Part 79 - Penjelasan
Ain Amani membuka perlahan kelopak mata. Berkerut dahinya apabila sinaran mentari memasuki retina mata. Tubuh terasa amat letih dan penat. Apa yang terjadi semalam? Dia hanya ingat dia terlelap di atas sofa. Selepas itu, dia langsung tak ingat.
Ain Amani cuba bangun. Tetapi, terasa sesuatu pada tubuhnya. Hatinya seakan terusik sesuatu, seperti tidak selesa. Apa sebenarnya yang berlaku?
Selimut yang membaluti tubuhnya ditolak. Alangkah terkejutnya dia melihat keadaan tubuh yang tidak sempurna. Jantung berdebar kencang. Dia menelan liur payah. Kenapa dia langsung tak sedar? Rambut kusutnya diraut ke belakang. Sebelah tangan menggenggam selimut supaya tidak melorot jatuh ke bawah.
Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Pil itu ! Pil yang diberikan oleh Zuhairie membuatkan dia rasa mengantuk.
Tubuhnya bergetar hebat. Timbul rasa takut dalam diri. Dirasakan dirinya amat jijik. Disentuh dengan cara yang 'licik' oleh suami sendiri. Kenapa mesti dia diperlakukan begini?
Kedengaran pintu dibuka dari luar membuatkan perbuatan Ain terhenti sebentar. Pandangan yang penuh kemarahan dilemparkan ke arah Zuhairie yang melangkah masuk ke dalam bilik. Lelaki ini, yang telah menimbulkan rasa cinta dan juga perasaan benci dalam hatinya.
"Baru bangun? Lama sangat kau tidur. Penat sangat ke?" Soal Zuhairie bersahaja. Seperti tiada apa yang berlaku antara mereka. Tenang saja suaranya. Timbul rasa kasihan melihat wajah Ain Amani yang pucat itu.
T-shirt hitam yang dipakai Zuhairie tanggalkan di hadapan Ain. Menampakkan ketulan otot di badan. Dilempar sahaja baju itu masuk ke dalam bakul pakaian. Yang tinggal hanya seluar panjang di tubuh.
"Apa abang buat pada Ain semalam?!" Bergetar nada suara Ain Amani. Cuba menahan sebak sekaligus rasa marah yang menggunung.
Zuhairie terdiam seketika. Saling merenung antara mereka berdua. Ya, dia tahu ini semua berpunca dari diri sendiri. Dia tersilap menyusun langkah. Terlalu terburu-buru dalam melakukan tindakan.
"Ain isteri abang ! Kenapa abang buat Ain macam ni?" Naik satu oktaf nada suara gadis itu. Sakit hatinya melihat Zuhairie hanya diam membisu. Rasa sebak kembali menyerang. Air mata satu per satu jatuh membasahi selimut. Semakin lama semakin laju menuruni pipi.
"Kau sendiri cakap kau isteri aku. So, tak salah aku nak hak aku sebagai seorang suami. Tak perlu nak menangis macam kau kena rogol !" Ujar Zuhairie kuat. Geram dia melihat Ain menangis semata-mata kerana itu. Bagaikan gadis itu sendiri tidak rela 'disentuh' oleh lelaki sepertinya.
"Abang boleh mintak baik-baik dengan Ain. Tapi, bukan dengan cara terkutuk macam ni. Abang buat macam Ain tak ada maruah. Selama ni Ain sabar je dengan apa yang abang buat. Abang kutuk Ain, hina Ain. Ain diam ja dengar semua tu. Tapi, kali ni abang betul-betul dah melampau !" Ain menghamburkan kemarahannya.
Selama ini dia hanya mampu memendam seorang diri. Rasa sakit hati, sedih, kecewa.. dia telan sendiri. Zuhairie langsung tidak ambil kisah tentang perasaannya. Kini, dia mahu lepaskan segalanya. Biar lelaki itu sedar tentang kesilapan dirinya.
Zuhairie menghela nafas berat. Rasa bersalah kerana meninggikan suara.
"Dengar dulu apa aku nak cakap" Zuhairie berkata lembut. Dia cuba mendekati isterinya di atas katil. Tetapi, pantas gadis itu menjauh.
"Ain tak nak dengar dah. Ain benci abang !" Selimut ditarik menutupi tubuh yang terdedah. Tidak mahu Zuhairie mengambil kesempatan ke atas dirinya lagi.
Zuhairie tersenyum sinis. Benci? Sungguh dia tak boleh dengar perkataan itu. Tak sanggup dia dibenci oleh gadis itu. Tanpa menunggu lama, dia terus menolak tubuh Ain Amani ke katil. Tangan yang memukul dadanya ditangkap dan didepangkan. Mengunci pergerakan gadis itu.
"Don't you dare to hate me that much ! " Tegas suaranya memberi amaran. Wajah didekatkan hingga hidung mereka bersentuhan. Tubuh tegapnya menindah tubuh kecil Ain Amani.
"Kenapa? Tak sanggup? Sebab tak ada sesiapa yang boleh hidup dengan lelaki vampire macam abang?! Atau sebab cemburu buta dengan Randy?" Ain masih mahu melawan. Sengaja dia menyakitkan hati lelaki itu.
"Watch your mouth! Aku akan pastikan kau selamanya bersama aku. Bukan dengan si Randy tu !" Jerkah Zuhairie kuat. Mata Zuhairie berubah warna. Merah saga ! Menunjukkan kemarahannya berada di puncak paling tinggi.
Ain tergamam. Tak pernah Zuhairie meninggikan suara seperti itu. Entah mengapa hatinya terasa. Sayu pandangannya merenung kembali pandangan Zuhairie.
"Ain cuma nak suami Ain yang dulu. Dengan bantuan Randy saja dapat sembuhkan abang. Tolonglah kali saja. Ain nak abang ingat semula tentang kita dulu. Bukan abang yang sekarang ! Abang dah banyak berubah. Mana perginya sifat penyayang abang yang dulu?! Mana ?!" Ain menyoal bertubi-tubi. Langsung tidak memberi ruang kepada Zuhairie untuk menjelaskan perkara yang berlaku.
Air mata berderai turun membasahi bantal putih itu. Dia lihat wajah Zuhairie bertukar merah. Mungkin marah dan sakit hati ataupun semuanya bercampur baur. Sama sepertinya.
"Dia dah mati! Dia tak ada dalam diri aku! Kau kena terima yang aku tak ingat siapa kau ! Siapa Zaura ! Tapi, aku cuba. Cuba untuk ingat semuanya. Aku cuma nak kau tunggu aku, bantu aku ingat semula. Bukan desak aku macam ni. Aku hanya perlukan dorongan kau, bantuan kau untuk pulihkan semula memori aku"
"Kau tahu tak betapa sakitnya kepala aku bila aku cuba ingat semua memori tu. Tolong la faham. Aku dah cuba berkali-kali tapi gagal" tengkingan Zuhairie semakin merendah. Dia cuma mahu Ain Amani faham keadaan dirinya yang tidak sempurna ini. Darah vampire yang mengalir dalam tubuh membuatkan dia tidak mampu melawan rasa sakit itu.
"Randy Fernandez memang boleh sembuhkan darah vampire ni. Tapi, dia tak boleh kembalikan ingatan aku. Memori aku bersama kau dulu. Tak ada guna aku sembuh semula tapi aku tak dapat ingat kau. Semua tu tak ada guna !"
Ujar Zuhairie untuk sekalian kalinya. Matanya bertukar merah. Air mata yang mahu keluar cuba dia tahan. Mata mereka saling bertatapan. Cuba menyampaikan maksud dari hati masing-masing. Penuh tersirat !
Lama mereka berkeadaan sebegitu sebelum Zuhairie melepaskan tangan Ain perlahan-lahan, membawa tubuhnya jauh dari gadis itu. Kadang kala dia kecewa dengan diri sendiri. Dia sendiri tak mampu kembalikan memori itu. Terdengar esakan di hujung telinganya. Kerana dirinya mereka berdua bergaduh besar. Semuanya berpunca darinya sendiri !
•••••
Ain Amani cuba tenangkan jiwa. Sudah dua minggu berlalu kejadian itu. Sehingga kini mereka langsung tidak bercakap. Sedaya upaya dia cuba mendekati Zuhairie, tetapi lelaki itu makin menjauh. Suaminya banyak menghabiskan masa di bilik bawah tanah. Langsung tidak mahu bersua dengannya.
Zaura kini berada di bawah pemantauan kedua orang tuanya. Boleh juga dia berehat sebentar. Mengambil angin di luar kawasan rumah ini. Menghirup udara segar di kawasan berdekatan hutan. Rumah pulak atas bukit, memang sejuk la keadaan di atas ni.
Cahaya matahari yang giat membakar kulit, dibiarkan begitu sahaja. Malah, ditadahkan lagi pada sinaran mentari itu. Tangan didepangkan manakala mata terpejam rapat. Menikmati bunyi mendayu daun-daun pokok yang saling berselisihan. Kadang kala terdengar burung bersahutan antara satu sama lain.
Dah nama pun dalam hutan, nak dengar benda apa lagi selain bunyi daun daun dan bunyi haiwan. Kalau bunyi harimau tu, memang tak la dia nak berdiri sorang di sini. Mahu mati kena baham.
Kalau orang melihat gaya si Ain Amani ni, mesti orang fikir dia gila. Mana ada orang jemur diri semasa cahaya panas terik. Matahari tegak di atas kepala. Membahang terasa hingga ke kepala. Lain la kalau diri tu orang mat saleh macam di Zuhairie tu. Jemur la sampai ke malam pun, tak akan jadi hitam punya. Confirm !
Masalah yang sedang berat menimpa cuba untuk dia lupakan. Tak ada guna dia banyak berfikir. Perkara sudah terjadi. Kalau ada rezeki, akan ada satu nyawa dalam rahimnya. Lagipun, mereka sudah halal. Tiada yang salah pun. Yang tinggal bukan rasa marah, tetapi rasa kecewa yang teramat sangat.
Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi sesuatu dari arah hutan. Seakan bunyi daun-daun dipijak. Perlahan dan perlahan.. lantas kelopak mata Ain Amani terbuka luas. Memandang lama ke arah hutan.
Matanya menangkap satu susuk bayangan. Kelihatan seekor serigala bersembunyi di sebalik pokok besar. Hanya kelihatan muka haiwan itu sahaja Berbulu hitam bercampur kelabu. Sedang memandang tajam ke arah Ain Amani. Adakah itu ... Ries ?!
"Ries? Are you there?" Soal Ain Amani. Dahi berkerut memandang ke arah bayangan itu. Ditambah pula dengan cahaya matahari yang mencucuk mata. Berpinar pandangannya tatkala ini.
Fikirannya cuba mengingat kembali bentuk fizikal Ries. Sudah lama tidak ketemu dengan serigala itu. Entah ke mana serigala itu pergi. Baru sekarang mahu munculkan diri.
"Ries... Come here. Don't afraid of me. This is me, Ain Amani. Still remember me?" Ain tersenyum manis sambil melangkah mendekati haiwan itu. Serigala itu masih merenungnya dengan tajam. Berlindung di sebalik semak samun yang suram.
Kenapa Ries kelihatan seperti tidak mengenali dirinya. Seakan mengambil masa untuk mendekat. Selalunya, Ries yang dia kenal adalah peramah dan mesra dengannya. Kenapa kali ini lain pula ?
"Hey ! Come here !" Ain memanggil menggunakan isyarat tangan pula. Kali ini, serigala itu mara ke hadapan. Menunjukkan bentuk fizikalnya yang sebenar. Senyuman yang manis tadi serta merta hilang. Tangan menggigil hebat. Dia berundur setapak ke belakang. Serigala ini bukan Ries !
Serigala yang berdiri di hadapannya teramat besar. Langsung tidak sama seperti Ries. Seperti seekor serigala jantan. Ain cuba untuk lari tetapi kaki bagaikan terpaku di tanah.
Tanpa sengaja dia terlanggar batu menyebabkan tubuhnya terjatuh di atas tanah. Amat sakit hingga mencucuk tulang punggung. Ain tidak dapat melakukan apa-apa. Hanya mampu memandang serigala itu dengan wajah cuak.
Serigala itu makin mara ke hadapan. Bertindak untuk menyerang Ain yang mengengsot secara mengundur ke belakang. Serigala itu melompat tinggi, menyerangnya dari jarak jauh. Redha dengan apa yang berlaku. Mahu menjerit panggil si suami? Belum tentu lelaki itu dengar. Pantas matanya terpejam rapat.
Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi hentakan kuat. Bagaikan sesuatu jatuh ke tanah. Terdapat satu kelibat menolak serigala itu hingga terlempar jatuh ke tanah. Dengusan serigala itu menunjukkan haiwan itu marah.
"Abang !" Jerit Ain Amani kuat. Zuhairie dengan mata merah berhadapan dengan serigala itu. Penumbuk digenggam hingga timbul urat urat hijau di lengan. Gigi taringnya yang tajam jelas kelihatan.
Serigala tadi mula menyerang. Berlaku pergelutan antara mereka berdua. Ain menekup mulut apabila cakaran serigala itu mengenai belakang tubuh Zuhairie. Dia ingin membantu tetapi pantas dihalang oleh lelaki itu.
Rasa sakit membuatkan perasaan marah mencanak naik hingga ke paras kepala. Ngauman yang tahan sejak tadi terlepas juga. Bunyi nyaring itu berjaya membuatkan serigala tadi berlari masuk ke hutan semula.
Tubuh Zuhairie makin lemah. Ngauman itu juga semakin perlahan. Badan Zuhairie jatuh melutut atas tanah. Penat, sakit semuanya bergabung menjadi satu.
Ain Amani segera berlari mendapatkan si suami. Dia lihat kulit putih lelaki itu seolah olah terbakar. Asap putih terlihat di ruang udara. Baru dia ingat, Zuhairie tidak boleh terkena cahaya matahari. Kalau tidak, kulit lelaki itu akan melecur.
"Kulit abang !" Ain terjerit kecil akibat terkejut. Ini kali pertama dia melihat kejadian itu.
Cardigan hitam yang dipakai terus ditanggalkan dari tubuh. Menghalang cahaya dari terus mengenai tubuh suaminya. Tubuh tegap itu dipapah memasuki rumah. Jatuh kasihan dia melihat wajah tidak bermaya itu. Terseksa akibat darah vampire yang mengalir dalam tubuh itu.
•••••
"Nak atau tak, esok Randy akan sembuhkan darah vampire abang. Don't ever say no !" Kata Ain tegas. Ubat ubatan dibawa kepada Zuhairie yang duduk di birai katil.
Ain mula membersihkan luka di belakang tubuh Zuhairie akibat cakaran serigala tadi. Mujur sahaja tidak terlalu dalam. Kalau tak, memang tak la dia nak bersihkan. Dia sendiri pun takut darah.
Zuhairie mengaduh sakit apabila kapas yang digunakan tersentuh kulitnya. Kata-kata Ain melekat di fikiran. Biarlah kali ini isterinya buat keputusan. Semuanya untuk kepentingan dia juga.
"Aku benarkan kau bimbing Randy. Bawa dia ke jalan yang benar. Kenalkan Islam yang sebenarnya pada dia. Tapi dengan satu syarat, aku ikut sekali. Walau ke mana pun korang pergi. And one more thing, panggil ustaz atau ustazah yang boleh sama-sama bantu dia" giliran Zuhairie pula memberi pesanan.
Ain menggangguk faham. Takkan dia nak geleng. Minta kena gigit namanya tu. Aduh ! Satu masalah pula dia nak cari ustaz ustazah. Mana dia nak cari ?
"Betul la kan hidayah milik Allah. Tak sangka dia berubah secepat ni.. dulu jahat mengalahkan iblis. Sekarang dah baik macam malaikat" puji Ain sambil tersenyum. Bila teringatkan Randy yang dulu, rasa nak bunuh je mamat tu.
"Dah la tu... kalau kau cerita pun, aku tak ingat" Zuhairie menjulingkan mata ke atas. Membara pula hatinya tiba-tiba mendengar pujian terhadap Randy.
Ain sembunyi senyuman. Tau pun cemburu. Ingatkan tak ada perasaan. Luka di belakang badan lelaki itu selesai dicuci. Dia bergerak untuk mencuci kesan terbakar di lengan lelaki itu. Geli pulak dia tengok. Namun, apakan daya demi suami tercinta dia relakan saja.
"Kan senang kalau abang sembuh. Senang jer keluar siang-siang. Ni tak, siang tidur malam berjaga. Lepas tu kacau Ain tidur. Nasib baik Ain tidur mati. Kalau tak, dah lama Ain tolak kepala abang" bebel Ain panjang lebar. Kadang kala dia mencebikkan bibir.
"Really ? Malam ni kita buat lagi" Zuhairie melirik pandangan miang. Tubuh isterinya ditarik hingga terjatuh di atas paha. Jelas kelihatan pipi itu memerah. Malu mungkin !
"Gatal !" Jelingan tajam dihadiahkan buat si suami. Cucuk mata tu kang. Buta terus, padan muka.
Zuhairie tersenyum bahagia. Nampaknya seluruh hatinya telah dimiliki gadis itu. Bagaimanalah ketika dia belum hilang ingatan dulu, pasti lebih bahagia. Tak sabar dia mahu mendapatkan ingatan itu balik.
•••••
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro