Part 80 - Sembuh
Andry Zuhairie Risley melangkah memasuki sebuah bilik. Gelap dan kelam. Hanya diterangi dengan cahaya lilin dan obor yang disangkut pada dinding. Satu bau kurang menyenangkan memasuki rongga hidung. Bau seperti darah dan bangkai yang dicampur aduk menjadi satu.
Ain Amani memandang sekeliling. Dari tadi dia setia menemani si suami. Sanggup dia tahan loya ketika memasuki bilik itu. Suasana kelihatan amat menakutkan. Dia bagaikan berada di rumah bomoh yang mempunyai banyak tengkorak manusia. Namun, tidak bagi Zuhairie dan Randy. Mereka sudah biasa keadaan seperti ini.
Zuhairie didudukkan di atas sebuah kerusi besi. Tubuhnya diikat kuat oleh Randy. Begitu juga dengan tangan dan kaki. Ni nak ubatkan aku atau nak bunuh aku. Sakit la, gila. Sempat lagi Zuhairie mengutuk dalam hati.
"Kau yakin aku boleh sembuh?" Soal Zuhairie. Dia berasa ragu-ragu dengan kemahiran yang dimiliki oleh Randy. Risau juga dia jika penyakit itu bertambah teruk. Bukan sebarang penyakit yang dia hadapi ini. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh sembuhkan.
"InsyaAllah, aku masih ingat dan tahu cara buat penawar tu. Dan ini hasilnya" cecair di atas tray ditunjukkan kepada Zuhairie dan Ain Amani. Setelah dua hari dua malam dia bertungkus lumus menyiapkan ramuan itu, akhirnya berjaya juga. Disebabkan dia Zuhairie jadi begitu. Jadi, dia juga yang perlu hilangkan darah vampire itu.
Zuhairie dan Ain saling berpandangan. Bukan teruja kerana ramuan yang ditunjukkan, tetapi perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu membuatkan mereka berdua tersentak.
Tak sangka Randy mudah menerima ilmu baru. Lelaki itu dah mahir menggunakan perkataan tersebut. Walaupun agak kekok dia menyebut tadi.
Randy mengerutkan dahi. Kenapa dua manusia dia hadapannya itu kelihatan terkejut? Dia silap cakap ke?
Seketika kemudian baru dia sedar.
"Kenapa? Tak salah kan?" Randy berkata polos. Dia masih dalam proses mendalami ilmu Islam. Banyak lagi perkara yang perlu dia belajar. Mujur otaknya mudah faham, kalau tak memang kena ulang-ulang banyak kali.
Ain menggeleng perlahan sambil tersenyum manis. Manakala Zuhairie menjeling tajam wajah isterinya. Senyum tu simpan sikit untuk suami ni. Bentak Zuhairie geram.
"Okey.. aku akan mulakan sekarang" cepat-cepat Randy ubah topik apabila sedar akan jelingan tajam sepupunya. Kuat jeles pulak sejak-sejak hilang ingatan ni eh.
Zuhairie mengangguk laju. Dia ingin cepat sembuh. Mahu melakukan semua aktiviti yang mungkin boleh mengembalikan ingatannya.
Randy mula membaca mantera entah dalam bahasa mana. Ain hanya memerhati. Dah macam dalam cerita Harry Potter dah. Ditambah lagi dengan tongkat kayu kecil yang dipusing-pusing ke arah Zuhairie.
Ain terfikir sebentar. Kenapa Randy tak ubatkan darah vampire dia sendiri? Adakah dia tidak mahu jadi manusia normal seperti yang lain. Oh ya ! Baru dia ingat, darah Randy sememangnya asli dan tak boleh diubati lagi. Darah itu akan kekal selamanya dalam tubuh lelaki itu.
Randy mengambil jarum di atas tray lantas memasukkan cecair warna merah pekat ke dalam tubuh Zuhairie.
Tiba-tiba Zuhairie mengganas. Nyaringan suara kuat kedengaran. Ain lihat Zuhairie seperti bertarung dengan kesakitan yang dialami. Merah muka suaminya itu. Urat-urat hijau mulai timbul di sekitar wajah dan lengan. Seperti ada satu kuasa yang berasak-asak mahu keluar dari tubuh lelaki itu.
"Arghhhh !" Zuhairie meronta ganas. Dia tidak dapat mengawal diri. Tak pernah dia rasai kesakitan yang teramat seperti ini. Matanya setia merenung Ain Amani. Jelas riak risau terlakar pada wajah itu. Nasib baik ada tali yang mengikatnya untuk tidak bergerak. Kalau tidak, tak dapat dia bayangkan jika dia menyerang Ain Amani secara tiba-tiba.
Keadaan menjadi tidak terkawal. Tali yang mengikat Zuhairie semakin longgar akibat rontaan ganas lelaki itu. Ain ingin melangkah mendekati Zuhairie tetapi lengannya pantas ditarik oleh Randy.
"Keluar dulu Ain. Biarkan dia seketika" kata Randy cemas. Risau jika berlaku perkara yang tidak diingini. Tak sangka dia cecair itu akan memberi kesan sebegini terhadap pesakit.
"Tapi ..." Ain serba salah. Matanya silih berganti memandang Randy dan Zuhairie. Membiarkan Zuhairie dan menyelamatkan dirinya sendiri ... atau turut bersama Zuhairie walau apa pun yang terjadi.
"Keluar !" Jerkah Randy kuat apabila melihat keadaan semakin tegang. Tali yang mengikat Zuhairie semakin longgar. Menunggu masa sahaja akan terputus. Dan mungkin peratus Zuhairie akan menyerang mereka lebih tinggi.
Ain terpana. Dalam terpaksa, kaki melangkah keluar dari bilik itu. Tak sanggup dia mahu meninggalkan si suami keseorangan di dalam bilik gelap itu.
•••••
Ain Amani menggamit seseorang yang masih berada di bawah teduhan pokok. Hoodie hitam setia membaluti dari kepala hingga tubuh. Takut sangat jika kulitnya terkena pancaran matahari yang membahang.
"Abang ! Mari la" panggil Ain kuat. Kedua belah tangan mencekak pinggang. Lama tak keluar rumah macam ni la jadinya. Macam la cahaya matahari tu nak makan dia. Padahal sembuh lama dah. Mengada jer lebih.
"Tak nak !" Ringkas Zuhairie membalas. Sinaran matahari seakan membakar matanya. Silau matanya ketika itu. Dia memang tak suka keadaan cerah yang terlampau. Itu la, siapa suruh berkurung dalam bilik. Dinding semua dicat warna hitam. Memang gelap la suasana dalam rumah itu.
Ain mengeluh berat. Geram pulak dengan sikap keanak-anakan suaminya. Kalau dia hempuk kepala lelaki itu, dia juga yang dapat dosa.
Kaki melangkah malas menuju ke arah Zuhairie. Tangan lelaki itu dicapai dan ditarik keluar dari kawasan teduh. Tetapi, Zuhairie sengaja mengeras badan. Enggan untuk bergerak ke kawasan yang terkena sinaran mentari.
"Jom la. Abang kan dah sembuh. Takkan melecur lagi dah. Ain jamin" Ain memujuk lembut. Dengan lelaki ini, dia perlu banyak bersabar. Tak boleh memaksa dengan keras kerana lelaki itu akan lebih memberontak.
Zuhairie memandang lama panahan mata isterinya. Bukan kerana takut kulitnya terbakar. Perkara itu sudah biasa baginya. Tapi kerana dia risau dia masih tidak sembuh. Dia takut jika darah vampire tu akan berkekalan dalan dirinya. Pasti Ain Amani akan bertambah kecewa dengannya.
"Trust me.. jangan takut. Ain ada dengan abang" ucap Ain lembut. Tangannya naik mengusap pipi Zuhairie. Mata mereka saling bertentangan. Dia dapat lihat dengan jelas riak kerisauan yang menggunung dalam anak mata itu.
Lambat-lambat kaki melangkah keluar dari kawasan teduh. Tangannya setia menggenggam erat tangan Ain Amani.
Di saat pancaran matahari terkena kulit putihnya, tiada apa yang berlaku. Tiada lagi kulit yang melecur dan terbakar. Semuanya telah kembali seperti sedia kala. Dia bebas bergerak ke sana ke mari.
Zuhairie memandang tidak percaya tangannya yang dilimpahi cahaya mentari yang terik. Teruja dia dengan perubahan yang dia alami. Aku dah sembuh ? Yes ! Aku dah sembuh. Ain hanya tersenyum lebar melihat riak terkejut Zuhairie. Macam tak pernah main dengan panas aje suaminya itu.
"Tengok ! Kan Ain dah cakap. Yeay.. suami Ain dah sembuh sepenuhnya" tubuh Zuhairie dipeluk erat dari arah hadapan. Dia tak malu untuk melakukan aksi begini. Lagipun, Randy bukan ada di rumah. Entah ke mana lelaki itu pergi. Hanya tinggal mereka berdua sahaja.
Zuhairie terkedu. Sudah la terkejut tadi masih belum hilang. Ditambah dengan aksi manja isterinya. Dua kali ganda terkejut dia alami.
Perlahan-lahan tangannya membalas pelukan erat Ain Amani. Dahi isterinya dikucup penuh kasih. Dia akui, rasa cinta semakin bercambah dalam hatinya terhadap gadis itu. Walaupun dia tidak ingat siapa Ain Amani sebelum ini. Tapi, dia dapat rasakan banyak memori terindah antara mereka berdua.
•••••
"Andrea.. !! Bulan depan kita nikah" jerit Fawwaz teruja. Orang sekeliling yang berada di taman itu memandang pelik. Namun, apa Fawwaz peduli. Yang penting dia gembira.
"What?! Awak buat lawak ke Fawwaz? Tak kelakar la" Andrea memandang Fawwaz tak percaya. Tak lekang senyuman manis di bibir lelaki itu.
Fawwaz mengajaknya berjumpa di situ, tadi. Katanya ada benda penting hendak beritahu.
"I'm serious, Andrea.. I dah jumpa abang you semalam minta izin. Dan dia pon setuju" Fawwaz menjelaskan perkara sebenar. Tidak dapat ditanggung lagi perasaan sayangnya terhadap Andrea. Semakin hari semakin seksa jika Andrea tiada di sisi.
"Bila masa awak pergi jumpa abang saya? Kenapa tak bagitahu saya dulu" pelbagai soalan keluar dari bibir munggil Andrea. Rasa terkejut masih belum hilang.
"Tak kan semua benda nak bagitahu you sayang. Ada benda kena rahsiakan juga" Fawwaz berkata lembut sambil merenung wajah lembut si kekasih hati.
Andrea terdiam. Tidak tahu apa mahu dibalas. Otaknya tiba-tiba jam. Kalau tak, ada sahaja idea mahu membuatkan Fawwaz marah atau cemburu.
"Jadi.. you setuju jadi wife I ?" Soal Fawwaz apabila lihat Andrea diam. Orang tua-tua cakap, diam maknanya setuju. Betul ke?
"Karang saya cakap tak setuju, awak meroyan pulak kan" Andrea menjeling manja. Malu pula dia bila disoal seperti itu. Terasa bahang wajahnya ketika ini. Pipinya bertukar warna kemerah- merahan. Muat tak kalau sumbat kepala dalam beg?
"Yess !! Ni yang buat I nak peluk-peluk you" Fawwaz mendepangkan tangan. Seolah-olah mahu mendakap gadis itu.
Andrea pantas bergerak menjauhi Fawwaz. Eh eh mamat ni. Gatal pulak dia. Aku hempuk karang !
"Hey ! Belum halal okay" Andrea menjegilkan biji mata ke arah Fawwaz yang sedang tersenyum miang. Senyum je kerja dia. Nasib baik handsome !
"You tunggu la.. lepas kahwin nanti bukan setakat peluk je tau. I akan ..." Fawwaz melirik tubuh Andrea atas bawah dengan pandangan yang menggoda. Senyuman senget terukir di bibir.
Kenapa pandangan Fawwaz ni lain macam je. Untuk seketika baru Andrea dapat menangkap maksud tersirat itu. Terus tangan naik menyilang di dada.
Aku cucuk mata tu karang, buta terus kau. Lepas tu, boleh buat tajuk novel 'bakal suamiku si buta'.
"Pengotor ! Otak kuning !" Andrea mencapai beg tangan lalu memukul tubuh Fawwaz bertubi-tubi. Nak pukul guna tangan, belum halal. Guna beg ajelah mampu.
Terjerit kecil lelaki itu menerima pukulan di tubuh. Ini rupanya rasa pukulan kasih sayang. Sebelum ni tak pernah rasa lagi.
Sepantas kilat, beg yang digunakan Andrea ditangkap. Terhenti terus perbuatan Andrea. Mata mereka saling bertatapan. Wajah Fawwaz bertukar serius. Tajam anak mata menusuk hingga ke dasar hati Andrea.
"Maksud I, I akan jaga dan lindungi you sepenuh jiwa raga I. Itu janji I " ujar Fawwaz penuh romantis.
Pipi gebu Andrea bertambah merah. Berdegup laju jantungnya apabila mendengar ayat cinta lelaki itu. Ditambah lagi renungan yang menusuk jantungnya.
Fawwaz tersenyum bahagia. Dari benci bertukar jadi cinta. Ye ke benci? Memang dari dulu lagi dia suka Andrea. Jadi, tiada istilah benci terhadap gadis kesayangannya itu.
•••••
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro