Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 9 [Ketentuan Ilahi]


       Nafisa menangis puas.Dia kini bergelar isteri kepada Fakhrul.Hati begitu pilu dan sayu. Inikah pengakhiran hidupnya bersama Fakhrul?Adakah Fakhrul akan menerima Nafisa?

"Tak payah menangislah. Kau kan suka?"soal Fakhrul.Menusuk ke kalbu Nafisa.

Nafisa hanya berdiam diri.Dia tak mahu bertikam lidah dengan suaminya.Dia akan berdosa jikalau meninggikan suara.

"Kau bisu ke?Aku cakap dengan kau ni!" tengking Fakhrul. Api amarahnya kembali menerjah di hatinya.

"Tak. Saya tak nak semua ni. Tapi saya kena redha." jawab Nafisa dengan rendah diri.

"Apa? Aku tak dengar? Kau cakap sekali lagi."soal Fakhrul.

Nafisa menarik nafas dahulu.Lalu dihembuskan.Dia mengesat air mata yang degil mengalir di pipinya.

"Saya tak nak semua ni.Awak tak faham ke?"soal Nafisa.Ego lelaki Fakhrul rasa dicabar.Amarahnya meningkat lagi.Makin membuak-buak.Dia tak boleh menahan lagi.

PANGG!

Terasa hangat tangan Fakhrul.Nafisa merasakan pipinya sakit.Pertama kali dia ditampar oleh lelaki.Ayahnya tak pernah menampar pipinya.

Cecair hangat yang terkeluar di hujung bibir Nafisa dikesat dengan lembut.

Sakit.

"PUAS HATI KAU! KAU MEMANG SIAL! BETINA SUNDAL!"Fakhrul menunjal kepala Nafisa.Hampir jatuh Nafisa dibuatnya.

Puas hati Fakhrul mengutuk dan mengeji isterinya.Kisah apa dia? Dia hanya mahukan gadis itu terima balasan.

Fakhrul terus beredar dari bilik itu.Nafisa menangis kembali.Dia berasa sedih.

'Kenapa?Kenapa?Ya Allah, tolonglah kebalkan hatiku dengan kesabaran.Hiasi hatiku dengan alunan zikir.Agar.Agar aku dapat tempuhi hari-hariku.'

Air mata dikesat lagi.Sakit dibibir dibiarkan.Hatinya lagi sakit apabila dikeji sedemikian.


Selepas beberapa minit...

             "Wei! Kau tidur kat bilik bawah.Kau ingat aku nak tidur dengan kau?Jijik aku!"arah Fakhrul.Sambil membelek Iphonenya.

Nafisa terus mengambil beg bagasinya dan beredar ke bilik tersebut.Dibuka pintu bilik.

Simple tapi kemas.Katil queen.Ada tandas.Hati Nafisa ucap bersyukur.Jika tiada tandas dan bilik mandi dalam bilik ni, dia terpaksa bersemuka dengan Fakhrul di dapur.

"Alhamdulillah."

Nafisa terus mengambil baju dan seluar. Dia beredar ke bilik mandi.Berpeluh badan dengan baju pengantinnya yang labuh.


               "Amin..."Nafisa menyudahkan doa dengan ucapan 'Amin'.Tak lama selepas itu, ada satu panggilan.

Dia mengambil Iphone 8 itu lalu membuat panggilan semula.

"Assalamualaikum, ibu Rina."tenang dan mendatar sahaja suara Nafisa memberi salam.Dia sebenarnya tidak mahu Ibu Rina risau dengan keadaan rumah tangganya.

"Waalaikumussalam, Nafisa.Ibu Rina nak tanya sesuatu pada Nafisa."jawab Ibu Rina.

"Ye. Ibu Rina tanya je. Tak mengapa, Nafisa takkan ambil hati."

"Kenapa ayah Nafisa hendak memutuskan pertunangan Nafisa dan Adam?" soal Ibu Rina. Hati Nafisa sekali lagi diselebungi dengan rasa bersalah dan sedih.

"Sebab... sebab Nafisa terpaksa berkahwin dengan majikan Nafisa sendiri." jawab Nafisa dengan tersekat-sekat.

"Cuba Nafisa ceritakan apa yang terjadi sebenarnya." soal Ibu Rina dengan lemah-lembut. Takut terguris hati si gadis itu.

"Mmm... Nafisa tak nak menyusahkan Ibu Rina." ujar Nafisa dengan rasa bersalah. Makin bersalah hatinya. Air mata bergenang. Hampir tumpah air matanya. Cuma dia perlu tahan agar Ibu Rina tak merisaukan keadaannya.

"Nak, Ibu Rina sayangkan Nafisa macam anak Ibu Rina. Cuba Nafisa ceritakan kepada Ibu. Insyaallah, mungkin Ibu boleh bantu selesaikan masalah Nafisa." Hati perempuan Marina tersentak. Dia betul-betul merisaukan Nafisa. Jarang sekali Nafisa bersedih sebegitu.

"Baiklah bu.Sebenarnya..."



TBC




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro