Part 89 - Anak
"Aisha Zaura Rislea !!"
Suara nyaring yang bergema di segenap ruang rumah menandakan akan terjadi amukan sang singa bila-bila masa sahaja. Hempasan pintu yang kuat menunjukkan kemarahan makhluk tersebut berada pada peringkat maksimum. Bergoyang-goyang rumah seperti mahu runtuh.
Berdesup si kecil berlari mencari tempat yang paling selamat. Nak mati ka kalau tak sembunyi. Mahu lenyek dia kena dengan sang singa tersebut. Dalam keadaan cemas itu, sempat lagi dia menjilat aiskrim yang berada di tangan. Aduh! Ikut perangai siapa la ni !
Langkah diatur ke arah si ibu yang berada di ruang tamu. Pintu yang membahagikan ruang tamu dan ruang dapur, dia tutup cepat. Tersandar kepanatan dia di belakang pintu. Ikutkan hati, mahu saja dia kunci pintu itu. Tapi, memandangkan ketinggian yang tidak mengizinkan, terus dia lupakan hasrat tersebut. Tercungap-cungap dia mencari nafas akibat penat berlari.
Perbualan antara dua wanita itu terhenti. Ain Amani memandang anaknya pelik. Kemudian beralih pula pada Andrea di sebelah. Wajah kedua-duanya bingung dengan apa yang terjadi. Dah kenapa dengan Zaura ni. Macam baru lepas maraton je.
Zaura dengan tenang mendekati Ain Amani dan Andrea. Dia beriak seperti tiada apa yang berlaku. Aiskrim yang baru dibeli tadi dia makan dengan nikmat. Sedap !
"Zaura ! Kenapa .. " baru saja mahu tujukan soalan, tiba-tiba pintu ruang tamu terbuka luas. Semua mata terarah pada makhluk yang muncul di muka pintu. Masing-masing terkedu melihat wajah itu. Suasana menjadi sunyi seketika sebelum ledakan ketawa yang kuat memenuhi ruang tersebut. Suara siapa lagi kalau bukan Ain Amani dan Andrea Az Zahra Rislea.
Terkekeh-kekeh Zaura ketawa melihat wajah masam si papa. Seronok betul dia kenakan papa pagi ini. Ala... Bukan selalu nak nakal-nakal.
"Kenapa Zaura buat papa macam ni? Sampai hati Zaura kan" bibir Zuhairie yang merah menyala dengan lipstik merah terus memuncung apabila diketawakan oleh dua manusia itu. Dua orang ni kalau bab ketawakan orang memang power. Lagi-lagi kalau bab membahan.
Tadi, Zaura mengejutnya untuk pergi ke kedai. Zuhairie yang masih mamai terus bangun masuk dalam kereta. Sampai di kedai, ramai orang melihatnya sambil ketawa. Dia langsung tidak mengesyaki apa yang berlaku. Mulanya dia hanya buat tak tahu. Sehinggalah dia sampai di rumah dan melihat pantulan di cermin kereta.
Perasaan malu hanya Allah saja yang tahu. Patutlah orang di kedai tadi ketawakan dia. Mulutnya penuh dengan lipstik merah. Selepas itu, lipstik itu ditarik dari tepi bibir ke pipi. Dan dilukis bulat di situ.
Ain dan Andrea masih belum berhenti ketawa. Saling menampar antara satu sama lain.
"Sorry papa" ucap Zaura serba salah. Tersengih dia memandang wajah si bapa yang monyok. Hasil karya yang diabdikan di wajah Zuhairie dia tilik lama. Cantik jugak eh aku lukis. Amboih ! Perasannya budak ni. Ikut perangai siapa la.
"Merajuk dengan Zaura la macam ni" suara Zuhairie kedengaran sedih. Dia mengambil tempat di sisi Ain Amani. Berkali-kali dia belek wajahnya sendiri. Terlalu huduh sampai rasa nak tumbuk muka sendiri.
"Muka abang.. HAHAHAH ! Macam badut. HAHAHAHA !" Ain masih lagi dengan sisa ketawanya. Ketawakan orang sampai keluar air mata.
"Sayang !" Zuhairie mendongkol geram. Kecik besar kecik besar je dia tengok Ain Amani. Seronok betul ketawakan orang eh !
"Ha'ah la. Macam joker pun ada. Tinggal letak rambut hijau atas tu je. Tapi, joker tu seram. Yang ini kelakar weh !" Andrea pula menambah. Sakit perut dia ketawakan si abang. Pandai betul Zaura kenakan ayah dia.
"Adik..." Meleret Zuhairie memberi amaran. Makin menjadi-jadi pulak dua orang ni. Menguji kesabaran betul. Zaura masih leka menikmati aiskrim yang mencair. Sampai comot mulut kecil itu.
Alahai anak ! Nasib la papa sayang Zaura. Kalau tak dah lama kena gigit dengan papa
Senyuman akhirnya menghiasi bibir Zuhairie. Bahagianya di melihat wanita kesayangannya gembira. Baginya, itu pemandangan yang paling indah dalam hidupnya.
•••••
Aisha Zuhaira Rislea. Nama diberi untuk anak kedua mereka yang selamat dilahirkan dua bulan lepas. Bayi perempuan yang disambut sendiri oleh Zuhairie pada malam hari semasa bulan mengambang. Zuhaira dilahirkan dalam keadaan normal dan sihat tubuh badannya. Semua proses berjalan dengan lancar sekali.
Zuhairie merupakan manusia yang paling gembira sekali ketika Zuhaira selamat dilahirkan. Dia juga yang menemani Ain Amani di bilik bersalin. Memberi kata-kata semangat untuk terus bertahan dan berjuang demi anak yang dilahirkan ke dunia. Dia jugalah manusia pertama yang menyambut kehadiran bayi kecil itu ke dunia ini.
Azan dan iqamat yang dibacakan di telinga Zuhaira penuh syahdu. Hampir menitis air matanya kerana diberi peluang untuk merasai pengalaman terindah ini.
Walaupun dia tidak merasai semua ini ketika kelahiran Zaura dulu, tetapi dia dapat lakukan ketika kelahiran bayi kedua mereka.
•••••
Ain Amani mendekati katil. Tersenyum manis dia melihat Zaura tidur sambil memeluk si adik. Dia baru selesai mengemas pakaian. Masuk saja bilik, sejuk perut melihat kecomelan dua beradik ini. Masing-masing dengan perangai masing-masing. Yang si kecil suka bersembang dengan bahasa yang langsung tidak difahami. Yang si kakak pula suka melayan.
Dia merenung lama dua anaknya itu. Setelah pelbagai ujian yang dia harungi, akhirnya kebahagiaan kini miliknya. Teringat dia tentang sikap Zaura ketika si adik baru lahir. Zaura seorang kakak yang sangat protective. Penyayang . Walaupun usianya baru setahun jagung, tapi sikapnya yang matang membuatkan orang sekeliling selesa berada di sampingnya.
Sikap matang itu lebih ke arah si bapa. Zaura lebih terpengaruh dengan Zuhairie berbanding dengan dirinya. Genetiknya juga begitu. Muka lebih iras lelaki itu. Hidungnya yang comel dan mancung. Bibir merah bak delima. Rambut hitam keperangan. Bulu mata lentik. Dan yang penting anak mata berwarna hazel menyerlahkan lagi kecomelan wajah itu.
Dua beradik itu langsung tak boleh berenggang. Di mana ada Zuhaira, di situ akan ada si kakak yang menyibuk. Di mana ada Zaura, di situ ada suara bayi yang merengek mahu bersembang.
Ain Amani bergerak ke sisi katil. Rambut lurus anaknya diusap dengan kasih sayang. Ditepuk perlahan punggung kedua anaknya. Haruman bayi yang memasuki rongga hidung amat menenangkan jiwanya.
"Comelnya anak umi ni tidur. Penat eh jaga adik" kata Ain Amani sendiri. Kemudian, pipi tembam itu diusap lembut. Mata yang tertutup rapat menarik perhatiannya untuk terus menatap wajah itu.
"Semoga anak anak umi menjadi anak yang solehah. Taat perintah Allah. Tak tinggal solat. Jadi anak yang baik untuk umi dan papa. Doakan umi dan papa bila kami tak ada nanti" bisiknya perlahan.
Itu sahaja yang dia harapkan dari anaknya. Dia tidak minta untuk diberi wang atau harta. Cukuplah zuriat yang soleh dan solehah yang dapat memudahkan urusannya dan Zuhairie di akhirat kelak.
Impian setiap ibu yang mahu anaknya berada pada landasan yang betul. Dia mahu keduanya menjadi anak yang solehah. Mata yang sanggup berjaga malam untuk bermunajat kepadaNya. Bibir yang sentiasa menyebut kalimah suci memuji kebesaranNya. Hati yang sentiasa bersih tanpa tompokan kotor hasad dengki.
•••••
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro