Bab 12 - Kahwin sebulan lagi
"THANKS Naaz kau ikut juga cakap aku akhirnya, kan?" Hana tersenyum lebar. Bukan mudah untuk memujuk Naaz menyetujui rancangannya untuk membuka satu kedai kecil di tengah bandar yang menawarkan perkhidmat mencetak stiker di gelas, membuat tag nama, membuat cop, badge, button badge dan lain-lain lagi. Dia akan pastikan kedai itu nanti turut maju seperti kilang mereka sekarang ini.
"Aku ikut cadangan kau ni tapi aku tak nak kilang tu terbiar aje nanti."
"Ya aku tahu."
"Dah dapat contact syarikat penerbitan Intens tak?" Naaz bertanya sambil membelek kuku kakinya.
"Minggu depan aku jumpa dengan pemilik publisher tu tapi kau serius ke nak tanya dia orang? Dia orang dah ada tempat cetaklah Naaz."
"Belum cuba belum tahu, Na.."
"Tapi aku dengar dari Kak Fauziah yang dia orang sekarang ni tengah naik. Jadi memang dia orang akan cetak novel setiap bulan dua naskah yang berbeza. Mana tahu dia orang perlu perkhidmatan kita, kan?"
"Itulah aku kata kat kau belum cuba belum tahu lagipun berapa banyak ajelah syarikat penerbitan di Johor ni. Kalau kita tak cari sendiri alamatnya tak lama lagi kilang cetak kita tak banyak masuk. Kalau mereka mahu bekerjasama dengan kita, jangan lupa beri perkhidmatan yang terbaik supaya kerjasama antara kita ni kekal."
"Tapi kau tak rasa macam kita cuba merampas rezeki percetakan dia orang yang sebelum ni, ke Naaz? Aku tak sedap hati pula."
"Kita bersaing secara sihat. Yang penting kita beri perkhidmatan terbaik, Na."
Naaz meluruskan kaki di atas sofa. Majalah di tangannya diletakkan di atas meja tamu dan telefon bimbit di dadanya dicapai.
"Esok last kau kerja kat MAS, kan?"
Naaz mengangguk.
"Lepas ni kau stay kat rumah ni ajelah ya?"
"Tengok keadaanlah.."
Hana mengangkat kening. Hana tahu Naaz tiada rumah lain selain dari rumah sewa ini jadi memang Naaz tak akan tinggal di tempat lain kecuali rumah ini. Kecuali kalau Naaz mahu membeli rumah lain. Tapak rumah keluarga Naaz yang terbakar hangus 10 tahun lepas sudah dijual kepada orang lain untuk ongkos membuka kilang percetakan mereka itu. Selepas keluarga Naaz berpecah Naaz telah tinggal bersamanya di rumah ini sejak berusia 16 tahun lagi. Apabila ayah Hana mendapat pertukaran kerja di Kuala Lumpur, Naaz masih duduk di sini seorang diri sehinggalah Hana kembali ke rumah ini dua tahun yang lepas. Kadang-kadang Hana jadi kagum kepada Naaz kerana mampu tinggal di rumah ini seorang diri sedangkan dia tidak pernah betah untuk keseorangan tidak kira di mana dia berada.
"Esok kau fly ke mana, Naaz?"
"Sabah destinasi pertama yang lain tu aku tak ingat." Gurau Naaz.
"Lah boleh pula tak ingat..." Hana tersengih kecil.
"Kau tahu Naim?" Soal Naaz kepada Hana.
"Naim Khair anak Uncle Aznal yang kau cerita bulan lepas tu?"
Naaz mengangguk kecil.
"Dia kahwin sebulan lagi." Beritahu Naaz ringkas.
"Aku tahulah kau beritahu aku masa lepas dia bertunang hari tu. Kau lupakan dia ae, banyak lagi kerja berfaedah. Banyak lagi lelaki yang boleh kau mengurat kat depan mata."
Naaz melontarkan pandangannya ke dinding sambil menggeleng kepala kecil.
"Aku dah ada peluang tak mungkin aku lepaskan." Senyuman Naaz penuh bersirat.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro