Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

DHM - 12 -

Khaira merengus melihat remaja lelaki yang sedang mengangkat barangan runcit yang dibelinya ke taska. Semakin dipandang hati terasa marah. Kipas lipat ditangan dikipas ke muka. Rambut panjang dibiarkan terbang.

"Cepatlah, lembab sangat buat kejra. Patutlah kena marah!" tegasnya.

Hariz sekadar mengangguk. Perlahan-lahan dia mengangkat barangan runcit itu ke dalam dengan berhati-hati. Takut jika terjatuh.

"Hariz .., lepas angkat tu, tolong Kak Hawa pula, boleh?" berbeza dengan nada kakak sepupunya, Hawa memanggilnya lembut.

"Ish, tak payahlah nak minta tolong dia ... bukannya dia tahu nak buat apa pun." tukas Khaira. Kalau boleh dia mahu Hariz cepat-cepat pergi. Naik meluat hatinya melihat Hariz di situ. Kenapalah kedai runcit Cik Milah tiada pekerja lain untuk menghantar barang dari situ?

"Kak Hawa nak Hariz buat apa?" tanya Hariz, biasa.

"Tolong betulkan kipas tu. Macam lain pula bunyi dia ... macam helikopter nak tercabut. Takut budak-budak ni," beritahu Hawa. Dia seperti tidak mahu peduli layanan Khaira kepada Hariz.

"Sekarang ni ke?" Hariz bertanya sambil melihat beberapa orang kanak-kanak kecil yang turut memerhati.

"Tak boleh ke?" tanya Hawa.

"Dia tak boleh buatlah tu," cebik Khaira sambil menjelig tajam.

"Bukan macam tu, tapi ... budak-budak dekat bawah ni. Nanti kena habuk semua, kesian pula." ujar Hariz.

Hawa lantas mengangguk.

"Yelah kan, lupa pula. Tak apalah ... kalau macam tu petang nanti Kak Hawa tunggu Hariz buatkan. Boleh?"

"Okay, petang nanti Hariz datang balik." Hariz lantas pamit dengan kereta sorong yang dibawanya tadi.

"Kau ni kan, suka kau layan budak malaun tu. Ish," Khaira menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Hawa.

"Malaun apanya? Dia bukan ada buat apa-apa. Baik je aku tengok," Hawa membela Hariz.

"Kau tak tahu kes abang dia? Kau tak takut?" Khaira membulatkan bola matanya.

"Itu abang dia ... bukan Hariz," Hawa mengeluh. Sudah berapa ramai yang menegurinya begitu. Baginya dia ikhlas berkawan dengan Hariz. Bukan sebab kesian atau apa-apa.

"Eleh .., kalau abang dia mari, kacau kau baru kau kena dengan padan muka." tambah Khaira lagi.

"Jap, jap ... kes abang dia bukan kes rogol wanita, kan? Kenapa kau nak kata lebih-lebih pula?" Hawa semakin hairan dengan sikap Khaira. Sama seperti ayahnya, Bakri. Hal kecil diperbesar-besarkan.

"Manalah aku tahu .., tapi yang pasti ... dia banyak jenayah, sebab tu meringkuk lama dalam penjara!" ujar Khaira dengan nada lantang.

Hawa melepas nafas.

"Boleh ke kalau kita tak cakap hal ni? Ni depan budak-budak tau tak. Apa yang kita cakap ni, diorang dengar ... diorang faham. Kita kenalah cakap benda yang elok, biar jadi contoh untuk mereka." tegur Hawa.

Khaira mencebik muka. Bola mata dipusing ke atas.

"Anak-anak, nanti bila dah besar elakan berkawan dengan orang yang pernah masuk penjara. Jangan degil tak dengar kata ibu bapa. Biarlah duduk di kampung saja daripada ke bandar tapi buat kerja tak elok. Nanti musnah masa depan," ujar Khaira.

Hawa mengeleng kepala, tidak tahu nak berkata apa lagi.

***

Hafiz melepas keluh. Semakin hari semakin bosan berkurung. Dia akhirnya keluar dan turun ke bawah rumah.

"Hafiz nak pergi mana?" Suriati cepat-cepat memanggil.

"Nak jalan-jalan sekejap." jawab Hafiz pendek. Dia teruskan sahaja langkah kaki walaupun ditegah keras.

Suriati mengeleng kepala. Sikap Hafiz yang dahulu masih ada rupanya. Degil sungguh.

Hafiz melalui jalan lain. Dia juga ingin mengelakan diri dari bertembung dengan orang-orang yang tidak mahu melihatnya. Kawasan pohon getah yang tersusun diterokai. Perlahan-lahan dia berjalan, tiba-tiba dia terlihat kelibat manusia bersama asap yang menimbun.

"Kau ada bawa lebih?" tanya yang bersuara garau.

"Lebih ah bos, tapi tak ramai yang ada duit pun," balas lelaki yang bertubuh susut itu.

"Tak apa, aku bayar dulu. Nanti diorang bayar dekat aku," ujar suara garau itu lagi.

Hafiz mengerutkan dahi. Dia seperti sedang menghidu transaksi haram yang sedang berlaku di situ. Perlahan-lahan dia mendekat tetapi bersembunyi.

"Duit banyak ah bos. Lain kali wa mari lagi bawa,"

"Kau jangan datang cepat sangat. Hujung-hujung nanti baru kau mari. Takut ada mata-mata pula."

"Siapa nak jadi mata-mata? Mana diorang berani ada komando ni,"

"Komando, heh ... tak ada maknanya pun,"

"Yalah, nanti wa mari hujung-hujung ... bos nak ambil banyak lagi, kan?"

"Ha, bawa banyak sikit. Kampung sebelah pun dah tak ada stok,"

"Okay, bereh!"

Selesai sesi jual beli, kedua-dua lelaki itu lantas beredar. Hafiz cuba mengamati lelaki yang bersuara garau itu. Malang sekali dia tidak dapat mengecam wajah lelaki itu kerana lelaki itu memakai topi jerami dan kaca mata gelap.

Hafiz menarik nafas setelah kelibat dua lelaki itu menjauh. Dia kemudian keluar dari tempat persembunyian. Di dalam hati dia berdoa agar apa yang difikirnya tidak berlaku.

"Tak kan lah sampai ke kampung?" desisnya.

***

"Hariz jangan ambil hati kata Kak Khaira tu, ya?" ujar Hawa.

"Tak ada apalah ... dah biasa," Hariz meneruskan sahaja kerjanya membuka kepala kipas siling itu.

Khaira sudah pulang apabila Hariz sampai. Hanya tinggal dia dan Hawa sahaja di situ.

"Kalau tak menjadi kerja kau, siap kau esok!" sempat lagi Khaira memberi amaran sebelum berlalu pulang.

"Hariz ... Kak Hawa nak tanya sikit, boleh ke?" Hawa perlahan-lahan membuka bicara.

"Sejak bila Kak Hawa bertanya sebelum nak tanya ni? Pelik je ..." Hariz mengerling kehairanan.

"Hmm ... okay, Kak Hawa tanya sajalah. Pasal abang Hariz ... betul ke dia buat jahat sampai masuk penjara?"

Hawa teruskan sahaja niat ingin tahunya. Selama ini soalan itu tersisip kemas. Dia tidak mahu mengusik hati jika bertanya. Sekarang telah berdesas desus kedengaran tentang kepulangan abang kepada Hariz, kerana itulah dia mahu tahu.

"Ada ke orang baik masuk penjara? Tak mungkinlah kan," acuh tak acuh sahaja jawapan itu.

"Bukan apa ... semua orang cakap pada Kak Hawa, jangan rapat dengan Hariz sebab nanti abang Hariz akan kacau akak. Kenapa diorang nak menghalang dengan siapa akak nak berkawan? Lagipun akak cuma berkawan dengan Hariz dan tak rasa nak berkenalan dengan abang Hariz tu pun. Tak salah, kan?" bebel Hawa.

"Kak Hawa pun memang pelik. Semua orang tak suka, takut nak rapat dengan Hariz ... Kak Hawa pun sama degil macam abang Hariz tu juga." ujar Hariz.

"Hei, tak samalah." Hawa membulatkan bola matanya.

"Sama ... hari jumaat tu ibu dah halang abang pergi surau. Tapi dia degil nak jemaah katanya. Tengok-tengok balik dengan muka lebam." Hariz ketawa menceritakan kejadian hari jumaat lalu.

"Beraninya dia nak ke surau, kalau akak ... tak beranilah nak tunjuk muka,"

"Tu bukan je berani ... degil," balas Hariz.

Hawa tersenyum mendengar. Walaupun dia tidak kenal siapa abang Hariz, serba sedikit hatinya lega kerana lelaki itu bukanlah jenis yang akan mengapa-apakan dirinya kerana berkawan dengan Hariz.

*
1062
16 Januari 2018
11:08
*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro