Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Jampi

"Awak."

Dia yang tadi ralit memandang langit terus mengalih pandang ke arah aku yang kini sudah duduk bersila di hadapannya bersama satu bantal emoji heart eyes milikku.

"Pfftt..."

"Huh?Kenapa?"

Aku tayang muka pelik.

Dia menggelengkan kepala sambil menutup mulut dengan tangan.

"No...nothing.Cuma rasa lawak tengok sayang usung bantal ke sini.Nak tidur sini ke apa?Kalau nak tidur sini,abang on."

Aku memutarkan bebola mata mendengar soalannya.

Aku tahu ini ialah antara soalan yang membawa maksud untuk mencari pasal dengan aku.

"Tak semestinya bawa bantal bermaksud nak tidur."

Mata aku jegil sedikit,tanda geram.

"Okay,fine.Up to you,baby."

Diam.

Aku diam,tidak menjawab.

Hanya mata aku yang tadi merewang merata,aku paku tepat ke wajahnya.

Menentang sepasang matanya yang tidak lepas dari merenung aku.

Krik..krik...

Krik..krik...

Krik...krik

"Hello?Anybody's here?" soal aku sambil melambai di hadapan wajahnya,setelah beberapa minit kami saling bertatapan antara satu sama lain tanpa sebarang kata.

Dia yang sedari tadi menatap aku tanpa lepas terus ketawa kecil.

"Ada je,dekat sini."

Tangan kanan aku yang tadi melambai ke arahnya terus dia gapai sebelum dicium lembut.

"Eh eh apa ni?Main cium-cium tangan kita."

Pantas aku menarik tangan aku dari genggamannya.

Segan woi tiba-tiba main kiss tangan.

"Hahaa..."

Dia tertawa kecil sekali lagi,geli hati dengan tingkah laku bini dia yang cantek ni CEHWAH.

Hestek aku perasan.

"Okay,enough playing.Sekarang,tanyalah apa yang sayang nak tanya.Cepat,abang dah tak sabar nak tidur."

Aku mengherotkan bibir melihat senyuman nakal yang terukir di bibirnya.

Ceh!

"Ni,saya nak tanya pasal buku ni."

Diari hitam yang aku sorok di belakang bantal emoji ditarik keluar sebelum diangkat,menayang buku tersebut ke arahnya.

Riak wajahnya terus berubah saat imej buku tersebut ditangkap oleh retina mata.

"Mana awak ambil?!"

Diari tersebut terus dirampas sebelum disorok ke belakang.

Aku yang melihat kaget seketika.

Dah kenapa dengan suami aku ni?

"Saya kemas bilik kerja awak tadi.Tup tup terjumpa...err..."

Aku menggaru belakang leher.

Rasa bersalah mula menguasai diri.

"Do you read my diary?"

Aku menggigit bawah bibir saat dia menyoal sambil mata merenung tepat ke wajah aku.

"Err..."

Lambat lambat aku anggukkan kepala.

Spontan,dia mengeluh perlahan sambil meletakkan diari yang tadi dia sorok di belakang,di hadapan aku.

"Do you read until the last pages?"

Aku mengangguk lagi.

"So..."

Dia leretkan suara sebelum tersenyum tipis.

"Sayang dah tahulah yang abang ni suka stalk sayang dulu?"

Aku tersengih saat senyuman dia mula melebar.

"If I say yes,what you will do?"

Dia tertawa kecil melihat aku yang sudah menjungkit kening beberapa kali.

"Nothing.Cuma tak menariklah,abang baru je nak acah surprise untuk sayang masa kita pergi honeymoon nanti.Tup tup tak jadi."

Aku ketawa melihat mimik muka sedih yang dia tayangkan.

Comel!

"Alaa chill,okay.Saya-eh wait!Do you had say a word honeymoon?!"

Dia ketawa seraya anggukkan kepala beberapa kali melihat reaksi terkejut aku.

"Yes.Kita akan pergi honeymoon!"

Dia bersuara teruja manakala aku pula sudah bersorak girang.

"Yeah!"

Tubuh sederhana sasanya tenggelam dalam pelukan aku.

"Awak kena jampi apa sampai nak bawa saya honeymoon ni?Kebelakangan ini bukan main busy,sekali malam ni terus ajak saya pergi honeymoon"

Dia sengih mendengar bisikan aku sebelum tangan dia lingkarkan ke pinggang aku,mengeratkan lagi pelukan.

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah di jampi
Dan bila kau hambakan hatiku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Aku memejam mata,melayan perasaan mendengar lagu Jampi oleh Hael Husaini dinyanyikan oleh suami aku.

Rasa disayangi dan menyayangi gitu.

Tambahan,lagu Jampi itu memang antara lagu kegemaran aku.

Lagilah aku feeling.

"Sayang..."

Dia berbisik perlahan di telinga kanan aku.

"Ya?"

Aku makin mengeratkan pelukan.

"Memandangkan sayang dah baca apa yang tertulis dalam diari abang,apa kata kita throwback balik kisah yang tercatat dalam buku ni,nak?Dan abang juga akan jawab segala hal yang sayang curios about"

"On!"

Aku menggangguk laju sebelum tangan terus ditarik ke sisi,merungkaikan pelukan.

Aku membetulkan sila sebelum mata aku paku tepat ke arah wajahnya.

"You may start now."

Aku mengarah dengan muka acah acah garang.

Sengaja nak bagi dia terhibur.

See?

Dia yang sedari tadi melihat tingkah aku hanya ketawa kecil sebelum jari naik mengepit hidung aku.

"Comel.Alright,let's start our throwback."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro