Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

DC - 08

SAYUP-SAYUP berkumandangnya seruan azan subuh. Mata aku yang berat aku gagahkan juga untuk buka. Asal nampak jalan sudahlah.

Aku memandang mak yang berada di tepi. Wajah kedutnya aku belai perlahan. Tergerak kecil tubuhnya sambil merengek. Lagaknya seperti anak kecil.

Aku bangun dari baringan lalu membetulkan urat-urat yang tersimpul. Aku tidak membuka lampu, takut mengganggu lena mak. Aku meraba getah rambut aku di pergelangan.

 Hampir terlupa, aku tertinggal di bilik air malam semalam. Beg yang tidak sempat aku kemas semalam, aku selongkar mencari berus gigi dan ubat gigi. Berus gigi aku masukkan ke dalam mulut.

Aku tidak memandang katil. Bantal di situ umpama memanggil aku untuk melabuhkan kepala aku semula ke situ.

Tak, syaitan je tu Chahaya, cepat pi kolah mandi!

Aku keluar dari bilik dengan mata separa terbuka. Kalau tak terbuka, mahu tergolek aku di tangga ni?

Terasa rambut aku ditiup perlahan dari belakang. Dahi aku berkerut. Aku memberhentikan langkah aku apabila terasa papan lantai itu bergoyang seperti bukan aku saja yang berada di situ.

“Cantik rambut. Tudung mana?”

Suara tu garau. Cik Jusoh ke? Kenapa suara macam... Tapi... wait! Membulat mata aku apabila baru aku teringat yang... Furqan!

Aku menoleh ke belakang lalu pandangan aku disapa senyuman nakalnya. Nampak yang kaki aku sudah terpasung di situ, terus tuala yang disangkut di lehernya dilebarkan lalu menutup rambut aku yang terdedah.

“Kenapa tak pakai tudung? Tumbuk nak?”

Dia ikut cara aku bercakap dengan dia. Omaigad malunya aku!

Membahang wajah aku. Malu, malu, malu! Aku terus berlari turun dari tangga dan masuk ke bilik air dan tutup rapat. Ya Allah, macam mana aku boleh lupa yang ada Furqan kat rumah ni?

TUDUNG Ariani yang tersangkut di paku aku ambil. Tuala yang terletak elok di atas kepala perlahan aku lurutkan. Teringatkan hal tadi, terus terasa malu sendiri.

Tak terbayang kalau aku dah kahwin dengan dia nanti. Silap-silap, aku pun lupa yang dia dah kahwin dengan aku. Haih, Chahaya... Chahaya...

Tudung aku sarungkan ke kepala. Pakaian aku belek semula di cermin. Apabila yakin dengan penampilan sendiri, aku terus mengatur langkah ke bilik aku yang diduduki Furqan. Tuala di bahu yang sedikit terlorot dinaikkan semula.

Terasa seperti rerama mula berterbangan di perut. Aku menepuk perut aku yang kempis supaya rerama itu bertenang. Tak, tetap sama!

Tenang...

Tenang...

Tangan diangkat mahu mengetuk pintu kayu itu. Belum sempat diketuk, pintu terbuka. Terkaku aku seketika seperti patung cendana di hadapan pintu itu. Aku bukanlah tergamam sebab kehadiran Furqan, tetapi...

Mana baju kau?

“Yes dear?”

Aku menutup mata aku menggunakan tangan kiri. Tangan kanan aku hulurkan tuala. Terdengar gelak kecil dari dia. Tangan aku masih lagi menghulur ke depan. Cepatlah ambil, lenguh ni!

“Tuala awak.”

Aku mendengar keluhan dia sebentar tadi. Gaya aku masih seperti tadi dan tidak bergerak langsung.

“Wangi. Pakai shampoo apa?”

“Ambillah, lenguh tangan saya.” Aku cuba mengubah topik. Dia ni melayan aku macam isteri sedangkan belum ada kata putus lagi mahu menghalalkan.

“Nanti... kita solat berjemaah.”

“Ya, ambillah tuala awak ni.”

“Dah ambil wuduk belum?”

“Saya tengah dalam wuduk ni...”

“Oh,” balasnya pendek. Terasa tangannya menyentuh tangan aku sebelum mengambil tualanya dari tangan aku. Tergamam. Aku buka mata aku, terus wajah nakal dia bermain di pandangan aku.

“Terima kasih, bye. Salam subuh.”

Pintu ditutup rapat. Aku masih lagi termangu dan melihat tangan yang disentuh Furqan tadi. Tapak tangannya yang kasar masih terasa di permukaan atas tangan aku.

“Suka hati awak je batalkan wuduk saya! Tumbuk karang!”

“Laa... kau kenapa pagi-pagi dah marah ni?” Nenek yang baru saja keluar dari bilik aku pandang.

Aku tidak menjawab. Dengan kaki yang membentak aku melangkah turun tangga. Aku mengambil wuduk semula dan keluar dari bilik air. Mata aku terpandang Furqan yang tersenyum memandang aku di bingkai tangga.

Aku mengecilkan mata. Besar kecil, besar kecil je aku tengok dia ni. Kalau tak difikirkan batas sentuhan, sekarang juga aku tarik telinga dia. Nakal!

“Apa yang awak tunggu dekat tangga tu? Masuklah bilik air.”

“Dah ambil wuduk pun marah. Pergi ambil wuduk lagi, bagi reda.”

Dia melangkah turun dari tangga. Cepat-cepat aku lalu meja makan, tidak mahu berselisih dengan dia. Di meja makan itu dia berjalan perlahan-lahan seperti menanti aku untuk berlalu. Jangan harap untuk kali ni, Encik Furqan!

Aku perasan matanya memandang aku dari ekor mata. Apalah yang bermain di fikiran awak ya, encik?

Dia semakin menghampiri bilik air aku terus berlari ke arah tangga. Sepantas kilat aku terus masuk ke dalam bilik.

“Dah kenapa kamu ni?”

“Eh, mak dah bangun?” Aku tidak menjawab apa yang disoal oleh mak. Mak hanya mengangguk nenek yang sudah lengkap bertelekung berdiri dan menuju ke arah aku.

“Pergi siap. Aku nak siapkan mak kau kejap. Nanti budak tu jadi imam.”

“ Okay, baik nek.”

SALAM pertama sudah selesai, dilangsaikan pula hal sunnah memberi salam ke arah kiri juga sudah dilangsaikan. Aku menunduk sambil bibir terkumat-kamit berzikir.

Mata aku memandang Furqan yang sedang mengiringkan duduknya yang masih tidak berubah gaya. Masih duduk tahiyat akhir seperti tadi.

Matanya yang terkatup sambil berzikir itu membuatkan hati aku rasa tenang. Puji-pujian yang keluar dari dua ulas bibir itu membelai lembut gegendang telinga aku.

Jarinya ligat mengira butir tasbih nenek. Dah lama tak solat berjemaah seperti ini. Selalunya, solat aku lewatkan kerana hal duniawi.

Rasa serba salah pula apabila difikirkan semula, sudah diberi peluang hidup, tetapi kita masih lalai dan lupa.

Mata nakal aku masih terarah pada dua ulas bibir milik Furqan yang terkumat-kamit memuji Yang Maha Esa.

Setiap makhraj huruf dan bacaannya lancar saja. Tidak kekok. Tertanya juga aku, dia pernah masbuk atau terlepas waktu ke ketika masuk waktu?

Kerja korporat bukanlah senang. Mesti ada juga masa yang diambil untuk ganti solatnya.

Tubuhnya yang mengiring tadi diluruskan semula ke arah kiblat. Tangan diangkat separa dada dan menadah meminta dari Tuhan.

Tubuh belakang Furqan dipandang. Kenapalah mata aku tak boleh behave hari ni? Aku menjatuhkan pandangan aku ke tadahan tangan.

Sudah selesai solat, aku menghulur tanganku ke arah mak lalu mengucup ringkas permukaan kulit halus itu. Aku ulangi pada nenek pula.

“Dah, aku nak bawa mak kau ni bersiap mandi apa semua.”

“Baik nenek.”

Nenek menolak kerusi roda yang diduduki mak keluar dari bilik solat. Aku melipat sejadah lalu diletak ke penyidai khas untuk sejadah.

Baru saja aku nak mengangkat punggung, terasa telekung aku memberat ke belakang. Aku menarik dan duduk semula  agar dia tidak menampakkan jambul aku.

“Furqan! Lepaskan telekung sayalah.”

“Duduk dulu.”

“Tak nak... lepas ni saya nak kena masak untuk sarapan.”

“Baca Al-Ma’thurat dulu. Yang Sughra je... bukan Kubra. Masa lepas asar nanti pun baca juga dengan saya. Al-Ma'thurat Kubra.”

Terdiam aku dibuatnya. Dia ajak benda baik. Akhirnya, aku hanya akur. Dia ajak benda baik, takkan nak tolak? Aku duduk bersimpuh di hadapannya.

Dia menghulurkan Al-Ma'thurat Kubra yang disekalikan Suratul Yasiin. Mata aku memandang tangan Furqan yang kosong. Berkerut dahi aku dibuatnya.

“Awak, takda Al-Ma'thurat?”

“Dah ada dalam ingatan saya.”

Wah, dia dah hafal Al-Ma'thurat.

“Siapa yang menghidupkan sunnah Rasulullah pada akhir zaman, ganjarannya 100 pahala mati shahid tau.”

Mendengar tuturnya, pandangan aku tertumpu pada dia yang mengangkat kening sambil kepalanya mengangguk-angguk seperti belatuk.

 Al-Ma'thurat di tangan aku rapatkan ke dada. Entah kenapa, jantung aku berdegup tidak ikut tempo tenang. Laju saja.

“Kita mula.”

Aku akur.

Suratul Fatihah pembuka Al-Ma'thurat. Aku tidak khusyuk membaca apabila fikiran aku melorot ke lain. Sebutir demi sebutir ayat-ayat itu disebut jelas di cuping telinga. Masya Allah, tenangnya mendengar suara garau itu mengalunkan Surah al-Baqarah.

Aku tersentak sendiri apabila baru aku tersedar yang bibir aku mula menguntumkan senyuman. Al-Ma'thurat di tangan aku bawa ke bibir untuk cover malu.

Hampir 15 minit kemudian, kami sudah selesai membaca doa selepas habis baca Al-Ma'thurat.

“Terima kasih ajak saya baca Al-Ma'thurat hari ni. Saya dah lama tak baca. Sibuk dengan urusan lain.”

“Ada masa ni, bolehlah luangkan untuk ibadah pula. InSyaaAllah tak sia-sia.”

Aku tersenyum. Ya Allah, jika dia jodoh aku, perkenankanlah doa hamba-Mu ini. Aku bangun dan keluar dari bilik ibadah apabila jantung aku tidak memberi kerjasama.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro