DC - 10
“PAGI, nek. Masak apa hari ni?”
Aku menongkah tangan di tebing singki. Melihat nenek yang sedang memasak di situ. Lincah tangan tua itu mengambil bahan perasa dan sebagainya.
Aku masih ralit melihat sosok nenek yang mundar-mandir itu. Tak padan dengan tua, semangatnya seperti seorang gadis lagi.
“Masaklah apa-apa yang kau boleh makan. Tolong nenek kupas bawang putih tu, Aya.”
“Okey.”
“Pandai ke masak tu?”
Aku menoleh ke arah Furqan yang perlahan menuruni tangga usang rumah nenek.
Tersungging senyuman sukar ditafsir lagi dari Furqan. Mata aku kecilkan memberi amaran pada dia supaya tidak mengganggu aku.
Aku mengambil lesung batu lalu bawang putih yang tersedia di atas meja itu aku ambil dan ketuk satu per satu.
“Eh, eh... bawang putih tu... makan sekali kulit ke? Tak kupas dulu?”
“Saya nak kupas la ni.”
“Kenapa ketuk dulu? Nanti hancurlah.”
“Memang saya nak bagi dia hancur sikit senang nak tanggalkan kulit. Awak ni kalau tak kacau saya tak boleh?”
“Kupaslah dulu kulitnya...”
“Saya buat macam tu sebab nak senang kulitnya ditanggalkan, awak tak tahu masak diam saja. Hish! Nek, suruh dia naik atas sibuk je tengok orang buat kerja.”
Bawang putih separa hancur itu aku letak ke atas landas lalu kulitnya aku asingkan dari isi. Mata aku tidak lepas dari memandang Furqan yang memandang tepat ke arah tangan aku yang sedang membuat kerja. Haa... tak percaya sangat.
Aku tak suka kalau aku buat kerja kat dapur, ada orang tengok. Nanti semua serba tak kena.
“Biarlah. Tengok kamu berdua ni teringat masa zaman muda nenek dulu. Atok kau suka menyakat nenek dekat dapur sampai tak perasan pisau tercacak jatuh ke kaki dia.”
Nenek tergelak sakan membuatkan aku dan Furqan tergamam. Tubuh tua yang sedang membasuh tangan di singki dipandang tanpa berkelip.
“Alah, gurau aje tu pun takut.”
Terlepas keluhan berat dari dua ulas bibir aku. Bagai tersekat udara di kerongkong aku tadi. Gurau nenek boleh tahan seram juga ya.
“Furqan...”
Gegendang telinga aku disapa panggilan perlahan dan lembut dari arah tangga. Furqan turut memandang ke arah mak yang sedang memaut pintu tingkat atas, menyokong tubuhnya untuk berdiri.
“Mak, mak nak pergi tandas ke?”
Baru saja aku bangun dari kerusi, mak menggeleng kepalanya beberapa kali tanda dia tidak mahu ke tandas.
“Furqan, mak nak... cakap sikit... dengan kamu dekat ruang tamu.”
Sempat Furqan memandang aku sekilas sebelum dia mengangguk setuju.
“Baik mak.”
Furqan tidak membantah. Kerusi roda yang terletak di tepi dinding diambil olehnya lalu dia mendudukkan mak di atasnya.
Entah kenapa otot di muka aku mula menegang dan tersenyum melihat kelakuan baik Furqan. Sejuk saja hati aku melihat dia menjaga mak aku.
Senyuman aku mula kendur apabila terfikir soalan demi persoalan datang menyerbu benakku. Nenek yang sedang khusyuk memasak aku biarkan. Biar wanita tua itu melakukan kerjanya. Persoalan yang aku pentingkan sekarang ini.
Perlahan aku mengatur langkah aku lalu melabuhkan punggung di tangga. Kepala aku jengulkan sedikit ke hadapan. Telinga aku cuba diliarkan.
“Terima kasih, Furqan.”
“Sama-sama. Ada apa mak nak jumpa Furqan?”
“Furqan...”
Mata aku menoleh ke arah nenek yang masih lagi berada di singki. Kepala aku kembali ke tempat asal dan mula meliarkan telinga semula.
“Rasanya... dah tiba masa untuk kamu memperisterikan Chahaya Maya.”
Terbeliak mata serta merta rahang aku jatuh dalam takupan mulut. Jelas di mata aku, air muka lelaki berkulit sawo matang terkejut dengan permintaan mak. Kemudian, dia tergelak kecil.
“Saya memang terfikir lama. Cuma...”
“Cuma?”
“Saya... saya perlu tanya papa dan mama saya dulu.”
Pap!
Tegak tubuh aku apabila terasa perih di punggung. Aku menghadap nenek yang memegang senduk sambil terangguk-angguk. Aku mengoyak senyuman lebar cuba menutup kesalahan aku tadi.
“Apa anak dara tertonggeng-tonggeng dekat tangga ni. Nak tunjuk punggung kat siapa? Nenek pun tak selera.”
“Alaa... kantoilah...”
“Itu hal orang tua kau jangan masuk campur. Lekas, kemas barang atas meja tu untuk makan. Nampak gayanya kalau aku suruh kau masak, alamat hangit la sambal tu, Aya.”
Furqan bukan tua sangat. Tapi hampir habis 20-anlah. Tua ke? Tak kan?
AKU menggigit bawah bibir apabila terbayang wajah mencuka Furqan. Sejak papa dan mamanya datang bersama seseorang, wajah dia tidak terukir senyuman langsung.
Kenapa agaknya? Yang paling pelik, suasana di ruang tamu sangat menaikkan aura yang tidak senang. Bukan wajah Furqan saja mencuka, tetapi wajah kedua ibubapanya turut begitu.
Wajah mak saja yang memanis di depan tetamu. Tangan yang dari tadi mengacau air terus terhenti apabila terasa bahu aku ditepuk perlahan dari belakang. Aku menoleh ke arah nenek.
“Cepat sikit. Tetamu tunggu tu.”
“Oh, baiklah nek.”
Aku menggeleng cuba menghilangkan angan aku tadi. Dulang besi bercorak amboss itu diambil lalu beberapa cawan kaca diletak ke atasnya. Jag berisi air yang aku kacau tadi juga aku letak di sisi cawan.
Tangan aku menjadi sejuk tiba-tiba. Nak kata duduk dalam air-cond, tidak pula. Nak kata cuaca hujan, cerah saja matahari melimpahkan cahayanya di seluruh bumi. Jadi, apa yang membuatkan tangan aku sejuk?
Nafas ditarik hingga ke penghulu pembukaan peparu. Kemudian, dilepaskan dengan perlahan cuba menenangkan detak jantung yang mula berdangdut dalam sarang tulang rusuk.
Dulang aku tatang hingga ke ruang tamu. Wajah masing-masing masih lagi kelat mencuka. Aku hanya menepis segala aura negatif yang berada di kawasan itu.
Aku melutut di lantai berdekatan meja kopi lalu cawan yang telangkup aku terbalikkan. Aku cuba mengukir senyuman saja apabila mata aku bertembung oleh mereka yang berada di ruang tamu itu. Jag aku tonggengkan menuang sedikit airnya ke dalam cawan kaca.
Apabila kedatangan aku bagai tiada apa di situ, terus aku bangun dari duduk dan berjalan ke arah tangga.
“Chahaya.”
Belum sempat kaki aku melangkah lebih jauh, terdengar suara garau Tuan Zahid memanggil nama aku. Tegas auranya. Aku menoleh ke arah mereka yang masing-masing memandang aku dengan wajah mencuka kecuali mak. Mak, walaupun dalam keadaan serius sentiasa juga dia mengoyak senyuman kecil.
Aku kembali ke arah mereka lalu menemukan tangan kanan dan kiri lalu menyulamkan jari. Tuan Zahid memandang tepat ke anak mataku sampai aku tidak mampu berlawan pandangannya lagi.
Mata aku disapa seseorang yang sedang memandang aku dari aku di tangga hingga kini aku rasa diperhatikan oleh mata liarnya. Sangat buat aku tidak selasa. Mata itu terus-menerus membuatkan aku tidak senang di situ.
“Kamu betul ke nak kahwin dengan Furqan, Chahaya?”
Aku tak menjawab. Sebaliknya aku mencuri pandang wajah Furqan yang seperti menahan perasaan. Aku memandang ke arah Tuan Zahid semula.
“Apa yang kamu tertarik sangat dengan budak ni? Anak pak cik yang nombor tiga ni lagi baguslah dari dia.”
Aku mengerut dahi. Pandangan aku tertoleh pada Furqan yang sudah memicit tulang hidung dan bertukar ke arah lelaki yang dari tadi memandang aku atas bawah.
Siapa pula dia ni? Kenapa suasana jadi terlalu serius? Kenapa tiba-tiba nak jodohkan aku dengan dia?
“Kenapa Furqan juga yang kamu cari? Kalau kamu sudi kahwin dengan anak pak cik nombor tiga ni, pak cik akan naikkan wang hantaran.”
Wajah mak sudah berubah sayu. Kenapa pula aku dipaksa kahwin dengan anak ketiganya sedangkan aku tetap kahwin dengan anak ke limanya? Lagipun, sama je tetap akan jadi keluarga juga. Peliknya.
“Tapi, cinta tak boleh dibeli, kan? Saya kahwin pun bukan sebab duit,” jawab aku selamba. Jelas wajah kedut mereka kecewa dengan jawapan aku. Kenapa perlu paksa begitu?
“Fikirlah dulu Chahaya, pak cik bagi tempoh kamu hingga minggu depan.”
Terus dia menarik tangan isterinya yang masih duduk. Terus tiga figura itu membolos pintu rendang rumah nenek. Jelas wajah nenek juga tidak selesa dengan kehadiran mereka. Kehadiran mereka memberi aura negatif di rumah ini.
Furqan bangun dari duduknya lalu laju kakinya menapak ke arah Tuan Zahid. Aku juga keluar hanya menunjuk muka di beranda rumah nenek.
Dari jauh aku lihat kelakuan Furqan. Tangannya yang dihulur tidak bersambut hanya dipandang sekilas apabila dia menghulurkan tangan ke arah Tuan Zahid untuk bersalaman. Kenapa layanan Tuan Zahid seperti tiada hati perut?
Terus saja tubuh gempal itu masuk ke dalam perut kereta. Furqan mengalah akhirnya. Walaupun cermin kereta itu tidak diturunkan, jelas sepasang mata memandang ke arah aku di sebalik cermin kereta itu membuatkan aku menunduk tanda tidak sudi menatap dia. Pelik.
Apa yang terjadi ni sebenarnya?
Apabila kereta mereka sudah keluar dari perkarangan kediaman aku, terus Furqan duduk di pangkin.
Nak saja aku sentuh bahunya dan bagi dia sedikit kekuatan, tetapi jika diikutkan akal waras aku, terpaksalah ditahan kehendak aku yang satu itu. Boleh membawa fitnah.
Aku turun dari tangga lalu menuju ke arah dia yang membelakangi aku. Nak tegur, serba salah. Nak tanya, takut salah faham. Macam mana aku nak mulakan perbualan?
“Furqan?”
Jelas dia tersentak, bahunya seperti terhinjut apabila aku menegurnya. Dia menunduk setelah mengintai wajah aku tadi. Terdengar keluhan berat darinya.
“Furqan...”
“Awak ada masa seminggu, Chahaya. Masih boleh tolak lamaran saya.”
Kini, aku pula tersentak. Baru aku teringat kata-kata Tuan Zahid tadi. Dia memberikan aku tempoh seminggu untuk memikirkan hal ini. Aku mengeluh berat.
“Furqan, awak cakaplah macam mana pun. Saya tetap pilih awak. Sebab saya kenal awak...”
Furqan diam. Dia menggeleng perlahan. Dia tergelak kecil seperti menidakkan pernyataan aku tadi.
“Awak kena pilih betul-betul, Chahaya. Buat solat istikharah, biar Allah menjawab persoalan awak...”
“Kalau tunggu setahun sekalipun, saya tetap pilih awak.”
Aku pintas percakapannya sehingga dia kembali membisu. Jelas sekali aura negatif telah menyinggah rumah ini. Sudah hilang aura positif yang Furqan sebarkan.
Aku sedar belakang tubuhnya seperti terkejut apabila aku berkata begitu. Bahunya yang tegang tadi mengendur.
“Kenapa papa awak buat macam tu dekat awak?”
Senyap lagi. Aku mengeluh perlahan. Masih lagi mata aku menjamah belakang tubuhnya. Dia masih statik tidak bergerak. Sedang berfikir mungkin. Sesekali aku nampak bahunya naik menarik nafas.
“Awak percaya tentang dongeng Cinderella? Kalau saya kata, ni versi lelaki, awak tergelak tak?”
Sempat aku dengarkan gelaknya yang perit itu. Aku terkebil. Diam seketika.
“Saya kena bersiap. Saya akan balik untuk bagi awak masa berfikir. Jumpa lagi satu minggu.”
Furqan terus bangun dari duduk dan meninggalkan aku yang senyap di situ. Terpejam mata aku apabila dia sudah mula meninggalkan aku dengan bau haruman di tubuhnya menyinggah ke rongga hidung. Bauan Citrus.
Aku menoleh ke belakang. Melihat mak yang berada di pintu dengan raut wajahnya yang mengendur. Aku tahu pasti dia risaukan aku. Aku hanya memberi dia senyuman terpaksa yang cuba dimaniskan supaya hati tuanya tidak risau.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro