Part 85 - New baby
"Congratulation !" Randy Fernandez menghulurkan tangan pada sepupunya itu. Satu-satunya saudara yang dia ada di atas muka bumi ini.
Sudah lama mereka tidak bersua. Lebih kurang 2 bulan juga mereka tidak bertanyakan khabar. Randy kini sedang sibuk mendalami ilmu baru di sebuah kampung yang agak jauh dari bandar. Kehidupan lalunya sudah lama ditinggalkan.
"Thanks. Kau tu bila pulak" mereka berjabat tangan. Masing-masing menggambarkan rasa yang tidak terucap dengan kata-kata. Alhamdulillah ! Akhirnya semua telah selesai. Kemelut masalah mereka juga sudah lama berakhir.
"Tunggu bidadari jatuh dari syurga" jawab Randy tenang. Wajah manis seorang gadis terlayar di ruang mata.
"Banyak la kau. Kalau nak bidadari, kau kena pergi syurga. Bidadari tak ada kat dunia" Zuhairie tertawa kecil. Dia tahu itu hanya gurauan semata-mata. Lagipun, tak lama lagi Randy akan menjadi salah seorang daripada mereka.
Tak salah rasanya jika dia mahu berkongsi ilmu yang dia tahu. Cuma, agak sukar untuk menerangkan lebih terperinci tentang hal di luar jangkauan manusia.
"Who's say? I meet one of them last night" Randy tersengih sahaja. Bukan bidadari syurga yang dia maksudkan sebenarnya. Sebaliknya, sesuatu yang tidpak dapat diungkap melalui kata-kata.
"Prove it to me" Zuhairie seakan-akan mencabar. Sengaja menguji pendirian sepupunya itu.
Randy Fernandez berdehem seketika. Dia cuba mengingati semula tentang buku yang dia baca tempoh hari. Buku yang dia beli tanpa sengaja ketika berjalan-jalan di kedai buku. Bagaikan ada satu tarikan untuk dia terus membaca hingga ke helaian terakhir.
"Bagi aku, di dunia juga ada bidadari. Bidadari yang aku maksudkan bukan dari segi kecantikan luaran tetapi dari segi kecantikan hati seseorang wanita tu. Kau juga ada bidadari dalam dunia ni, that's it your wife, Ain Amani" Randy berhenti seketika sebelum menarik nafas dalam-dalam.
"Bidadari di dunia amat sukar untuk kita jumpa. Seorang wanita yang sentiasa indah di mata dan tenang di hati. Sebab tu aku guna perkataan bidadari sebab bidadari dunia limited edition" Randy tersenyum megah. Akhirnya, apa yang terbuku di hati dia dapat sampaikan dengan baik.
Zuhairie mengangguk setuju. Dalam diam, dia berasa amat kagum. Randy semakin mendalami dan memahami ilmu tentang Islam. Diharapkan lelaki itu dapat menjadi saudara baru yang dapat membawa ajaran Islam dengan baik.
•••••
Ain Amani bergerak perlahan menuju ke dapur untuk membasahkan tekak. Perut yang sudah menunjukkan bentuk, dia usap lembut. Sejak dia berbadan dua, Zaura asyik mahu melekat dengannya. Langsung tak nak main dengan papa. Macam tahu-tahu je dia bakal menjadi seorang kakak.
Air yang diisi dalam cawan, Ain teguk rakus. Terasa nyaman tekak apabila minuman kosong itu melalui rongga tekak. Lega ! Hilang sudah rasa hausnya sebentar tadi.
"Kenapa tak bagitahu aku aku dulu sebelum turun ke bawah. Penat aku cari dalam bilik" suara dari belakang menyentakkan Ain Amani. Pantas dia menoleh.
Wajah asam kecut Zuhairie terbentang di depan mata. Perangai yang satu ini membuatkan dia rasa terkongkong. Perangai memang tak berubah sejak dari dia mengandungkan Zaura lagi.
"Ain turun minum air je. Tak kan itu pun nak risau" Ain mengetap bibir. Geram betul dengan perangai Zuhairie ni.
"Wajib, mesti dan perlu bagitahu. Even kau nak ke tandas sekalipun" tegas Zuhairie berkata. Dia melangkah merapati Ain Amani yang memeluk tubuh. Merajuk la tu! Zuhairie menggelengkan kepala. Perempuan dengan merajuk memang tak boleh dipisahkan.
Tubuh Ain Amani dipeluk dari belakang. Mahu menyejukkan hati wanita itu semula. Kalau dibiarkan lama-lama, boleh berlarutan hingga ke pagi esok. Tangan sasanya menyentuh perut yang sudah menunjukkan bentuk. Kandungan yang sudah mencecah 4 bulan itu diusap lembut dari arah belakang.
"Mine..." Bisiknya lembut di telinga gadis itu. Tubuhnya sengaja dirapatkan hingga tiada ruang antara mereka.
2 bulan lalu. Kehamilannya telah disahkan oleh Doktor Elicia. Orang paling gembira sekali semestinya Andry Zuhairie Risley. Sehinggakan menitis air mata lelaki itu apabila mendengar khabar gembira ini.
Dalam diam, Ain Amani ketawa halus. Kelakar pula dengan kata-kata Andry Zuhairie Risley. Pandai buat, pandai la mengaku ek. Walaupun dia sendiri terpaksa. Eleh, terpaksa la sangat !
"Yes... This is yours" Ain tersenyum manis. Tak sangka kini dia sedang mengandungkan zuriat Andry Zuhairie Risley. Memandangkan keadaan lelaki itu yang masih belum dapat mengingati sepenuhnya. Namun, inilah rezeki yang diberikan Allah. Tiada siapa yang dapat menghalang kurniaan Ilahi ini.
"Thank you for giving me this precious present in my life" kata Zuhairie entah ke berapa kali. Dia bersyukur kerana diberi peluang ini. Walaupun dia langsung tak dapat ingat tentang mereka berdua.
•••••
Dia masih leka menghabiskan sisa darah yang masih berbaki dalam pek itu. Suasana gelap dalam bilik membuatkan dia makin selesa dengan tempat itu. Perutnya masih lagi berkeroncong walaupun sudah setengah pek darah memasuki badan.
Dia belum puas. Dia mahukan lagi darah manusia yang manis dan segar.
Jam di dinding bilik dia kerling sekilas. Sudah menunjukkan angka 7 malam. Mesti di luar sana, suasana senja yang indah terlakar di ruang langit.
Pintu bilik dibuka luas. Dia mahu keluar dari bilik itu. Seharian dia menghabiskan masa dalam ruang gelap itu semata-mata tidak mahu bertemu dengan cahaya mahatari. Apa jenis perangai da !
Pek darah yang terdapat sisa darah turut dibawa bersama. Sengaja dia menghentak kaki dengan kuat hingga menghasilkan bunyi dentuman yang kuat.
Bumm !!
Bumm !!
Satu tenaga kuat seakan-akan merasuknya. Menjadikan dia semakin hyperactive. Tetapi, dia cuba untuk mengawal sebaik mungkin.
Tiba-tiba hidungnya terbau sesuatu yang manis. Bibirnya menyengih lebar. Sehingga menampakkan gigi taring yang tajam. Bau ini menandakan ada mangsa baru memasuki rumahnya. Manis !
Satu persatu langkah diatur menuruni anak tangga. Perlahan dan senyap ! Langsung tiada derapan langkah yang terhasil.
Dia berhenti seketika di hujung tangga. Menghendap sesuatu di sebalik dinding untuk mencari mangsa. Anak mata hazel dilarikan ke segenap ruang koridor mewah itu.
Sengihan di bibir pucat itu semakin melebar apabila seorang gadis terlayar di hadapan mata. Bau manis tadi semakin kuat menyengat hidung. Jiwanya meronta-ronta ganas ingin mendapatkan darah gadis itu.
Cahaya putih seakan menyambar matanya. Membuatkan pandangannya silau teramat. Mata dipejam rapat dan telapak tangan menutup kelopak mata. Namun, cahaya putih itu masih dapat menembusi pandangan matanya. Dia menjerit kuat meminta tolong. Dia tak suka akan cahaya ! Baginya, cahaya adalah satu benda yang menyakitkan.
Cahaya putih tadi diganti pula dengan pandangan yang kelam. Gelap sehingga dia tidak dapat melihat apa apa di ruang pandangannya.
Suana sunyi di keadaan sekeliling membuatkan melangkah tanpa hala tuju. Keadaan rumah dan biliknya tadi sudah menghilang dari pandangan.
Di mana aku berada ? Macam mana aku boleh ada di sini ?
Soalnya sendiri. Suaranya hanya bergema dalam hati.
Bunyi cengkerik dan suara burung hantu yang saling bersahutan, bermain di gegendang telinga. Nada bunyi gemersik dedaun seakan-akan menyanyi, menjemput kehadirannya di situ. Dari situ, dia dapat meneka, di mana tempat dia berada.
Hutan ! Ya, dia berada di hutan.
Satu cahaya kecil menggamit langkahnya untuk terus bergerak. Dahan pokok kecil yang menghalang laluannya ditolak ke tepi.
Rumah ? Rumah siapa yang terletak tengah-tengah hutan macam ni?
Dia bermonolog sendiri. Perasaan aneh semakin menebal dalam diri. Pelbagai tanda tanya bermain di sekitar minda dan akal fikiran.
Apa yang dia lihat ialah sebuah rumah agam berwarna putih dan kelihatan menyeramkan berada tidak jauh dari tempat dia berdiri. Entah mengapa dia rasakan seperti pernah melihat rumah itu.
Bukahkah ini rumah aku? Tapi... ke-kenapa aku berada di luar sedangkan rumah aku berada di sana?
Dia menyoal kepada dirinya. Soalan yang tidak terjawab oleh sesiapapun. Dia seperti bersendirian di atas muka bumi ini.
Tiba-tiba suara jeritan seorang wanita kedengaran dari arah rumah putih itu. Dia jadi cemas. Suara takut wanita itu diselangi dengan suara jerkahan kuat lelaki.
Baru saja dia mahu melangkah, terasa rentapan kuat dari arah belakang. Menarik tubuhnya kuat ke alam lain. Laju dan pantas. Jeritan meminta tolong sudah tidak kedengaran. Dan kini, dia sudah berada di alam lain.
•••••
Andry Zuhairie Risley terjaga dari lena petang. Dia memegang kepala yang terasa sakit dan berdenyut kuat. Tubuhnya terasa lemah untuk bangun dari katil. Tenaganya sudah terbang melayang entah ke mana. Sebentar tadi, dia memuntahkan segala isi perut hingga letih. Kemudian, dia tertidur kepenatan di atas katil.
Mimpi tadi ! Seperti pernah terjadi dalam hidup aku. Apa maksud mimpi tu? Kenapa perempuan tadi minta tolong ? Apa yang telah terjadi ?
Zuhairie meraup muka. Berkerut dahinya memikirkan semua itu. Otaknya laju mencari memori seperti dalam mimpi tadi. Tetapi, satu pun tidak ditemui.
Mungkin ia hanyalah mainan tidur kerana dia tidur pada lewat petang. Malas dia mengambil tahu tentang mimpi itu. Perkara itu akan menambahkan lagi sakit kepalanya. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk mengendahkan sahaja mimpi yang bermain dalam tidurnya tadi.
Langkah terhuyung hayang diatur menuju ke tandas. Sambil-sambil dia mengurut kepala yang sedang berdenyut kuat.
•••••
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro