Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 7 [Alhamdulillah]


                     Mata kucuba bukakan.Susahnya.Kucuba sekali lagi.Alhamdulillah.Berjaya juga.

Lalu kupandang ke arah satu susuk tubuh yang sedang tidur di sebelah kiriku.Seakan aku kenal.Ye,dialah yang banyak berkorban untukku.

"Nafisa"

Gadis itu telah terbangun dari lelapnya.Dia menggosok matanya.Mungkin tak percaya apa yang berlaku di hadapannya.

"Adam!Kejap ye saya nak panggil nurse."Gadis itu terus berlari dan keluar ke wad.

"Alhamdulillah ya Allah Kau memberi ku satu peluang lagi."ucap syukur Adam.


                    Fail-fail dihadapannya hanya dibiarkan.Otaknya serabut memikirkan masa depannya bersama si Nafisa.'Kau tengoklah apa jadi kat kau.Aku takkan biar kau bahagia.'

"Arghhhhhh!!Damn! Kau memang cari nahas dengan aku!Tunggu kau!"Jeritan Fakhrul di office.Mujur Datuk Adnan dah bersara,tidak memang masaklah Fakhrul

 Tangan menggegam penumbuk.Fakhrul betul-betul naik angin.Tak lama lagi.



                      "Alhamdulillah,pesakit dah sedar tapi macam yang saya katakan Puan Marina dan Cik Nafisa perlu berada di sisi dia untuk memulihkan kelumpuhan."ucap Doktor Raziq dengan tutur kata yang sederhana.

"Yelah,doktor.Kami amat berterima kasih kat doktor.Apa-apa nanti saya bagitahu kat doktor ya?"Sungguh gembira hati Puan Marina.

"Ye puan.Saya minta diri dulu."kata Doktor Raziq lalu beredar.

Pintu dikuak .Terpampang wajah Puan Marina dan Nafisa.Mereka berdua duduk di atas sofa tersebut.

Adam mahu bersandar tetapi badannya seakan terasa berat.Dicuba lagi tetapi tak boleh dari paras pinggang hingga ke kaki memang tak boleh bergerak.Adam terus sentuh kakinya.Memilukan hatinya adalah kakinya tak dapat merasai sentuhan tangan Adam.Apakah..

"Ibu,kenapa dengan kaki Adam?Kenapa bu?"Adam terus menyoal dengan nada yang marah.

Puan Marina segera bangun dan terus menenangkan anak saudaranya.Adam telah sedar tetapi nikmat untuk kakinya telah ditarik oleh Allah.

"Adam.. sebenarnya.. Adam lumpuh separuh badan.."Sayu hati Puan Marina apabila memandang anak saudaranya itu.

"Ya Allah.. nilah balasan yang Kau berikan kepadaku.. nikmat kakiku telah pun Kau tarik."Adam menangis sesal.Sesal apa yang dilakukannya pada tahun-tahun yang lalu.Dia kaki clubbing.Kakinya berkali-kali jejak di atas tempat yang kotor itu.Lalai,apa yang dia tahu adalah zaman muda kena enjoy.

"Nak jangan cakap macam tu.Adam rehat ya?Jangan fikirkan semua ni.Adam cuba redha dengan apa yang Allah berikan pada Adam.Insyaallah,Adam dapat melalui rintangan hidup Adam."ucap Puan Marina dengan memberi suntikan semangat kepada Adam.

"Ye ibu.Adam akan berusaha.Boleh ibu tinggalkan Adam dengan Nafisa?"soal Adam.Dia hendak cakap sesuatu kepada Nafisa.Sesuatu yang penting.

"Ye nak."Puan Marina meninggalkan mereka berdua di wad itu.Lalu ditutup pintu.

"Awak,"panggil Adam kepada Nafisa.

"Duduk di sini.Kerusi di sebelah saya."

Nafisa terus bangun dan mengikut arahan Adam.Dia amat bersimpati dengan keadaan Adam.Adam terus bersandar.Dia menarik nafas panjang lalu dilepaskan dengan perlahan-lahan.

"Nafisa,awak terima lagi ke saya?Saya tiada keupayaan untuk berjalan,berlari seperti dulu.Adakah awak terima saya?"soal Adam dengan penuh rendah hati.

"Adam,walau macam mana pun saya tetap terima awak."jawab Nafisa.Dia sebak apabila Adam bertanya soalan itu walhal tak lama lagi dia akan menjadi milik orang lain.Di saat dia bergelar tunang kepada Adam.

"Terima kasih Nafisa.Awak banyak berjasa kepada saya."Adam rasa terhutang budi kepada Nafisa.

"Sama-sama.Semua ni berlaku pasti ada hikmahnya."ujar Nafisa.

"Hmm.. dahlah saya lapar boleh awak ambilkan makanan itu."Adam terus menunjuk ke bubur di atas meja di hadapannya.

Nafisa terus mengambil semangkuk bubur.Lalu diberi kepada Adam.

"Alaa... suaplah kat saya.Bukan selalu pun awak nak suap kat saya."omel Adam.'Hish comellah Nafisa ni.Geram aku!'

"Awak bukan sakit kat tangan pun.Makanlah sendiri."jawab Nafisa.Apalah tangan tu elok je suruh suap pulak?

"Please... bukan selalu."

"Yelah yelah.Bismillah."Sudu yang berisi bubur disuakan pada mulut Adam.

"Bismillahhirrahmannirahim.Amm"

"Mmmm sedapnya.. ni mesti awak buatkan?"teka Adam.Bubur ayam itu memang sedap.

"Yelah.Kalau makanan hospital kan kurang sedap.So saya buatkan untuk awak."jawab Nafisa.'Ni puji-puji konfirm nak aku suapkan dia hari-hari.'

"Saya dah agak.Kalau macam ni lepas saya kahwin dengan awak habislah,hari-hari makan masakan sedap awak."kata Adam.Disuakan lagi sesudu bubur kepada Adam.

"Apa pulak?Kahwin tu nanti.Ni sekarang awak kena sihat baru discharge."

"Yelah,"kata Adam.Dalam hati dia berucap riang,untunglah siapa dapat kahwin Nafisa.Mestilah dia kan??


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jangan lupa vote,komen bebanyak dan ingatkan author utk update selalu.

Bye!😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro