Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 88 - Impian

"Abang ! Hurry up ! We're going to be late"

Ain Amani menolak pintu bilik. Dari tadi dia menunggu Zuhairie siap di ruang tamu. Tetapi, sampai sekarang tak muncul-muncul. Selalunya perempuan yang siap lambat. Ini terbalik pula. Bersiap mengalahkan perempuan !

Ain yang lengkap bertudung kelihatan berseri dengan baju mengandung corak bunga. Dia bercekak pinggang. Panas pulak hati ini bila kena tunggu orang bersiap.

Pagi ini dia ada appoinment dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan bayi dalam kandungan Tapi, si suami pulak buat hal. Semalam, dia lah yang paling semangat nak ikut. Sampai sanggup ponteng kerja punya pasal. Andrea tu pulak yg jadi mangsa kena buat kerja. Habis, dia juga yang jadi mangsa bebelan si adik ipar.

Ain memerhati sekeliling bilik. Sangkanya Zuhairie sedang memakai baju, tapi kelibatnya langsung tak ada. Kosong !

'Aik... Mana pulak laki aku ni? Tak kan kena culik kut. Hishh ! Apa benda kau merepak ni Ain oii ! ' bisiknya dalam hati.

Bunyi pintu bilik air yang dibuka menarik perhatian Ain untuk mengalihkan pandangan ke belakang. Hampir tersedak air liur melihat Zuhairie yang masih bertuala. Matanya tak kejip memandang 'panorama indah' yang terbentang di depan mata.

Rambut yang basah dan air mandian yang masih terdapat pada tubuh tegap itu menarik mata sesiapa sahaja untuk terus memandang. Tubuh kekar itu kelihatan sungguh seksi di matanya.

"Tunggu kejap eh. Abang baru lepas mandi" kata Zuhairie tenang. Dia bergerak merapati si isteri yang kelihatan kaku. Risau jika isterinya merajuk kerana dia lambat mandi.

Lagipun, dia ada kejutan buat isterinya sebentar lagi. Sebelum mandi, dia sempat berurusan dengan pengurusnya tentang kejutan tersebut. Sebab itu dia mengambil masa yang terlalu lama untuk bersiap.

"What's a matter sayang?"

Zuhairie mengusap pipi Ain lembut. Pelik dia melihat tingkah laku isterinya yang bagaikan hilang kata. Dahinya sedikit berkerut melihat pipi Ain yang merah menyala.

Dada bidang Zuhairie yang mendekat dia tolak lembut. Air liur ditelan payah.

"Cepatlah siap. Ain tunggu kat bawah" cepat-cepat Ain cuba untuk meloloskan diri. Bergetar tulang rusuk melihat keseksian badan kekar suaminya. Sengaja kan buat aku tergoda time mengandung ni.

Baru saja mahu melangkah pergi, terasa lingkaran pada pinggangnya. Makin berdebar jantung melihat Zuhairie tersenyum gatal.

"Trying to run away from me? Hmm.. " bisik Zuhairie gaya menggoda. Ibu mengandung itu dia tarik rapat ke dada bidangnya.

"Jangan nak menggatal. Dah pukul berapa dah ni? Tahu kan pagi ni ada appoinment dengan doktor. Orang suruh siap cepat tadi. Apa abang buat lama sangat dalam bilik air tu? Sampai berjam-jam lamanya" Ain mula membebel panjang lebar.

Sebenarnya dia nak hilangkan rasa gusar dalam hati. Zuhairie tu kalau nak beromantik, langsung tak kira tempat. Kalau datang mood gatal dia, kat situ juga dia buat ikut suka.

"Shuuu ! Jangan membebel sayang. Lagipun, bukan orang lain yang check sayang. Si doktor Elicia tu juga" balas Zuhairie tenang. Jarinya bermain di bibir wanita itu. Nampak mengiurkan !

Dia tahu, bebelan isterinya hanyalah kerana mahu melepaskan diri. Dia semakin mendekatkan wajah sehingga hidung mereka bertemu.

Ain hilang kata. Ada saja idea si suami untuk membidas kembali kata-katanya.

Di saat bibir mereka hampir bertemu, Ain tiba-tiba menjerit sambil memegang perut.

"Aduhh !"

Badan Ain terbongkok seperti menahan sakit yang teramat sangat. Perbuatan Zuhairie terhenti serta merta. Dia turut sama memegang perut memboyot Ain Amani.

"Kenapa sayang? Perut sakit ke? Nak beranak dah ke?" Soal Zuhairie cemas.  Risau jika berlaku apa-apa kepada isterinya.

"Tak ! Baby dalam ni suruh babah dia siap cepat. Jangan nak mengada cium umi. Dah la lambat nak pergi jumpa doktor" kata Ain sambil mengusap perutnya yang terasa sakit dengan tendangan bayi. Macam tahu-tahu je tengah sweet dengan babah ye.

Zuhairie yang masih blur menggaru belakang kepala. Dia memandang isterinya yang keluar dari bilik. Jalan serupa macam itik ! Nasib baik sayang.

•••••

Kereta mewah Zuhairie berhenti betul-betul di hadapan deretan kedai dua tingkat. Matanya melirik ke arah premis berwarna krim itu. Tersungging senyuman di bibir pucatnya melihat dekorasi yang cantik di luaran premis tersebut.

"Kita dah sampai ke ?"

Pertanyaan Ain Amani di sebelah membuatkan di berpaling memandang wanita itu. Dia tidak menjawab malah terus keluar dari kereta menuju ke tempat penumpang. Pintu dibuka dari luar.

"Cepatlah abang. Ain dah rimas ni " kata Ain lagi sambil cuba menarik narik kain yang menutupi matanya sejak tadi. Mereka baru pulang dari hospital. Kata suaminya itu, mahu ke suatu tempat untuk satu kejutan. Jadi, dia pun ikut saja permintaan suaminya itu.

"Come sayang!" Tangan Ain Amani ditarik lembut keluar dari kereta. Terkial-kial ibu mengandung itu cuba mengimbangi badan yang terasa terhuyung-hayang.

Ain memaut erat lengan suaminya saat dia rasa langkah tidak lurus. Baru dia tahu perasaan jadi buta.

"Ain buka eh kain ni?" Sengaja mahu menyakat si suami. Entah apa kejutan yang dilakukan oleh Zuhairie. Dia tidak dapat meneka . Apa yang dia dapat lihat kalau mata kena tutup dengan kain. Gelap dan kosong saja penglihatannya ketika ini.

"Ish tangan tu duduk diam-diam tak boleh ke? Abang gigit kang ha baru tahu" bebel Zuhairie sambil menampar lembut lengan isterinya. Sebiji macam bapak marah anak.

Terus memuncung bibir Ain Amani. Tangan tu tak reti diam sangat kan, padan muka kena marah.

"Okey la.. abang buka. Dah-dah, jangan nak memuncung mulut tu. Kalau abang cium kat sini, jangan tanya kenapa" Serba salah dia menuturkan kata apabila melihat Ain hanya diam membisu.

Zuhairie bergerak ke belakang tubuh isterinya. Simpulan kain yang menutupi mata Ain Amani dia uraikan. Terpisat-pisat Ain membuka mata dan sesaat kemudian dia terlopong melihat nama premis yang terpampang jelas di hadapan kedai.

Zuhairie yang berada di sebelah dia pandang dengan mata yang sudah bergenang. Board yang dipasang pada premis dengan tulisan BUTIK AZAARA'S membuatkan dia rasa amat terharu. Sungguh lidahnya kelu untuk berkata-kata. Hanya mata yang menceritakan tentang perasaannya ketika ini.

"This is what you want, right? Your dream become true. You have your own boutique now " ujar Zuhairie romantik. Dia menunduk menyamai ketinggian isterinya. Kepala Ain Amani dielus lembut menggunakan jemari kasarnya.

"Cantik tak butik yang abang pilih ni? Maafkan abang kalau butik ni tak sama macam butik sayang yang lama tu" sambungnya lagi apabila tiada balasan dari wanita itu.

Tanpa bicara, Ain terus mendakap erat tubuh suaminya. Haruman yang menusuk hidung mendamaikan hatinya. Kejutan ini tak pernah dia sangka. Pandai suaminya menyembunyikan perkara ini. Semakin hari, semakin dalam rasa cinta buat lelaki yang bernama Andry Zuhairie Risley. 

Zuhairie membalas pelukan tersebut. Langsung tak pedulikan pandangan manusia yang lalu lalang. Mesti diorang pelik kenapa mereka berdua berpelukan di tempat awam sebegini.

Mampus aku kalau ada orang viralkan nanti. Tak pasal-pasal jadi famous. Pastu masuk motif viral. Ceyh ! Meleis sangat ! Nasib baik aku ada mix England. So, tak la terlalu meleis.

"Terima kasih abang! Ain tak pernah terfikir pun nak sambung kerjaya ni. You make my dream become true" ucap Ain Amani selepas pelukan dileraikan.

Air mata yang mengalir perlahan dielus lembut oleh jemari suaminya. Sudah lama rasanya dia tidak menangis. Tangisan duka dulu kini bertukar menjadi tangisan bahagia. Dia sangat bahagia kini. Tersangat bahagia dengan kehadiran suami dan anak tercinta.




' A GREAT RELATIONSHIP DOESN'T HAPPEN BECAUSE OF THE LOVE YOU HAD IN BEGINNING, BUT HOW WELL YOU CONTINUE BUILDING LOVE UNTIL THE END '

•••••

Zaura duduk di atas sofa sudut butik. Kucing berada di sampingnya dielus manja. Kucing kesayangan umi yang dibela di butik pakaian muslimah ini. Dan juga menjadi sahabat baiknya jika dia berada di sini. Kucing jantan yang diberi nama Bobby itu kelihatan selesa apabila diusap oleh tangan kecil Zaura.

"Aisha Zaura Rislea !"

Terdengar panggilan si ibu dari jauh. Matanya dikejipkan beberapa kali. Mesti ada benda nakal yang dilakukan olehnya.

Berhati-hati Zaura turun dari sofa. Faham sangat dengan nada suara si ibu yang sedang menahan geram. Terkedek-kedek dia berjalan mendekati si ibu.

Zaura melihat barang permainan miliknya yang berselerak di atas lantai. Sudah tahu apa kesalahan yang dilakukan olehnya.

"Zaura.. berapa kali umi cakap, lepas main kemas barang letak dalam bakul. Kalau umi terpijak, pastu jatuh macam mana? Zaura nak umi jatuh ke?" Kata Ain lembut. Cuba menasihati anaknya supaya perkara itu tidak berulang lagi.

Sudah sebulan butik ini dibuka. Semuanya berada dalam keadaan yang terurus.  Banyak juga tempahan baju yang dia terima. Agak penat juga ditambah lagi dengan kandungan yang sudah mencecah angka 8 bulan. Bila-bila masa sahaja akan meletup ! Nasib baik ada pekerja yang membantunya untuk menguruskan butik ini.

"Namau !" Balas Zaura sambil menggeleng laju. Dia tidak mahu uminya berasa sakit. Dia berjanji selepas ini dia tidak akan menyusahkan umi lagi. Dia tak akan nakal-nakal lagi.

Ain tersenyum manis memandang wajah comel anaknya. Muka putih melepak kalah umi. Dengan rambut yang agak keperangan. Ni mesti ikut genetik papa dia. Muka acah-acah mat salleh.

"Tolong umi kemas mainan ni boleh? Sayang umi kan?" Pinta Ain lagi. Bakul rotan khas untuk permainan Zaura dia capai.

"Boleh !" Sambut Zaura riang. Barang mainan dia kutip satu persatu lalu dimasukkan ke dalam bakul. Ain juga turut membantu. Dia tidak mahu jadi seperti ketam yang mengajar anak berjalan lurus.




' THE MOST POWERFUL WAY TO TEACH A DAUGHTER TO ENJOY LIFE AND FIND HER TRUE PURPOSE IS TO LET HER SEE HER MOTHER DO THE SAME '

•••••





By the way, author nak tanya.

Korang suka kalau ada quotes kat bawah tu atau tak? Cer komen. Bagi pendapat korang masing-masing.

And please jangan kecam !

•••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro