Part 84 - Pening
Faiha Jannah menoleh ke belakang. Entah mengapa dia rasa seperti diperhatikan. Dia merenung lama halaman rumah yang dipenuhi ramai tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan Andrea dan Fawwaz. Hati pula berasa lain macam. Jantung berdegup tak tentu arah.
Zaura dalam dukungan hanya diam sambil menggigit jari. Mulut kecil itu bercakap seorang diri. Membebel dalam bahasa yang tidak diketahui. Kadang kala dia tertawa sambil memerhatikan satu arah yang dipenuhi ramai tetamu.
Faa masih menunggu kehadiran Ain di luar rumah. Sebentar tadi, Ain Amani masuk ke rumah sebentar untuk mengambil botol susu Zaura. Ini baru kali pertama dia bertemu dengan bayi comel itu. Wajah seiras Zuhairie yang putih melepak. Hidung mancung dan mata bulat. Memang sempurna kurniaan Tuhan.
"Taaa.." kata Zaura sambil tersengih sendiri. Tangannya digawang ke hadapan. Seperti mahu pergi kepada seseorang.
Faa memandang ke hadapan. Mencari dengan siapa Zaura berkomunikasi. Namun, tiada siapa pun yang memandang ke arah mereka. Masing-masing sibuk menikmati juadah yang tersedia.
Aduh Zaura ni ! Sudah la dia rasa seperti diperhatikan. Zaura ni boleh pulak buat hal. Tak kan Zaura boleh bercakap dengan 'benda' tu. Menyeramkan la pulak.
Memang dia sudah maklum akan asal usul keluarga Andrea Az Zahra Rislea. Tentang darah vampire si Andry Zuhairie Risley. Mustahil Zaura juga memiliki darah vampire? Dan mempunyai kelebihan yang tak semua manusia miliki.
"Zaura tengok apa? Cari papa ke? Papa ada dalam rumah la" Faa cuba menarik perhatian Zaura. Tudung yang senget akibat ditarik oleh bayi itu dia betulkan.
"Ta-ta-ta-taa" Zaura memandang Faa sebentar sebelum menunjukkan jari kecilnya ke arah pokok-pokok yang di halaman rumah.
Faa memerhati kawasan tersebut. Kawasan pokok-pokok tersebut dilindungi oleh tetamu yang berbual sesama mereka. Mungkin mereka yang mengacah Zaura sebentar tadi. Faa cuba menyedapkan hati.
Terkejut si Faa apabila bahunya tiba-tiba dicuit dari belakang. Lihat saja belakang, Ain sedang tersengih sambil memegang botol susu. Kus semangat ! Nasib baik tak terlepas Zaura dalam dukungan.
"Benda apa yang kau renung sampai tak perasan aku datang. Mesti curi-curi pandang lelaki kat sana tu kan?" Ain menduga sahabatnya diselangi usikan manja.
Dia turut memandang ke arah sekumpulan lelaki muda yang menjadi tatapan Faa sebentar tadi. Amboi minah ni, sempat lagi ya cuci mata. Senyuman terbit di bibir apabila dia terpandang 'seseorang' yang amat dia kenali di sebalik pokok, terlindung dengan sekumpulan lelaki berbaju melayu.
"Mana ada la" Faa menjeling tajam Ain Amani. Pandai-pandai je tuduh orang. Sikit pun dia tak pandang sekumpulan lelaki itu. Pandangannya hanya tertumpu pada apa yang ditunjukkan oleh Zaura.
Bayi kecil itu diserahkan semula kepada Ain Amani. Sempat dia mengucup pipi Zaura yang tembam. Sejak tadi dia tahan diri daripada gigit pipi gebu itu.
"Aku nak pergi jumpa Andrea kejap. Kau tak payah ikut. Sekejap lagi sibuk kacau aku peluk Andrea" gurau Faa diiringi jegilan mata Ain Amani. Terlepas tertawa kecil dari mulut Faa.
Faa melangkah pergi meninggalkan sahabatnya itu. Kaki dihayun laju menuju ke tempat pelamin.
Seseorang datang menghampiri Ain Amani. Sempat dia berbual sebentar dengan gadis itu sebelum mengambil Zaura. Bayi itu memang rapat dengannya. Namun, sejak kebelakangan ini mereka semakin jarang bertemu. Kerja menimbun membuatkan dia banyak menghabiskan masa di pejabat pada waktu malam.
Nasib baik tembelangnya tidak pecah. Zaura la ni ! Hampir-hampir dia kantoi memerhatikan gadis bertudung labuh itu tadi.
Senyuman yang manis itu menjadi igauannya setiap malam. Kerja kotor yang menjadi rutin hariannya, telah lama dia tinggalkan. Hanya kerana si pencuri hati. Walau apapun cara, dia akan dapatkan gadis itu. Tiada siapa yang dapat menghalangnya untuk memiliki wanita tersebut.
•••••
Ain Amani berhenti melakukan kerja sebentar. Mata terpejam rapat. Dunianya seakan-akan berpusing laju. Jari-jemari runcing naik memicit kepala. Mesti perut masuk angin, dia hanya makan pagi tadi saja dek kerana terlalu sibuk menguruskan majlis perkahwinan Andrea dan fawwaz.
"Kau okay ke tak ni? Kalau penat pergi la naik rehat. Biar kitorang habiskan" suara Andrea yang memecah suasana membuatkan Ain mencelikkan mata semula.
"Aku okay. Boleh lagi ni" senyuman manis terlakar di bibir pucatnya.
Ain bangun dari kerusi meja makan. Almari yang tersimpan cawan ditujuinya. Tekaknya terasa dahaga. Namun, belum sempat dia melangkah rasa pening tadi menyerang lagi. Tubuh terumbang ambing seperti mahu jatuh rebah ke lantai.
Andrea cepat-cepat mendapatkan kakak iparnya. Kedegilan Ain Amani memang tak dapat kikis sejak dari dulu lagi.
"Kan aku dah cakap pergi naik. Tengok, dah nak jatuh. Nak aku panggil Abang Zuhairie datang dukung kau, baru kau nak naik?" Kata Andrea panjang lebar. Geram dengan kedegilan si sahabat.
Fawwaz Amsyar hanya memandang sambil menggelengkan kepala. Kenal sangat dengan perangai keras kepala sepupunya itu.
"Aku naik dulu. Pengantin baru jangan tidur lewat sangat. Tak baik " sempat lagi Ain Amani memberikan peringatan terakhir kepada pasangan itu. Mereka berdua hanya mengangguk faham. Tak kan nak geleng pulak, kan?
Akhirnya dia mengalah. Tak mahu dia dengar Andrea membebel. Minah tu kalau boleh membebel, memang tak akan berhenti. Laju pulak tu bila bercakap.
Kaki melangkah perlahan. Satu persatu anak tangga didaki. Tangannya berpaut pada penghadang tangga sambil tangan memegang kepala yang berdenyut.
Langkah terhenti. Hanya beberapa anak tangga sahaja lagi dia akan sampai di tingkat atas. Tubuh Ain terumbang ambing seakan akan mahu jatuh. Tiba-tiba terasa ada satu lingkaran di pinggang. Pantas Ain Amani mendongak memandang si dia.
"Are you okay? " Suara garau itu bernada risau. Jelas terlakar di wajah kacak itu. Zuhairie merenung lama wajah pucat Ain Amani.
Terkejut dia melihat tubuh isterinya mahu jatuh tadi. Nasib baik dia cepat, kalau tak entah apa yang berlaku. Mungkin tubuh isterinya akan jatuh tergolek sampai bawah.
"I'm fine. Cuma rasa pening jer sikit" jelas Ain Amani berpaut pada lengan kekar suaminya pula.
"Esok kita ke hospital" tegas suara Zuhairie memberikan arahan. Lingkaran di tubuh isterinya dieratkan lagi.
"Eh tak payah la.. pening sikit aje ni. Lepas makan panadol nanti okay la"
Risau sangat Zuhairie ni. Pening sikit pun nak ke hospital. Aduh ! Nasib la dapat suami yang terlebih gula macam Andry Zuhairie Risley ni.
"Nope ! I'm your husband. Please dengar cakap aku" kali ini suaranya ditekankan sedikit. Pantang betul dia bila orang tak dengar cakap. Gigit kang baru tahu.
"Ye la. Suka kan nak guna kuasa veto dia tu" Ain menjeling manja sambil mencebikkan bibir. Kenapa hari ni semua orang nak paksa-paksa dia? Tadi Andrea. Sekarang ni Zuhairie pulak. Memang adik beradik sejati betul !
"Jangan buat mulut macam tu. Zaura ikut nanti. Dah la muka macam asam kecut" sempat lagi dia mengutuk. Makin panjang muncung gadis itu. Adedeh ! Pedihnya hati bila kena kutuk dengan suami sendiri.
Cup !
Ain tersentak. Bibirnya menjadi mangsa ciuman sekilas Zuhairie. Terasa membahang kulit wajah kerana malu teramat. Sempat lagi laki aku ni ! Tengah-tengah tangga pulak tu. Macam tak ada bilik nak buat aksi tak senonoh ni.
"Abang ! Malu la. Kat tangga juga nak bersweet-sweet. Kalau Fawwaz dan Andrea lalu tadi macam mana?" Lengan Zuhairie menjadi mangsa tamparan bertalu-talu. Lelaki itu hanya ketawa girang. Suka benar dia mengusik Ain Amani.
Dia mendekatkan wajahnya. Jelas kelihatan pipi Ain Amani berwarna merah. Kedua belah tangan diletakkan di penghadang tangga. Mengunci pergerakan Ain Amani di kedua belah arah. Dia membongkok sedikit menyamai ketinggian si isteri.
"Wanna make a baby with me tonight?" Bisik Zuhairie romantis.
Tak ! Sekarang ni siapa yang pengantin baru? Andrea dan Fawwaz atau mereka berdua? Amboi ! Sweet kalah pengantin baru. Nasib baik Zaura tidur dengan Tuan Azhari dan Puan Aisyah malam ni. Tak ada yang mengganggu asmaradana mereka berdua.
Tubuh ringan Ain Amani dicempung dan dibawa ke bilik mereka. Senyuman nakal terukir di bibir Zuhairie. Pintu bilik ditutup rapat dengan sebelah tangan.
•••••
P/s : Readers jangan fikir yang bukan-bukan ek !
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro