Last Text
"Sayang!"
Aku yang sedari tadi membuangkan pandangan ke arah langit hanya tersenyum sebaik dia memeluk aku dari belakang.
Alhamdulillah,kami baru sahaja sampai ke bumi Malaysia kelmarin.
Sehari selepas sesi throwback memori lama,kami telah berlepas ke benua Eropah untuk honeymoon selama dua minggu.
Serius,inilah percutian yang takkan ku lupa seumur hidup aku.
Honeymoon kami begitu unik.Bukan seperti orang lain,honeymoon kami begitu adventure!Tiada taburan kelopak mawar atas katil atau candle light dinner.Yang ada hanyalah pengembaraan demi pengembaraan.Panjat gunung,naik tren,kena kejar dengan orang gila,sesat bersama-sama dan banyak lagi kenangan manis yang akan kekal terpahat dalam memori.
Dan,melalui honeymoon ini aku berjaya mencapai salah satu impian aku iaitu menjelajah benua Eropah.Cuba bayangkan dalam tempoh dua minggu aku dan si dia berjaya menjejaki ke 13 buah negara.
Kami hanya tidur di satu tempat hanya semalaman sebelum bersiar-siar di tempat yang menarik di sana lalu menyambung perjalanan.
Aku tak tahu macam mana dia tahu inilah salah satu impian aku tapi aku amat berterima kasih pada dia kerana membawa aku menjelajah dunia dan memborong segala yang aku suka sepanjang honeymoon.
Dalam banyak-banyak negara,Australia yang merupakan destinasi terakhir kami pergi dan paling lama kami tinggal.Bahagia aku bermain segala permainan seperti roller coaster dan sebagainya di bumi kanggaru itu.Namun,ia tetap tidak boleh menandingi keseronokan bermain bungee jump dan menaiki cable car di Switzerland.
Fuh,menarik kan?
Selepas ini kami akan menjelejah benua Asia pula.Yang pasti sebelum kami berdua ada anak.
"Diam sahaja.Fikir apa tu?"
Aku berhenti mengelamun saat dia meletakkan dagu di atas bahu kanan aku.
Spontan,aku berkalih ke belakang sebelum memeluk sebatang tubuh lampai si dia.Wajah aku sembam ke atas dada bidangnya yang terdedah.
"Hey,kenapa manja sangat ni?"
Dia bertanya dengan ton rendah sambil jemari mengelus lembut rambut aku sebelum satu kucupan singgah di ubun-ubun aku.
My heart beat, my whole wide world, yeah
My best friend, perfection, my everything
And you can show all your friends that you’re taken
When I send you those three words tonight
Tonight, and you should know
Aku ukir senyum sambil menghayati lagu terbaru Jacob Sartorius bertajuk Last Text yang didendang lembut oleh sang suami.
Ah!Kalau aku mampu untuk hentikan masa,inilah masa yang akan ku pilih untuk berhenti.
Lama kami berkeadaan sebegitu sebelum aku menjauhkan sedikit kepala dari dada bidangnya lalu mendongak memandang wajahnya dari bawah tanpa melepaskan pelukan.
"Tak sangka,budak tuisyen Sains yang dulu orang duk kenen-kenen dah jadi my hubby!"
Dia tersengih sendiri sebelum menundukkan kepala,menyebabkan mata kami saling bertemu.
"Tak sangka abang dapat kahwin dengan budak yang suka tidur dalam tuisyen dulu."
Pap!
Aku menampar perlahan dadanya dengan muka masam manakala dia pula sudah ketawa mengekek.
"Dan dah berjaya curi hati abang.So,jaga elok-elok tau.Hati abang ada satu je.Kalau sayang tak jaga elok-elok,kesian lah dekat orang seterusnya.Dapat hati yang dah tercedera teruk."
Pap!
Dadanya yang terdedah aku tampar sederhana kuat.
Geram!
"Oh rupanya ada niat nak pasang lain.Dasar lelaki!"
Dia ketawa berdekah mendengar bicara aku sambil tangan naik melingkari pinggang aku sebelum satu kucupan singgah di atas dahi aku.
"Insyaallah,sayang orang yang terakhir dalam hidup abang.Abang tak mampu berjanji kerana abang tidak tahu akan masa depan.Tapi selagi sayang berada dalam carta tertinggi dalam hati abang,abang akan jaga dan cintai sayang."
"Abang..."
Aku naik sebak mendengar luahan tulusnya.Sungguh,hati aku telah cair secair-cairnya.Tak sangka encik suami boleh jadi encik sweet talker!
"Tapi kalau kasih sayang abang dah terbahagi kepada gadis yang bakal hadir dalam hidup kita,sayang jangan marah tau."
Pap!
Kali ini tamparan padu singgah di dadanya.
"Oh dah niat nak cari baru.Cari yang masih dara pulak tu.Siapa?Nak tengok muka sikit," ujar aku dengan muka masam mencuka.
Serius,tak sangka dalam diam dia ada wanita lain!
Fuh,tabahlah wahai diri.
Dia hanya tertawa kecil melihat muka masam aku sebelum menundukkan sedikit kepala lalu menggeselkan hujung hidungnya dengan hidung aku.
"Dia tak datang lagi.Macam mana nak tunjuk muka?"
"Kalau macam tu jangan peluk saya dah!Pergi jelah cari dia!"
Aku membentak sedikit seraya menarik tangan yang melingkari pinggangnya namun dia lebih pantas mengeratkan pelukan,menyebabkan aku yang tak bersedia tersembam ke dadanya.
"Laa buat apa nak cari kalau nak jumpa dia kena ada sayang?"
Aku tergamam sejenak mendengar bisikan halusnya.Blur sekejap otak aku untuk memproses ayat itu.
"Apa maksud abang?"
"Maksudnya kita kena buat dia sekarang!"
Terus tubuh aku dicempung masuk ke dalam rumah sebelum dibawa masuk ke bilik air.
"Eh,apa ni?!"
Aku sedikit meronta namun tak lama sebaik dia menurunkan aku sewaktu kami berada dalam bilik air.
"Nak suruh mandi.Busuk tahu,macam kambing!"
Mata aku mencerun tajam ke arahnya sebelum tangan naik bersilang di dada.
"Dia pun sama!Dahlah hanya pakai seluar tidur,tak berbaju pula tu!"
"Dia pula pakai baju tidur warna putih ada Doraemon!Eee macam budak-budak!"
Muka aku sedikit membahang malu mendengar ejekannya.Tak semena-mena,air mata bertakung di pelupuk mata.
"Jadi sebab saya macam budak-budak,awak nak cari la gadis tu?"
Aku menyoal dengan nada tertahan-tahan.Entah kenapa hati aku cepat tersentuh mengenangkan kata-katanya tadi.Kata panggilan abang-sayang yang aku guna sejak kami ber-honeymoon pun sudah bertukar menjadi saya-awak,menandakan bahawa aku sedang terasa hati.
Dia yang mendengar pula hanya tergelak kecil sebelum menghampiri aku.Dihadiahkan satu senyuman di atas dahi sebelum turun ke perut yang berlapik dengan baju tidur labuh paras lutut.
"Kenapa nak cari kalau nak jumpa dia kena ada sayang?Haih,sayang ni."
Tangan kanan ditekap ke atas perut manakala tangan kiri naik mengelus rambut.Aku yang diam terkaku hanya membiarkan.Baik,sekarang aku dah faham apa yang dia maksudkan tadi.Fuh!Bikin aku kecut saja.
"Isteri childish pun abang sayang.Tapi,sekarang sayang mandi dulu.Ke nak abang join mandi sekali?"
Dia bertanya dengan wajah nakal.
"Nak ke?Boleh je."
Aku tak tahu apa yang merasuk aku sampai ayat itu meluncur laju keluar dari mulut aku.Sesaat,aku pantas menampar bibir namun sudah terlambat.Dia sudah menutup pintu bilik air.
Ah,sudah!
"Mari mandi,sayang."
Aku menelan air liur sementelah dia pula sedang melangkah ke arah aku dengan senyuman nakal tergayut di bibir.
Haih,nampak gaya tak panjang mana dah tempoh masa untuk aku berjumpa dengan gadis yang bakal berkongsi kasih dengan aku.Ataupun bakal madu suami aku.Harap-haraplah yang bakal datang untuk kali pertama ini bakal madu suami aku,biar dia cemburu!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro