Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 82 - Ries and baby wolf

Andry Zuhairie Risley mendudukkan Zaura di atas katil selepas memakaikan Zaura pampers bayi. Anak gadisnya itu meragam tak mahu memakai baju. Jadi, dia hanya menyarungkan bathrobe corak dinasour pada tubuh kecil itu.

Dia baru sahaja selesai memandikan Zaura. Ain pula sibuk memasak di dapur. Jadi, dia sendiri menawarkan diri untuk menjaga Zaura.

Bedak baby johnson dituang ke tapak tangan lalu digosok sebelum disapukan pada tubuh Zaura. Sambil- sambil melakukan kerja, dia berbual dengan Zaura yang kelihatan selesa selepas dimandikan.

"Say pa-- pa. Papa" Andry Zuhairie Risley berkata satu persatu. Dari tadi dia mengajar cara panggilan yang betul pada Zaura. Sampai kering air liur. Namun, bayi itu masih lagi dengan lidah pelatnya. Habis semua benda bukan-bukan disebut.

"Ba-- babababa" Zaura tersengih gembira sehingga menampakkan beberapa batang gigi susu yang mulai tumbuh. Seronok agaknya bila si ayah ajar cara panggilan nama. Ditambah dengan muka pasrah papa bila dia salah menyebut.

Zuhairie menepuk dahi. Kepala juga digeleng perlahan. Susah rupanya nak mengajar anak bercakap. Ingatkan senang je. Rupa-rupanya susah nak mampus. Kesabarannya perlu berada pada tahap yang paling maksimum.

"No... It's papa. Not baba" kata Zuhairie untuk ke berapa kalinya. Zaura yang sedang duduk di hadapannya nampak comel dengan bathrobe corak dinasour. Dia juga yang memilih dan memakaikan pada bayi itu tadi.

Perut bulat itu membuatkan dia rasa macam nak gigit-gigit anak sendiri. Kenapa comel sangat ni? Of course dapat baka dari aku.

"Ba ba ba ba" Zaura masih lagi seronok menyebut. Kali ini tangannya menepuk sesama sendiri. Seronok menyebut sampai meleleh air liur jatuh membasahi baju. Mata bulatnya merenung wajah tampan si ayah.

"Haihhh.. baba pun baba la. Asalkan ada bunyi sudah"

Zuhairie mengambil sapu tangan yang disediakan di sebelah. Mulut comot Zaura dilap dengan lemah lembut. Orang cakap kalau air liur bayi meleleh maknanya gigi nak tumbuh.

'Alahai anak, janganlah membesar cepat sangat. Papa nak puas lagi main dengan Zaura yang comel ni.' bisik hati kecil Zuhairie.

Tubuh Zaura diangkat lalu didukung dengan cermat. Dia bergerak ke arah tingkap yang memaparkan pemandangan indah di atas gunung. Memang cantik !

Pipi tembam Zaura, dia gigit lembut membuatkan Zaura ketawa terkekek. Mungkin dia berasa geli apabila pipinya menjadi mangsa gigi tajam si ayah. Tangan kecilnya menolak nolak muka Zuhairie.

Kedengaran pintu dikuak dari membuatkan perbuatan Zuhairie terhenti. Dia melihat Ain melangkah masuk ke dalam bilik sambil tersenyum manis.

"Zauraa.. " Ain mendekati Zuhairie yang tidak berbaju sambil mendukung Zaura. Hanya seluar panjang warna hitam yang tersarung pada tubuh Zuhairie. Alahai, sengaja nak tunjuk body yang sado tu kat anak ke?

"Kenapa tak pakaikan Zaura baju?" Soal Ain Amani apabila melihat tubuh kecil anaknya tidak berbaju. Tak sejuk ke budak kecik ni? Yang ayahnya pun satu, buka aircond kalah peti ais.

"Dia yang tak nak" Zuhairie berkata ringkas. Dia masih leka bermain dengan Zaura.

"Abang yang tak pandai pilih. Kejap eh, Ain gi cari baju Zaura" Ain melangkah ke arah almari yang menempatkan pakaian Zaura. Gaun merah kegemaran Zaura dicapai.

"Mii -- " jari telunjuk kecil itu menunjukkan ke arah Ain Amani. Pantang betul kalau jumpa umi dia. Mesti minta nak kena dukung. Langsung tak boleh renggang dengan umi sekalipun ada papa di sisi.

"Nak umi dukung ke? Tak nak main dengan papa dah?" Zuhairie mencebikkan bibir. Gaya merajuk.

"Mi - mi - mi" Zaura langsung tidak mengendahkan kata-kata si ayah. Mata bulatnya tak lepas memerhati perbuatan Aim Amani. Tangan digawang untuk pergi kepada si ibu.

"Ye la²... Kita pergi kat umi okay" Zuhairie bergerak ke katil di mana Ain sedang menunggu bersama pakaian Zaura di tangan. Sempat dia mencium pipi Zaura yang tembam itu.

Aisha Zaura Rislea diberikan kepada Ain Amani. Tersengih bayi itu apabila melihat si ibu di depan mata. Pelukan erat melingkari leher Ain Amani.

"Meh umi pakaikan baju. Haishh, apa la papa ni tak pakaikan Zaura baju. Umi babap papa kang baru papa tau, kan Zaura ?" Ain ralit bercakap dengan Zaura. Tidak sedar dirinya diperhatikan oleh Zuhairie.

Gaun merah hati dipakaikan di tubuh kecil Zaura. Anaknya itu langsung tidak meragam. Anak umi kan.. mesti la tak meragam. Cuba bagi kat papa, mesti ada saja benda dia nak main. Pernah sekali hidung Zuhairie ditenyeh dan ditarik.

Tersenyum dia apabila terkenangnya peristiwa itu. Haihh, tahu la hidung papa tu mancung macam orang mat salleh. Tapi, jangan la tenyeh sampai terpenyek hidung papa awak tu Zaura oi..

Zuhairie melabuhkan duduk di sisi Ain Amani. Memerhati sahaja tindakan tangkas si isteri melakukan tugas. Bibir dicebikkan mendengar kata-kata Ain Amani.

"Sebelum kau babap aku, aku babap kau dulu kang. Tak pasal-pasal Zaura dapat adik" kata Zuhairie bersahaja. Dia memandang sekilas wajah Ain Amani yang merah menahan malu.

"Abang ! Zaura dengar la" tubuh sasa Zuhairie ditampar lembut. Merah sudah mukanya. Zuhairie la ni ! Cakap tak reti nak tapis.

"Bukan dia paham pun" ringkas jawapan yang diberikan. Mata beralih memandang Zaura yang comel berbaju merah.

"Kan Zaura ? Zaura nak adik tak? Nanti papa kasi Zaura adik, okay?" Sengaja Zuhairie menyoal. Zaura hanya memandang perlakuan si bapa dan si ibu. Dia langsung tidak memahami apa yang sedang berlaku. Kadang kala dia tertawa apabila Zuhairie mengagah.

Ain Amani cuba menghilangkan rasa malu. Makin menjadi jadi la pulak perangai si Zuhairie ni. Nasib la Zaura tu masih kecil. Kalau tak rosak fikiran Zaura tu.

•••••

Suasana sunyi sekitar kawasan bukit dibingitkan dengan satu suara. Suasana mendung dan berangin pada petang itu membolehkan mereka meluangkan masa bersama. Angin sepoi bahasa kadang kala menghasilkan satu bunyi yang mendamaikan.

"Zaura ! Come on ! You can do it. Anak papa boleh buat. Jangan putus asa !"

Riuh halaman rumah di atas bukit mendengar kata-kata semangat dari Andry Zuhairie Risley. Dia bertinggung tidak jauh di hadapan Zaura. Zaura yang tidak dapat mengimbangi badan, jatuh terduduk di atas tanah. Namun, dia langsung tidak menangis. Malah, ketawa dengan riang sekali.

Ain hanya memerhati sambil menggelengkan kepala. Budak tu baru belajar berdiri. Yang si bapa itu bersungguh-sungguh bagi semangat macam Zaura dah boleh berlari. Alahai ! Suami siapa ni ? Tolong kutip balik, please.

Tudung yang ditiup angin dia betulkan. Tersenyum dia melihat telatah Zaura. Anaknya itu dari tadi tidak henti ketawa. Apa yang kelakar, dia sendiri tak tahu.

Bunyi semak samun berdekatan, membuatkan tindakan Zuhairie dan Ain terhenti. Pandangan mereka terarah pada dedaun yang bergerak-gerak itu. Kemudian, berpandangan antara satu sama lain. Pelbagai andaian bermain di fikiran masing-masing.

"Berdiri belakang aku ! Cepat !"

Zuhairie pantas mendukung Zaura. Manakala Ain bergerak ke belakang Zuhairie. Takut juga dia kalau ada haiwan liar yang datang menyerang. Serangan oleh serigala liar tempoh hari membuatkan dia serik.

Satu susuk yang keluar dari semak samun itu membuatkan mereka berdua terkedu. Satu persatu keluar dari semak itu menjadikan jumlah kesemuanya bertambah kepada empat. Sudah lama tidak kelihatan, kini kembali semula. Tidak datang membawa diri sahaja, malah datang bersama satu keluarga kecil yang comel.

"Ries?" Ain pantas mendekati serigala betina itu. Rindunya dia pada haiwan itu. Kali terakhir mereka bertemu ialah semasa dia mengandungkan Zaura. Selepas itu, Ries terus hilang lenyap tanpa khabar berita. Kini, Ries kembali semula membawa tiga ekor anak serigala.

"Kau kenal Ries ?" Soal Zuhairie terkejut. Dari tadi dia memerhati hubungan mesra itu. Ries, haiwan peliharaannya sejak kecil. Tapi, bagaimana Ain kenal Ries? Selalunya Ries tidak mudah rapat dengan orang yang baru dikenali.

"Mesti la Ain kenal. Ries selalu datang teman Ain waktu mengandungkan Zaura dulu" Ain menerangkan satu persatu. Tangannya asyik menggosok kepala Ries. Anak anak Ries masih leka bermain sesama mereka. Boleh jadi bodyguard Zaura bila besar nanti.

"Ain tahu abang tak ingat. Jangan paksa diri abang untuk ingat semula. Perlahan-lahan, nanti abang akan ingat semuanya dengan izin Allah" pujuk Ain lembut apabila melihat kerutan di dahi Zuhairie. Zaura dalam dukungan Zuhairie diam membisu. Mungkin takut melihat Ries yang besar.

"Terima kasih sebab sanggup tunggu aku. Walaupun aku tak ingat kau, tapi aku yakin rasa cinta dah mula timbul dalam hati aku untuk kau" ujar Zuhairie penuh romantik. Alahai, depan-depan Ries jugak korang nak sweet-sweet. Nasib la Ries tu tak boleh cakap, kalau tak dah lama dia muntah kat situ.

"Ahh - ba - ba " jerit Zaura ceria apabila Ries datang menghidu tapak kakinya. Mungkin geli dengan tindakan serigala putih itu.


Meletus ketawa Zuhairie dan Ain. Mereka saling berpandangan. Terbit senyuman dia bibir masing-masing. Kehadiran Ries membawa satu sinar kebahagian buat diri mereka. Lengkap sudah mereka sebagai satu keluarga. Alangkah bahagianya perkara ini berkekalan hingga akhir hayat.

•••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro