Part 87 - Bahagia
"So, kau dah ingat semuanya?" Tanya Randy Fernandez dengan raut wajah tak berperasaan. Dia memeluk tubuh sambil bersandar pada dinding.
Semalam dia mendapat khabar berita ini daripada Ain Amani sendiri. Lantas dia bertolak dari kampung yang menjadi tempat untuk dia mendalami ilmu agama.
Zuhairie diam tidak menjawab. Malah, dia mencerlung tajam memandang sepupunya itu.
"Aku tahu.. kesalahan yang aku lakukan dulu memang melampau. Kejadian beberapa bulan lepas yang membawa kepada kematian kembar Zaura. Isteri kau pula hampir kena rogol dengan bapa aku masa dalam tahanan tu" kata Randy satu persatu.
Terlalu banyak dosanya kepada Andry Zuhairie Risley. Sungguh dia malu untuk berdepan dengan lelaki itu setelah ingatan Zuhairie kembali seperti sedia kala.
"Permohonan maaf aku memang tak ada gunanya sekarang ni. Ibu kau dah mati dibunuh dengan kejam oleh bapak aku. Anak kau juga mati disebabkan oleh orang tua tu" sambung Randy lagi.
"Sekarang, aku serah diri pada kau. Buatlah laporan polis atau kau nak seksa aku sampai mati sekalipun. Aku terima semuanya. Asalkan kau maafkan kesalahan aku" matanya melawan renungan Zuhairie.
Pasti lelaki itu berdendam dengannya. Biarlah nyawanya menjadi galang ganti. Apalah sangat jika mahu dibandingkan dengan apa yang telah dia lakukan sebelum ini. Memang patut pun dia terima hukuman berat dari Zuhairie.
Ini kali pertama dia menyerah dengan mudah. Nampaknya, cahaya keimanan sedikit sebanyak menjalar dalam hati gelapnya. Hati yang dulunya kelam, kini ada sinar yang sedikit sebanyak menerangi ruang tersebut.
Zuhairie bangkit dari duduk. Jelas menunjukkan kemarahan pada wajah itu. Dia menapak perlahan mendekati Randy yang berdiri jauh di hadapannya.
Penumbuk digenggam kuat hingga timbul urat di lengannya. Hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam wad tersebut. Ain dan Zaura diminta untuk menunggu di luar. Dia mahu selesaikan sendiri masalah ini dengan Randy.
Andry Zuhairie Risley berdiri betul-betul di hadapan Randy Fernandez. Sesaat kemudian, tubuh sepupunya didakap erat. Randy terkejut. Dia ingatkan Zuhairie mahu membelasahnya. Sangkaan Randy ternyata meleset sama sekali.
"Aku ingat semuanya Randy. Semuanya ! Kejadian kau larikan aku dari konco-konco Raymond yang cuba nak bunuh aku. Kau sembunyikan aku di rumah Grandma di England. Lepas tu, kau rawat aku. Kau bawa aku semula ke rumah ni. Kau simpan aku selama tiga bulan tanpa pengetahuan Ain Amani. Mungkin naluri seorang isteri, Ain akhirnya datang cari aku. Tapi, malangnya aku hilang ingatan dan tak ingat siapa dia" cerita Zuhairie panjang lebar. Kejadian tersebut masih segar di ingatannya.
"Aku tahu hati kau bersih. Cuma, perkara lepas yang buat kau jadi orang yang tak ada perasaan macam ni. Orang yang kau sayang, satu persatu pergi tinggalkan kau. Yang tinggal hanyalah seorang bapa berhati kejam yang besarkan kau dari kecil" bahu Randy ditepuk.
Randy mengangkat wajah. Semua yang meniti di bibir lelaki itu, benar belaka. Zuhairie seperti dapat membaca rahsia hati yang selama ini dipendam di sudut yang paling dalam.
Kisah yang terbuku selama ini telah menceritakan segalanya tentang seorang lelaki bernama Randy Fernandez.
Ibunya dibunuh dengan kejam oleh bapanya sendiri ketika dia kecil. Dibesarkan oleh seorang bapa yang kejam. Dera dan pukul sudah menjadi perkara biasa. Sehinggakan dia membesar tanpa hati dan perasaan.
Kehidupan kanak-kanaknya amat berbeza dengan Zuhairie. Lelaki itu dilimpahi dengan kasih sayang dari kedua orang tua. Dibelai dan dimanja. Hari hari lelaki itu dipenuhi dengan gelak tawa dan senyuman yang riang. Tidak seperti dirinya. Sepanjang waktu dia menangis dan menjerit sehingga lama kelamaan diganti dengan jiwa yang kosong.
-
-
-
-
Randy Fernandez menoleh ke arah Zuhairie yang cuba sedaya upaya untuk bangun. Wajah lelaki itu penuh dengan lebam-lebam yang membiru. Balutan di kepala yang penuh dengan darah, dia pandang sepi.
Jika diikutkan hati, mahu dihisap darah Zuhairie. Sudah lama dia idamkan darah tulen di kawasan perkampungan ini. Bukannya tak ada, tetapi dia malas mencari. Kerana ianya sukar ! Setiap vampire berdarah tulen akan mempunyai kuasa tersendiri.
"Haa... Bangun pun kau. Ingatkan nak tidur sampai mati" ujar Randy tanpa perasaan. Asap rokok dihembus bebas ke luar tingkap. Suasana gelap yang menyeramkan di luar tingkap, Randy pandang sekilas. Tak banyak perubahan yang dialami di kampung kelahiran bapanya itu.
"Aku kat mana?" Andry Zuhairie Risley terpinga-pinga. Lelaki yang bersantai di tingkap bilik, dia pandang.
Randy Fernandez --
Sudah lama mereka tidak bersua. Sejak peristiwa pembunuhan kejam Richard Risley. Ikatan keluarga yang dibina musnah begitu sahaja.
Sepupu yang selalu dengki dengannya. Yang langsung tidak senang akan kehadirannya di rumah Grandma ketika mereka masih kanak-kanak. Tetapi, mengapa kini dia bersama dengan Randy, mengapa bukan dengan ibu atau Andrea.
"Rumah Grandma" ringkas jawapan yang diberikan.
Zuhairie pandang sekeliling bilik. Sarang labah-labah penuh di siling. Lantai yang berhabuk menunjukkan sudah lama rumah itu tidak berpenghuni.
"Kenapa kita ada di rumah Grandma ?" Soal Zuhairie pelik. Semakin banyak tanda tanya bermain dalam fikiran.
"Jangan banyak bunyi lah. Aku selamatkan kau ni pun dah cukup bagus" Randy menjawab acuh tak acuh. Dia malas mahu menjawab semua pernyataan itu.
"Selamatkan dari apa?" Sekali lagi Zuhairie bersuara. Dia seakan-akan seperti seorang kanak-kanak yang langsung tidak dapat mengingati tentang masa lalu.
Randy Fernandez menjeling meluat.
'Huh ! Banyak tanya lah pulak dia ni. Aku hempuk karang pengsan lagi sekali pulak. Dasar lelaki nyanyuk !' bisik Randy dalam hati.
"Mana adik aku? Ibu aku? "
Pertanyaan dari Zuhairie membuatkan Randy menghentikan perbuatannya. Dia melompat turun dari tingkap lalu mendekati Zuhairie yang berada di atas katil.
"Jap ! Kau tak ingat apa yang terjadi ? " Soal Randy tak percaya.
Zuhairie menggeleng perlahan. Apa yang telah terjadi ?
"Bagus!" Randy ketawa jahat sambil menepuk tangan. Akhirnya dia dapat musnahkan kehidupan lelaki ini. Ini baru permulaan, Zuhairie ! Aku akan buat kau jatuh tersungkur bawah kaki aku.
Zuhairie memerhati kelakuan aneh sepupunya. Dia masih kabur dengan apa yang berlaku tatkala ini.
"Jawab soalan aku, Randy !" bengang melihat lelaki itu tertawa. Apa yang kelakar dia sendiri tak tahu.
"Kau tanya apa tadi? Ibu dan adik kau ? Hrmm..." Randy mengusap dagu. Gaya seperti sedang berfikir.
"Oh ya.. baru aku ingat. Ibu kau hilang and adik kau pulak, dia lari dari rumah. Sekarang ni, aku tak tahu diorang kat mana" bohong Randy sambil mempamerkan riak seakan mengejek.
"Aku nak balik. Aku nak cari ibu dan adik aku" Zuhairie cuba bangkit. Namun, kesakitan yang menyucuk membuatkan dia terduduk semula.
Randy senyum sinis. Huh ! Lembik !
"Tak payah ! Tak ada gunanya pun kau cari diorang. Kita sekarang ni di perkampungan vampire, rumah Grandma ! Untuk kau keluar dari dunia ni, kau kena hadap manusia vampire yang dah lama inginkan darah kau. Dengan keadaan diri kau yang separuh mati ni, kau ingat kau kuat nak lawan diorang semua tu?"
"Bau darah kau tu dah cukup kuat untuk tarik perhatian diorang. So, lebih baik kau duduk diam-diam kat sini. Aku nak keluar kejap cari mangsa"
Randy bergerak ke pintu bilik. Tekaknya tiba-tiba terasa haus dengan darah. Orang suruhannya sedang menunggu di bawah. Dan semuanya terdiri dari kalangan pemuda vampire di situ.
Zuhairie diam membisu. Ada betulnya kata Randy itu. Vampire di sini teramat ganas. Tak akan ada yang terselamat jika berdepan dengan mereka. Darah tulen memang menjadi igauan setiap yang bergelar vampire di sini kerana dapat menambahkan kuasa mereka.
•••••
Andry Zuhairie Risley melabuhkan sila di sebelah Ain Amani yang sedang duduk melunjur di atas katil. Terkial-kial Zuhairie membetulkan duduk. Ini kali pertama dia mengenakan kain pelikat. Nasib baik tak terlondeh ketika dia sedang solat. Kalau tak, naya ja.
"Sayang papa babyboo. Buat apa dalam tu? Rindu suara papa tak?" Zuhairie mendekatkan bibir pada perut Ain Amani yang memboyot itu. Lantas sebuah kucupan hingga di situ. Lama .
"Baby dalam ni tengah tunggu papa habis solat la. Nak dengar suara merdu papa mengaji Al-Quran"
Ain Amani tersenyum manis. Senang hati dia melihat Zuhairie yang bersongkok hitam berserta kain pelikat. Nampak kacak terlebih pula suaminya itu. Dengan wajah putih pucat dan mulut merah bak delima, amat sempurna pada pandangannya.
Zuhairie tersengih hingga menampakkan gigi taring. Kemudian, dia mengusap lembut perut isterinya. Kandungan yang mencecah 6 bulan membuatkan dia tidak sabar untuk menanti kehadiran cahaya mata yang kedua. Atau lebih tepat, yang ketiga jika kembar Zaura masih hidup.
Kejap ! Cakap pasal Zaura... mana anaknya yang sorang tu? Kalau tak, asyik menempel kat sebelah ibu dia.
"Mana Zaura?" Soal Zuhairie apabila perasan anak gadisnya itu tiada. Dia memandang keliling bilik kalau-kalau ada Zaura sedang bermain dengan permainannya.
"Randy bawa pergi tengok bintang atas bumbung sana" jawab Ain selamba. Dia lihat Zuhairie mengangguk kecil. Tiada langsung riak risau seperti dulu.
"Kalau abang nak tahu, Randy tu baik sebenarnya. Dia la yang halang Raymond dari buat benda tak elok pada sayang masa dalam tahanan tu"
Ain memulakan cerita. Perbuatan Zuhairie terhenti seketika. Pandangannya jatuh pada si isteri yang kelihatan berseri.
"Dia memang baik. Tapi, kebaikan tu dia tak tunjuk. Dia lah yang bawa lari abang lepas abang kena pukul dengan Raymond. Selang beberapa hari, Randy dapat tahu ayah dia mati kena tembak. Dia macam tak ada perasaan waktu tu. Sedih pun tak, gembira pun tak. Abang pun kadang pelik dengan dia tu" Zuhairie membuka kisah selama dia tinggal bersama Randy.
Lelaki pelik yang pernah dia kenal. Tak kan ada seorang pun yang dapat memahami isi hati lelaki itu. Tapi, dia yakin akan ada seorang yang mampu mengubah Randy Fernandez. Orang itu pastinya paling istimewa kerana dapat memasuki hati keras seperti sepupunya itu.
"Sayang..." Panggil Zuhairie lembut. Jemari Ain digenggam erat.
"Hmmm"
"Abang minta maaf. Abang gagal untuk lindungi sayang dari dendam Raymond. Sedaya upaya abang cuba jauhkan diri, tapi dia tetap cari abang sampai ke lubang cacing. Sampaikan sayang jadi mangsa. Dendam dia pada arwah ayah tak pernah padam dari dulu lagi" belakang tangan isterinya dikucup lembut.
"Dah la tu. Lagipun, dia tak ada dah kan di dunia ni. Sekarang ni, kebahagiaan akan selamanya milik kita. Tak kan ada gangguan dari sesiapa pun lagi"
Jari Ain Amani naik mengusap pipi suaminya.
"Sekali lagi, maafkan abang sebab abang dah banyak sakitkan sayang selama abang hilang ingatan. I'm sorry ! "
Jika diingatkan kembali layanannya terhadap Ain Amani dulu, rasa macam nak ketuk diri sendiri sampai pengsan. Ada ke patut dia tak mengaku Zaura tu anak dia. Apa punya bapak daa.. Pandai buat, lepas tu tak nak mengaku pula.
"Ain paham keadaan abang masa tu. Abang tak boleh terima kitorang sebab ingatan abang kosong. Lagipun salah Ain juga. Ain degil tak ikut cakap abang. Sekarang, baru Ain tahu betapa pentingnya rantai ni"
Mata mereka saling bertatapan. Diharapkan kebahagiaan ini kekal hingga hujung hayat.
"Kita lupakan kisah lama. Lepas ni, kita buka buku baru pulak eh. Lagipun, new baby will come out soon" ujar Zuhairie ceria. Tak sabar dia nak tengok anaknya ini lahir. Dia mahu sambut sendiri kehadiran bayi itu ke dunia.
"Mana boleh lupakan. Kisah Ain kena culik dengan abang, kena terkam masa first night. Kena gigit dengan serigala. Perkara tu akan jadi kenangan manis buat Ain"
Detik-detik pertemuan mereka membuatkan Ain tersenyum dalam hati. Bagaimana dinginnya Andry Zuhairie Risley dulu. Kena penampar sulung sebab dia menolak ajakan Zuhairie untuk berkahwin. Pedih woo !
"And jangan lupa waktu sayang goda abang semata-mata kerana nak balik rumah mama" Zuhairie mengingatkan Ain tentang peristiwa yang satu itu. Itulah lelaki ! Dalam banyak-banyak kenangan, yang tu jugak yang dia ingat. Macam tak ada benda lain !
"Abang ! Benda tu jangan ungkit la. Malu tau tak" laju saja tangannya menampar dada tegap Zuhairie. Rasa macam nak sorok muka bawah ketiak Zuhairie. Malunya !
"Bila nak goda abang macam tu lagi?" Zuhairie menarik senyum senget. Suka betul dia kenakan si isteri. Tambah pula apabila melihat pipi tembam itu kemerahan-merahan menahan malu.
"Abang !" Ain menjegilkan mata. Terasa bahang pipinya kerana menahan malu.
Ketawa Zuhairie pecah melihat wajah cemberut isterinya. Alahai comelnya buat muka macam tu.
Bahagia . Itu yang di rasakan sekarang. Segalanya telah kembali seperti sedia kala. Dia bebas untuk melakukan apa sahaja. Tidak akan ada lagi kekacauan yang mengusik jiwa dan raga.
Janji Allah itu pasti. Setiap kesusahan, pasti akan ada kesenangan. Kesabaran dan kekuatan yang menjadi kunci utama setiap insan untuk mencapai apa yang dikehendaki.
Keperitan yang dia alami dulu, telah diganti dengan kebahagiaan yang tak berpenghujung. Onak duri yang dia tempuhi, ditukar ganti dengan kegembiraan.
Kisah sedihnya sudah berakhir. Masa untuk dia simpan segala kenangan pahit di dalam diari kehidupan yang penuh dengan suka dan duka.
•••••
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro