Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 11 [ Hazirul ]


                           "Nafisa, boss panggil awak." kata Hazirul. Betapa kecewanya Hazirul. Dia memendam rasa cinta kepada Nafisa tetapi hatinya sedih apabila dia terdengar perbualan diantara Zahra dan Nafisa.

Sejak Nafisa bekerja di firma ini lagi Hazirul menyukainya. Selalunya Hazirul memberi hint tetapi Nafisa hanya menganggap Hazirul adalah teman biasa.

"Ohh baiklah." Nafisa beredar ke bilik office Fakhrul.

Pintu diselak untuk memasuki bilik pejabat Fakhrul. Nafisa terus memasuki ke dalam apabila diberi arahan untuk masuk.

"Mana fail rumah ibu Syakir?" soal Fakhrul. Mulutnya berkata kepada Nafisa tetapi matanya asyik melihat Macbook miliknya.

Nafisa terus meletakkan fail di depan Fakhrul. Lebam di hujung bibir masih lagi terasa sakit. Sebab itulah Nafisa hanya berdiam diri apabila berjumpa Fakhrul. Takut selepas ini dia akan dipukul lagi.

"Seronoklah kau kan? Jadi isteri kepada CEO Adnan Holdings? Suami kaya, berduit dan kacak? Kan?!" soal Fakhrul dengan nada tinggi seoktaf.

Nafisa hanya berdiam diri. Baran Fakhrul datang lagi menerjah ke hati Fakhrul. 

'Ya Allah selamatkan hambamu ini.' 

"Aku tanya ni! Seronok kan dapat suami kaya? Kau kan pandang duit?! " 

Fakhrul mendekati Nafisa. Dia mencempung dagu Nafisa. Nafisa berasa sakit yang amat pada dagunya. Lebam di hujung bibir bertambah sakit.

"Awak.. sakit.. Lepaskan saya..." Nafisa merayu. Sakitnya hanya Allah yang tahu.

Fakhrul terus melepaskan cempungan itu. Nafisa memegang dagunya. Dia terus beredar dari bilik office itu. Dia mahu melindungi dirinya dari terkena baran Fakhrul lagi.


       " Nafisa, waktu balik ni. Kau tak nak balik ke?" soal Zahra kepada Nafisa. Nafisa tekun membuat kerja. Baginya, kerja adalah amanah dan amanah mesti terlaksana dengan bersungguh-sungguh agar tidak terlepas.

"Ohh sat. Sikit ja ni." jawab Nafisa. Pantas Nafisa menaip lalu disimpan hasil kerjanya di dalam folder.

"Done! Ok jom balik! " ajak Nafisa. Lalu dia terus mengambil beg tangannya dan disilangkan. 

Zahra dan Nafisa terus keluar dari pejabat itu.


       Nafisa meletakkan beg di atas meja solek. Dia merenung kosong. Di balkoni sendirian, Nafisa terus merenung ke arah awan. Terimbas di kepalanya kenangan-kenangan bersama Adam, sehinggalah dia teringat kata-kata itu.

"Awak tau tak, orang pertama yang tampar saya adalah orang yang paling saya benci." kata Nafisa sambil merenung ke arah awan.

"Ye ke? Tetapi saya bukan macam tu. Saya takkan naik tangan kat awak. Sebab awak adalah orang yang paling saya sayang." kata Adam. Dia juga merenung ke arah awan.

"Alah, nak tunjuk gentleman pulak awak ni." 

"Betul ape. Seorang lelaki akan menampar seseorang wanita mengikut syarat dan situasi. Jadi,  saya takkan tampar awak. Sebab saya tahu hati awak ni baik." kata Adam lagi.

"Ek eleh betul ke? Ke awak nak makan cubitan saya ni?" kata Nafisa sambil menunjukkan signal cubitan.

"Tu tak nak. Awak cubit macam ketam. Sakit sangat! Eeee.. saya tak nak. Tapi kalau pegang tangan awak saya nak."  ujar Adam.

"Apa? Kan kita dah janji, selagi belum kahwin selagi itulah awak tak boleh sama sekali sentuh saya." kata Nafisa. 

"Ouhh betul je eh? Saya lupa. Kalau saya sentuh sekarang, nanti bila dah kahwin saya nak sentuh apa pula?" ujar Adam.

 Kini, Nafisa memandang muka Adam.  Wajah Adam tiada cacat cela. Wajahnya boleh memukau setiap pandangan mata. Terutama sekali bagi perempuan.

"Tau pun! Nanti kalau awak buat perangai saya cubit sampai berpuluh-puluh kali." amaran Nafisa.

"Tak nak! Cubitan awak sesakit cubitan ketam! Tapi awak cantik. Cubitlah dekat saya, ia seakan cubitan yang singgah di hati saya. Cewah!" kata Adam. Sempat lagi bermanis-manis dengan Nafisa.

"Euwwww... gilelah! Dahlah layan awak ni sampai esok pun tak habis." 

Nafisa berjalan meninggalkan Adam. 'Nak sangat bersweet-sweet dengan aku. '

"Awak tunggulah saya! Saya tak habis cakap lagi ni! Awak!" jerit manja Adam. 

"Lantak awaklah!" Nafisa berjalan lebih laju. Biar Adam mengejarnya.

Adam berlari ke arah Nafisa. 'Laju betul dia ni berjalan'


             Nafisa tersenyum sendirian. Kenangan itu terpahat di hatinya. 'Kalaulah aku sekarang ni isteri Adam...'

 Nafisa terus berubah emosi. Hatinya dilanda ribut kesedihan. Dahulu, hidupnya dihiasi kebahagian keluarga dan seorang lelaki iaitu Adam. Kini, dia dilanda kesedihan. Dibuang keluarga, dan menjadi isteri kepada lelaki yang sedetik pun dia tidak menyayangi apatah lagi mencintainya.

'Nafisa, kau kena kuat! Semua ni ujian Allah kat kau. Ingat Allah Nafisa. Ingat suami kau. Kau berdosa mengingat Adam kerna itu adalah bisikan syaitan untuk kau berdalih kepada Adam. Kau kena kuat!'


Setakat itu ini sahaja yang saya update. Esok nak update Mr.Boss pula.Bye bye! Jgn lupa vomment untuk menaikkan semangat saya!



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro