BAB 7 - Hidayah
10 minit telah berlalu. Naim menilik lagi jam di tangan sambil menelan roti yang diberikan oleh pramugari MAS sewaktu berada di dalam penerbangan tadi. Dilipatnya surat khabar yang telah lama ditelaah satu persatu kemudian diletakkan di atas mejanya.
"Naim how are you?"
Hampir tersedak Naim apabila ditegur oleh gadis berpakaian seragam pramugari itu. Naim mengangkat muka dan sekali pintas dilihat tag nama yang tersemat kemas di dada wanita itu.
"Naazneen?" terluah juga di bibirnya nama wanita itu.
"You baca name tag I?" Berkerut dahi wanita itu. Naim lempar pandangan ke wajah Naaz agak lama. Rupa Naaz agak berbeza sehingga dia hampir-hampir kurang percaya wanita di hadapannya itu adalah Naazneen yang 'dikenalinya'. Perawakan Naazneen yang ini lemah-lembut dan sopan-santun tidak seperti Naaz yang berani berpakaian seksi di atas lutut dan baju yang mendedahkan bahu dengan solekan berat di mata dan bibir.
"Kali ini I betul-betul tak kenal you," Naim tersenyum kecil. Naaz yang melihat sekadar mengetap bibir menahan debaran di dada. Bersorak riang hatinya apabila pertama kali melihat Naim tersenyum.
"Yang hari tu you mengaku buat-buat tak kenal I lah ya?" Soal Naaz lembut.
Naim termangu kecil. Bijak pula wanita di hadapannya ini meneka apa yang bermain di kepalanya kelmarin. "You pramugari?"
Naaz mengangguk kecil. "You tak tahu sebelum ni I pramugari?""
Naim mengangkat bahu. Manalah dia tahu lagipun Naaz kan ada usaha sama dengan syarikatnya jadi dia fikir memang kerja Naaz bussiness women lah.
"I ada mentioned I work for MAS masa jumpa dato' dan Uncle Aznal dulu."
"I tak bagi perhatian masa you cakap jadi I dah lupa fasal you." Ucap Naim selamba. Dia ingin melihat sejauh mana kesabaran Naaz melayani perangainya kerana selama ini sekiranya dia dihidangkan dengan wanita-wanita yang meminta perhatian Naim tidak teragak-agak untuk menyakiti hati mereka dengan kata-kata yang berbisa. Adakalanya dia dihidang dengan perangai tak semengah wanita-wanita cantik yang terus merajuk dan enggan bertemu dengannya semula. Tipikal gadis gedik mungkin... Tersungging senyuman sinis di hujung bibir.
"I tak kisah sebab you jenis hidup dalam dunia you sendiri.." komen Naaz geram. Sudahlah mengaku tidak memberi perhatian boleh pula lelaki itu tersenyum senget seakan-akan sengaja menduganya kesabarannya, memang Naaz rasa mahu menjerit agar Naim melayannya bagai puteri raja. Memang. Tetapi kalau dia buat begitu bukankah nanti dia akan menjadi perhatian seluruh warga kapal dan yang pasti dia sendiri yang bakal menanggung malu.
"Dari kecil lagi I macam ni, Naaz." Ucap Naim selamba. Kalau tempoh hari dia melenting gara-gara dikatakan gelap tetapi hari ini dia tidak mahu cepat melenting lagi. Naim tahu gadis seperti Naaz akan meluahkan apa yang berada di dalam kepalanya secara spontan jadi lebih baik agar dia bijak mengawal perasaan.
"So you masih single?" Soal Naaz berani. Naim termangu sebentar.
"Kenapa?"
Naaz menghulurkan senyuman kecil. Hai, takkan takut aku mengurat kut? "I tanya aje.."
"Jawapannya tiada jawapan untuk soalan you tu. You tak kerja ke Naaz sebab I tengok kawan you yang tadi macam sibuk aje kat belakang.."
Naaz melemparkan pandangan ke arah belakang. Su Ann sedang mengemaskan cabin belakang seorang diri.
"Macam mana you boleh tengok belakang bila mata you ke arah I?" Soal Naaz hairan.
"I ke yang hidup dalam dunia I bila you tak tahu apa yang terjadi dengan sekeliling you?"
"Jadi, you single lagi?" Naaz bertanya tanpa mengendahkan sindiran Naim itu.
"I dah kata I tak ada jawapan."
"Sebab you ada kekasih hati?"
"Mungkin."
"Ada isteri?"
"Mungkin juga."
"Ada tunang?"
"Ya, I ada tunang." Balas Naim malas. Makin di layan makin berani pula Naaz bertanya. Percaturan Naim yang tadinya sekadar menduga kesabaran Naaz bertukar rentak. Dia terasa dia perlukan status untuk melindunginya daripada gangguan wanita itu. Dia bukannya bodoh untuk menilai renungan mata Naaz yang jelas-jelas menunjukkan bahawa wanita itu seolah-olah berminat kepada dirinya.
"Tunang aje?"
"Sedikit masa lagi isteri.."
"Then I will be your guest."
"Sure why not."
Naaz tergelak kecil.
"I will be your check-mate, Naim."
"You dah ada boyfriend."
"Not anymore. Dah putus semalam." Naaz tersenyum lebar. Satu hari nantii, Naim. Satu hari nanti you akan tahu kehebatan Naazneen Fatah. Jangan pandang kemampuan I sebelah mata saja.
Naim merenung mata Naaz dalam. Untuk ayat Naaz tadi tiba-tiba dia rasakan bahawa wanita itu benar-benar serius dan Naim tahu dia perlu menghentikan permainan Naaz sebelum wanita itu benar-benar memaknakan kata-katanya.
"Jangan ganggu I lagi boleh?" Pinta Naim ringkas.
"Huh?" Naaz tercegat membalas renungan Naim tajam. Hatinya sedikit tercalar namun cepat-cepat dia mempamerkan riak biasa. Kalau sampai Naim melihat perubahan di wajahnya tadi tentu dia bakal diketawakan lelaki itu.
"I sebenarnya tak kaya mana pun. I kerja di ladang jadi bakal isteri I kena tinggal di ladang. I ada banyak cousin yang boleh uruskan syarikat induk TJ Group sebelah Dato' Adham Marzuki. I rasa you dah buang masa you dengan I, Naaz."
Naaz melemparkan pandangan kosong ke arah Naim. "You ingat I nak mengayat you ke?"
Naim mengangkat bahu.
"Penumpang you dah datang I rasa you ada banyak kerja untuk dibuat, kan?" Soal Naim menilik jam tangannya. Transit 20 minit sahaja tetapi Naim rasa bagai dua jam lamanya.
"You takkan boleh mengelak dari I selama-lamanya, Naim."
Naim menyandar tubuh dan memejamkan mata berpura-pura untuk tidur. Ah, perempuan seperti Naaz boleh datang dan boleh pergi bila-bila masa yang mereka suka. Walaupun dia tak tahu apa motif Naaz menghampirinya tetapi Naaz tidak akan berjaya mengganggu gugat kehidupannya sampai bila-bila. Sejak dari mula wanita bernama Naaz itu telah mendapat tempat di hatinya. Bukan untuk dicintai tetapi untuk dibenci semata-mata.
Apabila Naim membuka mata dia melihat kelibatan Naaz sudah tiada. Di tolehnya ke belakang Naaz sedang sibuk mengarahkan penumpang untuk meletakkan beg di atas dan duduk di tempat masing-masing bagi mengelakkan traffic di laluan sempit tubuh pesawat kecil itu. Naim menghela nafas panjang. Perempuan seperti Naaz sangat hipokrit. Sekejap sahaja sudah bertukar watak dan silap besar Naaz sekiranya berfikir dia mampu mendekati Naim Khair.
Meja yang berada di hadapannya dilipat dan surat khabar diletakkan di dalam poket belakang tempat duduk di hadapannya. Naim teringatkan mamanya, teringat Hidayah yang akan dilamarnya sedikit masa lagi. Senyuman Hidayah sudah mampu bertapak di hatinya dan dia mula membina harapan agar Hidayah menerima lamarannya itu nanti.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro