Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Akhir

"Jadi,kiranya kita ni tak boleh pergi menjelajah benua Asia ke?"

Aku menyoal dengan nada perlahan kepada dia yang sedang memandu.Sebenarnya,sekarang ini kami sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mentua aku.Sepatutnya kami pulang lebih awal pagi namun kami terpaksa datang waktu petang kerana suami aku muntah dengan begitu dahsyat sekali.

Sampai lembik badan!

Sepagi kerjanya hanya muntah.Sehingga lemah tak berdaya.Jadi,dengan segala kekuatan aku paksa suami aku yang manja ini untuk ke klinik bersama.

Ingatkan dia sakit parah rupanya aku yang hamil!Alhamdulillah,doktor sahkan aku sekarang sedang membawa satu nyawa yang baru berusia riga bulan.

Tapi,pengembaraan jelajah kami di Asia belum bermula.

Hmm...adakah ini bermakna....

"Seperti yang pernah kita janjikan dulu,kita akan pergi sebelum kita ada anak.Since kita bakal menjadi pasangan ibu dan ayah,maka...."

Dia leretkan sedikit suara,namun aku tahu apa penghujung ayatnya.

"Kita terpaksa batalkan rancangan itu."

See,I told ya.Aku dah agak,inilah yang ingin diucapkannya tadi.

Haih,nampak gaya impian aku yang ini bakal terkubur begitu sahaja.

"Sayang."

Tangan kanan aku digapai sebelum digenggam erat.

"Sorry..."

Aku hanya diam sambil mengangguk lemah,tanda setuju dalam terpaksa rela.Air mata yang bergenang di pelupuk mata aku tahan sedaya upaya.Bimbang jika tumpah mengalir membasahi pipi.

Sedih mula menguasai diri.

"Sayang..."

"Apa?"

Aku bertanya dengan suara sedikit lain dari kebiasaan dek cubaan menahan tangis.

"Thanks."

"Untuk apa?"

Spontan,air mata yang hendak mengalir terus berhenti sebelum dahi aku kerutkan saat wajah ditala menghadap tepi wajahnya.

Hairan dengan ucapan terima kasih yang tiba-tiba meluncur keluar dari bibirnya.

"To let your dream go away for our baby.Terima kasih juga sebab sudi membenarkan anak kita mendiami rahim sayang.I really appreciate your sacrifice,dear..."

Dikucup lembut kekura tangan aku sebelum tangan dibawa ke dada sambil mata tetap terarah ke jalan raya.

"Ekspedisi kita yang dibatalkan tu abang tukar dengan sistem layanan mesra manja 24 jam.Just say what you want and i'll be that for you.Nak abang jadi supir bawa sayang cari makan yang saya mengidamkan,abang on eventho sayang ajak pukul 3.00 pagi.Nak abang jadi tukang urut siang malam pun abang sudi.Just say what you want,my queen.My soulmate...mother of my kids...my sunshine..."

Automatik air mata yang tadi hilang ke mana memunculkan diri sewaktu mendengar bicaranya.Jika tadi aku rasa nak menangis kerana sedih terpaksa lupakan impian,sekarang aku menangis kerana terharu!

"Abang,kenapa sweet sangat?!Sayang terharulah..."

Dia senyum sebelum mengucup lagi kekura tangan aku lalu mengenyit mata sebelah kiri.

"Because you are my love,my queen.My love since 2009 until now and forever insyaallah."

"Oh my hubby.I love youuu..."

"I love you too,my sweet and sour."

Kekura tangan aku dikucup sekilas sebelum mata kembali terarah ke jalan raya.

Spontan, bibir aku mengukir senyuman bahagia. Tak pernah terlintas di fikiran aku bahawa lelaki yang pernah menjadi rakan kelas aku semasa di Pusat Tuisyen Inovasi dahulu kini menjadi imam yang sentiasa untuk menjadi yang terbaik supaya aku kekal tersenyum bahagia seperti ini.

'Cry less, smile more.'

Aku tersenyum lagi sebaik bicara manisnya kembali terngiang-ngiang di telinga.

'Terima kasih ya Allah atas anugerah terindah ini.'


























































Fin.

Tammat.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro