BAB 6 - Kurang ajar!
KURANG ajar! Getus hati Naaz geram. Beg di tangan diseret ke atas tar jalan.
Kurang ajar! Sekali lagi hatinya membentak apabila terbayang kelibatan Naim yang berlalu begitu sahaja tanpa memperdulikan panggilannya di kompleks membeli belah semalam.
Kurang ajar gila! Jerit Naaz bergema di segenap inci tubuhnya. Mata cuba dikatup rapat untuk menjauhkan dia daripada bayang-bayang yang mengejar tetapi semakin cuba dia lupakan bayangan semalam, semakin rajin pula dia membayangkan dirinya mengejar Naim ketika berada di kompleks membeli belah tempoh hari dan lelaki itu langsung tidak mengendahkannya. Dia rasa tercabar! Tidak pernah Naaz rasakan seumur hidupnya perasaan sebegini. Terasa maruahnya diinjak-injak walaupun dia baru dua kali ketemu dengan lelaki ittu. Naim Khair langsung tidak mempedulikan Naazneen Fatah. Believe it or not he was ignoring you, Naaz! Damn true! Bisik separuh hati Naaz mencabar dirinya sendiri.
"Naaz you ke mana?"
Lamunan dan kemarahan Naaz serta-merta pecah. Naaz menoleh ke belakang. Sejenak dirasakan mukanya kebas. Malu tertangkap lalai dengan keadaan sekeliling.
"Tangga di sini. You nak buat apa ke belakang kapal tu?" Soal Su Ann lagi kerana kehairanan melihat Naaz yang berjalan melepasi tangga kapal terbang mass wing ATF 275 itu.
"Sorry, I tak sihat sikit hari ni." Naaz mencipta alasan sebelum bergegas naik ke anak tangga kapal terbang itu. Syukurlah hari ini hanya dia dan Su Ann sahaja yang bertugas di dalam kapal terbang dari Miri ke Kuching transit sekejap di Bintulu, kalau tidak malu besar dia dengan kru-kru lainnya.
"You okey? I tengok you tegang aje..." Su Ann menyoal prihatin. Naaz menggeleng kepala tersenyum kecil.
"I okey."
Tidak lama kemudian Naaz berdiri di sisi pintu kapal untuk menyambut penumpang dengan senyuman lebar manakala Su Ann berada di dalam kapal untuk membantu penumpang-penumpang mencari lokasi tempat duduk. Sepanjang masa itu Naaz hampir-hampir sahaja menunjukkan wajah malas tetapi apabila terfikir bahawa dia sedang bekerja cepat-cepat dimaniskan semula wajahnya.
Seorang demi seorang yang masuk dan akhirnya mata Naaz terpaku kepada wajah lelaki yang membuat tidur malamnya tidak lena. Dia terkejut. Benar-benar terkejut melihat seraut wajah Naim bersahaja melangkah masuk ke dalam kapal terbang tanpa mempedulikan dirinya.
"Naim..." panggil Naaz spontan tetapi Naim terus berjalan masuk ke ruangan penumpang. Naaz menggigit bibir geram. Dicampur dengan kemarahannya tadi dan sekarang pula dia masih lagi tidak diendahhkan lelaki itu, semakin sakit hati Naaz. Mahu sahaja dia menendang-nendang kaki lelaki itu. Kalau boleh Naaz mahu mencampakkan tubuh Naim keluar dari pesawat yang di dudukinya kini.
"Naaz are you okay?" tegur Su Ann tiba-tiba. Naaz terkebil-kebil menggelabah menatap wajah Su Ann.
"I'm okay, Su..."
"I hope so. I don't want to serve them lonely ya."
Naaz mengangguk-angguk. Setelah kerja-kerjanya selesai dan kapal terbang hampir mahu berlepas, Naaz memasangkan video keselamatan dan berdiri di belakang. Ralit dia tercari-cari Naim di tempat duduk yang menempatkan seramai 64 orang penumpang itu kerana sewaktu dia mengira penumpang tadi dia tidak perasan di mana tempat lelaki itu berada.
"I duduk di depan Su." Ucap Naaz apabila matanya terpandang kelibatan Naim di baris paling hadapan. Senyumnya mekar di bibir.
"Okay.."
Naaz melangkah kaki ke hadapan dan menarik tempat duduk ke tengah. Memang kerusi itu disediakan terlipat ke dinding kerana untuk menjimatkan ruang. Dia menarik ganggang telefon perlahan sambil melirik ke arah Naim yang sedang membaca surat khabar. Jual mahalkah lelaki ini atau masih berpura-pura tidak mengenali dirinya?
"Cabin Cru have been seated for take off." Ucap Naaz dan kemudian meletakkan ganggang telefon di tempatnya semula.
Dia duduk tegak sambil menarik tali pinggang keselamatan. Matanya masih terarah ke wajah Naim yang berada di sebelah kirinya di barisan yang pertama tetapi Naim masih lagi leka dengan bacaannya. Jika tidak mengenangkan dia berada di dalam kapal terbang dan bertugas sebagai pramugari sudah pasti dia menarik surat khabar itu dan memaksa Naim untuk memandang ke wajahnya.
"Tuan-tuan dan puan-puan lampu isyarat tali pinggang keselamatan baru sahaja dimatikan..."
Pengumuman Su Ann menyentakkan lamunan Naaz buat seketika. Mata Naaz kembali jatuh ke wajah bersih Naim. Dia langsung tidak menyangka Naim akan menaiki kapal terbang ini untuk kembali ke bumi Kuching walhal baru sahaja tadi Naaz teringat-ingat tentang lelaki itu. Kecilkan dunia? Naaz tersenyum puas walaupun dia tidak tahu perisa apa sebenarnya yang bermain di dadanya kini. Sakit hati kah namun kenapa saat dia menghadap wajah itu terasa dia diasak satu perasaan untuk memiliki?
Wajah Naim di tatap penuh teliti. Naim yang tenang itu tiba-tiba sahaja mengetuk ruang pintu hatinya. Tiba-tiba sahaja nampak kacak di ruang matanya. Suara Su Ann sudah menjauh dari deria pendengaran Naaz. Semuanya terasa kabur tiba-tiba dan yang tinggal hanyalah Naim di ruang matanya.
Senyuman segaris terguris di hujung bibir. Kepalanya sedang memeta sebuah perancangan dan Naim tidak terlepas untuk kali ini. Sekurang-kurangnya sampai Naim tertunduk dengan telunjuk milik Naazneen Fatah!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro