Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 2 - Naim

Beberapa tahun kemudian...

"INILAH Hidayah Fikrah pelanggan tetap butik mama ni.." ucap Puan Anisah lembut. Naim Khair menganggukkan kepala lambat-lambat.
"Macam mana, suka tak? Cantikkan dia?" Tanya Puan Anisah separuh berbisik kepada anak terunanya kerana tidak mahu Hidayah mendengar perbualan dia dengan Naim.
Naim itu satu-satunya cahaya mata pengarang jantung yang ditatang bagai minyak yang penuh sejak dari kecil lagi. Puan Anisah mahukan yang terbaik buat Naim dan Hidayah punya ciri-ciri bakal menantu yang dia ingini.
"Bolehlah.." balas Naim sambil memerhati gadis yang bernama Hidayah Fkrah itu. Orangnya kecil molek dan nampak sopan. Wajah gadis itu juga terserlah cahaya yang mampu menarik perhatian orang lain untuk menatap ketenangannya.
"Hidayah, Naim ni memang macam ni, dia nampak pendiam dan tak banyak reaksi tapi dia ni baik tau." Ujar Puan Anisah diiringi gelak tawa. Hidayah tersengih cuma. Dia sedar Puan Anisah cuba untuk memasangkan dia dengan Naim dan dia juga tidak menolak jika ada kemungkinan jodohnya dengan lelaki kacak yang berada di hadapannya ini.
"Hidayah jangan segan-segan dengan Naim ni ya.." sambung Puan Anisah lembut.
"InsyaAllah puan," balas Hidayah sambil mengerli ke arah pemuda itu. Tenang sahaja lagak gayanya seperti langsung tidak tergugat dengan kehadirannya.
"Apa pula panggil puan kat mak cik. Panggil aje mak cik kan lebih manis." Usik Puan Anisah bersama senyuman di bibir. Geram pula dia melihat Naim sekadar berdiam diri seperti itu. Kalau tidak dia yang menjadi tukang acara jadi patung tak bernyawalah Naim dan Hidayah di sini.
"Hidayah masih belajar, kan?" Soal Puan Anisah memecahkan kesunyian antara mereka.
Hidayah mengangguk kecil.
"Belajar kat mana ya, lupa pula mak cik.."
"Kat maktab Batu Lintang."
"Oh ya! Bakal cikgu. Elok sangatlah dengan Naim sebab orang kata kalau isteri bergelar guru senang sikit hidup. Anak-anak pun jadi berilmu."
Hidayah hampir-hampir tergelak. Sesuka hati aje Puan Anisah menyimpulkan andaiannya itu tetapi dia lega sekurang-kurangnya Puan Anisah berpandangan positif terhadap profesion keguruan.
"Saya nak beli baju kurung moden untuk dinner maktab, tu yang datang ke sini.." terang Hidayah sopan mengubah tajuk perbualan. Segan pula bila Puan Anisah asyik memadankan dia dengan anak lelakinya itu sedangkan Naim tidak bereaksi atas usikan-usikan Puan Anisah sebentar tadi.
"Kalau Hidayah yang nak mama cik boleh kasi free. Tak pun Naim yang tolong bayarkan, boleh Naim?" Mata Puan Anisah terarah ke wajah anak bujangnya itu. Naim yang agak terkejut dengan kata-kata ibunya terkulat-kulat tanpa kata.
"Eh, takkanlah pula. Saya tak nak menyusahkan mak cik dan Naim." Suara Hidayah mati saat nama lelaki itu meniti di bibirnya. Tiba-tiba sahaja dia terasa kaku.
"Demi Hidayah, Naim sanggup belikan 10 baju kurung dari butik ni untuk Hidayah tau?"
Mata Naim terbuntang. Mama ni dah lebih sangat! 10 baju kurung untuk seseorang yang baru dia kenal dalam jangka kurang setengah jam?
Melihat reaksi terkejut Naim, Hidayah hanya mampu tersenyum kecil. Kenapa Naim nampak comel bila buat muka begitu? Hati Hidayah berbicara sendiri.

"NAIM, mama suka budak Hidayah tu lah..."
Naim membetulkan tuxedo yang tersarung di tubuhnya sebelum duduk di atas sofa sambil menyarungkan stoking di kakinya. Hari ini dia perlu menghadirkan diri ke majlis pembukaan serta pelancaran anak syarikat baharu milik Dato' Adham Marzuki iaitu datuknya di Hotel Pullman. Sebenarnya majlis itu bukan sahaja untuk majlis pelancaran anak syarikat sahaja tetapi juga untuk meraikan malam syarikat buat kali yang ke-30.
"Papa dah pergi ke ma?"
"Sudahlah, Naim tu aje yang lambat gerak."
"Mama rehat elok-elok, jangan paksa diri jahit baju pula demam-demam ni.'
"Yalah... Mama cerita pasal Hidayah elok aje dia pusing-pusingkan fakta."
"Kenapa mama suka sangat budak tu?" Soal Naim akhirnya.
"Naim tak nampak ya muka dia macam muka Wardina Aisyah? Sedap aje mata memandang.."
Naim mengukir senyuman kecil. "Kalau mama okey Naim okey aje." Ulas Naim ringkas. Dia tidak berminat untuk memanjangkan cerita tetapi sekiranya Puan Anisah benar-benar mahukan Hidayah sebagai menantu apa salahnya?
Puan Anisah yang sedang duduk di atas sofa terus berdiri kerana terkejut dengan kenyataan Naim. "Naim biar betul?!"
"Betullah. Kalau mama berkenan Naim okey aje. Esok meminang pun boleh, Naim tak halang." Naim tersengih melihat wajah berseri ibunya. Sejujurnya dia juga terkejut dengan ayat yang terkeluar dari bibirnya tadi tetapi terfikirkan harapan Puan Anisah dan juga dirinya yang masih belum juga jatuh cinta walaupun umur menginjak ke angka 29, mungkin ada baiknya cadangan mamanya itu. Lagi pula dia sudah pernah bertemu empat mata dengan Hidayah. Dia akui Hidayah seorang gadis yang agak manis dan menawan. Walaupun pintu hatinya belum terbuka tetapi melihat peribadi Hidayah kali lepas membuat Naim terasa tiada salahnya memberi ruang dan peluang kepada diri sendiri.
"Naim jangan main-mainkan mama!" Getus Puan Anisah penuh amaran.
"Betullah. Kalau nak tunggu Naim yang cari sampai Naim tua pun belum tentu dapat. Tapi mama jangan paksa-paksa budak tu kalau dia tak nak. Dia masih belajar lagi, kan?"
"Itulah Naim asyik sibuk memanjang aje. Kalau dari dulu lagi dengar cakap mama ni dah empat orang anak agaknya!" Puan Anisah mula berleter geram.
Bukannya tak ada orang yang nakkan Naim tapi Naim pandang sebelah mata pun tidak. Sudahlah Naim sahaja satu-satunya anak yang dikurniakan oleh Allah kepada dia dan Encik Aznal Ariffin. Kalau ada anak lain tidaklah dia begitu mendesak tetapi kerana Naim sahaja satu-satunya permata hati dia dan Encik Aznal Ariffin, hanya Naim sahajalah tempat Puan Anisah memasang impian dan harapan. Kalau Encik Aznal Ariffin mahu Naim menguruskan syarikat di Sarawak ini sudah berjaya, tetapi impiannya untuk bercucu masih belum tertunai sejak dahulu lagi.
"Naim pergi dulu ma,"
"Masa orang nak beri nasihat masa tu juga dia pergi." Rungut Puan Anisah kecil. Naim tersenyum kecil.
"Ingat ya jangan paksa-paksa anak orang. Hidayah tu muda lagi kalau dia tak nak tak apalah. Mama cari calon lain untuk Naim ya?"
"Betul ni?"
"Betullah.." balas Naim perlahan. Sebenarnya hatinya berat juga untuk merantai hubungan bersama wanita kerana dia belum benar-benar bersedia tetapi kali ini dia akan cuba buang perasaan itu. Kalau terikut-ikut perasaan itu sampai ke tualah dia hidup membujang. Sampai ketua juga mamanya akan bising-bising untuk mencarikan jodoh buat dirinya. Kasihan mama!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro