Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 81 - Berbincang

Melihat seseorang yang menunggu di muka pintu, Andrea Az Zahra Rislea terus keluar dari perut kereta milik Fawwaz Amsyar. Kaki berlari anak menuju ke arah pintu rumah di atas bukit.

"Zaura sayang... Lama tak jumpa Zaura. Cik Rea rindu Zaura sangat-sangat. Meh nak cium" kata Andrea teruja. Anak buahnya dalam dukungan Ain Amani diambil. Pipi gebu itu kemudiannya dicium bertalu-talu.

Fawwaz Amsyar di belakang hanya memerhati. Kenal sangat dengan perangai Andrea yang suka akan kanak-kanak. Sampai boleh lupakan kekasih hati di belakang.

"Masuk la dulu. Zuhairie ada kat dapur buatkan susu Zaura ni" Ain menjemput tetamu yang masuk ke rumah. Lagipun, tak manis berbual di muka pintu. Walaupun tetamu itu ialah kenalan rapatnya sendiri.

Fawwaz mengangguk lalu bergerak ke sofa. Entah mengapa rasa hatinya lain kali ini. Rasa resah mahu bertemu dengan bakal abang ipar. Kalau tak, ada sahaja cerita yang ingin dikongsikan jika bertemu dengan Ain Amani, sepupunya.

Andrea masih lagi dengan Zaura. Menggigit dan menggomol bayi itu. Sampai rimas Zaura dibuatnya.

Derap langkah yang mendekati mereka membuatkan Fawwaz bangun dari sofa. Dia lihat Zuhairie beriak serius. Mamat ni tak pernah tak serius. Muka ketat memanjang. Ni yang buat dia lagi takut dan gementar. Padahal perangai kedua-duanya lebih kurang sama. Mungkin kerana status yang bakal bertukar tak lama lagi.

"Apa khabar abang.. Abang sihat?" Tangannya dihulur ke arah Zuhairie. Melihat jelingan tajam lelaki itu membuatkan Fawwaz menelan liur payah. Gulp !

"Siapa abang kau?" Zuhairie berkata tegas. Langsung tiada senyuman di bibirnya. Namun begitu, huluran tangan Fawwaz tetap disambut. Amboih ! Tangan kemain sejuk. Takut sangat nak jumpa bakal abang ipar.

Zuhairie mengambil tempat di sisi Ain Amani. Botol susu yang baru dia bancuh tadi disua ke arah mulut Zaura. Laju saja bayi itu menyambut.

"Dulu datang serang aku kat pejabat bukan main eh... Sekarang ni baru ingat nak berabang abang dengan aku. Banyak cantik" perli Zuhairie tajam. Masih segar di ingatan ketika Fawwaz datang memarahinya di pejabat. Tak lagi tak bukan kerana layanan buruknya terhadap Ain Amani dulu.

Fawwaz tersengih malu. Tak sangka Zuhairie masih ingat tentang perkara itu. Adedeh ! Buat malu je. Nak back up sepupu punya pasal. Sampai lupa lelaki itu bakal abang ipar.

"Saya tak cantik. Tapi, saya handsome abang" balas Fawwaz selamba. Ya, dia kena abaikan perlian Zuhairie tu. Kalau tak semakin banyak kata-kata yang akan menikam jiwa.

"Kau-aku sudah la. Tak payah la 'bersaya berabang' dengan aku. Geli ketiak aku dengar" Zuhairie menjulingkan mata ke atas. Pandai menjawab pula mamat sekor ni. Rasa tua pula bila 'bersaya berabang'. Padahal umur mereka beza 2 tahun saja.

Dia lihat Fawwaz hanya mengangguk. Tiada sebarang suara keluar dari bibir lelaki itu. Heh ! Tahu pun takut jumpa bakal abang ipar ekk.

Macam mana la dia ketika mahu berjumpa keluarga Ain dulu. Bagaimana pula dengan perkenalan mereka? Cara mereka bertemu sehingga menimbulkan bait-bait cinta dalam hati. Teringin dia ingat semua kenangan itu. Ingin juga dia kembalikan semua memorinya. Tetapi, malangnya dia tak mampu. Itu semua di luar kemampuannya.

Tanpa sedar fikirannya melayang entah ke mana. Semua di situ memandang aneh ke arah Zuhairie. Suasana rumah menjadi sepi seketika.

"Abang... Abang okay ? Abang tak sihat ke? Atau kepala abang berdenyut ?" Soal Ain risau. Kadang-kadang Zuhairie selalu mengadu sakit kepala. Mungkin kesan daripada hilang ingatan yang dia alami.

Zuhairie bagaikan baru tersedar. Lantas kepala digeleng perlahan. Jelas riak risau di wajah isterinya.

"I'm fine" balas Zuhairie ringkas. Tak mahu Ain berasa risau dengan dirinya.

Kemudian, mata beralih kepada Fawwaz yang duduk bertentangan dengannya.

"Kau ! Lepas berbincang, jumpa aku dekat luar. Berdua !" Tegas arahan yang diberikan. Laju saja Fawwaz mengangguk. Siapa tak terkejut dengar suara Zuhairie tu. Berdentum dentum bunyinya.

•••••

Bukkk !

Fawwaz Amsyar tersungkur jatuh di atas karpet rumput tengah halaman. Rahangnya yang menjadi mangsa Zuhairie disentuh. Cecair pekat mula keluar di hujung bibir. Aduh ! Pedih! Memang sakit la bila tiba-tiba kena serang. Lain la kalau dia dapat elak dari kena tumbuk.

Tadi, Zuhairie ada memanggilnya keluar. Tiba saja di laman, satu tumbukan padu hinggap di muka. Tak, sekarang ni apa masalah lelaki itu. Buang tebiat ke apa tiba-tiba nak tumbuk orang.

"Kau dah kenapa gila ? Tiba-tiba tumbuk bakal adik ipar. Aku tahu la aku handsome dari kau. Agak ar, sakit kau tau tak gila" marah Fawwaz bersama dahi berkerut seribu menahan pedih. Terasa sengal seluruh mukanya. Ditambah lagi dengan hentakan punggung di atas tanah.

Nasib baik di atas rumput. Kalau batu? Boleh berlumbang bontot seksi aku ni.

"Nak test tahap kejantanan kau. Sama ada kau boleh jaga adik aku ataupun tak" balas Zuhairie selamba. Tangannya diusap perlahan. Terasa sakit jugak tangannya. Boleh tahan keras rahang mamat ni. Batu atau tulang muka?

"What ?! Sebab tu jer ? Aku ngadu kat Ain kang baru tahu" Fawwaz menjeling tajam. Dia masih terduduk di atas karpet rumput itu. Malas pulak dia mahu berdiri. Rumput ni pun boleh tahan lembut. Ceyh, sempat lagi kau ni !

"Silakan ! Lelaki sebenar takkan mengadu perkara kecil macam ni kat perempuan ? Lain la kau spesis encik sutun" sindir Zuhairie bersama senyuman sinis di hujung bibir.

Dia lihat lebam di bibir Fawwaz semakin membiru. Mampus dia kalau Ain dan Andrea tahu. Minah dua orang tu kalau bergabung boleh meletup rumah dibuatnya. Ditambah lagi dengan bebelan yang macam mak nenek.

Nasib baik Zaura masih kecil. Jangan bila dah besar nanti ikut perangai Ain Amani sudah. Mahu bernanah telinganya dengar bebelan wanita-wanita kesayangannya itu.

Fawwaz mengetap bibir geram. Tak guna ! Nasib belum jadi abang ipar je lagi. Kalau tak dah lama aku balas balik tumbukan tu. Bisik Fawwaz perlahan.

Ye laa kalau dia balas balik kang kena cop kaki pukul. Kang tak jadi dia kawin dengan Andrea. Mahu meraung dia sampai jadi gila.

"Heh ! Tunggu aku kahwin dengan Andrea la baru kau tahu tahap kejantanan aku" otak kotornya mula memberikan idea yang bernas. Bertujuan untuk menyakitkan hati Zuhairie. Haa, amekkau. Nak gaduh sangat kan?

Baru saja Zuhairie mahu membalas, terdengar suara yang amat dikenali dari arah belakang. Siapa lagi kalau bukan si isteri tercinta. Acewahh !

"Eh Fawwaz, kenapa mulut tu tiba-tiba berdarah. Siap lebam lagi. Korang gaduh ke?" Soal Ain prihatin bersama Zaura di dalam dukungan. Andrea pula siap membelek lagi wajah kacak kekasih hati menambahkan lagi baraan dalam hati Zuhairie.

Ingat sweet la tu? Urghh !

"Tak ada la. Mana ada kitorang gaduh. Tadi ada anai-anai gigit. Tak tahu pulak sampai berdarah macam ni" Fawwaz berbohong. Orang cakap tipu sunat.

Dia bangun dari duduk. Kesan kotor di punggung dia sapu dengan tangan.

"Anai-anai ?" Ain dan Andrea saling berpandangan. Kemudian, Ain memandang suaminya di sebelah. Wajah tak bersalah dipamerkan. Haishh, suami siapa la ni. Nasib kau la Fawwaz dapat abang ipar macam ni. Hari-hari makan menumbuk la jawabnya nanti.

"Aku balik dulu la. Lagipun nak malam dah ni. Sayang, take care dengan abang vampire you ni. Dia menggigit kang tak merasa I nak gigit U " cepat-cepat Fawwaz meminta diri. Seram pulak dia dengan renungan tajam Zuhairie. Tak pasal-pasal mimpi ngeri dia malam nanti.

"Aku balik dulu, abang ipar" sengaja Fawwaz mahu menyakitkan hati Zuhairie. Sebelum memasuki perut kereta, sempat dia melakukan flying kiss kepada Andrea di hadapan Zuhairie. Menambahkan lagi rasa panas dalam hati lelaki itu. Mamat ni kalau aku bagi sebijik lagi kang baru tahu. Sakit pulak hati kiter ni.

•••••

"Zaura mesti sunyi sebab tak ada adik kan?" Soal Andrea tiba tiba. Ain Amani yang sibuk melipat baju kecil Zaura dia jeling sekilas.

Malam ini dia bermalam di rumah abangnya kerana sudah lama dia tidak menetap di situ. Rindu pula dia dengan Ain dan Zaura. Zuhairie? Lelaki itu tak perlu dia rindu. Sudah la bagi penumbuk kepada buah hatinya tadi. Tak pasal pasal ada lebam pada wajah kacak Fawwaz.

Melihat reaksi Ain yang menghiraukan kata-katanya, membuatkan Andrea berdecit perlahan.

"Hrm.. bila la Zaura nak ada adik eh? Zaura bosan ni" tangan Zaura dia lakukan seperti bayi itu seakan-akan berpeluk tubuh. Jari comel Zaura diletakkan di bibir.

Alahai, kalau la Zaura tu dah boleh fikir dah lama dia ketuk kepala kau Zaura. Mak saudara siapa la ni. Hishh !

"Eh kau ni. Nak baby buat anak sendiri la" marah Ain dengan perasaan geram. Bukan dia tak perasan dengan kata-kata Andrea tadi ditujukan kepadanya. Saja buat tak tahu. Lagi layan, lagi melalut minah tu.

"Lambat lagi. Kahwin pun belum. Kalau dah kahwin, aku tak mintak la kat kau. Aku boleh buat sendiri. Kau tu lain la. Malam ni pun boleh buat" Andrea tersengih miang ke arah Ain Amani. Zaura di atas ribaannya langsung tak reti duduk diam. Mentang-mentang dah pandai merangkak. Asyik nak bergerak aje. Penat tau Cik Rea pegang Zaura.

"Eiii kotornya otak kau. Nak kena sental dengan berus dawai ke?" Berbahang wajah Ain ketika itu. Si Andrea ni memang nak kena !

"Kotor apanya kau ni. Meh aku tanya kau, macam mana Zaura boleh wujud? Haa... sebab proses tu la. Macam tak pernah buat" selamba sahaja Andrea memberi penerangan. Gaya macam dah pernah buat. Padahal dia sendiri pun belum melayari bahtera perkahwinan dengan kekasih hati.

Ain menjeling Andrea. Malas dia mahu melayan perangai tak senonoh Andrea ni. Tak pasal-pasal nanti Zaura terpengaruh.

"Pergi cakap sendiri dengan abang kau" Ain meneruskan kerja melipat baju. Wajah Andrea yang tersengih seperti kerang busuk dipandang sekilas.

Tiba-tiba satu suara menegur dari belakang. Ah, sudah ! Siapa lagi kalau bukan Andry Zuhairie Risley.

"Cakap apa?"

Zuhairie bergerak ke arah Andrea di mana Zaura sedang berusaha untuk meloloskan diri dari pegangan erat Andrea. Alahai anak, memang tak reti duduk diam sungguh. Tubuh kecil Zaura diambil dan kemudian dia melabuhkan punggung di atas sofa.

"Err... " Ain sudah tergagap. Bila masa pulak dia keluar dari bilik? Aduh malunya !

"Tak selesai lagi ke pasal perbincangan kita tadi" soal Zuhairie ingin tahu. Rasanya wanita-wanita ini berbual berkenaan dirinya. Kenapa pula masing-masing diam macam lepas jumpa hantu.

"Tak la. Bukan pasal majlis Rea. Tapi, Ain ni haa.. dia nak tam -- umpphhh" belum sempat dia menghabiskan ayat, Ain cepat-cepat menutup mulut. Sesak nafas apabila ruang udara turut sama menjadi mangsa Ain Amani.

"Tak ada apa-apa la abang. Andrea ni tadi dia tengok drama. Tu sebab terlebih gula. Abaikan dia jer abang" Ain berkata sambil tersengih. Entah di mana dia mahu letak wajah jika Andrea terlepas cakap tadi. Nasib la bila kawan sendiri jadi adik ipar .

"Oh... Okay"

Zuhairie pandang ke kaca televisyen. Gelap ! Rasanya dari tadi tv tu tutup. Bila masa pulak diorang tengok drama. Pelik bin ajaib !

"Aku bawa masuk Zaura dalam bilik dulu. Kau jangan masuk bilik lambat sangat" tubuh Zaura dia dukung apabila melihat mata comel itu makin kuyu. Mahu taknya jam sudah berganjak ke angka 11 malam. Tapi, masih mahu melepak dengan makcik makcik ni.

"Okay abang" balas Ain Amani. Tangan masih berada di mulut Andrea. Langsung tak benarkan gadis itu bercakap. Habis la tangan aku basah dengan air liur dia.

Melihat Zuhairie bergerak dan mula menghilang di sebalik pintu bilik, segera dia lepaskan mulut Andrea. Tapak tangan yang terdapat kesan liur Andrea dilap pada baju gadis itu. Belum bau lagi, mahu pengsan dia kalau ada bau yang kurang menyenangkan.

"Kau ni kan ! Geramnya aku" tubuh Andrea ditampar bertubi-tubi. Berselang seli dengan cubitan manja. Ain mengetap bibir kuat apabila terdengar gelak tawa kuat Andrea. Tak ada deria rasa ke minah ni?

"Pergi la masuk bilik. Dia bagi hint tu. Kau tak paham-paham lagi ke" makin giat Andrea menyakat. Pinggang Ain dicucuk - cucuk bersama senyuman mengusik di bibir.

"Tunggu la kau kahwin nanti. Aku sakat kau lebih teruk dari ni" Ain mendongkol geram. Makin menjadi jadi pulak perangai Andrea ni.

"Blurkk.. Tak takut" Andrea menjelirkan lidah. Perangai tak ubah macam budak-budak tak cukup umur. Padahal umur dah sesuai jadi mak budak dah.

Dalam geram, Ain tersenyum kecil melihat telatah Andrea. Ha, sesuai sangat berkawan dengan Zaura.

Rindunya saat pertemuan mereka suatu ketika dahulu. Rindunya dia pada si gadis misteri yang menjadi buah mulut pelajar di sekolah menengah. Ditambah dengan cerita-cerita yang dibawa oleh Faa, menghangatkan lagi suasana. Namun, kini semuanya menjadi kenangan yang tersemat dalam ingatannya.

•••••

Ain Amani menolak perlahan pintu bilik supaya tidak menghasilkan sebarang bunyi. Takut jika dia mengganggu penghuni di dalam bilik itu. Terutama sekali Zaura. Bayi kecil itu pantang jika terdengar bunyi bising. Pasti mata bulat itu akan terbuka dengan sendiri dan kemudian merengek manja. Mengajak si ibu untuk berbual.

Kaki melangkah masuk ke dalam bilik yang dilimpahi cahaya lampu tidur itu. Baju milik Zaura yang sudah siap lipat diletakkan dalam almari khas.

Kemudian, katil Zaura dituju. Terukir senyuman di bibirnya melihat wajah polos Zaura yang sedang nyenyak tidur. Lantas satu kucupan sekilas dihadiahkan di dahi Zaura.

Tiba-tibe terasa satu lingkaran di pinggang. Hishh nasib baik dia tak ada sakit jantung. Terkejut weh tiba-tiba ada benda datang peluk. Nasib baik tak keluar semua jenis karate yang dia ada.

Haruman yang menusuk hidung membuatkan Ain dapat meneka siapa gerangan yang memeluknya.

"Eh abang ! Kenapa tak tidur lagi?" Berdegup kencang jantungnya ketika ini. Dengan kedudukan mereka berdua yang terlalu rapat membuatkan rasa malu menguasai diri.

"Aku tunggu kau" bisik Zuhairie di tepi telinga Ain Amani. Sengaja menggoda isterinya. Melihat muka cuak Ain, dia simpan senyum. Usik sikit pun dah gelabah.

"La... Lain kali jangan tunggu Ain. Abang tidur la dulu kalau abang mengantuk" kata Ain Amani. Lebih kepada mahu menghilangkan rasa gusar dalam diri.

Lingkaran dilepaskan. Tangan Zuhairie mula menarik jemari isterinya ke katil. Jelas ketara muka takut Ain Amani. Alahai, ni mesti fikir bukan-bukan.

Tubuh Ain didudukkan di birai katil. Sesuatu benda dikeluarkan dari dalam poket seluar. Kilauan permata menarik sesiapa sahaja yang melihat. Terlalu cantik !

"Rantai ni... Pakai semula. Jangan sesekali tanggalkan" jemari Zuhairie memakaikan rantai pusaka milik arwah Puan Marina itu di leher isterinya. Cantik apabila dipadankan dengan si pemakai.

"Maaf . Sebab berkasar dengan kau sebelum ni" ujar Zuhairie penuh ikhlas. Kesan calar di leher isterinya direnung. Kesan akibat daripada perbuatannya sendiri.

"Terima kasih abang!" Ain tersenyum bahagia. Tubuh tegap Zuhairie dipeluk erat. Kemudian, perlahan-lahan dibalas oleh lelaki itu.

Alangkah gembiranya jika Zuhairie dapat ingat semula. Ingin dia kembalikan semua kenangan yang pernah mereka lalui bersama sebelum ini.

•••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro