Hawa ke taska tempat kerja anaknya turut terlihat amukan gila Cik Milah. Cepat-cepat dia pandu ke hadapan kedai Cik Milah.
"Pencuri, perompak! Mana kau bawa lari duit aku? Pulangkan balik!" amuk Cik Milah lagi. Dia tidak peduli akan kesakitan yang diberikannya. Yang penting hatinya puas.
"Astagfirullah al azim! Kamu nak bunuh orang ke pagi-pagi ni?" Haji Rauf lantas berdiri di hadapan Cik Milah. Hawa cuba membangunkan Hariz yang sudah lesu menahan sakit.
"Pak Haji peduli apa? Saya dah bagi dia kerja, bagi dia gaji bayar hutang-hutang bapak dia ... dia jahanamkan pula kedai saya ni. Nak menjadi pencuri, perompak sama macam abang dia!" jerkah Cik Milah kasar.
"Betul ke, Hariz pelakunya? Kamu dah pasti?" tanya Haji Rauf.
"Habis, kalau bukan dia, siapa? Dia seorang saja tahu tempat duit dalam laci tu!" kata Cik Milah kasar.
"Kamu dah tanya Hariz? Dia yang buat ke?" tanya Haji Rauf lagi, cuba meleraikan kemarahan wanita itu.
Cik Milah mengatur nafasnya. Belum puas lagi hatinya mahu mengerjakan Hariz ada pula yang masuk campur. Bola matanya dipusing ke atas bersama raut kening yang bercantum cerun.
"Kalau Pak Haji nak tahu, dia dah berapa kali ambil barang saya tanpa kebenaran. Mula-mula ambil sikit ... lama-lama?"
"Tapi Hariz bayar kan masa hujung bulan? Lagipun Cik Milah tahu-tahu sendiri potong gaji Hariz. Lebih dari harga jualan pula tu," marah Hawa. Bukan dia tahu kerana Hariz mengadu, tetapi kerap kali sudah dia nampak cara Cik Milah itu apabila dia ke sana.
"Kurang ajar, kau mencanang aku di belakang, ya?" Cik Milah kembali menghambat tubuh Hariz yang terduduk lesu.
"Aak," pedih, semakin pedih rasanya apabila dipukul di hadapan orang lain.
"Milah, sabar!" Haji Rauf cuba mengambil rotan yang dipegang oleh wanita itu.
Cik Milah merengus kasar. Sakit hatinya melihat Haji Rauf dan anak gadisnya yang membela Hariz itu.
"Sudahlah, Milah ... bawa mengucap. Jangan kamu menuduh melulu dan silap menghukum orang yang tak bersalah. Jatuh fitnah nanti." tegas Haji Rauf lagi.
Cik Milah mencebik muka. Dia lantas masuk ke dalam kedai. Sebelum itu, sempat lagi dia menjerit,
"Mulai hari ni, aku haramkan kau jejak kaki dekat sini. Kau berambos, kau fikir cara lain nak bayar hutang tu. Jangan kau tak bayar pula!" jerkahnya.
Haji Rauf mengelengkan kepala. Tidak faham kenapa marah Cik Milah itu berlanjutan sehingga ke hari ini. Dia membantu memapah tubuh Hariz. Anak muda itu dibawa berjalan perlahan-lahan menuju ke simpang rumahnya. Motornya dibiarkan tinggal.
"Hariz tak tahu pun kedai tu kena curi semalam," adu Hariz dengan suara yang sayu.
Haji Rauf mengeluh lepas. Kasihan dengan keadaan anak muda itu.
"Cik Milah tu dah nak menopous agaknya ... hari-hari mengamukan Hariz." kata Hawa sambil menolak basikal tua milik Hariz.
"Hawa," tegas Haji Rauf. Dia tidak mahu anak gadisnya bermulut-mulut mengata orang.
"Betullah ... Cik Milah tu,"
"Sudah-sudah ... lebih baik kamu jalan cepat. Beritahu ibu Hariz dan abang dia, Hafiz." kata Haji Rauf. Dia dan Hariz sama-sama berjalan perlahan. Hanya Hawa sahaja yang boleh bergerak cepat diantara mereka.
Hawa mengukir senyum. Dia kemudian berjalan lebih laju daripada yang disuruh. Meninggalkan ayahnya dan Hariz. Sampai sahaja di bawah tangga rumah Hariz, terus dia khabarkan hal tersebut kepada Suriati dan Hafiz.
Hafiz cepat-cepat mengambil selipar getahnya dan berjalan menuju ke jalan simpang rumahnya.
"Hariz!" Hafiz tergamam melihat tubuh Hariz yang terkulai sambil berbekas rotan dipapah oleh seorang lelaki berusia. Dia lantas mencepung Hariz seperti anak kecil menuju ke rumahnya.
Haji Rauf menarik nafas lega setelah bebanan Hariz diambil alih. Rasa lemah longlai juga lututnya berjalan bersama Hariz tadi. Tubuh tinggi anak muda itu sudah tidak dapat ditandingi dengan tenaga tuanya.
"Apa yang jadi sebenarnya?" tanya Suriati lembut. Air matanya mengalir melihat keadaan Hariz yang dikerjakan oleh Cik Milah. Selama ini dia tidak terfikir akan marah-marah wanita itu. Dia tidak terfikir sama sekali wanita itu akan naik tangan terhadap anak bungsunya.
"Melampau!" dengus Hafiz.
"Saya rasa ada salah faham ... Cik Milah menuduh Hariz mencuri dan merompak kedai runcintnya. Tapi, saya tahu ... Hariz tak berani nak buat macam tu. Kalau tak, dari dulu lagi dia boleh buat." kata Haji Rauf. Dia turut tidak berpuas hati dengan cara Cik Milah itu tadi.
"Padanlah muka dia. Selama ni nak kaut untuk melebih-lebih. Allah nak tunjuk harta dunia tak kan ke mana. Lagi-lagi kalau tak berkat." kata Hawa pula.
Hafiz terdiam. Sedikit sebanyak kata itu tertusuk ke dalam hatinya juga. Terkena kepada dirinya sendiri yang dahulu juga begitu.
"Cik Milah dah tak tanya Hariz ke siapa yang buat? Kenapa dia tuduh melulu?" Suriati juga tidak sangka hal itu terjadi. Bahu Hariz diusap lembut.
"Cik Milah dah tak bagi Hariz kerja dekat sana, lepas ni Hariz kena cari kerja lain untuk bayar hutang tu," kata Hariz.
"Tak payahlah bayar lagi ... selama ni dah berapa banyak dia tipu gaji Hariz. Biarlah dia rugi." Hawa masih geram dengan wanita andartu itu.
"Hawa ... hutang tetap hutang. Selagi dia tak halalkan, selagi tu kita kena bayar," Haji Rauf meneguri anak gadisnya.
Hawa sekadar senyum sungging.
"Terima kasihlah sebab dah tolong hantarkan Hariz sampai sini. Saya minta maaf sebab menyusahkan Pak Haji dengan Hawa." ucap Suriati.
"Tak mengapalah ... saya dengan Hawa dah ternampak nak buat macam mana. Kalau tak ditolong, lain pula rasanya." balas Haji Rauf.
"Saya minta maaf, mungkin sebab saya Hariz ..." Hafiz mengeluh kasar. Rasa bersalahnya semakin menebal melihat sendiri keadaan Hariz yang dizalimi.
"Kalau kamu tak bersalah ... biarkan sajalah kata-kata orang kampung tu. Suatu hari nanti pasti diorang akan dapat terima perubahan kamu tu. Yang penting kamu tak berputus asa untuk terus melakukan kebaikan," ujar Haji Rauf memberi semangat.
"Tak apa ... nanti dah dapat bukti, kita akan tunjuk pada mereka siapa sebenarnya yang mencuri di kedai Cik Milah tu. Masa tu Hariz jangan maafkan orang yang bersikap kejam macam kuku besi tu!" kata Hawa lagi.
Hafiz mengukir senyum. Benarlah kata Hariz sebelum ini, Hawa seorang gadis yang berbeza dari orang-orang kampung. Mungkin ayahnya juga sama. Mereka seakan tidak peduli status dirinya itu.
*
1096
17 Januari 2019
11:42
*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro