PROLOGUE
Tahun 2024
Darwisy Al-Najmi
TIPULAH kalau dalam perhubungan tiada onak durinya. Aku agak terkilan setiap kali pergaduhan aku dan dia, semestinya dia menyebut nama adik aku.
Aku tahu aku tidak sesempurna Furqan. Tapi aku pun manusia. Balik saja kerja, aku kena hadap pelbagai ungkitan yang dia nak bandingkan aku dengan bekas suaminya.
Bila aku tak balik ke rumah, mula andaiannya meleret. Aku hanya mampu kerut dan mengurut dahi mendengar dia mula membanggakan suaminya yang dulu.
Aku tahu aku serba kekurangan. Aku tak tahu macam mana adik aku jaga dia. Aku tak tahu. Aku menoleh ke sebelah. Melihat dia yang enak diulit mimpi itu membuatkan aku tertarik untuk melihatnya. Tetapi, dia membelakangi aku. Mungkin masih marah kerana aku balik lambat lagi hari ini.
Aku tak nafikan kemanjaannya itu. Dia memang manja. Aku tidak pandai bermanja. Yang aku tahu, hanya kerja. Kerja dan kerja. Workaholic orang panggil. Aku tersengih sendiri.
Workaholic pun sempat juga making generation, tahu-tahu je dah ada satu. Hehe.
Aku mengelus perutnya yang membesar itu. Sudah genap tujuh bulan. Mengingatkan usia bayi dalam kandungannya, aku teringat pula ketika anak pertama kepada suami pertamanya itu dilahirkan. Tak cukup bulan.
Aku teringat segala doanya sebelum dia melahirkan. Dia berdoa agar bayi dalam kandungannya itu baik-baik saja. Dia tidak mahu rasa kehilangan lagi. Mana tidaknya? Masa kecilnya, dia diuji dengan kematian abah tersayangnya.
Kemudian, diuji pula dengan kemalangan keluarga terdekatnya, mak, Cik Jusoh dan neneknya. Mati serentak dalam kemalangan ketika hari pertama pernikahannya. Selepas itu, suaminya pula.
Bagi aku, dia adalah seorang wanita yang sangat kuat. Walaupun ambil masa selama lima ke enam tahun untuk move on. Tapi, dah move on ke dia?
Tapi, aku tak tahu dia dah move on atau belum sebab tengok macam belum lagi. Aku tak faham apa yang dia nak. Bila aku tanya dia diam je. Complicated amatlah.
Curiga aku datang bertandang apabila aku perasan barang bayi kami tiada di ruang bilik ini. Dahi aku berkerut seribu. Takkan tak sempat beli? Ke tunggu aku? Aduhai... Payahlah kalau nak berkepit je ni...
Kalau tengok dari masa Furqan dulu, memang aku nampak mereka selalu berkepit. Tapi, tak tahulah pula sampai 24 jam.
Mata aku teralih ke pintu apabila mata aku disapa satu gerakan kecil di situ. Pintu perlahan terbuka. Figura gadis kecil dihujung sana membuatkan aku kerut dahi.
Apabila sudah lama matanya bercantum dengan mata aku, terus saja dia masuk ke bilik dan menutup perlahan pintu itu. Laju langkah kecilnya berjalan ke arah aku.
“Shh...”
Aku menunjuk dia ibunya yang sedang lena tidur. Dia juga menutup mulut dengan tangannya yang tembam.
“Kenapa tak tidur lagi ni? Esok sekolah.”
“Papa... Nah.”
Dia menghulurkan aku satu buku. Buku planner garis satu itu dilihat dengan kerutan di dahi. Cantik. Simbolik ‘bulan’ keemasan.
“Apa ni?”
Dia merapatkan dua ulas bibirnya ke cuping telinga aku.
“Diary ibu.”
Diary? Buat diary dalam planner? Unik sungguh. Bulan? Wajah aku sedikit mengendur. Sesungguhnya aku terasa cemburu. Apalah yang adik aku buat sehingga isterinya ini hanya mengagungkannya?
“Kenapa bagi papa ni?”
“Jadilah macam Babah.”
Aku terdiam. Planner itu aku lihat dalam. Sesekali aku menoleh ke arah jasad yang sedang enak diulit mimpi itu. Perlu ke aku jadi orang lain semata-mata ingin kebahagiaan dalam ikatan ini?
“Nuyul kesian kat papa, asyik kena banding aje. Ni yang Nuyul bagi ni.”
Lagipun, macam mana lagi aku nak elak daripada dengar dia mengungkit tiap hari. Bikin lemas!
Aku memandang gadis kecil itu. Gadis ini wajah seakan-akan aku, tetapi dia lebih kepada Babah dia. Wajah babah dia dan aku juga hampir sama. Jadi, tak hairanlah kenapa wajahnya seperti aku.
Aku ukir senyuman manis untuknya.
“Baiklah. Terima kasih sayang. Nanti papa baca.”
“Shh...”
Eh, dia pula yang warning aku. Perlahan dia berjengket-jengket hingga ke pintu. Sempat mulutnya terkumat-kamit mengucapkan selamat malam untukku. Aku hanya tersenyum dan membalasnya. Kelibat kecil itu menghilang. Aku renung kembali planner ini. Dari mana pula si Nurul ni dapat diary ibunya?
Mungkin dia pun curios dengan Arwah Babahnya. Jadi, dia banyak godek-godek barang lama. Muka surat pertama aku buka.
Melihat lakaran nama itu, aku tergamam. Nama suaminya di muka surat hadapan. Entah kenapa berdebar aku ingin membacanya. Akhirnya, aku ambil keputusan untuk baca esok sahaja.
“SEMALAM Abang balik pukul berapa?”
Kunyahan aku terhenti apabila sang isteri melontar soalan rutinnya. Terasa payah pula mengunyah bihun ini. Matanya tunak menikam mata aku. Melihat yang aku tidak menjawab soalannya, dia mengeluh berat.
Bersusah payah dia bangun dari duduknya lalu berjalan melepasi aku. Wajahnya sayu saja. Rasa serba salah melihat wajahnya yang layu itu.
“Maya? Nak akak tolong naik atas ke?”
“Takpa. Saya okey, kak.”
Lama senyap. Tidak lama kemudian, satu figura menghampiri aku. Terus dia duduk di hadapan aku. Kunyahan aku kembali perlahan.
“Hei, Abang Chik. Isteri kau tu mengandung tau. Tahu tak dia menangis tadi? Hmm?”
Menangis?
Aku diam.
“Luangkanlah masa sikit untuk dia.”
“Kau tahu kan aku kerja macam mana?”
“Tu masa kau bujang, sekarang kau kena sedar diri yang kau tu dah kahwin. Dia tu tanggungjawab kau, tau.”
Terlepas satu keluhan berat. Keluhan saja yang terlepas, tetapi bebannya masih bersisa.
“Takkan dua puluh empat jam nak berkepit?”
Rimasnya....
Aku perasan wajah Nisa’ berubah apabila aku meluah isi hati. Dah itu apa yang aku rasa semenjak aku kahwin. Takkan nak berkepit je? Siapa tak rimas?
“Abang Chik, dia mengandung tahu tak? Sekarang pun kau tak beli lagi barang baby. Macam mana dia tak sedih?”
“Aku dah bagi kan? Tak cukup ke? Beli barang baby ke, beli barang teringin mak mak mengandung?”
“Kalau dia teringin, guna duit aku tau. Tahu tak nafkah tu wajib? Kau tak puaskan pun keinginan isteri kau, dah datang bala lain pula.”
Aku kerut dahi. Apa yang bala datang? Aku ke?
“Kau cakap apa ni?”
“Tulah Abang Chik. Malaslah nak cakap kadang tu.”
Mulut aku terkunci akhirnya. Hanya diam dan mendengar bait kata adik perempuan aku. Dia menggeleng perlahan melihat aku yang sedang menyudu bihun masuk ke mulut.
“Kalau rasa ada anak tu terbeban, tak payah buat anak lain kali. Gugurkan aje!”
“Mulut kau Nisa’!”
“Cukup!”
Dada aku berombak mendengar ayat yang terkeluar dari dua ulas bibir adik perempuan aku. Tidak lama itu, aku mendengar esakan di balik dinding.
“Cukuplah tu...” katanya sayu bersulam sedu sedan. Mendengar suaranya begitu, aku rasa aku seperti lelaki yang tidak guna.
Serentak aku dan Nisa’ memandang ke arah suara itu. Figuranya aku tidak nampak, tetapi suaranya jelas menyentak gegendang telinga aku. Esakannya semakin menjadi-jadi di sebalik dinding kukuh rumah ini.
“Kalau tak sanggup nak sara saya seorang... abang ceraikan saya. Kalau rasa ada saya ni menambahkan beban abang, kenapa abang pilih untuk jadikan saya isteri? Kenapa?” Suaranya yang bergetar membuatkan aku terdiam lagi.
Suaranya lembut. Tetapi aksara yang keluar dari dua ulas bibir itu mampu membuatkan perasaan aku bercampur aduk. Hati aku juga sakit bagai disiat-siat.
Sakit. Tipulah kalau aku tidak terasa bilah bicaranya menusuk di kalbu aku. Nisa’ juga sudah memandang aku dengan amarahnya. Akhirnya, aku terdiam sendiri di tempat duduk aku. Melihat bihun pun sudah menutup selera aku.
“Sayang tak rasa sayang ni isteri abang. Sayang rasa macam babu je kat rumah ni.” Perkataan babu dipekatkan supaya tersemat di benak aku.
Kesunyian di rumah ini tidak menggambarkan betapa terganggunya bilah bicara isteri aku itu di fikiran.
“Boleh tak dalam rumah ni...”
Sempat aku mengatur nafas yang mula tersekat di kerongkong.
“Tolong, jangan nak samakan aku dengan Furqan! Boleh tak?”
Salah aku ke? Kenapa semua benda salah nak letak atas bahu aku?
“Sayang... Abang tahu abang masih tak sempurna macam Furqan jaga sayang. Abang balik abang penat tau, sayang. Tapi masih lagi sayang nak bandingkan abang dengan dia, kenapa?
Sebab dia dulu cinta mati dengan sayang? Abang tak kisah, tapi hormat abang sebagai orang kedua dalam hati sayang. Kalau perkahwinan ni hanya untuk dengar ungkitan you, lebih baik you tak perlu setuju dengan proposed I.”
Tutur aku masih rendah intonasinya. Aku faham emosi orang mengandung itu bagaimana. Tapi, orang mengandung ni yang tak faham aku.
“Salah saya ke sebab setuju pilih awak? Saya salah jodoh ke ni? Saya salah ke?”
“Stop nagging, Maya. Stop questioning the fate. Don’t start to blame Allah about this matter. Abang tahu emosi sayang tak teratur, tapi watch your tongue.”
Tipulah kalau aku tidak terkilan, isteri yang sah tak sampai satu tahun itu sudah seru penceraian.
Beg bimbit yang hampir dengan aku diambil lalu aku terus keluar dari dapur. Stoking aku sarung sendiri. Sebelum ini, isteri aku yang melayan aku sebelum berangkat kerja.
Tapi, hari ini aku sedikit terkilan dengan bicaranya yang tidak ingat bahawa aku ini manusia dan masih ada perasaan. Walaupun wajah aku tak pernah menggambarkan tekanan aku waktu kerja.
BAM!
Pintu pejabat aku berdengung satu bilik. Beg bimbit aku hempas ke sofa tetamu. Pagi-pagi dah buat aku penat!
Aku menenangkan diri. Datang je aku tadi di lobi, semua orang kena tempias amarah aku. Aku betul-betul perlukan sedikit ruang untuk kembali mengisi hal-hal kerja di dalam otak aku. Aku tidak mahu hal peribadi mengacau kerjaya aku. Rileks Darwisy... be calm. Be rasional. Be professional.
Interkom aku tekan.
“Ain, jangan bagi sesiapa masuk pejabat I faham? I tak nak diganggu. Dan tolong bawa kopi untuk I.”
Aroma kopi saja yang boleh membuatkan aku tenang saat ini. Hanya kopi.
Sempat aku memberi arahan kepada Ain, selaku PA aku.
“Baik bos.”
Butang interkom aku lepaskan. Beg bimbit aku ambil lalu letak di meja kerja aku. Aku dah melampau ke sampai dia nak minta cerai? Mata aku jatuh ke beg bimbit kulit itu. Aku baru teringat sesuatu.
Zip beg aku buka lalu menyelongkar mencari planner exclusive itu. Apabila sudah jumpa, kerusi pejabat ditarik lalu aku melabuh punggung di situ. Ini sajalah masa untuk aku lihat diary isteriku. Kembali nama bekas suaminya atau paling mudah adalah adik aku itu menjadi pembukaan untuk buku diary miliknya.
“Bismillah.”
Aku melihat tulisan khat Sulus itu lama. Cantik. Berbentuk bulan sabit. Itulah simbolik pada ‘Al-Qamar’. Dan aku tahu itu sudah tentu si pemilik nama ini yang buatkan untuk isteri kesayangannya.
Aku juga tertanya, dia masih menulis diari ke? Selamba aje Nurul bagi aku buku ni?
Beg bimbit yang terdampar di atas meja membuatkan aku tidak senang duduk. Aku mengambil beg itu dan kemudian dialih ke kerusi di hadapan meja aku. Kerusi di hadapan aku tergerak sedikit membuatkan aku makin tidak senang duduk.
Aku bangkit dari dudukku lalu aku membetulkan kerusi semula. Ergh! Penyakit aku datang balik! Aku masih berkira-kira mahu duduk semula ke tempat aku.
Tok! Tok! Tok!
“Masuk.”
“Tuan, saya bawa kopi yang tuan minta tadi.” Ain masuk dengan senyuman di bibirnya.
“Letak atas meja I.”
Ain mengangguk lalu dia meminta diri untuk meneruskan kerja. Perlahan kaki aku menjuju ke arah kerusi. Okey, nampaknya tiada tanda-tanda yang aku bakal tidak puas dengan apa yang aku lihat sekarang.
Masa untuk fokus semula pada diari.
Melihat tahun dan tanda tangan di bawah namanya itu, itulah tarikh di mana mereka disatukan.
Pada tahun 2017.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro