Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab Tiga

Cinta yang kurasakan bersamamu benar-benar tulus hingga aku tak bisa melupakan kenangan indah itu. Kita dipadukan dengan sebuah pertemuan yang tak terduga, membuat jalinan cinta yang begitu hebat. Tak akan pernah kulepas dirimu dan tolong jangan melepaskanku juga. Hingga tak ada yang bisa aku ungkapkan karena aku sekarang sudah bersamamu tuk selamanya.

Dua tahun sudah berlalu... Khaleela Shazwani sudah melupakan Sallej Jaabar dan bergelar sebagai tunangan orang. Siapa sangka dengan penolakkan ajakkan Azzam Fahmi kini menjadi tunangnya kelak.

Petang itu Azzam Fahmi datang ke rumah Khaleela Shazwani. Dia berhentikan keretanya di depan sebuah rumah banglo bertingkat 3 kalau dikira dari bawah tanah. Lalu mematikan enjen kereta.

"Assalamualaikum!" Azzam Fahmi memberi salam.

"Waalaikumusalam... Eh kamu Azzam. Nak jumpa Kay ke? Kay tau tak kamu nak datang?" Tanya Puan Halimah.

"A ah ibu. Azzam dah call dia tadi," jawab Azzam Fhmi.

"Oh. Azzam masuk dululah. Ibu nak siram bunga kejap,"kata Puan Halimah.

Azzam Fahmi mengangguk. Dia pun masuk ke dalam rumah.

Setengah jam menunggu, Khaleela Shawani pun muncul dengan busana blous labuh dan kepadanya menutup dengan tudung bawal.

"Assalamualaikum!!! Maaf buat biy tunggu lama," kata Khaleela Shazwani.

Azzam Fahmi memandang Khaleela Shazwani dengan mata tidak berkelip. Mana taknya, selepas mereka bertunang, Khaleela Shazwani berubah menjadi seorang wanita muslimah. Dia tak pernah mempaksa gadis itu memakai tudung. Tapi tuhan sudah buka hatinya untuk berhijrah.

"Jangan pandang anak ibu lama-lama. Tunggu dah kahwin nanti," tegur Encik Rhim.

Azzam Fahmi terkejut bila di tegur oleh pak mentuanya. Lalu dia tersengh macam kerang busuk.

"Maaf ayah," ucap Azzam Fahmi malu.

"Kamu nak bawa Kay pergi mana?" Tanya Encik Rahim.

Hah ambil kau. Kau fikir senang-senang ke nak bawa anak daranya keluar dengan bukan muhkrim.

Azzam Fahmi cuba mengawal untuk bertenang.

"Nak pergi beli barang kahwin ayah," jawab Azzam Fahmi lembut.

"Yela. Jaga anak ayah elok-elok. Awas eh kalau Kay terkena apa-apa," pesan Encik Rahim.

"Insyallah ayah. Sayang jom pergi," ajak Azzam Fahmi.

Dia harus membawa Khaleela Shazwani pergi dari situ cepat. Kerana dia tidak dapat menafas setelah di tegur olah pak mentuanya tadi.

"Ah jom. Ayah, kami pergi dulu ye," Khaleela Shazwani pamitan.

"Yela.Hati-hati jalan tu. Jaga batas," pesan Encik Rahim.

"Ye ayah. Assalamualaikum!"

"Waalaikmmusalam,"

Mereka berdua pun pergi.

~bersambung~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro