Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 5 - trophy

"Naim, you tak kenal I lagi? Dua bulan lepas kita jumpa..." kata-kata Naaz terhenti saat kakinya mencecah permukaan lantai. Naim berjalan tanpa mempedulikan kata-katanya.
"Naim you tak kenal I lagi? I Naazneen Fatah," Naaz terus mengejar Naim. Sebenarnya dia bukan nak sangat pun mengejar Naim tetapi sengaja dia mahu menunjukkan kepada Adriz yang dia mampu mendapatkan mana-mana lelaki yang dia mahu dan tidak kurang hebat seperti lelaki itu juga.
"Maaf.. I lupa." Naim bersuara ringkas sambil mengerut dahi. Hampir tergelak dia dengan lakonannya sendiri. Mana mungkin dia terlupa dengan wanita bernama Naazneen Fatah itu.
Melihat sahaja wanita itu yang tiba-tiba berdiri di sisinya di atas tangga ekskalator terus dia teringatkan wanita yang berpakaian seksi semasa majlis pelancaran anak syarikat TJ Group. Tetapi Naim juga bukannya jenis yang cepat mesra dengan orang lain jadi jangan salahkan dia jika dia tidak melayan wanita itu. Baru bergaduh dengan kekasih sempat pula mengejar dirinya.
"I Naazneen dan kita pernah bertemu masa dinner TJ Group... You nampak makin gelap, Naim."
Naim mengetap bibir mendengar komen Naaz. "I duduk kat ladang kelapa sawit memanglah gelap."
"You tak nak nombor telefon I?"
Langkah Naim terhenti. Naaz ikut menghentikan langkahnya sambil menggigit bibir.
"Er, maksud I, I nak nombor telefon you..." terang Naaz pantas. Sempat dia menoleh ke belakang dan dilihatnya Adriz berdiri di sisi tangga ekskalator sambil memandang dia dan Naim dari jauh.
"You nak buat apa dengan nombor telefon I?"
"I nak call you kalau ada apa-apa. Bisnes mungkin?"
"I rasa bisnes you di JB kan?"
Naaz terdiam.
"Nombor telefon Encik Aznal sudah cukup rasanya." Ucap Naim sinis sebelum menyambung langkahnya. Naaz terkejut dengan nada sindiran Naim kepada dirinya. Apa salah dan silap dia kepada lelaki itu sehingga dia menerima layanan dingin dan sinis Naim?
"You ingat I, Naim?" soal Naaz hairan. Naim ingat tapi buat-buat tak ingatkah? Di pandang langkah lelaki yang semakin jauh darinya itu.
"Naim." Panggil Naaz tetapi usahanya sia-sia. Naim langsung tidak mengendahkan panggilannya.
"Naim Khair! You tahu I ada bisnes di JB, you pura-pura tak kenal I pula!" Jerit Naaz geram.
Apabila kelibatan Naim sudah menghilang dia menoleh ke arah Adriz dengan wajah yang tegang. Laju sahaja kakinya melangkah ke arah Adriz.
"We are over now," ucap Naaz melampiaskan rasa marahnya. Lelaki semua sama, tak berguna!
"What do you mean by that?" Adriz masih lagi terpinga-pinga. Sudahlah tiba-tiba sahaja Naaz mengikut lelaki lain dan sekarang tiba-tiba pula wanita itu memarahinya. Otaknya seakan-akan hilang fungsi untuk mencerna kata-kata yang dilemparkan oleh Naaz sebentar tadi.
"Kita putus! I tak cintakan you! Jangan cari I lagi, Ad!"
"You marah dia tapi you putus dengan I tu tak adil bagi I." Ucap Adriz menahan sabar. Melihat wajah Naaz yang kemerahan itu dia tahu Naaz masih dikuasai rasa marah dan dia tidak mahu lebih memburukkan keadaan antara mereka walaupun hatinya tercalar dengan layanan Naaz yang agak kasar.
"I meant it, lagi sekali you cari I you akan tahu akibatnya. Mark my words Ad."
Adriz terpaku apabila ternampak renungan Naaz yang penuh amarah. Kenapa dengan wanita itu sebenarnya? Hati Adriz tertanya-tanya.
Melihat langkah kaki Naaz berpaling darinya dengan penuh amarah membuatkan Adriz sedikit gerun. Tiba-tiba dia rasa Naaz bukan gadis biasa-biasa yang pernah dikenalinya. Wajarnya dia perlu datang merayu kepada Naaz untuk diberikan peluang tetapi dengan sikap garang Naaz, Adriz langsung tiada keyakinan. Kalau wanita lain mungkin dia boleh pujuk senang-senang tetapi mungkinkah dia mampu memujuk Naaz?
Andai bibirnya tidak lancang mengutarakan ingin mencari gadis lain tadi apakah dia dan Naaz masih bersama ketika ini? Adriz mengeluh kesal. Setengah tahun dia cuba memenangi hati dan perasaan Naaz tetapi hari ini menyaksikan hubungan mereka putus di tengah jalan. Apakah selama ini Naaz langsung tidak punya perasaan kepadanya? Hilang Naaz bermakna dia hilang trophy. Kawan-kawan lain pasti mengetawakannya nanti.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro