Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 8 - Naaz

"NAAZ..."
Pantas Naaz menoleh ke belakang apabila namanya dipanggil. Melihat wajah gadis yang tersenyum riang menghampirinya Naaz segera menegakkan tubuh agar lebih selesa. Cawan berisi jus oren diletakkan di tepi meja sambil dia duduk menyilang kaki.
"Tiga bulan baru kau tunjuk muka.." perli Hana mengambil tempat duduk di hadapan Naaz. Naaz bersahaja sambil memerhati gerak geri Hana meletakkan beg tangan di sisi meja dan mengeluarkan telefon bimbit di atas meja.
"Okey tak bisnes kita?"
"Aku tunggu kau tanya yang aku ni okey tak."
Naaz tersengih kecil. "Kau okey tak?"
"Alhamdulillah macam dulu lagi, sihat wal'afiat dan belum ada kekasih hati." Hana tergelak-gelak menerangkan statusnya itu.
Dari kecil dia kenal Naaz dan dia sangat faham selok-belok jika hendak berkawan dengan Naaz. Walaupun banyak orang menganggap Naaz jahat dan Naaz keji jika kena caranya Naaz juga mampu menjadi sahabat yang baik. Malah kadang-kadang kerana Naaz dia terasa hidupnya lebih mudah dan senang. Dari dulu kalau dia dibuli atau dicaci oleh orang lain Naaz yang menjadi tulang belakangnya. Siapa yang berani mengusik Naaz cuba? Angin Naaz bukan boleh dibawa berbincang, kalau dah ribut datang orang lain akan gerun kerana tindakan Naaz kadang-kadang di luar keberanian insan biasa.
Cuma Hana juga perlu berhati-hati kerana tingkah Naaz tidak terduga dengan apa yang ada di kepalanya. Dia juga berdoa agar suatu hari nanti Naaz akan berubah menjadi seorang yang memahami tidak self-centre seperti ini. 
"Kau bila berhenti kerja dengan MAS sebab aku tak larat nak uruskan kilang tu seorang diri.."
Naaz mengeluh kecil. "Aku kahwin nanti aku stay lah kat sini.."
"Tapi bila masanya kau nak kahwin dah kau pun baru putus dengan Captain Adriz, kan?"
Mencuka wajah Naaz mendengar komen temannya itu.
"Mana kau dapat berita ni?"
"Aku dengar-dengar cerita ajela."
"Jadi kau nak dialah ni?" Soal Naaz serius. Hana menaikkan bahu.
"Kalau kau tak kisah why not? Tapi aku tahu kau kisah jadi aku tak nak ambil risiko besar tu." Hana tersengih lebar.
"Aku tak suka kalau kawan aku ambil bekas aku, Na. You knew that are'nt you?"
"Bekas aje pun bukannya sebelum kau aku yang pasang ikan.. Oh ya minggu depan publisher baru nak berbincang pasal kontrak printing novel dia orang. Khabarnya cetak 1000 aje dulu sebelum dia orang naikkan peringkat demi peringkat."
"Bincang pasal harga atau apa?"
"Yup pasal harga dan kontrak."
Naaz mengeluh kecil.
"Harga tak boleh turun kau tahu, kan?"
"Publisher baru, Naaz. Perempuan pula tu. Melayu, sama macam kita. Nak naik tu susah Naaz jadi apa salahnya kita beri peluang seperti publisher lain beri kita peluang sewaktu kita nak bertapak. Kau tahu berapa banyak kesilapan kita masa cetak bahan dia orang dulu?" Walaupun Naaz jarang berada di JB untuk menguruskan kilang mereka tetapi Hana berasa bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada Naaz mengenai perkembangan kilang mereka kepada Naaz.
Naaz mengangkat bahu. "Tak untung kalau kita asyik beri orang lain peluang."
"Aku janji lepas dia orang kukuh sikit kita naikkan harga."
"Family kau ke yang buat publisher tu?"
Hana tersengih kelat. "Nope, my friend la."
"Kalau dia orang tak untung macam mana? Penerbitan novel ni dah berlambak sangat aku tengok, kalau publisher tu hangat-hangat tahi ayam tak lama aje dia orang senyap terus."
"Kita dulu pun susah, kan?"
"Mana ada susah pun."
Hana mencebik kecil. "Memanglah tak susah bila orang besar yang tolong kau.."
"Hana kau punya ayat ni agak kasar aje bunyi..."
"Ops sorry, tak berniat nak kecilkan hati kau pun Naaz. Aku cakap benda yang betulkan? Memang orang besar tolong kilang kita untuk maju sampai boleh beli peralatan canggih-canggih untuk percetakan. Tu pasal aku suka kawan dengan kau ni."
Terjuih bibir Naaz mendengar kata-kata pujukan Hana. Nasib baik dia dan Hana sudah kenal lama kalau orang lain mahu disiram dengan jus oren di hadapannya yang sudah tinggal separuh itu.
"Aku turunkan sikit aje Naaz boleh ya? Kita tolong sesama makhluk. Kitakan selalu ambil kesempatan orang lain jadi sekali-sekala kita buat baik pula, kan?" Hana masih cuba berusaha memujuk temannya itu.
Lagipun bukan dia suka-suka nak ambil projek penerbitan baharu itu tapi benda ni pun untuk kebaikan kilang mereka juga. Di dalam buku tu nanti terang-terang tercetak nama syarikat percetakan jadi itu juga boleh menjadi medium untuk mempromosikan kilang percetakan mereka berdua. Kalau dah ada nama yang gah rasanya bukan setakat penerbitan sekarang ni aje yang masuk tetapi penerbitan yang sudah ada nama pun berkemungkinan akan menghantar kepada mereka juga.
"Kita makan dulu ae? Aku bosan dengar kau berleter benda yang sama."
"Kau belanja."
"Yalah..."
Hana tersenyum lebar. Naaz yang sedang memanggil pelayan itu dipandangnya penuh minat.
"Kau nak makan apa ni?"
"Apa-apa pun boleh sebab kau yang nak belanja." Balas Hana lembut.
Selesai Naaz memesan makanan Hana mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangan.
"Naaz," seru Hana sambil menekan-nekan skrin telefon bimbitnya. Setelah benar-benar memastikan Naaz memandang wajahnya, Hana berdeham kecil.
"Naaz, kalau aku kacau Adriz tu memang tak boleh langsung ke?" Soal Hana lagi. Naaz terkedu dengan pertanyaan sahabatnya itu.
"Boleh tak?"
Kalau dia mahu sebenarnya dia tidak perlukan kebenaran dari Naaz tapi dia kenal Naaz luar dan dalam. Hana belum berminat untuk mengucar-kacirkan persahabatan mereka yang telah lama terjalin. Kalau dia keluar dengan Adriz tanpa persetujuan Naaz mungkin Naaz akan mengajarnya cukup-cukup. Lebih dari itu mungkin kilang mereka berdua dibakar hangus oleh Naazneen Fatah. Mana mungkin dia membenarkan keadaan itu terjadi kerana kilang itu hasil titik peluhnya sendiri. Naaz hanya mengeluarkan modal dan meminta pertolongan orang-orang besar yang sudah bertapak lama di dalam bidang percetakan. Selebihnya Hana yang menguruskan.
"Kau contact dia atau dia contact kau?" Soal Naaz tanpa berselindung lagi.
"Kita orang belum contact tapi hari tu aku jumpa dia dan dia kata dia dah putus dengan kau."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro